Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

March 25, 2013

Milik Siapa Hati Ini : Sebuah Novel Qiu Aril




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih atas kesudian anda membuka laman ini. Kali ini aku hanya mahu berkongsi sedikit tentang cerita yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu novel tulisanku yang pertama selamat diterbitkan dan sudah berada dipasaran. haha. =p

Sebenarnya aku tak bercita-cita untuk menjadi penulis novel, namun memandangkan Kursus minor aku di IPG Kampus Bahasa Melayu ini menawarkan subjek Penulisan Kreatif. Mahu tak mahu wajib menulis sebuah novel, 3 cerpen dan 5 puisi. Maka terhasillah Milik Siapa Hati Ini.

Idea nak terbitkan karya ni sebenarnya dah lama.  Masa tulis novel ini lagi cuma kekangan wang dan masa membantutkan hasrat. Aku cuma mengambil peluang dan tak mensia-siakan keperihan menulis karya kreatif. Kita buat penat-penat pasti mahukan bayarannya. Maka, aku mula mengumpul wang untuk tujuan penerbitan.

Shafiz Mahmod yang mendahului terbitan novelnya iaitu Diari Cinta Romeo sebab dia ada bajet dulu. Aku masa tu tak ada bajet lagi. Maka tunggu hingga cukup wang dan aku pun majukan manuskrip aku ini kepada Faisal Mustaffa, Penerbit Merpati Jingga. Alhamdulillah, dia menerima manuskrip ini.

Aku tahu ada 59 orang lagi penulis novel dalam batch aku. Tak termasuk batch yang lepas-lepas lagi. Kalaulah mereka juga turut serta untuk terbitkan novel pasti menarik. Aku tak kata novel aku yang terbaik dan tinggi markahnya. Ada yang lagi baik dan tinggi markahnya cuma mereka belum bersedia nak selangkah kehadapan. Aku harap satu hari nanti karya-karya mereka ini dapat diterbitkan. Tak salah mencuba bukan?

16 Mac 2013. Majlis pelancaran novel telah diadakan di Art 4 Grabs, Annece Gallery Central Market. Masa itu juga diadakan persembahan selingan. Nak tengok? klik sebelah ---> Persembahan sempena pelancaran novel http://www.youtube.com/watch?v=YbzJzPj8-PI

Baiklah. Sebelum aku merayap jauh. Aku lampirkan sekali sinopsis novel ini :

CINTA itu hadir dengan sendiri atau kita yang perlu mencarinya? Itulah persoalan yang bermain difikiran lelaki bernama AZRUL HAZIQ. Tanpa disedari cinta berputik setelah sekian lama mendekati NURUL NAJWA. Gadis yang sempurna di matanya itu perlu ditawan hatinya.
Bagi NAJWA, kehadiran AZRUL HAZIQ perlu dielak dan cukup sekadar dijadikan teman. Hatinya masih dirantai kasih NAZRUL IRWAN sejak di bangku sekolah lagi. Namun, ‘kebisuan’ NAZRUL terhadap NAJWA membuka ruang buat AZRUL HAZIQ mengisi kekosongan itu.
Penantian dan ketulusan HAZIQ kadang kala membuatkan NAJWA tewas. Kenyataannya, mampukah NAJWA berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri? Mampukah juga HAZIQ mempertahankan kesetiaannya walau sering kali disakiti?
Apakah yang terjadi apabila cinta yang tidak dibalas dahulu, kini kembali dituntut? Pada akhirnya, siapa yang menjadi pemilik hati mereka?

Nak tahu lebih lanjut? Dapatkan Milik Siapa Hati Ini di beberapa saluran seperti :

Persembahan teater-teater indie sekitar Kuala Lumpur
Program atau majlis-majlis penerbit buku indie
Dan akan datang di kedai buku MPH dan Kinokuniya

Selamat membaca. =)

Terima kasih juga kepada mereka yang sudah memiliki novel ini. Semoga anda berpuas hati dan terhibur. Nak mensi juga Tuan Azaf atau Faza Mokhtar merupakan pembeli pertama!

Sekian. Wasalam.


Berita Harian : 25 Mac 2013



February 18, 2013

Cerita tentang Abah. Terima kasih aku seperti ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih sebab sudi buka belog ini setelah sekin lama menyepi. Ya, sudah lama tak dicemari dengan kata-kata dari aku di laman ini. Tapi, disebabkan Kak Baca Diam-Diam itu tak ada bahan bacaan, aku pun terdetik nak menulis. (terima kasih atas ingatan terhadap belog saya)


Sebenarnya cerita entry kali ni tergambar hendak ditulis masa dalam perjalanan balik ke IB dari kedai runcit di Kolej 11 UM. Aku kerja situ sebab itu ayah aku punya kedai. Walau pun penat sebenarnya, tapi aku nak tolong keluarga aku yg tidaklah seberapa ini.


Abah. Dia seorang yang sangat tegas. Anak-anak tak berani nak berbicara dengan dia temasuk aku. Mungkin takut kena marah. Tapi macam mana pun garangnya dia, Abah tetap seorang yg amat bekerja keras  untuk keluarga. Kami tidaklah kaya mana, pernah dulu Abah memang tak ada duit. Kalau ada duit cukup-cukup untuk makan malam saja. Masa tu nak pindah ke Kajang. Zaman peralihan ke sana merupakan yang amat perit buat keluarga aku.


Aku bangun pagi-pagi, Abah makan roti bakar sapu kaya dengan air milo dan terus pergi kerja dekat UM. Kalau ambil tender masa awal-awal dulu, pemindahan perabotlah, pembersihan pejabatlah, buang sampah, pemansuhan perabot dan macam-macam lagi. Memang kerja yang berat-berat dan tahap cleaner.  Aku pernah merasa semua itu. Abah akan minta aku tolong dan tetap bagi upah kerja. Memang aku pernah mengeluh sebab ganggu masa cuti. Tapi aku sedar yang aku juga perlu ringankan beban dia untuk menyara keluarga.


Syukur. Alhamdulillah. Hikmahnya kami berpindah rumah memberikan rezeki yang cukup buat kami dari Allah. Dulunya tender yang Abah dapat yang berat-berat, kini lebih ringan namun komitmennya tetap ada. Hari-hari kalau boleh dia nak kerja termasuk Sabtu dan Ahad. Mungkin aku mewarisi workaholic dan banyaknya kenalan yang dia ada. Cuma, yang menari, berlakon, bersukan semua aku tak tahu genetik siapa. Dalam keluarga besar aku tak ada seorang pun penari dan orang yang aktif sukan. Dalam kalangan sepupu tu aku sorang saja berstatus atlet. Haha.


