Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

January 31, 2010

Bangsawan Laksamana Cheng Ho Menerusi Sudut Pandanganku


Assalamualaikum..
Terima Kasih Kepada Ajami Hashim yg memaklumkan akan pementasan bangsawan ini..Kalau X maybe aq akan terlepas menyasikan pementasan ini..Xlupa juga kepada Sobri Anuar yg mengingatkan Dan Me'reserved'kan tempat duduk utk kami..kalu x berdiri macam aq pergi tgok bangsawan Sinbad dlu la..Yg Best nya dapat duduk kat tempat Wartawan plak 2..haha..Line depan skali..

Sebenarnya aq tidak suka utk mencari kecacatan dlam sesebuah perkara..Sebabnya drpd kecacatan itulah aq akan jadikannya pengajaran..tidak semua benda di dunia sempurna..termasuk diri kita sendiri..So berbalik semula kpd pementasan ini..tidak ada apa yg ingin dikritik kerana aq ni bukanlah seseorang yg terlibat secara langsung dlm industri seni ini..tp sebagai penonton dn peminat aq mempunyai hak untuk menyatakan pendapat walaupun pendapat itu xdapat diterima sesetengah orang..biaq pi kat depa la nak cakap pa..

Bagiku Bangsawan ini merupakan bangsawan yg paling singkat pernah aq tonton..kalau tidak bangsawan sebelum ini agak meleret dn membuatkan penonton rasa x selesa..tp melalui pemerhatian aq smalam ceritanya ringkas dan padat..namun sepatutnya di awal pementasan xperlu diselitkan persembahan nyanyian kerana boleh membuatkan mood penonton drpd teruja utk melihat aksi pementasan bertukar menjadi meluat..

Walaupun terdapat masalah teknikal seperti berlaku pada babak Maharaja Ming menulis Wasiat itu tetapi LCD xberfungsi..sepatutnya pihak yg terlibat memeriksanya terlebih dahulu sebelum ianya digunakan dalam babak itu..memangla sudah check semasa sebelum pementasan..tetapi jangka masa yg panjang membuatkan LCD 2 dlm mood stanby..agaknya lah..sememangnya agak kesal rasanya apabila grafik yg ingin dipertontonkan tidak kelihatan..hanya setelah Maharaja selesai melakukan aksi menulis wasiat itu paparan wasiat itu pun keluar..dan lepas 2 ada la 'menu' slide yg terkeluar membuatkan penonton semua ketawa..(apa yg lawaknya aq pown xtahu)..biasa lah..seperti aq nyatakan td manusia lebih suka mencari kesalahan drpd mencari aspek yg baik..

Seterusnya menerusi lakonan..entah apa yg digelakkan penonton semasa Que Haidar melakonkan babak dimana Puteri Li Po itu mahu Cintanya terbalas..tatkala Cheng Ho tersedar dr tentangan mata terhadap Puteri itu adakah menjengkelkan??rasanya tidak sama sekali..sedikit sebanyak boleh membuatkan perasaan pelakon itu sendiri terasa..Semasa berbual2 bersama Que Haidar,Ajami Hashim dan Sobri Anuar..Que mmg menyatakan kekesalannya terhadap penonton terhadap reaksi itu..tetapi memandangkan dia seorang profesional..peristiwa itu menjadikan beliau akan memperbaiki mutu lakonannya..gua respect lu r Que Haidar..bukan Que Aril..haha..hope 2 see u next time Que..Thanks also 2 Sobri yg menemukan Aq dgan Que..

Seterusnya lakonan2 oleh pembawa2 watak juga baik..memang xdapat dinafikan ASK/ASWARA mapu melahirkan produk yg berkualiti utk industri..tahniah diucapkan..

Manakala extra-turn dimana Sobri dan Yus raja Lawak bergandingan membuatkan aq mahu extra-turn itu dipanjangkan..memang xpuas melihat telatah mereka..tak apalah Sobri..Lepas ni Sy doakan Abang akan mempunyai Talk Show Sendiri..InsyaAllah..sbb potensi memang ada..Sabar ye..

Dari segi Tatarias semuanya Ok belaka..Ajami tidak henti2 menyatakan rasa kagumnya terhadap binaan2 set yg Begitu Cantik..Walaupun pentasnya kecil namun mampu menggunakannya dengan sebaiknya..yg aq suke sewaktu babak Laksamana2 keluar drpd bahtera..Gempak siot..

Selama aq menyaksikan Bangsawan yg lepas dan yg sekarang..memang banyak yg berubah..Seperti Kata Sobri Bangsawan kali ini lebih kepada muzikal..aq setuju kerana Bangsawan perlu selari dengan penerimaan penonton sekarang..Jika Bangsawan mengekalkan seperti Bangsawan yg dlu2..Maybe ramai yg tidak dapat menerimanya..Bukan bermaksud aq ingin melenyapkan elemen asal dlm Bangsawan itu sendiri..tetapi elemen itu memang dikekalkan namun haruslah digarab dengan situasi sekarang..satu usaha yg baik dilakukan oleh ASWARA..masih ramai lagi yg tidak tahu apa itu Bangsawan..Malah ada yg tidak pernah menyaksikan Bangsawan itu sendiri..hehe..melalui usaha merakyatkan Bangsawan ini menjadikan masyarakat akan lebih mendekati Bangsawan..seperti yg aq katakan td..Bangsawan sekarang perlulah diadun mengikut kesesuaian sekarang..

Akhir kalam..tiada apa yg mahu dikalamkan lagi cuma berharap agar usaha2 ini diteruskan..tidak apa yg dirugikan jika tidak mahu warisan bangsa ini lenyap..terima kasih kepada Ajami Hashim,Sobri Anuar dan Que Haidar kerana sudi berkongsi cerita dgan ku..Dengan harapan agar mereka terus sukses dalam bidang masing2..dan seterusnya menjadikan aq seorang insan yg mempunyai ilmu dn pengalaman yg dapat dikongsi bersama-sama..Wasalam..


2 comments:

  1. hi... awak ni sememangnya meminati seni persembahan... Bulan jun ni... uni saya, ASWARA ade PeTA...so u mesti datang terutama teater Mulan (sbb saya terlibat dgnnya)

    ReplyDelete
  2. 'bangsawan' yg ajami cerita kat pelita tu best tak? hahaha!

    next event: teater TANDA 2 feb! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...