Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

November 30, 2010

Cuti Sekolah di Bulan November

Assalamualaikum..
cuti sekolah menjelang tiba..
sepanjang 2 minggu terakhir ini..
ada sesuatu yg ingin dikongsi buat mereka yg ingin mendengar/membaca..=p

bermula 15 November
tarikh yg menjadi ingatan sepanjang hayat
terima kasih buat yg menemani
ku tahu sukar utk mengulanginya
tp ia berlaku bila perlu sahaja..=)

meneruskan kehidupan dirumah menanti Raya Qurban..
ya..anda memang pemalas dan anti sosial..
xseperti dahulu..semoga Allah membuka ruang utk ku kembali..

peristiwa tidak diingini berlaku kembali
setiap hari xmampu membuka mata
terima kasih kerna terus menyinariku..=)

Sukan Asia bermula..
menjadi pengupdate result yg xrasmi dirumah..
pengalaman menganalisis keputusan semasa menjadi LO digunakan
kononnya bertugas di bilik operasi memantau perkembangan kontinjen MAlaysiA..
namun, Tahniah buat semua atlet utk debaran, dan memberikan ku keterujaan utk menjerit dan melompat..=p
9 emas sudah tercapai..=)

membatalkan hasrat utk bekerja sambilan..
kononnya akan terlibat dengan Muzikal tun Mahathir musim 2..
hanya impian semata-mata, namun bermakna juga sebab mahu menjadi penonton pula..
kenalan di produksi menawarkan kerja selaku pelakon tambahan agar dpat mencari wang saku serta mengisi masa lapang dgn perkara yg berfaedah drpd tidor hingga ke petang dan malam memasuki dalam talian..terima kasih Abg Fendi..
21 November
bermula tugasku selaku pelakon layar tv utk pertama kalinya..
drama ALAUDIN akan disiarkan di TV Al-Hijrah..=)

Jika tiada panggilan ke set pergambaran yg jauh tp berbaloi..
tugasku selaku abang yg prihatin setiap pagi..
menghantar adik yg menduduki Sijil Padang Masyar(SPM)..
mungkin dia boleh ambil sedikit auraku utk bekalan dlm dewan peperiksaan..haha..

Waktu cutiku banyak dihabiskan di hadapan layar lcd komputer..
selain tido melebihi jam yg disarankan hingga mengundang kepeningan..
Jumaat 26 November dan 27 November Sabtu
menjawat jawatan pemandu utk rakan2 yg tiada lesen lagi ke Ipoh..
destinasi yg jauh pertama yg dipandu sendiri olehku..rekod masa perjalanan dan rekod halaju kenderaan??..biarlah rahsia..=p
Objektif utama Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Institut LAtihan TUDM Ipoh..awek/tunang/isteri yg xrasmi rakan sekelas selama 8 tahun..Amirul..
perjalanan bermula selepas tamat pergambaran dan terus mengambil kereta..tanpa rehat sehingga pulang ke Kuala Lumpur..Alhamdulillah..sampai jua akhirnya..
setiap masa di kawasan TUDM..diri amat terkilan dan menyesal atas keputusan yg pernah dibuat satu ketika dahulu..namun, hadirnya dia dlm hidup melenyapkan segala keluhanku..=)

aktiviti seniku belum lagi terhenti..
mendapat ajakan drpd Ajami utk majlis preview filem HANTU KAK LIMAH BALIM RUMAH..
arahan Mamat Khalid..pertama kali menonton wayang bersama pengarah dan pelakon2 terlibat..ternyata lebih menghiburkan kerana suasana riuh rendah boleh dicetuskan..

tidak cukup dengan itu..
aku juga termakan dengan strategi pemasaran DR Rozmey utk filem 2 Alam nya..
aku juga berjaya menyumbang kutipan jutaan kerusi yg kosong yg meluah-luah..
tidak menyesal menonton kerana drpd org yg xmahu menonton..aku dalam kalangan yg menonton..setidak2nya aku tidak akan kerap memikirkannya bagaimana, apa yg berlaku di dalam cerita itu dan menyokong industri filem tempatan..=)

teater..
Natrah 2 dipentaskan..
kembali bersendirian menyaksikannya..
kadang rasa rugi pula xmengambil peluang terlibat dlm produksi NAtrah walau ada peluang..
alasan peperiksaan digunakan olehku..
betul kata Encik Azman..alasan xmasuk dan xkena dek kehidupan di IPG..=p
koreografinya Abg Akmal..
insan yg membawa aku ke dunia seni persembahan di sekolah dahulu..
sememangnya hasil kerjanya amat memukau penonton..=)
semoga berjaya dan sukses selepas menamatkan Ijazah tahun ini..

banyak lagi yg ingin dilakukan dan diharungi olehku berbaki bulan Disember ini..
berharap agar ianya terlaksana dan mendapat keredhaan-Nya..
hidup lebih bermakna dengan adanya yg sentiasa disisiku..
Cahaya, Rahmat dan Keagungannya..=)
Alhamdulillah..









1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...