Oleh itu, aku bukanlah nak menunjukkan apa-apa. Aku cuma kongsikan bagaimana aku membalas jasa Ayah dan Ibu aku. Walaupun aku tak pernah zahirkan dalam bentuk fizikal, tapi aku cuma berusaha meringankan beban mereka. Aku tak pernah minta apa-apa daripada Abah. Cuma sejak dari zaman sekolah asrama sampai sekarang, RM 50 seminggu itu wajib. Purata sebulan RM 200 saja yang aku terima duit poket. Pernah juga tak dapat dan pernah juga kurang nilainya. Waktu tu zaman ekonomi keluarga tak menentu, bermakna aku faham-faham sajalah.


Abah beri aku kerja keras dia untuk aku. Aku tak minta apa-apa. Segala benda yang aku beli dari aku sekolah menengah sampai sekarang, sedikit pun tak minta duit dari dia. Aku cari sendiri dan adalah elaun-elaun yang aku terima tapi bukan dari Abah. Abah teta RM 50 seminggu. Ok lah. Sehari RM 10 makan, syukur nikmat.
Motor, laptop, telefon, kasut, baju dan segala macam barang peribadi kalau boleh aku tak mahu minta pada abah. Biar aku berusaha nak beli dan bayar sendiri. Kau nak kau usaha sendiri. Itu prinsip aku.


Makanya, sebelum aku membebel entah apa-apa. Molek kiranya aku berhenti setakat ini. Maaf kalau penulisan kali ini menimbulkan rasa jelik terhadap aku. Aku hanya menyatakan perasaan terima kasih aku pada Abah. (Sapa suruh baca sampai habis?)


Kesimpulannya, hargailah ibu, ayah, adik, kakak, abang dan segala macam dalam keluarga dengan baik yang anda sendiri mahu. Doa untuk mereka pun sudah memadai andai tak termampu untuk membalas apa-apa. Asalkan  ikhlas kerana perkara-perkara nilai seperti ini sukar diukur dengan harta dan wang ringgit. Insya-Allah, kehidupan kita akan lebih aman dan tenteram. Aamiin.


Terima kasih Qamarulzaman. Aril sayang abah. =)

#Pesanan buat diri sendiri yang tidak sempurna ini juga. 

#aku cuba aktif semula di belog ini, tapi segalanya terserah pada kelapangan yg diberikan Allah. =)


December 19, 2012

#fakta tentang budak kelas aku - bukan auta (PISMP 5C 2013)





#Fakta tentang budak kelas aku

Memandangkan aku dah lama tak update. Aku rasa nak kongsi sesuatu tentang mereka2 yg hampir dgn ku yakni budak kelas pismp 5c pada tahun 2013 nanti. Sebenarnya dah 3 tahun kami 20 org adik beradik ini bersama. Kalau zaman sekolah mesti ada yg bertukar sebab naik turun kelas. Tapi di IPG seluruh Malaysia ini tak sebab kami akan bersama dlm satu kelas hingga tamat pengajian.

Idea nak tulis entry kali ini masa aku di sebuah bengkel tayar kereta tadi. 7 jam tunggu woi. Tak pelah aku dah biasa menunggu. (ayat pasrah). Dan ia dikarang dlm surau stesen petronas jalan genting klang semasa menunggu waktu maghrib dan disambung pada pagi 20.12.2012 sebelum aku meninggalkan dunia maya ini dan membawa diri ke Sungai Besar untuk 3 hari di rumah room mate, Fahmi Noh.

Cukup mukaddimah. Kini aku mulakan dengan yang tua sampai ke muda.

#faktatentangqusairee@kucai

Ok. Dia abang long dalam kelas ni. Jenis yg diam dan lambat2. Haha. Bukannya dia ni lembab ke ape. Kepandaian itu subjektif dan Allah ciptakan setiap manusia sama saja. (Dah tetiba tazkirah) Disebabkan sifatnya yg sangat diam dan penyayang, dia sering jadi tenpat budak lelaki atau perempuan nak luahkan sesuatu. Kerap jadi orang tengah dalam kelas. Kira posmen la kalau budak perempuan takut nak cakap kt budak laki. Anak angkat Encik Razak penjaga kunci IB sebab dia selalu dapat tugas siaraya. Penulis novel demi kasih-Nya.

#faktatentangmariamdalila

Kak long kelas kami. Orangnya tinggi dan kurus. Tapi cantik dan bonusnya suara dia amat merdu. Aku pernah duet dgn dia. (kena cakap jugak ke?) Dia ni lurus dan baik orangnya. Kalau nak tipu sunat memang dia cepat percaya. Dulu dia ni sangat jenis tak kisah tapi sejak akhir-akhir ini dia dah lain. Angin cepat naik. Tanda nak kahwin la tu minah jawa from sijangkang ni. Haha. Loghat Jawanya kadang kala menjadi bahan tawa di kelas. Penulis novel Tapak Persahabatan.

#faktatentangshafizmahmod@romeo

Mamat jiwang yg tengah popular dengan novel #diaricintaromeo ni sangat individualistik. Dia boleh hidup kalau sorang2. Dia ni selalu jadi mangsa aku utk teman aku pergi mana2. Sampai orang lain pandang serong pada kami (dunia oh dunia). Asalkan kami tak buat perkara yg melanggar hukum syarak sudah lah. Dia ni sangat pembersih, pengemas dan sistematik. Dan sedikit antisosial. Sejak dua menjak aku kenalkan dia dunia teater ni, dia dah banyak kawan lebih dari aku. Haha. Kalau korang rasa korang dah buang nota, dia mesti ada simpan. Senang utk MQA. Fail dia jadi ibu segala fail. Sangat profesional dan komited dlm melaksanakan tugas. Moga dapat jumpa the right Juliet wahai Romeo. Haha

#faktatentangFARAH

Team botak kedah. Dia ada kembar iaitu Faezah dari geng botak Kedah jugak. Kalau mana dia pergi adalah kembar hampir seiras ini. Cuma lain-lain mak dan ayah. Pemalu orangnya dan kadang kala buat aksi yang tidak dijangka. Jeng3. Haha. Banyak betul team yang dia masuk hasil penamaan kumpulan oleh budak lelaki kelas aku. Yang terbaharu team sok sek sok sek. Haha. Pengedar sah dan rasmi untuk Herbalife. Penulis novel Bahagia Itu Milikku. Macam drama Cinta Itu Milikku je? Haha

