Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

April 7, 2011

Permohonan Pengambilan Kadet Juruterbang! Aku Nak Mohon Lagi Boleh?

Assalamualaikum.

Keputusan SPM saban tahun akan berlalu. Maka pada setiap tahun itulah banyak tawaran-tawaran dan peluang-peluang ke arah dunia selepas alam persekolahan diuar-uarkan di mana-mana. Sekadar perkongsian kendiri. Tak mahu baca tidak mengapa.

Aku masih ingat sehingga kini dan tidak mungkin saat sebagai lepasan SPM aku lupakan. Buat mereka yang tidak tahu menahu atau nak cas-cas ambil tahu, cita-cita utama aku sejak di bangku sekolah lagi ialah menjadi seorang Juruterbang!

Tidak kisahlah Juruterbang Komersial atau Juruterbang Ketenteraan. Yang penting aku dapat menerjah awan nan biru. Sebab dahulu pun aku pernah dilema memilih yang mana satu perlu aku mohon. Gedik!

Cerita Dah Gebang. Sekarang dah ada di Akademi Penerbangan ke tidak?haha. Tak perlulah berangan, aku pun sekarang di Institut Pendidikan GURU. Cikgu tau, bukan Pilot! =( kenapa? Mengapa aku berada di sini? Bukan di Air Asia, MAS atau TUDM.? Nak tahu tak kisahnya? Haaa. Ce Citer..Ce Citer..Begini…

Pada satu ketika, hembusan bayu memecah keringat mengelus lembut pipi yang comel ni..haha..disebabkan aku ni punya sifat berdikari yang menebal dari sekolah rendah. Semua benda aku buat sendiri, menurut firasat aku, Abahku, asalkan ia tak mendatangkan kemudaratan dan ia untuk kebaikan aku, dia tak pernah menghalang. Aku jugak kerap buat benda tanpa pengetahuan dia walaupun menda tu baik. Murid2, jangan tiru macam cikgu tau..

Aku tetap memohon sendiri arah tuju aku untuk masa akan datang sebab Abah juga tak pernah halang. Tambahan lagi, cita-cita kedua dan ketiga aku adalah Pakar Psikologi dan Cikgu. Semua aku pulun mohon. Matrikulasi, Universiti Awam, Maktab Perguruan, TUDM, dan Air Asia.

Flow aku macam ni, kalau aku tak dapat jadi Pilot. Aku ingin sambung pelajaran di Form 6 dan seterusnya Ambil Ijazah di UM atau UPSI dalam bidang Sukan. Sebab nak jadi Cikgu la.

Manusia hanya merancang, Allah jua tentukannya. Keputusan segala permohonan keluar. Matikulasi aku berjaya raih. Di Melaka untuk Sains Hayat. Tolak! Sebab aku tahu aku bukan ulat buku dan Rajin! Masa tu pun aku kat Sarawak semasa PLKN. Xmahu lah berhenti. Dah la pegang jawatan Besar ni. Haha. Universiti pulak UiTM untuk Diploma Sains Sukan. UiTM? Pergi dan buat gempak je kat Interview. Alhamdulillah dapat juga dan ditempatkan di Kampus Samarahan. Mana? Kuching Sarawak! Xnak jugak!

Memandangkan kedua-dua jalan besar dah dapat maka, jalan kecik di Form 6 tu xdapat la der. Balik je PLKN tebal muka mohon masuk Form 6. Nak buat seperti yang dirancang la. Tetapi, keputusan maktab juga aku terima setelah sebulan aku di form 6.

Aku pada awalnya tak yakin yang aku dapat masuk maktab(IPG skrang). Keputusan pun kawan kat Sarawak yang tolong semakkan. Thanks Zulaiha! ( sekarang dia kat IPG Kampus Gaya amik Math xsilap). Balik main futsal petang kat asrama masa form 6. Mesej tentang kejayaan aku diterima masuk ke maktab diforwardkan beliau. MUHAMMAD QHAIRIL AZRIL BIN QAMARULZAMAN 910523085983 ,TAHNIAH, ANDA DITEMPATKAN DI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU.

