#Fakta tentang
budak kelas aku
Memandangkan
aku dah lama tak update. Aku rasa nak kongsi sesuatu tentang mereka2 yg hampir dgn
ku yakni budak kelas pismp 5c pada tahun 2013 nanti. Sebenarnya dah 3 tahun kami
20 org adik beradik ini bersama. Kalau zaman sekolah mesti ada yg bertukar sebab
naik turun kelas. Tapi di IPG seluruh Malaysia ini tak sebab kami akan bersama dlm
satu kelas hingga tamat pengajian.
Idea nak tulis
entry kali ini masa aku di sebuah bengkel tayar kereta tadi. 7 jam tunggu woi. Tak
pelah aku dah biasa menunggu. (ayat pasrah). Dan ia dikarang dlm surau stesen petronas
jalan genting klang semasa menunggu waktu maghrib dan disambung pada pagi
20.12.2012 sebelum aku meninggalkan dunia maya ini dan membawa diri ke Sungai
Besar untuk 3 hari di rumah room mate, Fahmi Noh.
Cukup mukaddimah.
Kini aku mulakan dengan yang tua sampai ke muda.
#faktatentangqusairee@kucai
Ok. Dia abang
long dalam kelas ni. Jenis yg diam dan lambat2. Haha. Bukannya dia ni lembab ke
ape. Kepandaian itu subjektif dan Allah ciptakan setiap manusia sama saja. (Dah
tetiba tazkirah) Disebabkan sifatnya yg sangat diam dan penyayang, dia sering jadi
tenpat budak lelaki atau perempuan nak luahkan sesuatu. Kerap jadi orang tengah
dalam kelas. Kira posmen la kalau budak perempuan takut nak cakap kt budak laki.
Anak angkat Encik Razak penjaga kunci IB sebab dia selalu dapat tugas siaraya. Penulis
novel demi kasih-Nya.
#faktatentangmariamdalila
Kak long kelas
kami. Orangnya tinggi dan kurus. Tapi cantik dan bonusnya suara dia amat merdu.
Aku pernah duet dgn dia. (kena cakap jugak ke?) Dia ni lurus dan baik orangnya.
Kalau nak tipu sunat memang dia cepat percaya. Dulu dia ni sangat jenis tak kisah
tapi sejak akhir-akhir ini dia dah lain. Angin cepat naik. Tanda nak kahwin la tu
minah jawa from sijangkang ni. Haha. Loghat Jawanya kadang kala menjadi bahan tawa
di kelas. Penulis novel Tapak Persahabatan.
#faktatentangshafizmahmod@romeo
Mamat jiwang
yg tengah popular dengan novel #diaricintaromeo ni sangat individualistik. Dia boleh
hidup kalau sorang2. Dia ni selalu jadi mangsa aku utk teman aku pergi mana2. Sampai
orang lain pandang serong pada kami (dunia oh dunia). Asalkan kami tak buat perkara
yg melanggar hukum syarak sudah lah. Dia ni sangat pembersih, pengemas dan sistematik.
Dan sedikit antisosial. Sejak dua menjak aku kenalkan dia dunia teater ni, dia
dah banyak kawan lebih dari aku. Haha. Kalau korang rasa korang dah buang nota,
dia mesti ada simpan. Senang utk MQA. Fail dia jadi ibu segala fail. Sangat profesional
dan komited dlm melaksanakan tugas. Moga dapat jumpa the right Juliet wahai Romeo.
Haha
#faktatentangFARAH
Team botak
kedah. Dia ada kembar iaitu Faezah dari geng botak Kedah jugak. Kalau mana dia
pergi adalah kembar hampir seiras ini. Cuma lain-lain mak dan ayah. Pemalu orangnya
dan kadang kala buat aksi yang tidak dijangka. Jeng3. Haha. Banyak betul team
yang dia masuk hasil penamaan kumpulan oleh budak lelaki kelas aku. Yang terbaharu
team sok sek sok sek. Haha. Pengedar sah dan rasmi untuk Herbalife. Penulis
novel Bahagia Itu Milikku. Macam drama Cinta Itu Milikku je? Haha
#faktatentangFIRDAUS@(banyaksangatnamasamaran..haha)
Aku panggil
dia Pidot. Mamat speaking Kedah tapi duduk Semenyih. Dulu sekolah Maktab Mahmud
Aloq Staq. Tu pasallah pekat dialek utara. Dia ini cool je. Khalifah Muda Silat
Gayong ni. Sekali dia silat hang pa. Dia merupakan pelakon feveret aku. Kalau
aku nak buat teater mesti dia kena berlakon. Dia ada stail sendiri dalam
lakonan. Ala2 Eman Manan gitu. Di samping bersilat dan berlakon teater, dia ini
minat ke arah aktiviti luar yang lasak. So, kelas aku tak hirau bab-bab outdoor
ni. Ramai ada kelayakan. Itu jelah Pidot. Cerita lebih2 nanti kembang pulak. Haha.