#faktatentangFIRDAUS@(banyaksangatnamasamaran..haha)

Aku panggil dia Pidot. Mamat speaking Kedah tapi duduk Semenyih. Dulu sekolah Maktab Mahmud Aloq Staq. Tu pasallah pekat dialek utara. Dia ini cool je. Khalifah Muda Silat Gayong ni. Sekali dia silat hang pa. Dia merupakan pelakon feveret aku. Kalau aku nak buat teater mesti dia kena berlakon. Dia ada stail sendiri dalam lakonan. Ala2 Eman Manan gitu. Di samping bersilat dan berlakon teater, dia ini minat ke arah aktiviti luar yang lasak. So, kelas aku tak hirau bab-bab outdoor ni. Ramai ada kelayakan. Itu jelah Pidot. Cerita lebih2 nanti kembang pulak. Haha. Penulis novel Pencak Musafir yang merupakan novel terbaik pilihan pensyarah subjek Penulisan Kreatif, Encik Halis Azhan.

#faktatentangAMIROLPUTRA@Purek

Lelaki comel kelas aku. Dia mampu menghiburkan orang lain dengan kerenahnya yang manja. Tapi dia jenis cepat overheated. Kalau salah cakap dan tak pandai tackle dia. Habislah korang. Antara yang sangat peka dengan kesalahan ejaan dalam presentation. Nanti dia salah ejaan sikit habis kena bahan balik. Haha. Aku suka dia sebab dia jenis yang sangat menurut perintah dan komitmen yang tinggi. Walaupun duduk luar kolej kediaman (sebab memang asal KL) dia sanggup mengadakan diri untuk apa-apa. Pelakon juga pelawak. Kami dalam kumpulan Putera Merdeka yang dianggap Sepah versi IB. Lagi? Bla..bla..bla Eh. Penulis novel Mencari Yang Hilang.

#faktatentangNIKNURILYA@Yaya

Budak bertubuh kecil persis Nora Danish ini merupakan class mate yang aku kenal paling awal. Sebab dia asrama sekolah aminudin Baki jumpa masa Gerkorama. Dia menyanyi lagu asli aku wakil asrama Tinggi Setapak dalam pertandingan menari. Lebih rapat apabila dia menang nyanyian masa form 4 dan wakil Kuala Lumpur bersama aku yang mewakili KL untuk tarian Zapin. Aku selesa bila berkongsi pentas dengan dia sebab dah biasa. Pernah jadi Puteri Gunung Ledang dan aku Hang Tuah dalam pertandingan Sayembara Puisi. Selepas ini Nora Danish dan Adi Putra kelas kami akan buat kemunculan dalam satu persembahan. InsyaAllah.

#faktatentangANIS@Akak

Aku masih buntu kenapa dipanggil AKAK? Gadis dari tanah lagenda Mahsuri ini amat manis bertahi lalat di dagunya. Hihi. (sunshine). Dia adalah pembekal coklat kelas kami. Kalau balik cuti mesti kami semua dapatlah cekelat sorang satu. Dalam kalangan wanita dia yang paling atlet la. Oleh sebab tu dia dan aku merupakan Pengadil Hoki tunggal di IPG KBM yang baharu sahaja lulus kelayakan baru-baru ini. (nak cakap jugak aku lulus sebenarnya). Penulis novel Takdir Kita.

#faktatentangZAKI@PerakMan

Dia ini sangat rare! Muka ganas sampai budak perempuan takut nak berbicara dengan dia. Dikatakan tak ada perasaan terhadap perempuan. (padahal dalam hati ada taman). Orang kuat HIJAU. No wonderlah dia selalu memberi peringatan yang sangat berguna pada kami. Syukur dikurniakan Ustaz yang sangat tawaduk. Suka mengeluarkan perkataan yang spontan yang boleh buat lawak guling-guling. Hebat boh main bola. Penyokong setia Liverpool. Penulis novel yang mendapat markah tertinggi dalam kelas, Hidayah Milikmu.

#faktatentangHISHAM@Negro

Dia menjadi mangsa diskriminasi wanra kulit. Suka bahan orang dan kuat dibahan. (memang kenalah!). Badan besar macam King Kong tapi hati sangat kecik. Haha. Mat Jiwang. Ada awek budak Sarawak der! Sanggup berkorban demi kekasihnya. (tepuk tangan). Kalau kelas buat event dia paling susah nak join! (marah ni!! ) Merupakan Pengerusi KRAM dan sama waktu dengannya. Mempunyai kereta Ford Laser yang diberi gelaran Ford Lanca* disebabkan sebab-sebab tertentu. Seorang yang amat lantang bersuara dan jenis lepas cakap. Bagus sebab berani kerana benar dan untuk kebaikan. Tapi kadangkala menyakitkan dan menggelikan hati. Kami semua terima dia seadanya. Eh, dia merupakan insan yang pertama sekali aku rapat di IPG sebab muka dia sama macam budak sekolah lama aku. Penulis novel Nirwana Cinta ( nampak tak di situ kejiwangannya? )

#faktatentangAMAR@Yob@Cikgu@AmarRohidan

Putera Padang Rengas Kuala Kangsor ini amatlah lucu orangnya. Sangat old school punya orang. Fizikal dia macam orang-orang veteran. Gaya pun veteran. Layan lagu2 veteran. Tapi kami dalam usaha mentarbiah dia untuk menjadi lebih moden. Tidak gemar t shirt kolar bulat. Kalau boleh nak berkolar. Cikgu sangat. Diberi gelaran Cikgu disebabkan kerjaya guru merupakan cita-citanya sejak kecil. (pendidik sejati). Menjadi teman searas dengan aku sejak masuk IPG lagi. Oh ya. Walaupun fizikalnya seperi Ahmad Nisfu, tetapi nafsu makannya, Nauzubillah. Penulis novel Potret.

#faktatentangMALIACHEMAT@MelMel@Jun-Pyo (betulke ejaan?)

