Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Sudah genap sebulan aku tidak membuka akaun belog ini. Ye lah, tiada apa yang hendak dikongsikan dan aku sebenarnya sudah kehilangan cas-cas untuk terus menulis di sini. Haha .Mungkin kerana tiada sesiapa pun yang nak baca kan? Haha. Apapun, terima kasih dan tahniah kerana anda sampai ke perkataan INI. Selepas ini pun mungkin mengemaskini belog ni sebulan sekali, itu pun ikut mood la. Haha. So dah boleh arrange reminder korang supaya tak de lah hari2 singgah belog ni dan membawa pulang dengan tangan yang kosong. =)
Terus kepada agenda utama. Bola sepak kembali menjadi fenomena di Malaysia. Terima kasih Harimau Malaya kerana menggamatkan semula arena sukan Negara. Tak pasal2, sukan lain pun dah terima tempias. Tetapi, hebat lagi bola sepak Malaysia ni sebab tauke2 jual barangan Harimau Malaya pun boleh tarik senyuman yang lebar. Dengan aku je dah ada hampir 10 baju yang berkaitan dengan Harimau Malaya! Haha (xpayah nak SHOW OFF sangat la aku kipas susah mati)
Isu yang aku nak kupaskan kali ini semestinya tentang keGAGALan Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014. Baiklah. Aku pun kadang kala terkilan jugak. =( Namun, kita perlu positif dan pandang ke hadapan. Nak layak world cup 2014 ni pun bagi aku agak2 la, langkah demi langkah, bermula dengan kejayaan Sukan Sea Laos 2009, Piala AFF Suzuki 2010 kita sepatutnya menonjol dan memberikan saingan di Piala Asia 2015(Australia) dahulu barulah dikira layak untuk mengisi slot ke Piala Dunia 2018(Rusia). insyaAllah.
Jika 2018, aku lebih yakin kerana itu merupakan sasaran FAM beberapa tahun dahulu( yang pernah dahulu nak tunda target ke WC2022). Apapun, jika Malaysia layak sekalipun dengan mengalahkan Singapura, ia boleh dianggap bonus. Namun, jika Malaysia gagal ke WC2018, mungkin jika ketika itu, Datuk K.Rajagopal masih menjadi Ketua Jurulatih. Pada ketika itulah barulah rasional page sperti ini dibuat di FB 100,000 People Request K.Rajagopal Resignation
Bagi aku, aku amat benci dengan manusia bergelar Warganegara seperti admin page tu. Kini, terdapat 2 kelompok penyokong Malaysia. Satu yang masih menyokong Datuk K dan sebaliknya.
Aku sedar jika admin atau peminat yang seKAPAL dengan ideologi itu mungkin akan mencemuh aku habis-habisan pendapat aku ini. Tetapi, so what? Hidup memang penuh dengan perbezaan pendapat.
Pendapat aku, selepas teori langkah demi langkah aku tu, seterusnya ialah kenapa perlu mendesak dan mencemuh Datuk K atas kegagalan Malaysia tak layak? Baru kalah 2 game kot, kau dah suruh dia letak jawatan. Cuba jawatan tu kau pegang? Amacam, ada goyang ka? Cakap serupa anjing yang menyalak, lu pergi balikla. (bajet taiko)
Masa dia bawa kemenangan mesti kau puji dia kan? (tipu la kalau tak..) berapa banyak kemenangan dalam perlawanan yang dah dia hidangkan kepada rakyat berbanding kekalahan? Baru sahaja berusia 2 tahun beliau pegang jawatan panas tu, bukan senang. Ini pasukan Negara, kalau nak training pun sebulan sekali. Lainlah pasukan negeri atau kelab yang lebih kerap latihan dijalankan. Kalau nak menang semua game, baik kau yang pakai but main tak pun main game komputer/PS ke? Sepanyol yang juara dunia pun xsemestinya menang semua game tau!
