Assalamualikum w.b.t
Alhamdulillah Aq diberi peluang oleh-Nya utk menyatakan pandanganku terhadap perkara yg sudah lama terbuku dihatiku..Perkara ini selalunya dibincangkan hangat bersama rakan sekelasku(Zuliskandar/Farid/Hisyam/Amar/Zaki/Qucai/Putra/Hafiz/Pidot) termasuk aq sendiri..boleh dikatakan setiap hari kami berdiskusi tentang senario yg berlaku di negara kita sendiri mahupun dunia luar..Aq mmg sangat beruntung kerana ditempatkan bersama rakan2 yg mempunyai pemikiran yg hebat2 belaka..xsemestinya tertumpu pd rakan sekelas ku sahaja..namun rakan2 di IB lain juga membincangkan hal yg lebih kurang sama..kerana kami sebagai bakal pendidik haruslah bersedia dr awal kerana kamilah yg akan melahirkan generasi yg akan menerajui dunia ini kelak..
Perpaduan Teras Kejayaan..Slogan Hari Kemerdekaan yg lepas sebelum tema 1Malaysia diuar-uarkan..sememangnya 1Malaysia merupakan penjenamaan atau 'rebranding' semula perpaduan yg merupakan teras utama sebuah organisasi..perpaduan ini wujud sejak sebelum kemerdekaan lagi..cuma melalui gagasan yg di brandingkan oleh PM kita..maka beliau sebenarnya ingin menekankan bahawa perpaduanlah salah satu elemen terpenting utk kejayaan sesebuah negara mahupun masyarakat..
Walaubagaimanapun, bukan perpaduan kaum yg aq akan nyatakan dlm tulisan kali ini..sememangnya perpaduan hari ini Alhamdulillah melalui pemerhatian aq tiada masalah..walaupun diluar sana masih banyak isu kaum dibangkitkan..tetapi selagi peristiwa berdarah 13 Mei tidak berulang lagi..maka boleh dikatakan perpaduan masih terkawal..Kita sebagai hamba Maha Pencipta perlulah berdoa agar kejadian yg tidak diingini terus berlaku..
Sebenarnya aq teragak-agak adakah mahu menyatakan pendapat aq ni di blog..kita sudah maklum bahawa sekarang ini blog menjadi medan utk menjahanamkan negara sendiri..tetapi setelah aq berfikir..lebih baik aq tuliskan sahaja demi kebaikan bersama..maybe apa yg akan aq tulis ini akan menimbulkan rasa tidak senang para pembaca..sebelum itu aq memohon seribu kemaafan dan beharap agar pembaca sekalian terima dengan hati yg terbuka..maklumlah aq ni belum cukup umur utk membicarakan soal politik..tetapi pendapat dan suara golongan muda haruslah didengar oleh pihak yg berada nun jauh di atas sana..
Perpaduan yg aq maksudkan ialah perpaduan sesama umat Islam sendiri..Ya..itulah sebenarnya..pasti ramai yg tertanya2 kenapa perpaduan ini yg aq ambil peduli..Sememangnya ini perkara yg selalu difikirkan oleh aq dn teman2ku..kenapa kita sibuk utk merebut jawatan yg hanya sementara padahal akhirat itu hampir tiba??memang xdapat dinafikan bahawa jawatan itu adalah penting utk sesebuah negara..Ya..Jika kita sebagai Umat Islam bersatu utk satu benda yg lebih baik dan utk Agama Islam itu sendiri..mengapa tidak..??Contohnya seperti kerajaan perpaduan anatara BN dan PAS..kenapa ia dihalang??Kita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam tetapi Umatnya Sendiri xbersatu??Mengapa??Hanya kerana ego seseorang itu perpaduan yg semakin hampir berjaya dihalang??Mengapa??Tidakkah kita terfikir bahawa apa yg sedang berlaku??adakah relevan PAS bersama PR utk membentuk Negara ISlam??Fikir2kan lah..
Sememangnya Barisan Nasional benak tentang agama jika dibandingkan dengan PAS yg mempunyai pemikir Islam yg Hebat..tetapi BN mempunyai ilmu utk mentadbir dan ianya digunakan sebaiknya..wlaupun ada yg xbaiknya..tetapi kita xboleh menyalahkan semua..mungkin yg melakukan itu hanya segelintir sahaja..dan kita gabungkan pengetahuan ini bersama2..Insyaallah Malaysia boleh menjadi negara yg hebat..PAS mempunyai golongan Pemuda yg cukup hebat..mengapa kita sekat perpaduan yg ingin terjalin ini..bukankah Allah Berfirman bahawa Allah Menciptakan Sepasangan Lelaki Dan Perempuan Dengan Menciptakan Bermacam-rupa Dan Puak Agar Kamu Boleh Mengenali Sesama Sendiri..tidak ada yg perlu kita jadikan penghalang utk bersatu..kita hanya makhluk Allah yg sama..tiada yg istimewanya melainkan para rasul2-Nya..kita tiada hak utk menentukan syurga neraka seseorang..kita hanya Hamba Allah yg Zero..semua sama..
Perpaduan sesama Islam sekarang ini bukanlah utk kehidupan di dunia sahaja..adakah kita lupakan akhirat yg akan tiba??tanda2 kiamat jelas kelihatan..fitnah Dajjal berleluasa..adakah kita bersedia menentang Nabi Penyelamat Palsu ini??Ramai yg tidak sedar apa yg berlaku disekeliling kita..dlm tidak sedar itulah sebenarnya ada muslihat disebaliknya..Terima Kasih buat teman2ku yg berkongsi ilmu tentang kedatangan Dajjal ini..melalui diskusi itulah membuatkan aq terpanggil utk menyatakan pendapatku ini..
Sedarlah kita semua bahawa kita sedang dn dijajah..berhati2lah dlam tindak tanduk kita supaya kita tidak tergolong dalam keluarga Iblis ini..Kita sekarang haruslah bersedia dengan peperangan akhir zaman yg kita tidak tahu bila..Bangkitlah dari khayalan dunia yg sementara ini..aq berpesan kpd kamu dn diri aq sendiri..sememangnya aq ni bukanlah manusia yg sempurna..tetapi sebagai saudara kamu aq berhak utk menegur..kita saling menegur agar tidak lupa dan lalai..Insyaallah..
Konklusinya..aq berharap kita sebagai Rakyat Malaysia dan Umat Islam mestilah bangun dn sedar..perpaduan Islamlah yg paling penting sekarang..tiada apa yg patut memisahkan kita..politik harus ditolak ketepi..tapi xbermakna kita perlu melupakan utk mebangunkan negara..sememangnya itulah seruan-Nya..teruskan berdoa,berusaha dn bertawakal..Insyaallah..kita menjadu mukmin yg sejati..Insyaallah..maafkan sy sekali lagi jika mebuatkan mana2 pihak tersinggung..sememangnya sy tiada niat utk mengaibkan mana pihak..apa yg penting kita kena berani kerana kebenaran..bukan berani kerana emosi..terima kasih kerana sudi meluangkan masa..
Wasalam..
tulus ikhlas drpd saudaramu
Muhammad Qhairil Azril(Que Aril)
suka bace entry Q yang niyh . :))
ReplyDeletewoahh cool..aku ngh carik psl pentingnye perpaduan kps sesebuah negara keluar kau pnye plk..
ReplyDelete