Mai lagi gadis Kedah tetapi bukan geng botak Kedah. Masa mula2 masuk dia menjadi rebutan classmate aku. Hahaha. Kantoi! Tapi masa masuk dulu memang dia tak suka dan tak rela jadi Cikgu! Senang sangat terasa dan menangis. Ramai tak tahan. Namun, Alhamdulillah, hasil keprihatinan dan tarbiah budak kelas kami, dia kini tampil lebih yakin. Pemilik suara emas seperti Siti Nurhaliza ini juga peminat K Pop! Apa lagi? Dah lupa pulak… Jemmmm. ( Sorry Malia aku jem sat…)

#faktatentangZULISKANDAR@Jang

Hobin Jang Hobin. Anak jati Rembau Nogori Sembilan ini sangatlah sempoi dan sistematik. Dulu masa aku duduk Setapak, aku menjadi driver untuk hantar dia pulang ke Wangsa Maju. Sangat arif tentang IT. Pemilik Low Yat boleh dikatakan. Ko ada masalah tentang gajet2 ini dia jadi Googlenya. Pandai bisnes dan merupakan orang yang sangat murah rezeki. Ada saja barang free atau tiket2 free. Yang dapat tempiasnya aku. Haha. (tapi aku ada gak dapat dan bagi balik kat dia) Give and take la. Senang cerita apa-apa masalah boleh berhubung dengan Abang Zuliskandar ini. Pasti dia akan cuba menyelesaikannya. Penulis novel Setinggan.

#faktatentangIBTISAM@SAMBunkface!

Ahli geng Botak Kedah. Rendah dan comel orangnya. (hang jangan kembang pulak SAM!) haha. Dia ini diam ja. Tapi orang2 diam macam dia ni pun buat aksi yang tak dijangka. Selalu digosipkan dengan budak kelas lain dan kerap menafikannya. Senang cerita kalau nak buat bini anytime la. (lagi skali jangan kembang!) Suka buat suara budak2 dengan Yaya. (Bajet comel! ) Aku suka dengar suara dia bila dia gaduh dengan Pidot. Penulis novel 2 Jiwa 1 Rasa. (ehem. Ehem. Ada peminat hot stuff tu..)

#faktatentangFAEZAH@FaezahElai

Inilah dia geng botak kedah yang terakhir dan merupakan kembar kepada Farah. Kalau nak describe dia dia lebih kurang kembar dia. Tapi dia sweet. (tang mana tu?) Bekas penjual topup telefon. Apa lagi aku nak habaq kat depa fasal hang ni Faezah Elai? Penulis novel Takdir Terindah.

#faktatentangLAILA@anakALI

Berdebar pulak tulis fasal dia ni. Haha. Ok. Budak Lembah Keramat. Aku tak perasan dia masa Konvensyen Usahawan Muda Kebangsaan masa Form 5. Tapi dia perasan aku. (aku tak bergaul dengan perempuan masa sekolah). Dia budak sekolah Puteri Ampang. Anak sulung kelahiran Johor ini sangat menjadi perhatian jejaka-jejaka di IPG ini. Lemah lembut, sopan santun, peramah dan lain-lain lagi yang mampu buat dia berada di awangan ketika ini. Orang yang selalu disakat oleh aku dan dia serik nak dekat dengan aku. Dulu kami sangat rapat macam sweet couple gitu. (orang cakap. Aku tak cakap). Tapi itu dulu. Mana boleh sama dengan sekarang. Apalah! Penulis novel Kerinduan Semalam.

#faktatentangSUHANI@AnjelinaJolie

Pemilik bibir tebal ini merupakan classmate pertama yang aku tegur masa pendaftaran sebab nak pinjam gam. Sangat peramah dan terlebih peramah. Kalau bab pujuk2 lecterur ni kami hantar dia di barisan hadapan. Sangat ambil berat tentang aku dan rakan-rakan. Kadang-kadang call aku sebab cakap dia mimpi aku. Haha. Dialah satu2nya wanita yang cakap aku Handsome dan aku speechless setiap kali dia puji aku. Tapi dia dah ada Balak la dan sangat setia orangnya. Beruntung siapa yang memiliki dia. Penulis novel Ini Kisahku.

#faktatentangFARID@AskarCinta

Kat kelas aku ada askar beb. Mamat ni memang hard core Askar dan pada asalnya dapat temu duga Kolej Tentera Darat. Mujur dia ditempatkan di sini dan perkara tersebut sering dia ujarkan pada aku sebab aku juga askar seperti dia. Kami rekrut askar Wataniah sekali dan selalu bersama. Tapi yang nampak menyerlah ke’askar’an dia berbanding aku. (why? Aku pun askar jugak!) haha. Dipanggil askar cinta kerana kes jiwang jugak. Aku beruntung dikurniakan class mate yang jiwang-jiwang. Dia kalau nak pendapat tentang cinta dia mai datang kat aku. Dia ni muka macam MEsut Ozil dan pelakon Bront Palarae. Woi penyamun, dah ada orang suka hang tak mau! (ambik hang! Haha). Penulis novel Catatan Perantis. Pun fasal askar jugak…

#faktatentangSYUHADA @ Syud

Dia ni lahir KL. Tapi duduk bukan main jaoh nun. Kodiang. Dia ni biasa-biasa ja. Hang suruh dia buat. Dia buat. Kalau rasa kau ni jenis yang buat kerja last minit. Mintak maaf. Jangan harap boleh team dengan dia. Dia ni rajin. Bagi kerja siap terus. Baguslah tu. Kalau aku team ngan dia mahu bergaduh. Aku ni malas. Oh ya. Dia ni model tudung tau. Ingat budak kelas aku tak ada model ke? Macam2 watak dalam kelas aku tau. Haha. Apa pun Syud orang yang senang dibawa berbincang. (dengan aku je la) orang lain aku tak tau noh. Penulis novel Mia Kaisara.

#faktatentangQHAIRIL@QiuAril

Aku? Aku merupakan insan tidak sempurna seperti mereka yang di atas yang sangat menyayangi mereka yang sangat merindui mereka bangat bila kami berpisah nanti. Aku sangat hyperactive dalam kelas dan tak boleh duduk diam. Digelar Ranchoodas. Haha. Aku juga sangat bertuah dapat bersama dengan 19 orang yang sangat happening. Cuma diaorang jenis ambil serius fasal aku, walhal aku tidak pernah makan hati dan marah pada mereka. juga akau berlakon sahaja. (konon artis). Kadang kala aku juga kuat merajuk dalam kelas tanda protes( tu ambil hati la kan? ) Semuanya sebab kami adalah adik-beradik yang sudah mengenali secara luaran dan dalaman gituw.

Tamat sudah fakta yang aku berjaya kaji. Maaf andai kajian aku tidak tepat dan tidak menyeluruh. Sila banyakan dan serlahkan sumber dapatan untuk aku menilai dan mengkaji. Kalau korang terasa hati atau apa ke boleh pukul aku dalam kelas nanti. (janji, seorang sekali tumbukan je. Haha).