Tu je. Kat mana IPGM KBM tu?? kalau luar dari KL, aku tolak tawaran tu. Haha. Bukan sebab aku anak mak xmahu berpisah jauh dr keluarga. Ada la sebab lain. Nak tahu Tanya. =p sedetik aku teringat, bukan bahasa melayu kat IPBA yang dekat stadium hoki yang aku selalu pergi tu ke? Maka, aku bergegas ke Bangsar untuk tinjau, ya. Memang betul, tempat yang aku selalu datang akan jadi tempat aku belajar! Macam xpercaya je. Maka, disebabkan banyak manfaat dan kelebihan jika aku terima tawaran tersebut, maka pada tanggal 12 Julai 2009 aku mendaftarkan diri tanpa beg baju dan naik moto sorang2 ok. Gagah! Xde hati lagi masa tu nak masuk IB..

Semamangnya takdir ditentukan-Nya. Aku merupakan Insan Terpilih. Drpd hampir 100,000 permohonan utk maktab ini, aku diantara 5000 pelajar yang dipilih. Alhamdulillah. Dan aku kini selamat di Semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu dan berminorkan Pendidikan Jasmani dan Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu. 4 tahun lagi, Insya-Allah aku akan bergelar guru terlatih dan seorang pemegang ijazah!

Cerita dah melelong jauh ni. Asal nak cerita pasal mohon pilot je..

-____-“..biasalah kalu dh menaip xboleh berhenti. Esaimen malas buat.

Sebenarnya sebab aku xjadi pilot sekarang antaranya termasuklah kegagalan aku mengisi borang permohonan untuk kadet pilot Air Asia. Aku dah isi dah, tapi disebabkan aku ni kurang arif tentang bahasa Inggeris ni, aku tak faham kehendak borang yang diisi online. Maka, aku hold la dulu sebab esok la aku isi. Masa tu on9 kat cyber café je. Xdelah kaya sangat nak on9 lame2. Punya hold2, dah ditutup permohonan tu utk intake tahun tu..=( tiada jodoh lagi.

Untuk Malaysia Airline plak, ketika itu kan gawat sikit ekonomi. MAS pun xmeletup la income die. So, tahun tu pulak die xbuat intake! Xde jodoh lagi..

TUDM. Aku juga mohon sendiri sampai pergi KEMENTAH sendiri hantar borang. Xmain la kabel2 ni. Haha. Bukan aku tak dapat, dapat. Cuma dapat semasa aku dah sain kontak dengan maktab. =( kali ni Abah Tanya betul ke Aku ada mohon mintak Kolej Tentera Udara. Abah pun cakap kenapa xbagitau, sebab die boleh mintak sokongan dari Menteri Pertahanan. Dato’ Zahid Hamidi. Abah tetap mohon dan keputusannya aku perlu masuk untuk intake tahun 2010. Mana boleh keluar dah..kalau dah sain surat perjanjian. Kena denda RM 120 ribu tu.

Apapun, semua ini ketentuan Allah, aku terima seadanya. Sebab mungkin jodoh aku kat sini dan bukan kat atas kapal terbang. =p

Kali ni, aku terjumpa kembali iklan permohonan menjadi kadet juruterbang. Kalau aku mohon boleh tak? Amacam? Haha.. sebab aku jelez teruk kalau ada situasi yang berkaitan dengan aviation ni. Sabar je la..


Please submit your application with complete resume and relevant qualifications to the following address:


MALAYSIA AIRLINES
Workforce Planning
Human Capital Division
2nd Floor, Administration Building 4, MAS Complex B
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, SELANGOR


Please indicate “Cadet Pilot Direct Intake” on the top left corner of the envelope.


Closing Date

09 April 2011


Only shortlisted candidates will be notified

aku sekarang tabik Pengakap aje la...=(

kalau tak masa MERDEKA nak buat low fly kat depan rumah..


xpun die jadi BOS aku sekarang.

maka, kepada sesiapa yang punya kesempatan mohon la ye. aku ni dah xboleh dah. -____-"
terima sahaja perjalanan hidup yang telah ditetapkan-Nya.
pasti ini yang terbaik yg telah ditulis-Nya.

Terima kasih atas tatapan. Moga Allah memberkati kamu.
Wasalam.=)

25 comments:

  1. tak per.. rezeki Allah ada dimana-mana.. dan, sesuatu itu tidak ditentukan kalau membahayakan atau memberi kemudaratan kepada hambaNYa..

    ReplyDelete
  2. macam mane erk nk mohon mas air asia n tudm?

    ReplyDelete
  3. setiap tahun selepas keputusan SPM diumumkan, ada pengambilan. rajin2 buka laman web airasia, mas..kalu tudm plak kene cari maklumat pengambilan drpd internet jgak. ada keterangan lanjut selepas tu.

