Assalamualaikum
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana terus membenarkan hamba-Nya terus menikmati nikmat-Nya di dunia yang sementara ini. Degupan jantung, udara yang memenuhi peparu dan roh(percaya kpd perkara Ghaib) membenarkan jasad ini melangkah di muka bumi yang semakin tandus ini. 20 tahun hidup tatkala menyelusuri tarikh 23 Mei 2011 nanti.InsyaAllah.
Menipu jika seseuatu perkara tiada tujuan dan niat.haha. tujuannya, saja.=p Terasa ingin menulis sesuatu tentang tahun baru ini. Bukan bermakna melupakan tahun baru Hijrah. Namun, ketika tahun baru Hijrah disember 2010 yg lepas diri dibelengu demam. Salah satu ujian-Nya. Redha.
Namun, tidak boleh dikatakan sama, takut dikecam mana pihak kelak mengatakan diri ini liberalisme. diri tetap menyatakan bahawa tahun baru azam baru pasti akan menjadi topik utama.
Azam. boleh dikatakan tidak pernah mempunyai azam. yang aku ingat, sekali semasa berumur 12 tahun yakni darjah enam. terpaksa menyatakan azam kepada pemberita tatkala ditemuramah hari pertama persekolahan. maka secara "klise"nya menyatakan "Ingin memperoleh 5A"lah!haha. hebat, kecik2 dah kene interview. maka boleh dikatakann itu merupakan azam terakhirku sehingga hari ini tiada azam yang ditetapkan.
Terpulang kepada individu samada ingin mempunyai azam atau tidak. tidak salah mempunyai azam. azam sebahagian daripada impian dan ia merupakan penanda aras atau arah tuju kehidupan kita. semestinya yang baik-baik sahaja. ada yang pernah buat azam jahat??
Setiap hari yang baru adalah azam yang baru. tidak semestinya mengunggu detik 12 tengah malam 31 disember utk menetapkan azam. maaf jika ada pihak tersinggung. diri tidak mengatakan bahawa itu salah, namun ini merupakan pandangan aku sahaja. selagi azam itu tidak melanggar hukum Syarak. teruskanlah azam itu.
Maka, tiada azam saya seperti tahun-tahun baru yang lepas. namun, kita sebagai manusia dan hamba-Nya pasti mempunyai tujuan untuk hidup di muka bumi ini. Menjadi lebih baik daripada hari yg sebelumnya. Mendapat keredhaan-Nya. Serta lain-lain lagi yang sama kawasan dengannya dan anda boleh menambahnya jika ad yg terlintas.=)
Tahun 2011, maka bermulanya pengajian Ijazah aku di IPG Kampus Bahasa Melayu ini. Yang sedia maklum semester 1 ini tiada PJ. Maka setiap hari pakaian formal la.=( kena beli iron board berdua di bilik dan iron pinjam sebelah.haha. Maka, rakan-rakan kelas boleh menyediakan asam-asam, gula-gula serta agen-agen yg "mungkin" dapat menghilangkan kebosanan dan mengantuk dengan sistematik. Miskol2 rakan2 sekelas juga boleh dipraktikkan untuk menghilangkan mengantuk dan kebosanan. kami juga akan menjalankan penyelidikan lanjutan untuk mencari langkah-langkah bijak yang lain dan ianya mendatangkan manfaat dan keseronokan di kelas tanpa pengetahuan pensyarah atau tenaga pengajar. Jahat3.
Harapan lain kan daripada azam?nanti semak di Kamus Dewan. maka, saya berharap dan berdoa agar tiada perkara yg tidak diingini berlaku disekeliling serta dalam diri ini. Namun, kita hanya mampu menerima Qada dan Qadar-Nya.
Seterusnya, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Berubah jika perlu dan ada teguran kebaikan untuk saya. Maka, silakanlah mencemuh dan meninggalkan komen di mana-mana ruang yang disediakan.
Harap tahun ini kewangan Kerajaan sedikit baik agar ada jua aktiviti serta program-program yang boleh disibukkan diri supaya dapat menghindari kuliah. Perangai sekolah masih tidak boleh dibuang. Seperti saya ungkapkan sebentar td, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Betul tak Encik Selvaratnam??
Cukup sudah ku menghukum, Salahku tetap salahku, maafkan aku, lihat kata-kataku, yang terus menyeksa mata. Maka, nantikan noktah yang terakhir. maaf sekali lagi. Terima kasih kerana sudi singgah di laman ini dan semoga hidup diberkati oleh Allah. InsyaAllah.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment