Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

January 30, 2011

kronologi BINA INSAN GURU 2011. cetusan bahasa berlandaskan pengamatan.

Bina Insan Guru. Sebagai memenuhi kurikulum pengajian Ijazah Perguruan ini, kami di semester 1 akan mengikuti perkhemahan 4 hari 3 malam atau jam kreditnya sebanyak 45 jam. Kelas 1A,1B dan 1C bergabung untuk melaksanakan program ini pada 25 – 28 Januari ,manakala kelas 1D, 1E dan 1F akan menyusul pada 7 – 10 Februari.

Kami sangat teruja dan terkejut tatkala khabar angin bahawa BIG akan dilakukan dalam masa yang terdekat ini. Realitinya, benar. Jika kerajaan sudah ada wang, lebih cepat kita menyambarnya sebelum kegawatan berlaku. Elaun kami pun tiba dalam waktu yang tidak dijangka. Penggabungan kami 3 kelas ini untuk melaksanakan program kurang drpd 1 minggu utk bersiap sedia tidak mendatangkan masalah kerana ketiga2 kelas jurusan BM/PJ ini sudah punya pengalaman mengelolakan perkhemahan sebelum ini. Hanya BIG kali ini lebih mudah kerana semuanya sudah disediakan oleh pihak IPG. Kami hanya bertindak selaku pesertanya sahaja.

Secara rambang, aku dilantik selaku AJK Kebersihan. Belasah aje la. Sebagai bakal guru kita perlu menyahut apa jua cabaran yang mendatang. Chewahhh.

Hari Pertama 28 Januari 2011

Bertolak setelah keperluan yang telah tersedia untuk dibawa dan bacaan doa selesai. Singgah minum pagi di hentian Rawang. Perjalanan pagi itu terasa tidak terlalu jauh. Tidak dapat melelapkan mata. Mungkin kerana diriku yg tidak ditambat oleh Sarjan Farid yang ditugaskan untuk mengawal tingkah laku “hyperactive” ku. Setelah mendapat nasihat, akhirnya kembali normal demi dia. =)

Akhirnya tiba di TANJUNG UDA RIVER RESORT. Pemandangannya seyojana mata memandang. Tapak khemah yang hijau rata nan bersih meyakinkan aku. Usai solat himpun zohor dan asar, diukuti taklimat dan seterusnya pemasangan khemah. Pabila kami bekas2 bakal perajurit ini mendirikan khemah, masa tidak perlu dikira. Tugas kami disambung dgn bantuan terhadap kaum hawa yg memerlukan adamnya disisi.

Petang indah itu agak santai bagi kami, kumpulan 1 yakni kumpulan aku dijadualkan menyediakan minum petang. Namun, akibat kesesakan di dapur yg pastinya berpasang-pasang tangan itu, aku merasakan tidak perlu membuat sibuk di sana menambahkan kekusutan. Biarlah wanita melaksanankan tugas rujinya itu.

Selesai tazkirah Maghrib, kami disajikan makan malam, biarpun lauknya tidak seberapa. Kami menikmati masakan yang enak itu bersama di dalam talam yang sama. Bermula pula aktiviti ‘Ice Breaking’. Entah apa yg hendak dipecahkan ais pun aku tidak pasti. Walaupun secara kasarnya kami amat mengenali ahli kelas yang lain, namun biarlah aktiviti ini dapat mengundang tawa buat kami.

Bercicahkan biskut mayat, kami menikmati minum malam sebelum melakukan gelombang delta. Khemah aku ditugaskan berkawal malam malam kedua dan ketiga. Malam pertama ini kami hanya meluangkan masa di kamar berlantaikan lembapan rumput yang menyamankan. Diselitkan dengan dendangan gelak tawa, cerita indah oleh mereka yg bertugas dari jam 12 malam hingga 6 pagi itu, sebenarnya tidak mampu membuatkan semua yg tidur mengecapi mimpi nan indah. Biasalah, adat berkhemah pasti tiada tidur yang melenakan.


berehat sejenak di hentian Rawang


pemandangan seyojana mata memandang..



posing je lebih...


kakak busuk(sarkastik) =p


ini SUD...