Penulis novel Pencak Musafir yang merupakan novel terbaik pilihan pensyarah
subjek Penulisan Kreatif, Encik Halis Azhan.
#faktatentangAMIROLPUTRA@Purek
Lelaki comel
kelas aku. Dia mampu menghiburkan orang lain dengan kerenahnya yang manja. Tapi
dia jenis cepat overheated. Kalau salah cakap dan tak pandai tackle dia. Habislah
korang. Antara yang sangat peka dengan kesalahan ejaan dalam presentation. Nanti
dia salah ejaan sikit habis kena bahan balik. Haha. Aku suka dia sebab dia
jenis yang sangat menurut perintah dan komitmen yang tinggi. Walaupun duduk
luar kolej kediaman (sebab memang asal KL) dia sanggup mengadakan diri untuk
apa-apa. Pelakon juga pelawak. Kami dalam kumpulan Putera Merdeka yang dianggap
Sepah versi IB. Lagi? Bla..bla..bla Eh. Penulis novel Mencari Yang Hilang.
#faktatentangNIKNURILYA@Yaya
Budak bertubuh
kecil persis Nora Danish ini merupakan class mate yang aku kenal paling awal. Sebab
dia asrama sekolah aminudin Baki jumpa masa Gerkorama. Dia menyanyi lagu asli
aku wakil asrama Tinggi Setapak dalam pertandingan menari. Lebih rapat apabila
dia menang nyanyian masa form 4 dan wakil Kuala Lumpur bersama aku yang
mewakili KL untuk tarian Zapin. Aku selesa bila berkongsi pentas dengan dia
sebab dah biasa. Pernah jadi Puteri Gunung Ledang dan aku Hang Tuah dalam
pertandingan Sayembara Puisi. Selepas ini Nora Danish dan Adi Putra kelas kami akan
buat kemunculan dalam satu persembahan. InsyaAllah.
#faktatentangANIS@Akak
Aku masih
buntu kenapa dipanggil AKAK? Gadis dari tanah lagenda Mahsuri ini amat manis
bertahi lalat di dagunya. Hihi. (sunshine). Dia adalah pembekal coklat kelas
kami. Kalau balik cuti mesti kami semua dapatlah cekelat sorang satu. Dalam
kalangan wanita dia yang paling atlet la. Oleh sebab tu dia dan aku merupakan
Pengadil Hoki tunggal di IPG KBM yang baharu sahaja lulus kelayakan baru-baru
ini. (nak cakap jugak aku lulus sebenarnya). Penulis novel Takdir Kita.
#faktatentangZAKI@PerakMan
Dia ini
sangat rare! Muka ganas sampai budak perempuan takut nak berbicara dengan dia.
Dikatakan tak ada perasaan terhadap perempuan. (padahal dalam hati ada taman). Orang
kuat HIJAU. No wonderlah dia selalu memberi peringatan yang sangat berguna pada
kami. Syukur dikurniakan Ustaz yang sangat tawaduk. Suka mengeluarkan perkataan
yang spontan yang boleh buat lawak guling-guling. Hebat boh main bola.
Penyokong setia Liverpool. Penulis novel yang mendapat markah tertinggi dalam
kelas, Hidayah Milikmu.
#faktatentangHISHAM@Negro
Dia menjadi
mangsa diskriminasi wanra kulit. Suka bahan orang dan kuat dibahan. (memang
kenalah!). Badan besar macam King Kong tapi hati sangat kecik. Haha. Mat
Jiwang. Ada awek budak Sarawak der! Sanggup berkorban demi kekasihnya. (tepuk
tangan). Kalau kelas buat event dia paling susah nak join! (marah ni!! )
Merupakan Pengerusi KRAM dan sama waktu dengannya. Mempunyai kereta Ford Laser
yang diberi gelaran Ford Lanca* disebabkan sebab-sebab tertentu. Seorang yang
amat lantang bersuara dan jenis lepas cakap. Bagus sebab berani kerana benar
dan untuk kebaikan. Tapi kadangkala menyakitkan dan menggelikan hati. Kami
semua terima dia seadanya. Eh, dia merupakan insan yang pertama sekali aku
rapat di IPG sebab muka dia sama macam budak sekolah lama aku. Penulis novel
Nirwana Cinta ( nampak tak di situ kejiwangannya? )
#faktatentangAMAR@Yob@Cikgu@AmarRohidan
Putera Padang
Rengas Kuala Kangsor ini amatlah lucu orangnya. Sangat old school punya orang. Fizikal
dia macam orang-orang veteran. Gaya pun veteran. Layan lagu2 veteran. Tapi kami
dalam usaha mentarbiah dia untuk menjadi lebih moden. Tidak gemar t shirt kolar
bulat. Kalau boleh nak berkolar. Cikgu sangat. Diberi gelaran Cikgu disebabkan
kerjaya guru merupakan cita-citanya sejak kecil. (pendidik sejati). Menjadi
teman searas dengan aku sejak masuk IPG lagi. Oh ya. Walaupun fizikalnya seperi
Ahmad Nisfu, tetapi nafsu makannya, Nauzubillah. Penulis novel Potret.
