Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

March 16, 2012

Di sebalik tabir kesibukan Januari - Mac 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wahh! Sudah berhabuk bersawang belog aku. Haha. Al maklumlah terlalu-lalu sibuk dan sibuk dengan perkara yang yang aku suka sibukkan diri walaupun tak sibuk. Barulah terisi sikit kehidupan kita ini, yang penting niat mesti kerana Allah Taala. Barulah mendapat berkat. =)

Kali ni nak cerita disebalik tabir dari awal Januari sehinggalah ke hari ini. Perkara pokoknya mestilah berkaitan teater Babak Terakhir yang telah dipentaskan dengan jayanya. Alhamdulillah dan nak cerita pasal sun burn entah yang keberapa kali. Hehe. Sebenarnya tak kisah pun, hitam ke putih pun tak de jugak yang nak melekat dengan aku. Haha. Ayat pasghah. =p

JANUARI 2012

Semester 3 bermula. Bermakna subjek Pengajaran Berbantukan Komputer(PBK) yang diajarkan oleh Mr.LAW menjengah tiba. Semua orang cuak, tapi aku? Buat rilek sudah. All IS WELL! Ternyata budak kelas aku dah dapat memikat hati beliau dan dapat menyerap tekanan. Huhi.

Kerja LAW memang amali dan paling bestnya dapatlah jalan-jalan.

bukan setakat jalan. duit pun boleh jalan...-___-"

Dalam masa yang sama, impian aku untuk mementaskan sebuah teater di sini mendapat kelulusan drpd Pihak IB. Alhamdulillah. Maka bermulalah sesi lamaran kepada pelakon dan pemuzik. Seterusnya sesi skrip reading. Pada awalnya pelakon2 aku kurang pasti dan kurang faham tentang cerita yang aku cuba buat ni. Tapi, buat tenang sudah. 1 day u will see it. =)

Banyak cerita suka dan duka dalam pembikinan teater ini, terima kasih buat teman2 yang setia membantu. Aku menjadi segan dan malu dek kerana impian dan harapan aku sendiri mereka bekerja tanpa ada gaji dan habuan. Semuanya sukarela. (ada jugak yang mintak bayaran sebenarnya. Diam sudah!) Alhamdulillah. Semuanya ini kerja Allah. Dia yang memudahkan urusan sepanjang teater ini berlangsung.

Daripada projek inilah kenal dengan Faisal Mustaffa(Penerbit Eksekutif Rumah Anak Teater) melalui Nam Ron. Asalnya nak pinjam tirai putih tu je, tapi beliau bagi lebih daripada tu. Terima kasih Rumah Anak Teater! (sebab itulah aku support teater underground ni. =)

FEBRUARI 2012

Bulan 2 ni merupakan bulan aku tak balik rumah! Sibuk Bro! Tak sampai sebulan show nak jalan. Pentas tak konform lagi, sound, lighting semua tak ada kat dewan Tun Sri Lanang tu. Lampu2 hanyalah hiasan di dewan, -____-“. Tak mengapa, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Aku ni kalau bercakap atau menulis pasti akan mengguriskan mana2 pihak. Tetapi aku bercakap atas paksi kebenaran. Awalnya pensyarah pembimbing macam tak sure je dengan kemampuan aku. Bukan apa, aku tak suka orang lain campur tangan dalam kerja aku. Macam mana minda pelajar IPG nak berkembang jika terus dikonkong. Berikan kami KEBEBASAN!!

Aku sebenarnya bukannya berlagak pandai tak nak libatkan pensyarah, tetapi buat apelah susahkan mereka. Aku lebih selesa bekerja bersama kawan2 dan biarlah kami bertanggungjawab atas segala usaha kami.

Benda yang paling perit adalah semasa membina set dan lampu sebab kena pinjam Scaffolding daripada syarikat construction yang buat bangunan baru 12 tingkat. Alhamdulillah. Kerja ngan orang luar lagi MUDAH drpd yang DALAM sebab itu tak boleh ini tak boleh. Haishhh!!

Duit untuk teater ini ZERO! Nadai! Takda! Tapi ada Hamba Allah yang sudi sumbangkan RM 150 secara keseluruhannya. Itupun untuk 2 banner yang direka khas oleh Redha Rahimi. Terima kasih bro! Suruh buat simple2 je sebab kita tak bayar dia kan.. dan tengok la hasilnya bagaimana. =)

Tibalah hari pementasan. Petang tu sibuk dengan pra sukan tahunan IB. Pelakon, kru dan FOH pun lambat padahal 2 bas dari IPIS dah sampai. Kelam kabut sikit je kann..tapi Alhamdulillah 3 bas dan 1 van daripada maktab lain sudah memeriahkan suasana dalam dewan. Tapi diluah mati mak ditelan matu bapak, walaupun pementasan ini berjaya tapi bagi aku ianya tidak berjaya kerana matlamat dan objektif utama aku untuk angan2 aku ini adalah untuk budak2 IB datang tengok sesuatu yang lain. Tetapi hakikatnya tak kesampaian dan buatkan habis sahaja show aku pun tak lalu nak makan. Yang lain berselera sahaja. =/

Aku harap Allah berikan kesempatan kepada kami utk pentaskan semula teater Babak Terakhir ini atas permintaan ramai. Tetapi perlu diingat, ia bukan tugas yang mudah. Semoga diberi kekuatan.Aamiin.

