Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

January 22, 2011

Muzikal Tun Mahathir 2..Daripada Pelakon Menjadi Penonton.

Bismillah. Dengan Nama Allah.

Assalamualaikum.

Terpanggil diri untuk menulis berkenaan pementasan Muzikal Mahathir musim 2 ini. Dahulunya bertindak selaku pelakon tambahan dalam musim yg pertama. Kini, disebabkan pihak produksi mahu mengambil pelakon dalam kalangan pelajar2 ASWARA dan UiTM, maka bersendirianlah diri ini menyaksikan pementasan pada hari pertama teater ini dipentaskan.

Seperti biasa akan singgah di kafe IB, makan menu macam biasa nasi goreng dan telur mata. Tatkala jumpa pelakon2 lepas yang masih diberi peluang utk beraksi kali ini. Tidak terlupa juga penari2 Istana Budaya. Katanya 7.30 malam baharu saja tamat raptai penuh. No komen, aku yang pernah terlibat dalam musim pertama sudah faham masalah yg dihadapi. Semestinya latihan saat2 akhir amat diperlukan untuk memberikan sentuhan terakhir. Sedangkan pada awal latihan musim pertama di jalankan, banyak masa sebernarnya , tapi banyak dihabiskan dengan kekangan2 yang tertentu. Komitmen pelakon juga penting. Seorang tak datang, rosak seluruh perjalanan teater. (pernah kene marah dengan Pengarah dulu=p)

Habis latihan jam 7.30. diri dapat mengagak bahawa pasti berlaku kelewatan untuk memulakan persembahan. Banyak prosedur yg perlu dilakukan sebelum bermulanya sesuatu persembahan. Pasti diri ini tidak sabar menyaksikan dan mengetahui siapa gerangan insan yg mengambil alih watak yg pernah aku pegang dahulu. Bermula dengan babak kelahiran, Mansur(abang Che Det), kali ini babak tersebut dipanjangkan kerana Azean Irdawati bertindak selaku Mak Bidan. Perjalanan babak satu tidak ubah seperti musim dahulu. Penggunaan watak susur masa/pencerita yang dibawakan Sarimah Ibrahim cukup menghiburkan. Watak ini dihidupkan untuk menyampaikan dan menyambungkan babak2 yg seterusnya. Satu je, motif Che Det pusing2 pentas naik basikal sampai satu minit tanpa apa2 menimbulkan keresahan.

Kehadiran AC Mizal semestinya dinantikan, jujur mengatakan bahawa pelakon lama lebih suka akan babak tampal poster yang dahulu.(bangga habaq ang!) mungkin sebab faktor pelakon2 tambahan dahulu lebih happening dan suasananya meriah. Sebelum terlupa, babak kampung tidak langsung Nampak kemeriahannya seperti dahulu. Masyarakat2 yg melatari babak tersebut semuanya muda2. Mana kanak2, veteran??

Hadir Ezany yang mirip seperti Zizan Nin bila pakai spek besar. Not bad. Misha Omar selaku Siti Hasmah remaja juga tidak menghampakan. Cuma, yang menggusarkan hati tatkala Elly Mazlin yakni watak Siti Hasmah Dewasa ada sesuatu babak itu terlalu gedik. Semasa musim pertama kak Erra membawakan perwatakan ketika itu tidak seperti mengada-ngada dan jalan tergedik2. Mungkin nak menunjukkan sifat manja namun terlebih kot.

Saat yang dinantikan telah tiba iaitu babak yang menyentuh hati sesetengah penonton dahulu. Masa musim 1 berada di belakang pentas dan diatas pentas tidak dapat bertindak selaku penonton. Babak perletakan jawatan Tun. Kali ini ia juga dipanjangkan kerana lakonan semula kelantangan dan keberanian Tun Mahathir memberikan bukti dan memberitahu kepada dunia yang (siapa ntah pemimpin Perancis yang menyebabkan kegawatan ekonomi 1997 dulu).Setelah tanya Mazhar Mahathir, nama makhluk tu ialah George Soros.

Kali ini babak perletakan jawatan itu dilakonkan sendiri oleh Esma Daniel berbantukan video di belakang, Cuma Esma perlu mengajuk perbuatan Tun Dahulu. (nak tahu tengoklah). Persembahan kali ini lebih baik penceritaannya berbanding musim 1, namun ada yang musim 1 miliki tidak juga dipunyai musim 2. Ada kekurangan , mahupun kelebihannya yang tersendiri.

Sekian ulasan dan pengalaman yang dikongsi. Terima kasih kerana sudi membacanya.

Wasalam.


Panngung Sari, Istana Budaya


setiap latihan adalah tawa riang kami bersama..=)


ni lah geng2 Tampal Poster musim 1..yg duduk itu aku laa...=p


Curtain Call


babak perletakan jawatan Tun Mahathir, gua ada gak!!


Setiap malam penuh macam ini..dari bawah sampai atas..musim 2 aku pergi..??
ntah..pergilah tengok..=p



pengikat cinta mereka, bertindak selaku pemberi bunga..haha..=p


2 comments:

  1. seharusnya pementasan musim ke2 itu lebih baik drp musim pertama, ini adalah krn segala kekurangan dan kelemahan dapat diperbaiki melalui komen dan kritikan penonton musim pertama begitu jg dgn post mortem yg dibuat oleh pelakon dan team produksi..

    namun spt biasa, cinta pertama itu pasti melebihi sgla2nya, sptmana menunggu saat kelahiran anak sulung, debarannya adalah luar biasa.. segala penat lelah, segala cabaran dilalui tnpa kita mengetahui apakah dugaan yg bakal menunggu di hadapan.. segalanya menjadikan pengalaman pementasan kali pertama berbeza dgn pementasan seterusnya.. dan biarlah cinta pertama itu kekal sbg cinta yg pertama..! :)

    ReplyDelete
  2. saya suka dgn pendapat anda. ini adalah pengamatan yg jujur dari pihak que yg pernah terlibat sebagai ensembel di musim pertama dulu. nampaknya mata dan matahati anda terbuka melihat permasalahan.

    bagi saya, saya sokong pendapat Que. Dan bukan MELAYU MUDAH LUPA lagi dah situasi ini tapi MELAYU MEMANG PELUPA ~ Tunggu komentar dari saya pula nanti selaku [POV seorang ensemble musim pertama dan kedua MTM] banyak juga saya nak kritiks demi kemajuan masa depan teater tanahair dan nation building kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...