Aku bersyukur kerana diberi peluang dan dikurniakan mereka untuk mewarnai kehidupanku dalam waktu terang dan kelam. Terima kasih. I love you so much! =)


April 22, 2012

buat sekian kalinya, aku...

Kehadiranku sebenarnya penuh kesamaran.
Aku tahu.

Aku tahu,
menghampirimu itu tak mampu memadamkan rasa itu.
Kau tidak bisa melenyapkan cintamu itu. Aku tahu.

Aku hanya mencuba.
Aku hanya menyelusuri lorong kehidupan yang penuh warna.
Aku hanya mampu redha kerana DIA Maha Menentukan segalanya.


Hentian Sebelah Temerloh
22 April 2012
1834

March 16, 2012

Di sebalik tabir kesibukan Januari - Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wahh! Sudah berhabuk bersawang belog aku. Haha. Al maklumlah terlalu-lalu sibuk dan sibuk dengan perkara yang yang aku suka sibukkan diri walaupun tak sibuk. Barulah terisi sikit kehidupan kita ini, yang penting niat mesti kerana Allah Taala. Barulah mendapat berkat. =)

Kali ni nak cerita disebalik tabir dari awal Januari sehinggalah ke hari ini. Perkara pokoknya mestilah berkaitan teater Babak Terakhir yang telah dipentaskan dengan jayanya. Alhamdulillah dan nak cerita pasal sun burn entah yang keberapa kali. Hehe. Sebenarnya tak kisah pun, hitam ke putih pun tak de jugak yang nak melekat dengan aku. Haha. Ayat pasghah. =p

JANUARI 2012

Semester 3 bermula. Bermakna subjek Pengajaran Berbantukan Komputer(PBK) yang diajarkan oleh Mr.LAW menjengah tiba. Semua orang cuak, tapi aku? Buat rilek sudah. All IS WELL! Ternyata budak kelas aku dah dapat memikat hati beliau dan dapat menyerap tekanan. Huhi.

Kerja LAW memang amali dan paling bestnya dapatlah jalan-jalan.

bukan setakat jalan. duit pun boleh jalan...-___-"

Dalam masa yang sama, impian aku untuk mementaskan sebuah teater di sini mendapat kelulusan drpd Pihak IB. Alhamdulillah. Maka bermulalah sesi lamaran kepada pelakon dan pemuzik. Seterusnya sesi skrip reading. Pada awalnya pelakon2 aku kurang pasti dan kurang faham tentang cerita yang aku cuba buat ni. Tapi, buat tenang sudah. 1 day u will see it. =)

Banyak cerita suka dan duka dalam pembikinan teater ini, terima kasih buat teman2 yang setia membantu. Aku menjadi segan dan malu dek kerana impian dan harapan aku sendiri mereka bekerja tanpa ada gaji dan habuan. Semuanya sukarela. (ada jugak yang mintak bayaran sebenarnya. Diam sudah!) Alhamdulillah. Semuanya ini kerja Allah. Dia yang memudahkan urusan sepanjang teater ini berlangsung.

Daripada projek inilah kenal dengan Faisal Mustaffa(Penerbit Eksekutif Rumah Anak Teater) melalui Nam Ron. Asalnya nak pinjam tirai putih tu je, tapi beliau bagi lebih daripada tu. Terima kasih Rumah Anak Teater! (sebab itulah aku support teater underground ni. =)

FEBRUARI 2012

Bulan 2 ni merupakan bulan aku tak balik rumah! Sibuk Bro! Tak sampai sebulan show nak jalan. Pentas tak konform lagi, sound, lighting semua tak ada kat dewan Tun Sri Lanang tu. Lampu2 hanyalah hiasan di dewan, -____-“. Tak mengapa, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Aku ni kalau bercakap atau menulis pasti akan mengguriskan mana2 pihak. Tetapi aku bercakap atas paksi kebenaran. Awalnya pensyarah pembimbing macam tak sure je dengan kemampuan aku. Bukan apa, aku tak suka orang lain campur tangan dalam kerja aku. Macam mana minda pelajar IPG nak berkembang jika terus dikonkong. Berikan kami KEBEBASAN!!

Aku sebenarnya bukannya berlagak pandai tak nak libatkan pensyarah, tetapi buat apelah susahkan mereka. Aku lebih selesa bekerja bersama kawan2 dan biarlah kami bertanggungjawab atas segala usaha kami.

Benda yang paling perit adalah semasa membina set dan lampu sebab kena pinjam Scaffolding daripada syarikat construction yang buat bangunan baru 12 tingkat. Alhamdulillah. Kerja ngan orang luar lagi MUDAH drpd yang DALAM sebab itu tak boleh ini tak boleh. Haishhh!!

Duit untuk teater ini ZERO! Nadai! Takda! Tapi ada Hamba Allah yang sudi sumbangkan RM 150 secara keseluruhannya. Itupun untuk 2 banner yang direka khas oleh Redha Rahimi. Terima kasih bro! Suruh buat simple2 je sebab kita tak bayar dia kan.. dan tengok la hasilnya bagaimana. =)

Tibalah hari pementasan. Petang tu sibuk dengan pra sukan tahunan IB. Pelakon, kru dan FOH pun lambat padahal 2 bas dari IPIS dah sampai. Kelam kabut sikit je kann..tapi Alhamdulillah 3 bas dan 1 van daripada maktab lain sudah memeriahkan suasana dalam dewan. Tapi diluah mati mak ditelan matu bapak, walaupun pementasan ini berjaya tapi bagi aku ianya tidak berjaya kerana matlamat dan objektif utama aku untuk angan2 aku ini adalah untuk budak2 IB datang tengok sesuatu yang lain. Tetapi hakikatnya tak kesampaian dan buatkan habis sahaja show aku pun tak lalu nak makan. Yang lain berselera sahaja. =/

Aku harap Allah berikan kesempatan kepada kami utk pentaskan semula teater Babak Terakhir ini atas permintaan ramai. Tetapi perlu diingat, ia bukan tugas yang mudah. Semoga diberi kekuatan.Aamiin.

Cukuplah ahli keluarga aku datang tengok hasil kerja aku ini, cukup buat mereka bangga dan sedar yang inilah sebabnya mengapa aku terlalu sibuk di luar. Bukan sengaja merayau sana sini tetapi demi mendapatkan ilmu.