Cukuplah ahli keluarga aku datang tengok hasil kerja aku ini, cukup buat mereka bangga dan sedar yang inilah sebabnya mengapa aku terlalu sibuk di luar. Bukan sengaja merayau sana sini tetapi demi mendapatkan ilmu.


Putera Merdeka dengan tagline "merdekakah kita? Jika.." tetap nak interframe..


yang depan tu Pengarah la kan? haha.. sesi warm up

inilah dia hasil kerja Redha Rahimi. =)


monitor lampu buat sendiri der. yang paling gempak Nike sponsor tu. hahaha.


dua orang sahaja yang berani panjat sampai atas Aku dan Dia. siapakah?


untunglah dapat bergambar tanpa Pengarah kan.. tak pe lah wakil Pengarah ada terselit kat situ. haha.


pemuzuk berkaliber - Ruzaini@JAI - Zaki dan Faza! Chait!!!


1 day show Full house la boleh dikatakan. terima kasih buat mereka yang sudi membuang masa hadir. =)


PANIK!


suwit gitu room mate! Qiu dan Fahmi forever always! haha


terkenang zaman berbicara dengan YM. =p


MAC 2012


1 Mac 2012, Kejohanan trek dan padang IPG KBM setelah 2 tahun menyepi. Yang paling seronok semua acara aku berlangsung pada hari tersebut. 7 acara kesemuanya termasuk 1 acara perbarisan Pengakap! Tu pasallah hitam..hehe.

1- Saringan 100 meter

2- Akhir 100 meter

3- Saringan 110 meter lari berpagar

4- Akhir 110 meter lari berpagar

5- 4x100 meter

6- 4x100 meter jemputan

7- 4x400 meter

Alhamdulillah, aku tak nak larian aku hanya untuk sia-sia. Ya semua nak gelar aku atlet. Tapi ingatlah ini semua pinjaman sementara.

Untuk semua acara yang aku sertai. Semua dapat la pingat kecuali yang acara jemputan tu lah. Huhu. Nombor 4 je. Okay la tu, dulu asyik dapat no. 5 ke bawah je..

Acara 100 meter dapat PERAK

Acara 110 meter berpagar dapat EMAS (itupun nasib..)

Acara 4x100 meter dapat EMAS ( leading jauh tuu....haha)

Acara 4x400 meter dapat GANGSA

Cukuplah semua warna pingat ada. =)

acara terakhir pelari terakhir dan dapat pingat gangsa - 4x400 M


Dihadapan? hebat!!


Dihapan lagi? Hebat2! Bagud!!


saringan 100 M. saje bagi menang. MASA kelayakan tu penting! hehe..


Aamiin.


4 kali naik podium bro! mesti bosan tengok aku pergi depan je kan..haha..=p


4 Mac 2012, hari bahagia aku sebabnya dapat makan DELIFRANCE buat pertama kali. Walaupun tak diundang tetapi aku percaya kepada takdir, jodoh pertemuan dan rezeki yang Allah tetapkan. Alhamdulillah. Terima kasih awak! ngeeee...=p

11-14 Mac 2012

Terlibat dengan konvokesyen IPG kali ke-2 di PICC, Putrajaya. Sebenarnya event KRS, tetapi memandangkan mereka ketandusan ahli yang bersukarela mengorbankan cuti, berpegang teguh dengan undang2 Pengakap, menolong orang setiap masa aku terima tugas menjadi ahli KRS sementara. Terima kasih Khairi @ Kerg yang sudi pinjamkan sepersalinan uniform KRS.

Ok lah duduk di Hotel Plaza KL daripada duduk asrama kan. Huhu. Terkenang zaman persekolahan di mana dah berapa banyak hotel yang dah dijejaki. (nak show off aktif pergi peringkat kebangsaan la ni..haha) bermakna dah faham selok belok keadaan dan rutin. Yang paling best mandi air panas dalam tab mandi la. Hehehe. Ok, nway aku sebilik dengan class mate Tasha Manshahar. Budak IPIK tu. Sedikit banyak dapatlah dengar kerenah budak lagu Saxobeat dan Be Mine tu. (saja bergossip)

Kerja takdelah susah mana tapi penat menunggu je, banyak kerenah ibu bapa/waris kepada graduan. 3 tahun lagi aku pulak yang tengok orang lain jaga pintu masuk dan kutip pas masuk. =)

InsyaAllah.

Kalau hendak diceritakan pasti tak dapat digambarkan dalam kata-kata. Biarlah ia tersemat menjadi memori indah untuk mematangkan lagi kehidupan.

padaMu YA ALLAH, aku bersyukur atas limpahan rahmatMU dan kurniaanMU terhadap diri ini .

kepada BELIAU, terima kasih kerana terus berikan semangat dan pendorong sepanjang 3 bulan ini. Nway, 3 bulan ini BELIAU pun tak ada buat hal. Maka berCAHAYAlah hidupku ini. Hehe. Alhamdulillah. =)

Sekian sahaja bingkisankata buat kali ini. Semoga ketemu di lain waktu. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. Semoga terus mendapat keredhaan-Nya. Aamiin. =)

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...