Marah ni! (haha) lagi satu, berkenaan kenyataan beliau yang buat peminat bengang( I Know My Boys dan itu hak saya..) selepas kekalahan 5-3 tu. Lepastu masa tulah ramai sangat Alex Ferguson kat Tanah Melayu ni, kenapa tak ambil player tu, player ni. Ini skuad senior la, bagi main budak senior bukan bawah 23 tahun.
Pigilah!! (betul ke??) aku saksikan aksi persahabatan Malaysia vs Selangor di Shah Alam tempoh hari, bukan sebab suka2 buang minyak pergi sana. Aku nak tgok sejauh mana kepandaian rakyat Malaysia nak sangat player dia main Malaysia, macam Roman Abrahamovich dah korang ni.
Bagi aku keputusan tak penting sebab perlawanan persahabatan adalah untuk menguji pasukan dengan pemain baru, taktikal baru dan sebagainya untuk situasi sebenar. 1-0, dan kegagalan skuad Negara menyumbat satu biji gol pun xde walaupun ada Safee Sali.
Ada sebab kenapa tiada jaringan, aku rasa yang faham permainan taktikal mungkin tahu sebab apa dn orang yang tgok bola sebab nak tgok team dia Menang memang tak Nampak. Noktah
Permainan menggunakan formasi 4-5-1. (tahu tak??) tak pernah, Rajagobal letak formasi ini, ni pun sebab nak sedapkan hati WARGANEGARA yang nak sesetengah player tu main. Ambik ko, memang bola xdapat sampai dekat Safee mahupun SAFIQ(kapten) sebab memang crowd dengan tight marking oleh player Selangor terhadap setiap pemain. Bermakna, formasi ini tidak sesuai digunakan.
Kawe ghoyak ni mu pahe dok? Haha. 2nd half tukar semua player, yang simpanan tadi pulak main. Friendly game nak tengok player main bukan gol banyak. So, xdapat dinafikan memang ada beberapa pemain yang WARGANEGARA nak sangat tu tak perlu berada di team kebangsaan. Sebab memang tak memuaskan langsung prestasi dia. Buat apa nak player yang xboleh passing bola dengan kemas dan baik? Boleh merencatkan perjalanan serangan pasukan tau tak?
Cukup kiranya aku berhujah disini. Mungkin kalian boleh menilai menurut pandangan masing-masing. Aku hanya menyuarakan pendapat. Terpulang untuk terima atau pun tidak.
Apapun, semoga terus maju jaya pemain dan jurulatih Harimau Malaya. Pengorbanan kalian untuk Negara sangat dihargai. (yang kutuk tu pernah training bola hari2 siang, petang malam tak? Jaga diet pemakanan, tahan PSIKO game dlam dan luar dan sebagainya..susah kau tau!)
Buat skuad Olimpik Negara yang masih punya harapan dan peluang di masa hadapan, teruskan latihan untuk merealisasikan harapan WARGANEGARA tu untuk layak ke World Cup 2018 Rusia kelak. Kerana kalianlah yang membarisi skuad utama ketika itu. Itu pun kalau main bola untuk Negara dan bukan sebab duit lah. Tetapi, melalui pengamatan aku, team2 olimpik ni semua baik2. =) Alhamdulillah.
Teruslah menyokong SUKAN Negara tidak kiralah apa juga keputusannya. Kita juga perlu melaksanakan tugas sebagai orang yang menyokong dibelakang Mereka. Sekia. Majulah Sukan Untuk Negara. Hidup Harimau Malaya!!
Maaf jika terkasar bahasa. Wasalam. =)
Pesanan : 1.kepada KAMU, terima kasih atas keprihatinan dan kepada KAMU YANG LAIN pula, semoga berbahagia dan teruskan mengukir senyuman kerana AKU DISINI tak pernah mengomong janji yang tak pasti sebabnya, SKRIPnya tak berubah ok. Sama sahaja..TQ.
2.Cinta dalam hati.
my team may be DEFEATED..but I still stand TALL!!
SUZUKI CUP =) @ Muzium Negara
keep calm and believe in RAJAGOBAL
terperosok di lautan BIRU
brader gua KHYRIL dah perform balik!!cayalah!!
tanah tumpahnya darahku!