Putera Merdeka dengan tagline "merdekakah kita? Jika.." tetap nak interframe..


yang depan tu Pengarah la kan? haha.. sesi warm up

inilah dia hasil kerja Redha Rahimi. =)


monitor lampu buat sendiri der. yang paling gempak Nike sponsor tu. hahaha.


dua orang sahaja yang berani panjat sampai atas Aku dan Dia. siapakah?


untunglah dapat bergambar tanpa Pengarah kan.. tak pe lah wakil Pengarah ada terselit kat situ. haha.


pemuzuk berkaliber - Ruzaini@JAI - Zaki dan Faza! Chait!!!


1 day show Full house la boleh dikatakan. terima kasih buat mereka yang sudi membuang masa hadir. =)


PANIK!


suwit gitu room mate! Qiu dan Fahmi forever always! haha


terkenang zaman berbicara dengan YM. =p


MAC 2012


1 Mac 2012, Kejohanan trek dan padang IPG KBM setelah 2 tahun menyepi. Yang paling seronok semua acara aku berlangsung pada hari tersebut. 7 acara kesemuanya termasuk 1 acara perbarisan Pengakap! Tu pasallah hitam..hehe.

1- Saringan 100 meter

2- Akhir 100 meter

3- Saringan 110 meter lari berpagar

4- Akhir 110 meter lari berpagar

5- 4x100 meter

6- 4x100 meter jemputan

7- 4x400 meter

Alhamdulillah, aku tak nak larian aku hanya untuk sia-sia. Ya semua nak gelar aku atlet. Tapi ingatlah ini semua pinjaman sementara.

Untuk semua acara yang aku sertai. Semua dapat la pingat kecuali yang acara jemputan tu lah. Huhu. Nombor 4 je. Okay la tu, dulu asyik dapat no. 5 ke bawah je..

Acara 100 meter dapat PERAK

Acara 110 meter berpagar dapat EMAS (itupun nasib..)

Acara 4x100 meter dapat EMAS ( leading jauh tuu....haha)

Acara 4x400 meter dapat GANGSA

Cukuplah semua warna pingat ada. =)

acara terakhir pelari terakhir dan dapat pingat gangsa - 4x400 M


Dihadapan? hebat!!


Dihapan lagi? Hebat2! Bagud!!


saringan 100 M. saje bagi menang. MASA kelayakan tu penting! hehe..


Aamiin.


4 kali naik podium bro! mesti bosan tengok aku pergi depan je kan..haha..=p


4 Mac 2012, hari bahagia aku sebabnya dapat makan DELIFRANCE buat pertama kali. Walaupun tak diundang tetapi aku percaya kepada takdir, jodoh pertemuan dan rezeki yang Allah tetapkan. Alhamdulillah. Terima kasih awak! ngeeee...=p

11-14 Mac 2012

Terlibat dengan konvokesyen IPG kali ke-2 di PICC, Putrajaya. Sebenarnya event KRS, tetapi memandangkan mereka ketandusan ahli yang bersukarela mengorbankan cuti, berpegang teguh dengan undang2 Pengakap, menolong orang setiap masa aku terima tugas menjadi ahli KRS sementara. Terima kasih Khairi @ Kerg yang sudi pinjamkan sepersalinan uniform KRS.

Ok lah duduk di Hotel Plaza KL daripada duduk asrama kan. Huhu. Terkenang zaman persekolahan di mana dah berapa banyak hotel yang dah dijejaki. (nak show off aktif pergi peringkat kebangsaan la ni..haha) bermakna dah faham selok belok keadaan dan rutin. Yang paling best mandi air panas dalam tab mandi la. Hehehe. Ok, nway aku sebilik dengan class mate Tasha Manshahar. Budak IPIK tu. Sedikit banyak dapatlah dengar kerenah budak lagu Saxobeat dan Be Mine tu. (saja bergossip)

Kerja takdelah susah mana tapi penat menunggu je, banyak kerenah ibu bapa/waris kepada graduan. 3 tahun lagi aku pulak yang tengok orang lain jaga pintu masuk dan kutip pas masuk. =)

InsyaAllah.

Kalau hendak diceritakan pasti tak dapat digambarkan dalam kata-kata. Biarlah ia tersemat menjadi memori indah untuk mematangkan lagi kehidupan.

padaMu YA ALLAH, aku bersyukur atas limpahan rahmatMU dan kurniaanMU terhadap diri ini .

kepada BELIAU, terima kasih kerana terus berikan semangat dan pendorong sepanjang 3 bulan ini. Nway, 3 bulan ini BELIAU pun tak ada buat hal. Maka berCAHAYAlah hidupku ini. Hehe. Alhamdulillah. =)

Sekian sahaja bingkisankata buat kali ini. Semoga ketemu di lain waktu. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. Semoga terus mendapat keredhaan-Nya. Aamiin. =)

Wasalam.

February 12, 2012

Laman Web untuk Pemetasan Teater BABAK TERAKHIR beralih ke http://teaterbabakterakhir.blogspot.com/


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman pencari maklumat dan bakal penonton teater BABAK TERAKHIR pada 27 dan 28 Februari ini, laman web teater BABAK TERAKHIR yang pada asalnya di blog milik Qiu Aril ini telah dipindahkan ke sebuah halaman baharu dan tiada lagi tumpangan info di sini.

terima kasih atas saranan mereka yang prihatin.

silalah melawat halaman http://teaterbabakterakhir.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

#iniuntukANDA!

February 7, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pelakon


MUHAMMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD FUAD di lahirkan pada 16 Februari 1991. Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan tetapi dibesarkan di Selangor serta di perkampungan kedua ibubapanya, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan pra seawal usia 4 tahun di taski. Kemudian melanjutkan pelajaran awal di Sekolah Kebangsaan Semenyih serta Sekolah Rendah Agama Semenyih, Selangor. Sepanjang berada dalam persekitaran sekolah rendah, beliau aktif dalam kegiatan luar serta sukan. Beliau pernah mewakili daerahnya dalam permainan bola tampar ke peringkat negeri dan juga pernah mewakili Selangor dalam menjayakan Minggu Kebersihan Alam anjuran Yayasan Anak Warisan Alam (Y.A.W.A) serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain.