Hari Kedua 26 Februari 2011

Bangun awal dengan sendirinya tanpa perlu alat penggera. Kononnya protes terhadap sentry yang bertugas. Terima kasih insan yang membuang angin belakang dengan bunyi yg begitu mengujakan itu. Itu juga tanda protes terhadap sentry. Laungan azan subuh berkumandang, tanda solat akan didirikan dan diikuti kuliah subuh yang menundukkan kepala dan kelopak mata. Bunyi ujaran kata oleh Ustaz Anuar sayup-sayup kedengaran.

Setelah mendapat tuguran tegas oleh pengerusi kami, bagaikan tersentak kami gopoh bersiap utk senaman pagi. Pastinya tarian poco2 itu akan diselitkan. Mee Goreng, setelah beberapa suap kami bertolak menaiki bas menuju ke Bukit Ungku Busu. Yang pantas pastinya didepan. Aku secara kebetulan mendahului pendakian. Maka, pendakian itu mamakan masa yg amat singkat. Haha. Walaupun ada juga yg pada mulanya bersama namun tenggelam di belakang.

Tamat sesi rehat di puncak, beransur turun bersama-sama. =) destinasi seterusnya, Pantai Teluk Batik utk sesi keyakinan di air. Ingatkan sekali arung berkayak di situ. Rupanya kami akan berkayak di belakang resort sahaja. Usai melakukan kewajiban. Kaum Adam diarahkan utk berkayak petang itu juga. Wanita pula, disebabkan PFD yg dibawa hanya 30, maka meraka dipecahkan kepada 2 aktiviti, bersama Pn. Aishah utk LDK 1 dan Cik Midah untuk kelas masakan dan ujian pendengaran pembebelan. =p

Petang sebelum tiba Maghrib, hujan yang sesuai untuk mandi itu aku gunakan untuk bermain baling selipar di tapak perkhemahan, jika mandi awal pun tidak ada apa ug ingin dilakukan. Kami lelaki2 yg dahagakan peluh dan permainan ini memanfaatkan masa terluang. Maka, seperti biasa laungan azan Maghrib akan mampu meredakan hujan. (tak percaya cuba kaji sendiri =p ) kumpulan aku menyediakan santapan malam itu sebelum aktiviti yang hambar sepanjang kem yakni Latihan Dalam Kumpulan yang kami amat bosankan itu terpaksa dijalani. Jujur mengatakan bahawa BIG ini amat menyeronokkan, namun, LDK ini yg membuatkan kami gagal memberikan kerjasama. Sepatutnya sediakan kami LDK yang dikemaskini yang boleh merangsang pembabitan peserta keseluruhannya.

Sebelum ditugaskan kawalan malam dan tidur tepat jam 2 pagi. Ruang masa sejenak kami gunakan utk berlatih sejenak persembahan malam kebudayaan. Selesai dan setelah diberikan aduan oleh penghuni khemah. Mereka yang bertugas diminta menjarakkan diri daripada kawasan perkhemahan. Maka, kami berkawal di dewan terbuka sambil menonton AKU MASIH DARA berbantukan laptop Fahmi.


hero2 yg berjaya tawan bukit ungku busu


wanita umno juga hebat.=p



kenape view dr 1204 xmcm ni fahmi??


duta carissbrook dan nike


regangan biasa di waktu pagi. Purek, why??


wajah pemimpin pendakian yg dihadapan.


<
kami lelaki di teluk batik


mereka wanita di teluk batik




Hari Ketiga 27 Januari 2011

Solat di dalam khemah. Dimana sentry untuk mengejutkan kami?? Selesai senaman, kami melakukan lawatan ke kawasan parlimen oleh wakil rakyat.haha. Carutan. Hanya jalan2 menghirup udara segar pagi di sekitar kampung. Tiba semula di TURR, hidangan pagi disajikan. Alhamdulillah.

Yang perempuan meneruskan aktiviti berkayak dan lelaki boleh melelapkan mata sejenak di khemah sebenarnya, namun penghulu mengatakan ada penceramah luar yg ingin menyampaikan hal2 tentang insuran-takaful ini. Stelah aku diberikan tepukan gemuruh yg pertama pada sesi itu. Maka setakat itulah komitmen aku untuk mendengarnya. Bermakna aku tidur sepanjang penerangan itu.