    ReplyDelete
  4. kau same cam aq bro...cita2 aq pilot tp..haha

    ReplyDelete
  5. kalu kputusan spm kite x memenuhi syarat"ada cara lain ker??

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Saye pon nak jugak..hrp2 perempuan pon boleh...

      Delete
  7. permohonan akn kua pas result spm klua ke??
    bp lme tempoh dye??

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...
    nk tnyer, cmner nkdptkn borang online ?
    aq nk jadi pilot nih, keh2
    ape syarat2 nye ? leh gi tau x ?
    thanx

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum....anak sy minat jd pilot.takdir Allah,result kurang gah...xpe,ujian.skang dia dapat Aeroplane maintenance (PSA n uniKL MIAT)....dah pening...pikir prospek kerja n mcm2...ari tu pening psl result x gah.3 years with diploma + 1 year for maintenance licence..br blh jd maintenance engineer...tapinya,dia mcm takut2 plak nk masuk...boleh crite skit kat pakcik psl prospek kerja maintenance nih..maklumlah,pakcik keje huduh2 jer,keje kampong...xtau nak...

    ReplyDelete
  10. sedihnya cerita awak ni.. hmmm... huhu...ipg bm dekat jelar... berjiran rupanya.. >.<

    ReplyDelete
  11. Weird .. Nampak macam susah je nak jadi pilot . Tapi abang saye senang aje . Lepas abang saye dpt keputusan SPM , dia ambik Business Law . Lepas dia dah dpt ijazah , dia taknak jadi BusinessMan . Cerewet sangat . Pastu dia kejar cita cita dia untk jadi pilot . Terus dapat Frozen APTL . Hebatt . Then, 13 tahun dia jadi pilot . Accident . Plane Crash . Dia tak bole jadi pilot . Ape lagi , dia frust menonggeng lah . Sian dia takde kerje. Pastu , papa tawarkan dia terus jadi CEO pegang jawatan dalam syarikat papa lepas papa pencen nanti . Waktu tu dia dalam hospital lagi . Dia buntu . So , dia tanye pendapat saya . Saya tak tahu so saye suro dia solat istikarah aje . Naseb baik sebelum dia jadi pilot dia ade Business Degree . Boleh la jage syarikat papa . So , kirenye ade hikmah disebalik papa suro ambi Business Law lah . Rezeki abg saye .

    ReplyDelete
  12. Kerjaya sebagai juruterbang TUDM lebih menarik kerana menerbangkan pesawat tentera jauh bezanya dengan pesawat komersial. Sesiapa yang berminat, mesti ada kelayakan yang tinggi sebab makin ramai yang minat kerjaya TUDM sekarang..

    ReplyDelete
  13. how nak dapatkan borang permohonan KTU eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg semua melalui UPNM dh...

      Delete
  14. mcm mane nk dptkn borang??skg ni ad lg ke pmohonan tu??
    hope u reply..

    ReplyDelete
  15. Tumpang beriklan.
    Ebook PANDUAN KERJAYA TUDM. Berminat layari blog saya, penapertahanan.blogspot.com.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam boleh saya gunakan gambar iklan juruterbang itu untuk ebook saya? email sy, johanrosli133@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Cam mana nak mohon pilot ? ? Replying is the great

    ReplyDelete
  18. Bole x jdi pilot kalau SPM Result fizik x gempak

    ReplyDelete
  19. Who want to be a cadet pilot with low fees plssss visit my iG(aweenrahman)or(jetplacementservices)

    ReplyDelete
  20. seronok baca ksah kamu....teringat zmn bru habis spm dulu...nk jd pilot better under sponsor airlines company..pas abis training kt institusi penerbangan ..keja da confirm ada..terjamin...kalau sdri p buat loan cri nahas ar...keja x confirm dpt...persaingan ramai n kena jd yg terbaik...kalau minat usaha lah smpi dpt result yg baik dlm spm...tpi skrg better kalau dpt smbng stdy kt ipt better dptkan degree dulu bru mohon jd kadet...bkn senang nk jdi pilot zmn sekarang...cabaran nk memohon saja pun kena bersaing ngan ramai calon yg terbaik...so good luck pd yg bercita2 nk jdi pilot...usahalah sebaik mungkin..moga berjaya..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Yaallah jika saya dapat diterima menjadi pilot,, tentu kedua ibubapa saya bangga,,, dan saya dapat membantu keluarga dan yg mana saya mmpu menolong,,, jujur cakap,,, saya memang berminat dan ada impian cita cita sebagai juruterbang,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...