#faktatentangMALIACHEMAT@MelMel@Jun-Pyo
(betulke ejaan?)
Mai lagi
gadis Kedah tetapi bukan geng botak Kedah. Masa mula2 masuk dia menjadi rebutan
classmate aku. Hahaha. Kantoi! Tapi masa masuk dulu memang dia tak suka dan tak
rela jadi Cikgu! Senang sangat terasa dan menangis. Ramai tak tahan. Namun,
Alhamdulillah, hasil keprihatinan dan tarbiah budak kelas kami, dia kini tampil
lebih yakin. Pemilik suara emas seperti Siti Nurhaliza ini juga peminat K Pop!
Apa lagi? Dah lupa pulak… Jemmmm. ( Sorry Malia aku jem sat…)
#faktatentangZULISKANDAR@Jang
Hobin Jang
Hobin. Anak jati Rembau Nogori Sembilan ini sangatlah sempoi dan sistematik.
Dulu masa aku duduk Setapak, aku menjadi driver untuk hantar dia pulang ke
Wangsa Maju. Sangat arif tentang IT. Pemilik Low Yat boleh dikatakan. Ko ada
masalah tentang gajet2 ini dia jadi Googlenya. Pandai bisnes dan merupakan
orang yang sangat murah rezeki. Ada saja barang free atau tiket2 free. Yang
dapat tempiasnya aku. Haha. (tapi aku ada gak dapat dan bagi balik kat dia)
Give and take la. Senang cerita apa-apa masalah boleh berhubung dengan Abang
Zuliskandar ini. Pasti dia akan cuba menyelesaikannya. Penulis novel Setinggan.
#faktatentangIBTISAM@SAMBunkface!
Ahli geng
Botak Kedah. Rendah dan comel orangnya. (hang jangan kembang pulak SAM!) haha.
Dia ini diam ja. Tapi orang2 diam macam dia ni pun buat aksi yang tak dijangka.
Selalu digosipkan dengan budak kelas lain dan kerap menafikannya. Senang cerita
kalau nak buat bini anytime la. (lagi skali jangan kembang!) Suka buat suara
budak2 dengan Yaya. (Bajet comel! ) Aku suka dengar suara dia bila dia gaduh
dengan Pidot. Penulis novel 2 Jiwa 1 Rasa. (ehem. Ehem. Ada peminat hot stuff
tu..)
#faktatentangFAEZAH@FaezahElai
Inilah dia
geng botak kedah yang terakhir dan merupakan kembar kepada Farah. Kalau nak
describe dia dia lebih kurang kembar dia. Tapi dia sweet. (tang mana tu?) Bekas
penjual topup telefon. Apa lagi aku nak habaq kat depa fasal hang ni Faezah
Elai? Penulis novel Takdir Terindah.
#faktatentangLAILA@anakALI
Berdebar
pulak tulis fasal dia ni. Haha. Ok. Budak Lembah Keramat. Aku tak perasan dia
masa Konvensyen Usahawan Muda Kebangsaan masa Form 5. Tapi dia perasan aku.
(aku tak bergaul dengan perempuan masa sekolah). Dia budak sekolah Puteri
Ampang. Anak sulung kelahiran Johor ini sangat menjadi perhatian jejaka-jejaka
di IPG ini. Lemah lembut, sopan santun, peramah dan lain-lain lagi yang mampu
buat dia berada di awangan ketika ini. Orang yang selalu disakat oleh aku dan
dia serik nak dekat dengan aku. Dulu kami sangat rapat macam sweet couple gitu.
(orang cakap. Aku tak cakap). Tapi itu dulu. Mana boleh sama dengan sekarang.
Apalah! Penulis novel Kerinduan Semalam.