Puan Aishah menanti dengan penuh sabar untuk memengantukkan kami. Sememangnya LDK akan diberikan layanan hambar oleh kami. Maka yang hambar dan pasif ini akan membuatkan aku yag aktif ini tidak sehaluan. Maka, lelaplah wahai mata. Kumpulan Merbuk bijak mengelak untuk mengikuti LDK ini dengan alasan menyediakan Kudapan. Kami yang ternanti2 kudapan yang dapat membayar penat lelah semasa di LDK disajikan terkedu pabila mereka hanya menyediakan the dan biskut sahaja. Walhal 1 jam lebih mereka di dapur. Mungkin memetik daun the yg memakan masa mereka itu.

Hari ketiga adalah hari santai dan tidur bagi kami. Semtelahan menunggu makanan tengahari, kami memanfaatkannya dengan tidur di dewan beramai2. Setelah solat barulah menikmati hidangan. Sepatutnya dalam jadual kami ada LDK lagi. Memandangkan kami menghambarkan LDK sebelum ini. Maka kami diberi latihan dalam kumpulan untuk persediaan persembahan malam kebudayaan.

Kumpulan kami sebenarnya tidak yakin akan persembahan yg bakal kami paparkan kepada khayalak kelak. Namun, kami tetap optimis dengan jalan cerita, bentuk penceritaan dan mesej yg boleh diselitkan dalam persembahan kami. Masa yang diperuntukkan amat panjang, maka melepaklah kami sambil bersama2 menyiapkan pentas, menyalai ayam untuk BBQ dan lain2 lagi agar perjalanan malam kami nanti meninggalkan seribu kemanisan sebelum beransur pulang esoknya.

Persembahan pastinya mendatangkan gelak tawa bagi kami. Biarlah kami yang berada di sana memiliki memori indah bersama malam itu. Kumpulan aku dinobatkan selaku Naib johan. Namun, persembahan semua kumpulan adalah baik dan berpotensi. Jika dapat digabungkan segala kumpulan dan kudrat kami bersama, pasti akan mencernakan sesuatu di Akademi Bahasa kelak. =p

Selesai majlis penutupan maka kami bersama2 menyiapkan dan mengemaskan barang2 utk pulang esok. Pastinya kenangan sewaktu satu kampung terputus bekalan elektrik tepahat dimemori. =)

Seperti biasa malam terakhir pasti ada yang mahu over night konon. Pidot meyakinkan bahawa xperlu sentry pun xpe sbb ramai stay up. Angan2 nak bangun jam 5 akhirnya jam 6 jua kami terjaga untuk bersiap2 mengemaskan keperluan dan menjatuhkan khemah.





tamat peperangan..


ini bukti ketiduran.


AJK Kebersihan melaksanakan tugasnya dgn hemat. Bersih, Cekap, Amanah.



mase ni la tgok budak2 berangan depan cermin..haha..


kami P.R.S


Hari Keempat 28 Januari 2011

Selesai solat dan khemah yang siap disusun dan barang2 yang tersedia dibawa pulang, kami menanti perjalan pulang ke Institut Bahasa yang berjasa. Institut mulia berharga. Tempat kami bersama2 menjunjung bahasa Ibunda.

Maka dalam perjalanan pulang, keadaan sunyi sepi kerana masing2 keletihan, kedengaran hanya lagu2 yang berkumandang di corong2 radio. Sehinggalah, Alhamdulillah selamat tiba di Bukit Pantai.

Secara keseluruhannya, aku amat menikmati perjalanan keseronokan sepanjang BIG ini. Tidak terlalu menekan kami selaku remaja yang sememangnya tidak suka di tekan. Itu secara psikologinya. Pengisiannya amat bermakna buat kami, ada sesuatu yang kami tambah di sini. Semoga ukhuwah yg sedia terjalin ini terus mantap dan diredhai-Nya. Terima kasih buat mereka yang layak menerima ungkapan terima kasih. Walau tidak dapat di ungkapkan secara langsung, hanya Allah yg dapat membalasnya. Tidak lupa salah silap yang sememangnya tak dapat dibendung akibat khilafnya diri selaku hamba Allah ini. Mohon maaf dipinta. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. =)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...