Assalamualaikum..
apa yang berulang kembali? mungkin banyak..maka, terus kepada agenda utama. tatkala diri masih kepenatan dan kelenguhan akibat Adidas All 24 Futsal Challenge di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara sebentar tadi.
Dibawah lembayung kata, peristiwa yang berulang kembali. sebenarnya kisah berkaitan dengan kejohanan Futsal juga..cuma mahu berkongsi..manalah tau nanti anak cucu boleh kaji sejarah bapak atuk mereka satu hari nanti di internet??
yang berulang kembali ialah KEKALAHAN DI PERINGKAT 16 PASUKAN TERAKHIR ATAU PUSINGAN KEDUA KEPADA PASUKAN BUDAK INDIA (macha la senang..).
untuk kejohanan kali ini peristiwa ini berulang kali buat kali ketiga..dan sememangnya kami menjangkakan akan kekalahan kami..badi mungkin? hasrat hendak menghapuskannya belum tercapai..kena mandi bunga la kot ni..haha..
Kali pertama ketika di Tingkatan 4 untuk Kejohanan Hidup Bola Milo..seperti biasa permualaan yang baik di awal kejohanan, namun terkandas kepada pasukan macha ni..
keli kedua pula ketika Kejohanan Nike Cup di Dataran Merdeka tahun 2010 yang lalu. di peringkat KL Sentral dh gempak dah jadi juara keseluruhan..menang 25 perlawanan..bermakna secara automatik ke peringkat akhir di dataran merdeka..peringkat awal juga menyerlah..sehingga tiba ke pusingan kedua..dua langkah lagi untuk pergi ke Brazil!!namun, tewas lagi di tangan macha..
ada entry untukNike Cup lepas..klik sini.
maka, hari ini, kali ketiga kami kalah kepada Macha..=/
juga, pernah kami terkandas untuk keperingkat separuh akhir gara-gara dibatalkan penyertaan kerana terlibat dalam pergaduhan. sebenarnya mereka yang kalah dan bawak kaum duduk tepi court psiko2..pastu kena titik dgn kitorang xpuas hati dan terus serang kitorang..kitorang yang buat tak ambil kesah dgn ajakan pergaduhan itu juga menjadi mangsa..kejohanan Junior Sport Carnival anjuran TV3..2007..=(
menang kalah kejohanan bukan matlamat kami..tak pernah meletakkan sasaran pun..sebab kami bukannya pasukan yang ada pihak pengurusan bagai..cuma bekas2 budak aktif skola a.k.a atlet yang ingin bersama seperti zaman persekolahan dahulu..
kami terdiri daripada budak bola, hoki, olahraga malahan budak biasa. kebiasaan kami bermain bersama membuatkan kami boleh pergi jauh..hahaha..mana pihak yang nak sponsor jadikan kami pasukan pro apa salahnya..=p
apapun jua, aku tetap gembira dengan pencapaian kami. yang pentingnya ukhuwah yang sudah lama terjalin mensti dieratkan dan dikukuhkan.
mungkin kerana kami tiada latihan. bidan terjun dan underdog. main cuma untuk suka-suka.
terima kasih kepada pembaca yg sedia mendengar perkongsian ini.
sekian..=)
No comments:
Post a Comment