Kemudian beliau mendapat didikan menengah di Maktab Mahmud Alor Star (M.M.A.S), sebuah institusi pendidikan yang tersohor di negeri Kedah Darul Aman. Di sana beliau diasuh serta dididik dengan pelbagai perkara terutamanya dalam hal-hal Agama Islam. Selama 5 tahun berada di Maktab Mahmud Alor Star, beliau juga tidak pernah lari dari melibatkan diri dalam kegiatan dalam sekolah mahupun luar dari sekolah. Beliau di amanahkan dengan pelbagai jawatan bagi mendewasakan dirinya, antaranya adalah pengerusi Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia M.M.A.S , pengerusi Badan Kebudayaan dan Kesenian M.M.A.S, naib pengerusi Persatuan Pengakap M.M.A.S, Exco penerangan Asrama Putra M.M.A.S dan lain-lain lagi. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Thailand bagi mengetuai persembahan kebudayaan di Songkla. Disamping itu beliau juga pernah menjadi atlet silat negeri Kedah Darul Aman. Di pengakhiran pembelajarannya di M.M.A.S, beliau diberi penghargaan Anugerah Kokurikulum yang di sampai oleh Tuanku Sultanah Negeri Kedah, SULTANAH HAJJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN.

Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dalam bidang pengajian perniagaan antarabangsa. Qada’ dan Qadar menentukan yang bahawa beliau hanya berada di sana selama dua minggu sahaja.

Dan sekarang beliau melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Sehingga kini beliau masih aktif dalam aktiviti-aktiviti luar.

Pada pendapat anda, apa yang cuba disampaikan dalam teater BABAK TERAKHIR ini?

: apabila anda mendengar, membaca dan menafsir perkataan ‘BABAK TERAKHIR’ itu sendiri sudah semestinya membuatkan anda memikirkan dua perkara yang besar bukan.?..samaada ianya positif ataupun negatif…adakah ianya sedih, tragis, dan seumpama dengannya atau mungkin sebuah penceritaan yang bahagia di pengakhiran cerita?

Mesej yang hendak disampaikan dalam babak terakhir sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai insan yang berpijak di bumi Maha Pencipta.

Allah berkata : “"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Teater ini dicipta untuk mengingatkan kita yang terlena di pukau arus nikmat dunia dan teater ini juga sarat dengan penceritaan serta persoalan yang memerlukan anda (para penonton) memikirkan akan sesuatu yang disampaikan secara berkias. Eheeeeemmmmm…eeehhemmm…kalau hamba ceritakan kesemua intisari penyampaian teater ni macam tak seronok plak lah kan..jika anda ingin mengetahui perjalanan kisah ‘BABAK TERAKHIR’ ni. Jangan lupa saksikannya =)

BARAKALLAHU FIKUM


untuk maklumat lanjut tentang pementasan Teater Babak Terakhir ini, boleh klik di sini.

February 6, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pelakon


Alip Kamal atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Bin Kamal Affandi merupakan seorang insan yang terkenal dengan jenaka dan sifat periangnya dalam kalangan rakan-rakannya. Beliau telah dilahirkan di Melaka pada 16 Julai 1991. Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradiknya.
Bapa beliau Kamal Affandi Bin Zahid bekerja sebagai pengawal peribadi dan ibunya Kalsom Binti Yamin merupakan jurusolek dan andaman yang terkenal di sekitar Bandar Baru Bangi.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan Sekolah Agama Rakyat Bandar Baru Bangi. Beliau telah mula menceburi dunia lakon pentas sejak di usia kecil apabila memegang watak ‘jembalang’ dalam pementasan Teater Muzikal ‘Aci-Aci Buka Pintu’ dan ketika itu beliau baru sahaja berusia 8 tahun. Selain berlakon,beliau juga melangkah setapak lagi dalam bidang nyanyian ketika sekolah rendah dengan menyertai pertandingan nyanyian Bintang Kecil SKBBB dan mendapat tempat ke-3 dan ketika itu bakat beliau dibimbing oleh guru muzik sekolahnya,Cik Noor Suryati. Lagu yang dinyanyikan ketika pertandingan itu ialah ‘Rendang Tak Berbuah’ nyanyian Hattan. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Bandar Baru Bangi yang hanya 20 meter dari rumahnya. Ketika di sekolah menengah beliau mulai menjauhi bidang lakonan kerana lebih aktif bersukan,dan sukan yang diceburinya merupakan sukan lasak,ragbi. Telah mewakili sekolah selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tingkatan 3 hingga tingakatan 5,nama beliau kini menjadi lagenda sukan ragbi di sekolahnya. Pada tahun 2008,beliau kembali bergiat dalam bidang lakonan apabila menjadi Pengarah dan Pelakon Utama bagi pementasan sketsa Bahasa Inggeris The Pearl. Pementasan beliau telah menjadi pementasan terbaik keseluruhan dan beliau telah dinobatkan sebagai pelakon terbaik pementasan sketsa tersebut ,yang dipertandingkan untuk semua kelas tingkatan 5 di sekolahnya. Beliau juga merupakan ketua dan pengarah seni pasukan dikir barat sekolah yang sehingga kini beliau masih lagi mencurahkan bakti sebagai jurulatih pasukan tesebut. Bakat kepemimpinan yang ada pada beliau bermula dan dipupuk ketika beliau menjadi Ketua Disiplin Lembaga Pengawas di SMK Bandar Baru Bangi. Melangkah segak dengan perwatakan tegas,membuatkan ramai murid sekolahnya bertaubat dan patuh pada peraturan. Pada akhir perkhidmatan sebagai pengawas,beliau dianugerahkan Ketua Disiplin Cemerlang dan Pengawas Harapan tahun 2008. Sehingga kini penampilan beliau penuh berdisiplin dan menampakkan wibawa dalam keperibadiannya.

Melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Lembah Pantai Kuala Lumpur,atas dasar minat yang mendalam terhadap profession keguruan. Minat yang mendalam telah menyebabkan beliau telah mendapat gelaran Guru dan Pakar Sejarah sejak di tingakatan 5,kerana sering menjadi rujukan dan mengadakan kelas tambahan percuma untuk rakan-rakan yang ingin memahami dengan mudah ilmu sejarah. Beliau kini masih lagi bergiat aktif dalam sukan ragbi di Institut Pendidikan Guru dan merupakan Presiden Kelab Ragbi sehingga sekarang, merupakan pelajar tahun 2,Kursus Major Bahasa Melayu dan merupakan salah seorang tenaga kerja dan pelakon dalam pementasan Teater Babak Terakhir.



Pendapat anda, mengapakah Manusia Leka dibuai DUNIA???

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Pemurah

Selawat serta salam buat Junjungan Besar,Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda.

