Assalamualaikum,
seperti biasa pasti akan mengulas serba sedikit tentang apa yang telah diamati oleh pancaindera anugerah Allah ini melalui pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal .
Aku gemar menyaksikan pementasan pada hari yang pertama ia dipentaskan kepada umum. 16 Mac 2011, maka tirai Panggung Sari IB dibuka untuk muzikal ini.
kata-kata yang sesuai untuk keseluruhan muzikal ini :- "Siapa Yang Tidak Menyaksikan Muzikal Ini. Mereka Memang Terlepas Sesuatu. " Bagi aku, pementasan ini merupakan teater yang tebaik yang pernah aku lihat sebelum ini sejajar dengan mahalnya harga tiket serta kos produksi yang mencecah RM 3 Juta ini.
Ia berkisar tentang kisah hidup LAT( Dato' LAT) yang masih lagi hidup dan aku berpeluang berjabat tangan dan memperolehi tandatangannya sejurus selepas pementasan tersebut. =)
Penceritaan yang mudah. Autobiografi yang mudah. sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. cuma bagi aku, kekurangan yang ketara dalam pementasan ini yang sukar untukku mengikuti perjalanan teater ialah bait-bait kata yang diujarkan dari mulut penyanyi sukar dikenalpasti atau bahasa mudahnya,kita menangkap kata-kata lirik lagu tersebut. memang tak dapat dinafikan kesemua lagu ciptaan komposer memang menarik dan sedap2 belaka. namun, kadangkala ada sesetengah lagu kita tidak jelas akan isi liriknya.
binaan set yang sumpah gempak! simple je..hitam putih..macam dalam komik..transisi dan pergerakan keluar masuk set juga tidak menghampakan. Tahniah. sebab itu aku katakan bahawa kita seolah berada dalam kartun LAT itu sendiri. =)
dari aspek lakonan, memuaskan. ada babak yang begitu menyentuh jiwa. Mak Cik sebelah pun boleh menitiskan air mata. betapa hebatnya ketersampaian cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni ini diterapkan. maka, seperti kataku di atas tadi. ianya sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. kanak-kanak lebih baik.
walaupun, setiap babak tampak seperti meleret dan statik. namun, ianya tidak pernah menimbulkan kebosananan kerana ia kerap kali disulami dengan 'sense of humour la!'. yang paling menarik watak Pak Samad di pejabat NST.
Pencahayaan. Perfect! Koreografi pula..kalau PAT Ibrahim koreografernya, Tak perlulah disangkal lagi pola lantai, gerak tari dan energynya. cuma, yang amat dikilankan ialah lagu-lagu yang sedap dan menarik itu tidak dinyanyikan dengan suara atau kesepaduan suara, harmoni yang boleh menaikkan bulu roma penonton.
unsur magik atau silap mata juga menarik. pertukaran kostum dalam sekelip mata juga boleh kantoi kalau di buat selalu. namun, ia juga sesuatu yang baik. babak percintaan LAT dan Faezah amat menciut hati.
sememangnya inilah yang diperkatakan konsep 1Malaysia yang sudah lama diwujudkan oleh LAT sendiri sebelum ianya dijenamakan semula oleh Perdana Menteri kita. Tak percaya, beli komik, beli tiket. baca dan lihat!=p
Perleraian cerita atau ending part terlalu pendek sangat. aku selaku penonton mahukan penutup yang akan memenuhkan takungan air dalam cawan yang kita isi sepanjang pementasan dan penutup itu tidak akan menumpahkan serta menutup rapat cawan kita itu agar nilai-nilai dan sesuatu yang kita perolehi itu tidak hilang dari amatan kita.
akhir sekali, jika masih berkesempatan. belilah tiket untuk menyaksikan pementasan ini. kalu aku terus mengulasnya, pasti panjang berjela jadinya. Bak kata isteri Dato' Lat yakni Datin Faezah yang menanyakan soalan kepada aku bertubi-tubi itu, adakah pementasan ini perlu buat musim yang kedua? aku pantas menjawabnya. YA! dan aku akan menyaksikannya. jika ada peluang melihat secara percuma di musim yang pertama ini, tidak akan aku sia-siakan. =)
terima kasih kerana sudi menjengah setiap baris kata-kata ku ini. buat mereka yang sudah menyaksikannya, pasti akan sependapat dengan aku. buat mereka yang belum, saksikanlah dan marilah duduk sebaris di pihak aku yang akan sependapat denganku. =p
Wasalam.
"When I grow up, I want to be a 'blank', Teacher!"
lagu paling best bagi aku. JOHN WAYNE TAK NANGIS..=)
part i la yang touching doe..='/
No comments:
Post a Comment