Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

March 25, 2013

Milik Siapa Hati Ini : Sebuah Novel Qiu Aril




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih atas kesudian anda membuka laman ini. Kali ini aku hanya mahu berkongsi sedikit tentang cerita yang hangat diperkatakan ketika ini iaitu novel tulisanku yang pertama selamat diterbitkan dan sudah berada dipasaran. haha. =p

Sebenarnya aku tak bercita-cita untuk menjadi penulis novel, namun memandangkan Kursus minor aku di IPG Kampus Bahasa Melayu ini menawarkan subjek Penulisan Kreatif. Mahu tak mahu wajib menulis sebuah novel, 3 cerpen dan 5 puisi. Maka terhasillah Milik Siapa Hati Ini.

Idea nak terbitkan karya ni sebenarnya dah lama.  Masa tulis novel ini lagi cuma kekangan wang dan masa membantutkan hasrat. Aku cuma mengambil peluang dan tak mensia-siakan keperihan menulis karya kreatif. Kita buat penat-penat pasti mahukan bayarannya. Maka, aku mula mengumpul wang untuk tujuan penerbitan.

Shafiz Mahmod yang mendahului terbitan novelnya iaitu Diari Cinta Romeo sebab dia ada bajet dulu. Aku masa tu tak ada bajet lagi. Maka tunggu hingga cukup wang dan aku pun majukan manuskrip aku ini kepada Faisal Mustaffa, Penerbit Merpati Jingga. Alhamdulillah, dia menerima manuskrip ini.

Aku tahu ada 59 orang lagi penulis novel dalam batch aku. Tak termasuk batch yang lepas-lepas lagi. Kalaulah mereka juga turut serta untuk terbitkan novel pasti menarik. Aku tak kata novel aku yang terbaik dan tinggi markahnya. Ada yang lagi baik dan tinggi markahnya cuma mereka belum bersedia nak selangkah kehadapan. Aku harap satu hari nanti karya-karya mereka ini dapat diterbitkan. Tak salah mencuba bukan?

16 Mac 2013. Majlis pelancaran novel telah diadakan di Art 4 Grabs, Annece Gallery Central Market. Masa itu juga diadakan persembahan selingan. Nak tengok? klik sebelah ---> Persembahan sempena pelancaran novel http://www.youtube.com/watch?v=YbzJzPj8-PI

Baiklah. Sebelum aku merayap jauh. Aku lampirkan sekali sinopsis novel ini :

CINTA itu hadir dengan sendiri atau kita yang perlu mencarinya? Itulah persoalan yang bermain difikiran lelaki bernama AZRUL HAZIQ. Tanpa disedari cinta berputik setelah sekian lama mendekati NURUL NAJWA. Gadis yang sempurna di matanya itu perlu ditawan hatinya.
Bagi NAJWA, kehadiran AZRUL HAZIQ perlu dielak dan cukup sekadar dijadikan teman. Hatinya masih dirantai kasih NAZRUL IRWAN sejak di bangku sekolah lagi. Namun, ‘kebisuan’ NAZRUL terhadap NAJWA membuka ruang buat AZRUL HAZIQ mengisi kekosongan itu.
Penantian dan ketulusan HAZIQ kadang kala membuatkan NAJWA tewas. Kenyataannya, mampukah NAJWA berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri? Mampukah juga HAZIQ mempertahankan kesetiaannya walau sering kali disakiti?
Apakah yang terjadi apabila cinta yang tidak dibalas dahulu, kini kembali dituntut? Pada akhirnya, siapa yang menjadi pemilik hati mereka?

Nak tahu lebih lanjut? Dapatkan Milik Siapa Hati Ini di beberapa saluran seperti :

Persembahan teater-teater indie sekitar Kuala Lumpur
Program atau majlis-majlis penerbit buku indie
Dan akan datang di kedai buku MPH dan Kinokuniya

Selamat membaca. =)

Terima kasih juga kepada mereka yang sudah memiliki novel ini. Semoga anda berpuas hati dan terhibur. Nak mensi juga Tuan Azaf atau Faza Mokhtar merupakan pembeli pertama!

Sekian. Wasalam.


Berita Harian : 25 Mac 2013



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...