Jawapan saya kepada soalan tersebut ialah andai dunia ini melekakan manusia,ia telah berjaya menggalas tugas keduanya. Dunia ini sebenarnya menggalas dua tugas,menjadi tempat untuk manusia lebih mengenali penciptanya,atau ia juga boleh menjadi tempat untuk manusia melupakan lansung penciptanya. Memetik kata Imam Besar As Syafie Rahimahullah “Kehidupan dan dunia laksana sebuah pasar di tengah perjalanan seorang musafir,singgahlah untuk mengambil bekalan yang sepatutnya,kemudian teruskan semula perjalanan..dan tentunya akhirat sebenar-benar kehidupan.’’ Ini jelas menunjukkan apa tujuan kita berada di dunia,apa yang perlu kita buat di dunia,mengapa terciptanya dunia,apa itu dunia,semuanya terjawab dengan kata-kata diatas.

Tetapi mengapa manusia leka? Apa yang ada pada dunia yang menyebabkan manusia leka?

"Dihiasi untuk para manusia mencintai berbagai kesyahwatan yakni macam-macam keinginan (mempunyai perasaan, hasrat atau bernafsu) kepada kaum wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah yang terdiri daripada emas dan perak, kuda yang bagus-bagus (kenderaan), ternak dan sawah ladang. Itulah merupakan kesenangan hidup di dunia". Al Imran:14

Inilah yang disediakan dunia buat pencintanya,tetapi adakah ini fitrahnya penciptaan manusia. Adakah memang manusia diciptakan untuk mengejar semua yang dinyatakan dalam Surah Al Imran itu. Mari lihat pula fungsi penciptaan kita di dunia.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(az-Zariyat: 56)"

Kenapa semua jawapan ada di dalam Al-Quran?,jawapan yang ada sejak 1400 tahun lampau. Kenapa kita tak perasan? Kalau kita tak perasan,itulah tandanya kita leka pada dunia dan penawarnya hanyalah kembali kepada Allah s.w.t dan ajaran Rasulullah s.a.w. Ajaran yang dibawa selama ini tetapi kita tidak mengendahkannya,Al-Quran diletakkan dalam almari sehingga berhabuk tidak dibaca,disimpan sehingga reput dimamah usia. Itu ialah panduan hidup kita,kenapa dibiarkan begitu. Isi kandungannya kalau difahami,dihayati jauh lebih baik dari apa yang dunia berikan pada kita.

Akhir kalam,saya ingin berpesan kepada diri saya dan saudara Islam sekalian, kalaupun tidak sempat membaca keseluruhan Al-Quran,hayatilah sepotong ayatnya ini “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat) Al- Ankabut 64.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


February 5, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pengurus Produksi dan Promosi


Zuliskandar Bin Zainal Abidin (20 tahun) anak jati Kampung Astana Raja,Rembau,Negeri Sembilan ini dilahirkan pada tanggal 6 haribulan 8 tahun 1991 di hospital besar Seremban.Dibesarkan di dalam keluarga kelas sederhana yang mempunyai 5 orang adik beradik iaitu beliau anak yang bongsu dan mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang abang.Dibesarkan dengan pendedahan bahawa pendidikan yang dapat mengubah nasib keluarga.Maka daripada kecil sudah diberi pendedahan kepada pendidikan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Astana Raja kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah,Astana Raja.Mula diberi tanggungjawab dan mengasah bakat kepimpinan apabila berada di sekolah Menengah apabila dilantik sebagai Exco Kebajikan dan Kesihatan Asrama SMK Datuk Abdullah.Kemudian diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua editor bagi majalah sekolah sempena Sambutan Jubli Emas SMK Datuk Abdullah.Seorang yang berjinak-jinak di dalam bidang perbahasan dan forum diperingkat sekolah.Malah aktif sebagai pengerusi kelab badminton sekolah.Hasil usaha tersebut pada tahun 2008 dianugerahkan sebagai pelajar terbaik kelab dan persatuan.

Kini,sedang melanjutkan pelajaran tahun 2 peringkat Ijazah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dalam bidang Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kepentingan Teater bagi anda ?

Teater merupakan seni persembahan yang dimainkan oleh pelakon dengan harapan menyampaikan mesej kepada penonton.Bagi saya,teater merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu sama ada mesej,kritikan atau peringatan kepada penonton.Oleh itu teater amat penting dalam mendidik kelompok masyarakat mengenai mesej yang ingin disampaikan.Teater apabila dilihat satu ketika dahulu merupakan satu persembahan bagi golongan-golongan tertentu,namun seiring dengan peredaran zaman,teater hari ini merupakan milik rakyat dan rakyat mempunyai pilihan sama ada mempelajari sesuatu daripada persembahan teater yang dipentaskan atau sekadar tidak mengambil tahu.Oleh itu teater memainkan peranan penting dalam menyedarkan penonton atau masyarakat mengenai sesuatu yang ingin disampaikan.Teater bukan semata-mata dipersembahkan untuk memberikan penonton terhibur sebaliknya mahu penonton berfikir dan menilai mesej-mesej yang disampaikan kepada penonton sama ada berbentuk nasihat,kritikan atau suasana yang berlaku di sekeliling kelompok masayarakat.Maka itu,teater memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada penonton berlandaskan sebuah pementasan.

untuk maklumat lanjut tentang pementasan Teater Babak Terakhir ini, boleh klik di sini.

February 4, 2012

Betulkah Jika Saya Lion - oleh Baca Diam-diam

ini adalah ulasan oleh Puan Baca Diam-diam setelah aku bertanyakan sejauh mana kebenaran mendalah ni dalam post beliau di sini.

Lion merupakan mereka yang lahir pada 22-31 May.

Saksikanlah ulasan beliau. heee. terima kasih yew...=p


asalamualaikum!!

pada pendapat diri ini yang baru mengenali diri incik ini selama 3 tahun i tingtong dan baru juga rapat since last year maybe,

If you are a Lion :

Quite contradictory to your name, you are a peace loving person.
yep. lion pon loving kan? ececehh.

You best try to avoid a situation wherein you are required to fight. kan?say no tu rubbish thingy. hee

An outdoor person, you dislike sitting at one place for a long duration.
read this on ur belog before. and totally AGREE with it. miahaha. sooooo outdoor person.

Popular and easy-going.
pupular lah tuu. kalau tak xkan jadi adik beradik che det kot. haih! *dalam nada jeles amat.

You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive work from people.
ull noe thiss wayyyyy better than me. miahaha.

People love the way you always treat them. You love being loved, and when you receive your share of limelight from someone, you are all theirs!!!! hekhemm. kennot say. heeee. =))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...