Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

August 13, 2010

Muzikal Tun Mahathir..I'm In!!!


Assalamualaikum..
Tatkala menulis entry kali ini..sudah hampir 1 bulan aq berlatih untuk pementasan muzikal ini..
Alhamdulillah..
Salah satu impianku bakal menjadi kenyataan..iaitu beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya..=)
Jika sebelum ini aku hanya bertindak selaku penonton yg memenuhi ruang Panggung Sari..kali ini, aku bakal beraksi dipentas yg bertaraf dunia ini..Sudah lama aq mengenali IStana Budaya..Sejak majlis perletakan batu asas , aku sudah hampir dgn Istana Budaya..=p menyaksikan bagaimana ianya dibangunkan kerana Pra-Sekolah SK Jalan Temerloh yang kini Pusat KoKurikulum KL bersebelahan dgn IB..dan Sekolah Rendahku Sk Jalan Kuantan 2..tidak jauh dr IB..Setiap hari aku melihat gahnya bengunan itu teguh berdiri..

Namun walaupun ianya aku lihat setiap kali, pertama kali aku berpeluang memasuki ke Panggung Sari pada tahun 2007(form 4)..Persembahan pertama yg aku saksikan ialah P.Ramlee The mUSical season 1..melalui persembahan tersebut..aku mula jatuh cinta dgn seni persembahan terutama sekali teater muzikal..kerana ia melibatkan lakonan, tari dan muzik..dan seterusnya aku tidak berhenti menyaksikan apa jua bentuk persembahan tidak hanya di IB, malah ASWARA, DBP, Taman Budaya dan lain2 lagi..

Bagiku, mengambil pengalaman itu wajib..biarpun pahit yg perlu ditelan..namun, pengalaman yg akan memberikan ilmu yg berguna..lebih mudah untuk kita mempraktikkannya..

antara persembahan yg aq tonton di IStana budaya ini termasuklah :-

  1. P.Ramlee The Musical 1(2007)
  2. P.Ramlee The Musical 2(2008)
  3. Teater Muzikal Patriot(2008)
  4. Teater Muzikal Tun Razak(2009)
  5. Cuci The Musical 1(2009)
  6. Natrah(2009)
  7. Gema Zafana(2009)
  8. Sri Mersing(2010)
  9. Ju&Meo(Lambang Sari/2010)
  10. Muzikal Teratak Minang(2010)
  11. Kita The Musical(2010)
  12. Muzikal Uda & Dara(2010)
  13. Cuci The Musical 2(2010)
Setelah 13 persembahan telah ku saksikan, kini aku berpeluang merasai sendiri kehebatan pentas Istana Budaya ini..Untuk teater muzikal Tun Mahathir ini, merupakan ujibakat ku yg ke 3..pertama sekali untuk Adam The Musical dan tidak dapat..huhu.. manakala percubaan kedua untuk Kita The Musical selaku Penari pun kandas di Saringan Kedua..Alhamdulillah, kali ini berjaya melayakkan diri selepas disuruh menyanyi dan menari..=p biarlah produksi ini menjadi yang pertama dan terakhir buat diriku..bukannya cita2 ku untuk menjadi seorang penghibur..namun, disebabkan impian..aku berada di sini..kebetulan pementasan ini mengisahkan tentang individu yg paling aku kagumi..Tun Dr.Mahathir..aku akan jadikan pengorbanan dan kerajinan aku ini sebagai tanda penghargaan buat beliau..terima kasih Che Det..=)

Sepanjang latihan, banyak yg aku dpat pelajari..kalau semasa permulaan latihan aku agak anti-sosial..kini boleh bergaul dgn semua yg terlibat dlm produksi ini..terutama Abg Esma Denial, Kak Erra Fazira, Abg Zizan Nin, Qhaud dan beberapa aktivis2 teater serta yang selebihnya..anda semua memang sporting la!!!hihi..=)

Sememangnya aku tidak akan lupakan rutin latihan ini, bermula dgn pemanasan badan, diikuti latihan vokal dan yang paling meriah menari..mcm2 type tarian dah..semuanya mengundang tawa..=)

Semasa aku menulis entry kali ini juga, latihan tarian akan bermula esok..sebenarnya dah kekok menari..kembali kayu..huhu..juga, aku pun dalam proses nak mengurangkan penglibatan dalam babak..banyak sangat pun xbley..tpi kalau rajin datang hari2 inilah akibatnya..=p

pada mereka yang membaca entry ini dan mereka yg mengenaliku..aku jemput..marilah sama2 menyaksikan Teater Muzikal Tun MAhathir..bukannya ku mahu anda semua menyaksikan aku beraksi..tetapi, jadikan pementasan ini sebagai medium untuk kita mengenali sedikit banyak Tun Dr. Mahathir..nantikan pesembahan kami!!!

Wasalam..

jangan Lupa datang ye!!!=)

first pic kot??hihi =p (yg ni semua wajib datang tengok keyh..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...