#faktatentangSUHANI@AnjelinaJolie
Pemilik
bibir tebal ini merupakan classmate pertama yang aku tegur masa pendaftaran
sebab nak pinjam gam. Sangat peramah dan terlebih peramah. Kalau bab pujuk2
lecterur ni kami hantar dia di barisan hadapan. Sangat ambil berat tentang aku
dan rakan-rakan. Kadang-kadang call aku sebab cakap dia mimpi aku. Haha. Dialah
satu2nya wanita yang cakap aku Handsome dan aku speechless setiap kali dia puji
aku. Tapi dia dah ada Balak la dan sangat setia orangnya. Beruntung siapa yang
memiliki dia. Penulis novel Ini Kisahku.
#faktatentangFARID@AskarCinta
Kat kelas
aku ada askar beb. Mamat ni memang hard core Askar dan pada asalnya dapat temu
duga Kolej Tentera Darat. Mujur dia ditempatkan di sini dan perkara tersebut
sering dia ujarkan pada aku sebab aku juga askar seperti dia. Kami rekrut askar
Wataniah sekali dan selalu bersama. Tapi yang nampak menyerlah ke’askar’an dia
berbanding aku. (why? Aku pun askar jugak!) haha. Dipanggil askar cinta kerana
kes jiwang jugak. Aku beruntung dikurniakan class mate yang jiwang-jiwang. Dia
kalau nak pendapat tentang cinta dia mai datang kat aku. Dia ni muka macam
MEsut Ozil dan pelakon Bront Palarae. Woi penyamun, dah ada orang suka hang tak
mau! (ambik hang! Haha). Penulis novel Catatan Perantis. Pun fasal askar jugak…
#faktatentangSYUHADA
@ Syud
Dia ni lahir
KL. Tapi duduk bukan main jaoh nun. Kodiang. Dia ni biasa-biasa ja. Hang suruh
dia buat. Dia buat. Kalau rasa kau ni jenis yang buat kerja last minit. Mintak maaf.
Jangan harap boleh team dengan dia. Dia ni rajin. Bagi kerja siap terus.
Baguslah tu. Kalau aku team ngan dia mahu bergaduh. Aku ni malas. Oh ya. Dia ni
model tudung tau. Ingat budak kelas aku tak ada model ke? Macam2 watak dalam
kelas aku tau. Haha. Apa pun Syud orang yang senang dibawa berbincang. (dengan
aku je la) orang lain aku tak tau noh. Penulis novel Mia Kaisara.
#faktatentangQHAIRIL@QiuAril
Aku? Aku merupakan
insan tidak sempurna seperti mereka yang di atas yang sangat menyayangi mereka
yang sangat merindui mereka bangat bila kami berpisah nanti. Aku sangat
hyperactive dalam kelas dan tak boleh duduk diam. Digelar Ranchoodas. Haha. Aku
juga sangat bertuah dapat bersama dengan 19 orang yang sangat happening. Cuma
diaorang jenis ambil serius fasal aku, walhal aku tidak pernah makan hati dan
marah pada mereka. juga akau berlakon sahaja. (konon artis). Kadang kala aku
juga kuat merajuk dalam kelas tanda protes( tu ambil hati la kan? ) Semuanya
sebab kami adalah adik-beradik yang sudah mengenali secara luaran dan dalaman
gituw.
Tamat sudah
fakta yang aku berjaya kaji. Maaf andai kajian aku tidak tepat dan tidak
menyeluruh. Sila banyakan dan serlahkan sumber dapatan untuk aku menilai dan
mengkaji. Kalau korang terasa hati atau apa ke boleh pukul aku dalam kelas
nanti. (janji, seorang sekali tumbukan je. Haha).
Aku bersyukur kerana diberi peluang dan dikurniakan mereka untuk mewarnai kehidupanku dalam waktu terang dan kelam. Terima kasih. I love you so much! =)
Budak kelas C semua hebat2 belaka...QiuAril is a gud guy tapi kite kadang2 takut nak tegur sbb nampak garang walaupun sebenarnya kita tau dia baik hati..huhuu..
ReplyDeleteHaha. Alhamdulillah. Terima kasih. Setiap perkara ada kelebihan. Kelas lain semua bagus jugak. Itulah masalah org lain yg takut nak tgur. Walhal freindly gitu..haha
DeleteHaha. Alhamdulillah. Terima kasih. Setiap perkara ada kelebihan. Kelas lain semua bagus jugak. Itulah masalah org lain yg takut nak tgur. Walhal freindly gitu..haha
DeleteHye
ReplyDelete