Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

December 2, 2009

teAter NatraH..My view..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..pada tarikh 2 Disember 2009 aq telah menyaksikan pementasan teAter Natrah di IStana budaya..Macam bIase la..tgok sorg..spe plak membe aq n tgok teater2 ni kan??so pegi sorg pown menjadi kebiasaan bgi aq klu tgok ape2 show pown..

PemenTasan bErmula jam 8.30 mlm..so aq smpai pown pkol 8.10..so sebelum aq menyaksikan teater 2..aq bace la pape yg ptot kat luar 2 utk mengukuhkan kefahaman aq tentang kisah Natrah ni..sebelum ni aq xtahu pown tentang kisah Natrah ni..maklumlah bende dh berlalu lebih dr 50 tahun..so semenjak kisah ini akan dipentaskan..aq pown mule nak mendalami kisah tersebut..so maybe dh ramai yg tahu kisah ni..klau dh tahu pown mesti lepas brite tentang kisah ni nak dipentaskan..mmg tujuan kerajaan pown nak pentaskan kisah ni sbb nak bagi sume org tahu kisah yg sebenar yg berlaku dlu..so melalui pendekatan ini..kisah ini dapat disampaikan dengan jayanya..mmg berat jugak kisah ni sbb melibatkan sentimen agama..so pengarah mesti berhati2 dlm setiap espek yg dikeluarkan..

So aq pown terkejut jugak..sbb show ni mendapat smbutan yg menggalakkan..full house kot setiap hari..sbb tgok kat online ticketing..stiap hari punye show mmg nak penoh pown..so Alhamdulillah la..xsie2 usaha dorg buat teater ni..lagipon dengan dikuatkan lagi pelakon utamanya seperti maya karin,remy ishak,umie aida dan rmai lagi..so org pown nak tgok la..lebih2 lagi si Adam(remy ishak) yg membawa watak Cikgu Mansor Adabi..suami kpd nAtrah..sbb memang dye kowt yg rmai yg datang..sbb aq tgok sume excited je bile die keluar..so xsemestinya oleh sebab remy ishak kan..so banyak lagi faktor lain..so ni salah satu faktor yg melariskan tiket..

jalan cerita yg disusun agak menarik..dimulakan dengan monolog Natrah ketika 70 tahun oleh sofea Jane..so diteruskan dgn imbas kembali natrah ketika kecil ug menunjukkan beliau dididik dan diasuh dgn agama Islam..so selang beberapa tahun lpas 2..beliau dikenalpasti oleh seorang pegawai tinggi British yg menghadiri acara pertandingan senaman Tarian yg Natrah sendiri ambil bahagian..so pegawai tersebut terasa hairan mengapa seorang anak orang puteh ade kat belah timur kan..mase 2 Natrah berada di Kemaman Terengganu di mana negeri tersebut tidak bersekutu..so dengan rasa hairan tersebut yg membawa pegawai tersebut ingin tahu apa rahsianya..so pegawai tersebut berjaya menipu Che aminah yg merupakan ibu angkat yg menjaga Natrah ke Singapura..di sanalah bermulanya konflik kisah ini..memang kita xdapat menafikan penjajah itu memang mementingkan diri sendiri..sedih melihat aksi Natrah dipisahkan dengan Ibunya Che Aminah dimana NAtrah dibawa ke Rumah KEbajikan di Singapura kerana Che Aminah tidak ada hak utk menjaga Natrah kerana tidak ada dokumen yg menyatakan bahawa Natrah ialah anak angkat Che Aminah..seterusnya konflik ini dibawa utk ke mahkamah utk menuntut keadilan..Akhirnya mereka mendapat semula hak penjagaan tersebut..dari situlah Cinta Natrah dan MAnsur Adabi mula berputik dan seterusnya membawa mereka ke perkahwinan..keluarga kandung Natrah tidak berputus asa..maka dengan itu mereka mendakwa perkahwinan mereka tidak sah..kerana Natrah masih muda iaitu 13 tahun..tetapi jika mengikut undang2 islam..memang dibenarka kerana natrah sudah akil baligh..namun pihak keluarga kandung NAtrah mendakwa perkahwinan itu adalah untuk membuatkan pengukuh NAtrah supaya yterus tinggal terus di Malaya ketika itu dan juga menyatakan perkahwinan dalam islam tidak kekal lama dan ianya membabitkan masa depan NAtrah itu sendiri..Hal seperti itu membuatkan org Islam tidak puas hati..Namun akhirnya keputusan mahkamah yg dikatakan berat sebelah itu menyebabkan maruah org Islam tercabar..maka tercetuslah trajedi Natrah itu..18 org mati dan 170 lebih orang yg cedera membuatkan Singapura mengadakan perintah berkurung selama dua hari dua malam..memang tragis..manakan tidak..org Islam tidak sanggup melihat Natrah yg sebelum ini Islam akan dikristiankan dan beliau akan Murtad..namun kisah itu telah pown menjadi sejarah dan menjadi salah satu faktor kebangkitan nasionalisma dalam kalangan masyarakat ketika itu utk menyingkir penjajah British..dalam satu adegan juga menunjukkan bahawa jika perkahwinan Natrah dilakukan di luar Singapura..mungkin beliau akan selamat drpd undang2 british di Singapura..namun takdir telah menentukan segalanya..jika tidak kerana keegoan keluarga kandung Natrah yg tidak mahu menyelesaikan dengan cara yg lebih baik..mungkin trajedi dan polemik tidak akan berlaku..

pementasan ini juga telah menggunakan set didalam gereja yg membuatkan ramai penonton yg terkejut..memang berani..tetapi mestilah mendapat kebenaran kan..memang benar dikatakan erma fatimah ketika mula2 menerima tanggungjawab utk menerbitkan teater ini..cerita yg agak berat dan sukar utk diterjemahkan dalam naskah teater..namun bagi aq..Tahniah diucapkan kerana melalui pemerhatian aq..teater ini berjaya..walaupun tidak dikuatkan lagi dengan persembahan yg agak mantap seperti teater2 muzikal..namun semua penonton kene sedar bahawa tidak semua teater utk hiburan semata2..melalui teater lah salah satu cara yg dapat memanusiakan seseorang..so melaui teater ni..serba sedikit aq dapat menimba sedikit pengetahuan..

sampai disini sajalah aq memberi sedikit ulasan tentang teater Natrah ini..aq masih menunggu apa pula teater yg bakal dipentaskan..dan aq juga menunggu masa bila aq berpeluang utk menjadi sebahagian drpd produksi sebuah pementasan..sbb aq mmg berminat dlm bidang teater ni..doa2 kan lah k..huhu..terima kasih kerana sudi bace ye..sbb aq nye blog ni macam2 bende crite..universal..so apa yg berlaku disekelilingku dn yg berada difikiranku akan aq kongsi ngan orang lain..wasalam..

1 comment:

  1. "melalui teater lah salah satu cara yg dapat memanusiakan seseorang"

    saya suka quote kamu :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...