Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih sebab sudi buka belog ini setelah sekin lama menyepi. Ya, sudah lama tak dicemari dengan kata-kata dari aku di laman ini. Tapi, disebabkan Kak Baca Diam-Diam itu tak ada bahan bacaan, aku pun terdetik nak menulis. (terima kasih atas ingatan terhadap belog saya)
Sebenarnya cerita entry kali ni tergambar hendak ditulis masa dalam perjalanan balik ke IB dari kedai runcit di Kolej 11 UM. Aku kerja situ sebab itu ayah aku punya kedai. Walau pun penat sebenarnya, tapi aku nak tolong keluarga aku yg tidaklah seberapa ini.
Abah. Dia seorang yang sangat tegas. Anak-anak tak berani nak berbicara dengan dia temasuk aku. Mungkin takut kena marah. Tapi macam mana pun garangnya dia, Abah tetap seorang yg amat bekerja keras untuk keluarga. Kami tidaklah kaya mana, pernah dulu Abah memang tak ada duit. Kalau ada duit cukup-cukup untuk makan malam saja. Masa tu nak pindah ke Kajang. Zaman peralihan ke sana merupakan yang amat perit buat keluarga aku.
Aku bangun pagi-pagi, Abah makan roti bakar sapu kaya dengan air milo dan terus pergi kerja dekat UM. Kalau ambil tender masa awal-awal dulu, pemindahan perabotlah, pembersihan pejabatlah, buang sampah, pemansuhan perabot dan macam-macam lagi. Memang kerja yang berat-berat dan tahap cleaner. Aku pernah merasa semua itu. Abah akan minta aku tolong dan tetap bagi upah kerja. Memang aku pernah mengeluh sebab ganggu masa cuti. Tapi aku sedar yang aku juga perlu ringankan beban dia untuk menyara keluarga.
Syukur. Alhamdulillah. Hikmahnya kami berpindah rumah memberikan rezeki yang cukup buat kami dari Allah. Dulunya tender yang Abah dapat yang berat-berat, kini lebih ringan namun komitmennya tetap ada. Hari-hari kalau boleh dia nak kerja termasuk Sabtu dan Ahad. Mungkin aku mewarisi workaholic dan banyaknya kenalan yang dia ada. Cuma, yang menari, berlakon, bersukan semua aku tak tahu genetik siapa. Dalam keluarga besar aku tak ada seorang pun penari dan orang yang aktif sukan. Dalam kalangan sepupu tu aku sorang saja berstatus atlet. Haha.
Oleh itu, aku bukanlah nak menunjukkan apa-apa. Aku cuma kongsikan bagaimana aku membalas jasa Ayah dan Ibu aku. Walaupun aku tak pernah zahirkan dalam bentuk fizikal, tapi aku cuma berusaha meringankan beban mereka. Aku tak pernah minta apa-apa daripada Abah. Cuma sejak dari zaman sekolah asrama sampai sekarang, RM 50 seminggu itu wajib. Purata sebulan RM 200 saja yang aku terima duit poket. Pernah juga tak dapat dan pernah juga kurang nilainya. Waktu tu zaman ekonomi keluarga tak menentu, bermakna aku faham-faham sajalah.
Abah beri aku kerja keras dia untuk aku. Aku tak minta apa-apa. Segala benda yang aku beli dari aku sekolah menengah sampai sekarang, sedikit pun tak minta duit dari dia. Aku cari sendiri dan adalah elaun-elaun yang aku terima tapi bukan dari Abah. Abah teta RM 50 seminggu. Ok lah. Sehari RM 10 makan, syukur nikmat.
Motor, laptop, telefon, kasut, baju dan segala macam barang peribadi kalau boleh aku tak mahu minta pada abah. Biar aku berusaha nak beli dan bayar sendiri. Kau nak kau usaha sendiri. Itu prinsip aku.
Makanya, sebelum aku membebel entah apa-apa. Molek kiranya aku berhenti setakat ini. Maaf kalau penulisan kali ini menimbulkan rasa jelik terhadap aku. Aku hanya menyatakan perasaan terima kasih aku pada Abah. (Sapa suruh baca sampai habis?)
Kesimpulannya, hargailah ibu, ayah, adik, kakak, abang dan segala macam dalam keluarga dengan baik yang anda sendiri mahu. Doa untuk mereka pun sudah memadai andai tak termampu untuk membalas apa-apa. Asalkan ikhlas kerana perkara-perkara nilai seperti ini sukar diukur dengan harta dan wang ringgit. Insya-Allah, kehidupan kita akan lebih aman dan tenteram. Aamiin.
Terima kasih Qamarulzaman. Aril sayang abah. =)
#Pesanan buat diri sendiri yang tidak sempurna ini juga.
Kasih ibu membawa ke syurga.. kasih ayah membawa berkat. Semoga terus berbahagia di dunia dan akhirat.
ReplyDelete