Assalamualaikum.
Setelah sekian sejenak menyepi, tulangan jemari sudah tidak sabar beraksi melaksanakan tugasnya setelah mendapat rangsangan daripada sel yang diterbitkan dari akal mahupun otak ciptaan-Nya.
Kali ini, bermulalah tugas sebagai pengulas naskah novel. Perasan bagus, walhal baru tiga nashkah novel pinjam yang dibaca belum cukup ilmu atau otai membuat ulasan novel ini. Namun, atas saranan seseorang yang merupakan pelopor novel di mata saya itu, tak mungkin kata-kata yang bakal terbit ini akan diamati setiap mata pembaca sekalian.
Sebelum kata meluncur bebas, fahamilah dahulu sinopsis novel RINDU DI AWAN BIRU karya Meen Zulaikha
Juru terbang, memang tak dapat lari daripada novel. Bila pula cikgu hendak dinaikkan sebagai pemegang watak? Awan biru,kulit buku yang menarik, esaimen belum ada, novel baru keluar dari kedai serta suka merasmikan adik sorang ini punya novel baharunya membuatkan diri mempunyai hati untuk membaca . Terima kasih kepada pengeponcer tetap novel untuk dipinjam, masuk kali ini merupakan 3 buah novel drpd beliau dan daripada beliau saya mula membaca novel. Manakan tidak ibu di rumah seakan pelik melihat anak terunanya membaca novel-novel sebegini. Namun, naluri ibu mungkin beranggapan bahawa anak bujangnya kini sedang mengikuti pengajian Ijazah di IPG dan mengambil jurusan Bahasa Melayu perlu memperbanyakkan bacaan-bacaan sebegini. Memang tidak dapat disangkal lagi, semester 4 kami dikehendaki menulis senaskah novel. Maka permulaan harus direncanakan agar tidak terkial-kial disaat hadirnya waktu itu.
Pembacaan semestinya membawa kepada kebaikan. Sedangkan surah pertama yang diturunkan di bumi ini menyeru agar manusia membaca yakni Surah Al-Alaq. Namun, bergantung kepada hasil pembacaan itu sendiri, positif mahupun sebaliknya. Karya-karya sastera sememangnya menitik beratkan unsure nilai dalam penulisannya. Maka penulisan novel banyak menerapkan unsure-unsur kebaikan agar menjadi pengajaran dan pengamatan pembaca.
Novel ini tidak terlepas daripada menyeru manusia ke arah kebaikan. Tanggungjawab kita sebagai umat Islam, bagaimana cara menyelesaikan masalah dengan betul dan sebagainya boleh diperolehi daripada novel ini.
Pada awal pembacaan saya mengambil jalan pintas melangkau beberapa mukasurat dan bab kerana mendapat arahan daripada pemilik novel yang mahukan saya menghabiskan bacaan dalam masa sehari. Mustahil, namun bab2 atau babak yang tidak penting dan tidak perlu dibaca secara terpaksa ditinggalkan. Sehinggalah pemilik novel menukar fikiran. Malas hendak menoleh kebelakang, pembacaan diteruskan.
Gaya bahasa yang menarik, pilihan kosa kata yang luas serta kadangkala terdapat juga kesilapan ejaan walaupun tidak kerap sedikit mengganggu. Tidak mengapa kesilapan semestinya tidak dapat lari drpd manusia. Namun, penyusunan ayat yang kadangkala memberahikan meliputi sebahagian novel ini. Tidak salah sebenarnya, penulis ingin membawa pembaca akan kehangatan pasangan yang baru berkahwin dan menyebabkan pembaca juga seakan semarak untuk meneruskan pembacaan. Struktur ayat disusun penuh makna. Terpulang kepada pembaca untuk membawa sejauh mana imaginasi mereka hasil rangsangan kata daripada penulis dan ini adalah kelebihan membaca kerana ianya tiada batasan terhadap pembaca itu sendiri. Mahu tahu lebih lanjut, maka berjinak-jinaklah membaca novel ini.
Selain itu, novel juga turut menyatakan bahawa hati seorang wanita itu sangat lembut, itulah sifat yang Allah ciptakan terhadap mereka. Seperti Hanan yang sememnagnya menolak dan tidak mahu bercinta akhirnya jatuh cinta jua. Ini semua adalah ketentuan-Nya. Selagi kita tidak mahukan sesuatu itu, maka itulah yang akan diberkan-Nya serta begitu juga sebaaliknya. Allah menetapkan sedemikian agar memberi kita ujian dan peluang kepada kita.
Tentang pemilihan suami, Hanan yang sememangnya cukup didikan agama seakan terlupa mencari dan mengetahui latar belakang Kapten Akmal terlebih dahulu. Keputusan yang terpaksa dibuat dalam masa yang singkat itu memakan hatinya sendiri. Juga, kebengongan seorang lelaki apabila menjatuhkan talak tanpa usul periksa. Kredit ada 3, sekaligus menggunakan kredit sehingga tiada lagi peluang ataupun tipis untuk kembali bersama. Dari itu kita mestilah berfikir dahulu sebelum buang.(iklan kitar semula). Barangkali kesibukan Akmal membuatkan beliau tidak dapat melihat iklan sedemikian. Haha.
Mungkin, kata-kata di atas cukup untuk mengulas serba sedikit novel ini. Mahu mengulas lanjut boleh juga membuat kajian ilmiah atau research Ph.D. Sekalung perhargaan buat insan yg sudi meminjamkan novel baharunya sehingga kembang kulit bukunya. Saya janji, akan datang selori novel untuk anda. Pahalanya terus berjalan jika ikhlas meminjamkan naskah yang mampu memanusiakan manusia,terdetik sedikit ingatan terhadap-Nya, sedikit ganjaran jua diperolehi. Bukan sukar mencari pahala dan bukan sukar juga mencari kebinasaaan mahupun dosa. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Sekian penutup P&P saya pada kali ini.huhu.
Terima kasih kepada siding pembaca yang sudi meluangkan masa singgah di laman ini. InsyaAllah, novel seterusnya ANDAI ITU TAKDIRNYA akan diulas kerana penaja sangat menyarankan saya membacanya sejak saya belum membaca novel lagi. Katanya, “bacalah kalau nak tahu…”
Maaf jika ada terlanjur bicara.
Sekian, Wasalam.
T/kasih, Qiu Aril kerana sudi membaca RDAB & mengulasnya. Tahniah & t/kasih diucapkan pd tuan punya novel kerana bukan mudah hendak mengajak lelaki m'bca novel cinta.
ReplyDeleteSama2, terima kasih kembali kerana sudi membaca ulasan sy. sy pasti kak meen dh jumpa siapa tuan punya novel. =)
ReplyDeletex sangka ada lelaki yg minat baca novel gak...=)
ReplyDeleteble promote cite2 yg best...