Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

March 16, 2010

Sri Mersing - Dr Layar Perak ke Pentas..Ape Cite??


Assalamuaikum..

Sy menyaksikan pementasan Sri Mersing ini pada 15 Mac..5 Hari selepas buka panggung..secara keseluruhannya..tidak menghampakan dan amat menarik..seperti tajuk entry sy..dr layar perak ke pentas..ianya berlaku dengan jayanya..seolah-olah kita menyaksikan filem secara live..lebih feel dan penyampaiannya juga mudah..

Pada mulanya penonton agak keliru tatkala babak Merah(Hairi) memperkenalkan dirinya kpd Mak Sri(Sri Mersing Ketika Tua) kerana Merah merupakan pelakon pertama yg masuk ke pentas dgn sampannya itu..tetapi dia hanya tidak mengeluarkan kata2 dan membiarkan geng2 samseng kampung dengan adegannya..rupa2nya ketika babak di rumah Mak Sri lah..barulah tampak jelas bahawa teater ini berjalan dgn dua latar waktu yang berbeza..iaitu ketika zaman ayah merah(Damak) dan zaman Merah sudah dewasa..

Teater ini bagi sy merupakan sebuah naskah yg menunjukkan sosiobudaya masyarakat dahulu yg ingin ditunjukkan kpd mesyarakat sekarang sebagai pengajaran dan teladan kpd kita..lebih mudah jika dikatakan kritikan sosial terhadap apa yg berlaku dahulu dan sekarang..seperti karya2 agong yg lain contohnya syarat2 peminangan Puteri Gunung Ledang yg merupakan kritikan kpd kerajaan pemerintah pada waktu itu..

Dengan dialog2 yg bagus, set yg menarik walaupun kurang turun naik set di pentas, pertukaran babak yg menarik menjadikan pementasan ini berjaya..sebagai penonton pasti terasa kepuasan setelah tamat pementasan tersebut..Unsur2 humor juga diselitkan bagi mengelakkan penonton statik dengan dialog serta adegan2 yang mendayu-dayu itu..watak yg dibawa oleh Jep dan Shuib Sepah harus diberi pujian..

Tidak dilupa kepada barisan pelakon2 yg lain kerana berjaya membawa watak tersebut..penjiwaan dan penyampaian yg bagus menjadikan penonton seolah2 berada pd zaman tersebut..itulah kelebihan teater..nilai yg ingin disampaikan lebih mudah untuk diserapkan..apa yg menjadi kemusykilan sy tatkala penonton bertepuk tangan ketika Damak(Adi Putra) menyampaikan pantun 'popular' itu..

"Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu"

mungkin bagi saya penonton yg menyaksikan pementasan ini menunggu saat babak itu..haha..
Tidak ada apa yg ingin sy utarakan kali ini tentang teater ini kerana semuanya sudah sempurna..tetapi kita tidak dapat mengelak apa kecacatannya..kerana tidak ada yg sempurna dlm dunia ini..pasti ada pro dan kontranya..Apapun bagi mereka yg belum menyaksikan pementasan ini..saksikanya sebelum ianya berakhir 21 Mac..teater bukan sahaja menghibur..tetapi mendidiik dan memberikan ilmu yg berguna kpd kita..teater memanusiakan manusia..=p..

Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...