Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 26, 2010

TANDA..Setelah Menyaksikannya Di Dua Venue Berbeza..

Assalamualaikum..
Terima kasih buat mereka yg setia membaca ulasan aq pada kali ini..teater TANDA ini telah aq saksikan sebanyak dua kali..satu ketika dipentaskan di ASWARA dn setelah terlibat dgn kontroversi itu..maka beralih pula di PJLA..sewaktu dipentaskan di ASWARA dlu aq menyaksikannya pd malam yg pertama..kali ini pun di malam yg pertama juga..Alhamdulillah aq bernasib baik utk menyaksikannya di dua venue yg berbeda..pasti lain suasananya..Nam Ron lah yg membuatkan aq terpanggil utk menyaksikannya sekali lagi..katanya ada aksi yg lg best drpd di ASWARA dlu..ternyata drpd dua tempat tg berbeza..ade sedikit penambahan dlm karya mereka..

Sememangnya aq terkilan dgn apa yg terjadi pd NAm Ron dn Mereka yg terlibat..kalau hendak difikirkan..pementasan di ASWARA lebih selesa kerana ruangnya lebih besar..jumlah penonton pun boleh ramai..tapi nak buat mcm mana..benda dh berlalu..walaupun dunia empat segi yg lebih kecil dn tidak boleh pecah itu digunakan..tetapi sedikit pun tidak mengganggu para pelakon..semuanya berjalan lancar..cuma xde la elemen wow bg aq sewaktu di ASWARA dlu iaitu Pentas empat segi yg terbentuk peta dunia menggunakan beras dan pentas yg boleh pecah ketika babak kehancuran bumi 2..haha..spe yg xtgok kat ASWARA dlu rugi..

Beralih kepada jalan cerita..TANDA yg mengisahkan tanda2 kiamat memang suatu naskah yg harus diberi perhatian sekarang..kerana tanda2 itu pun sudah kelihatan sekarang..so melalui karya ini dapatlah sedikit peringatan buat mereka yg masih hanyut dgn kehidupan dunia yg sementara ini..penyampaian yg agak mudah..penonton perlu mentafsir setiap kata2 dan perbuatan2 yg dilakonkan oleh pelakon utk mendapatkan sesuatu yg ingin disampaikan..

Melalui sudut pandangan ku..permulaan teater dimulakan dgn Amirul yg memakai jubah mewakili Nabi Adam yg merupakan manusia pertama di atas muka bumi ini..dan masuklah pelakon yg lain menggambarkan tebaran manusia di atas muka bumi ini..selepas itu babak ikan paus yg terdampar di pantai..tanda pertama yg dapat dilihat dlm teater ini..iaitu ikan2 di laut naik ke darat..selepas itu peperangan berleluasa..pencemaran alam sekitar..penindasan dapat kita lihat satu persatu ianya dipersembahkan kpd penonton..

Seterusnya babak utk maksiat berleluasa, zina dan perlakuan seks seperti binatang dilakonkan..bagi aq tiada yg terlampaunya babak itu..sedikit pun tidak rasa ketidak selesaan bg aq ketika babak itu..jika tiada babak itu..bagaimana mereka hendak menterjemahkan hadis itu dlm bentuk fizikal..hanya mereka yg berfikiran tertutup mengatakan babak itu melampau..sememangnya tanda2 mengikut keterangan hadis itu sudah terang dlm masyarakat kita..jika tidak ditonjolkan tanda2 ini..mungkin mereka yg menyaksikan pementasan ini tidak tahu yg itu adalah slah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir..mana la kita tahu kan..sememangnya masyarakat kita sekarang mengatakan zina itu biasa dn mereka menghalalkannya pula..tidak kisahlah zina apa..zina bukan sahaja melakukan persetubuhan tanapa ikatan yg sah..zina mata, hati, akal juga diambil kira..seperti dlm firman Allah, Janganlah kamu menghampiri zina, kerana zina itu memudaratkan..Sememangnya ayat2 Al-Quran mempunyai maksud yg begitu mendalam..setiap ayat2 mempunyai maksud yg begitu bermakna..maka jadikanlah Al-Quran itu sebagai 'User Guide Book' kita diatas muka bumi Allah ini..

Selain itu, anak-anak derhaka kpd orang tuanya merupakan segmen yg mencuit hati bagiku..dialog2 humor digunakan untuk kata2 sindiran..merupakan penyampaian yg begitu jelas kpd penonton..tidak semua kata2 dan perbuatan yg dilakukan dapat aq tafsirkan..kerana aq tidak cukup ilmu dan hebat utk merungkaikannya..cukuplah sekadar apa yg aq dapat drpd xdapat apa2 kan..huhu..

Segmen ketika Persidangan Copenhagen juga mencuit hati..kita tahu kegagalan drpd persidangan tersebut..bumi kita pun menanti saat kehancuran..di negara kita baru2 ini..gempa bumi lemah di Lahad Datu..tetapi masih ada dalam kalangan kita yg belum sedar..MasyaAllah...

Semakin hampir teater ini hendak melabuhkan tirai..segmen yg tiada di ASWARA dlu dpt dikenalpasti..iaitu kemunculan Dajjal Al-Masih ataupun Anti-christ yg mengaku Nabi Penyelamat..pada waktu itu manusia menjadikan makhluk bermata satu itu sebagai tuhan..gerakan Freemason sekarang pun semakin banyak..elemen illuminati dlam tidak sedar sudah menular di negara kita..kita je yg belum nampak dan buat2 tak nampak..sekali lagi..kiamat semakin hampir..

Babak Maya Tan berdialog dengan lelaki yg agak lama itu sebenarnya bagi aq utk menarik perhatian penonton agar mengamati bait2 kata yg ingin diujarkan..adakah penonton tahu sebenarnya banyak tuhan yg lahir 25 Disember,Dilahirkan Wanita Suci,Mula Mengajar Ketika Usia 12,Berdakwah Umur 30,Menunjukkan Mukjizat..??adakah kita nanti dapat membezakan Nabi Isa a.s yg sebenar???Sama2 kita berdoa agar diberikan petunjuk oleh-Nya..

Sememangnya turunnya Nabi Isa a.s merupakan tanda yg paling akhir..selepas itu barulah bumi ini akan hancur musnah..babak pentas yg pecah tiada..haha..disusuli dgn kebangkitan semula manusia..pergerakan keluar pelakon bagi aq melambangkan penyesalan yg tiada gunanya..semoga kita tidak terpesong drpd jalan yg benar..Tingkatkanlah Iman dan Taqwa kita dgn melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya..Tamat sudah pementasan TANDA..

Akhir sekali, tahniah diucapkan kpd Nam Ron dan mereka yg terlibat dalm produksi ini..TANDA merupakan satu usaha murni mereka utk komuniti..semoga kita mendapat iktibar dr apa yg disampaikan dn yg berlaku di sekeliling kita..buat Rumah Anak Teater semoga sukses dan terus berjuang..kpd Namron terima kasih atas pendapat dan perkongsian kita sebelum ini..moga Projek ini diteruskan..tidak sabar rasanya utk menyaksikan karya yg seterusnya..Tidak lupa juga kpd rakan2 yg menemani aq pd malam tersebut(Farid/Qucai/Wan) dn juga kpd anda yg membaca entry ini sehingga noktah yg terakhir..Terima Kasih daun keladi..Wasalam...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...