Assalamualaikum..
Alhamdulillah..sampai juga di penghujung...haha..bajet macam jawab soalan exam pulak..
untuk 10 kata2 akhir ni..terpulanglah kepada diri aku nak merapu apa pun..sebab tak ternyata dalam soalan pun kata-kata akhir macam mana?
apapun, korang layan je. buat2 dengar..buat2 bace..=p
10 Kata-kata Akhir
- Alhamdulillah. Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang kita peroleh dahulu mahupun sekarang.
- Dunia hanya persinggahan. Maka, korang pun tau apa maksudnya kan?
- Berkawan dengan Al-Quran, jika kita hanya berkawan baik dengan Solat Fardu sahaja tidak cukup, InsyaAllah Al-Quran akan memberi kita syafaat di akhirat kelak.
urm. sejak bila jadi ustaz ni wei?? baik sangat ke??
ok. tukar topik!
4. lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa..saling memerlukan dan mencintai.dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
5. terima kasih kerana sudi menjadi pelakon2 dalam drama hidupku baik kamu yang berwatak baik mahupun antagonis. =p
6. Terima kasih ibu abah dan semua yang punya kaitan dengan perkembangan manusia aku, semoga Allah memberkati kalian dan menempatkan kalian bersama golongan2 yang soleh dan solehah. =)
ok. tukar mood plak..
7. aku tahu aku banyak buat kesilapan sebagai manusia, bermakna aku tak perlu menyatakan panjang lebar kesalahan aku. MAAFKAN AKU.
8. aku harap kau menjadi insan yang berguna, bahagia, sejatera didunia dan diakhirat kelak.
9. walaupun kita tidak dapat bersama lagi, tetapi memori yang pernah kita lakari bersama akan terpahat dalam kisah hidup Qiu Aril dan juga kau.
10. Doakan kesejahteraan kita bersama agar dapat terus bersama di Syurga Allah yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Amin.
sesungguhnya xpandai nak sedih2, tetapi hakikatnya mengingati MATI itu akan menjadikan kita lebih Bijak..xpercaya..cubalah..=)
khulasahnya, terima kasih buat pembaca-pembaca perkataan ini, semoga kalian diberkati Allah.
bermakna selepas ini tiada lagi kemerapuan bahasa oleh aku sendiri..hanya mahu mencari kepuasan tetapi unsur penyerapan perlu ada..harap boleh ambil yang jernih..tok sah minum air yang keruh..kat Melaka dah ada Ayer Keroh, maka tak perlu ambil sebab dah memang tetap kat situ..
maaf atas keterlanjuran dalam penulisan. jaga diri. Wasalam. =)
mati itu psti.. ^_^
ReplyDelete10 hari aku follow bca..hahaha..
ReplyDelete