Assalamualaikum..
Selamat sejahtera ke atas kamu(sama je kan ngan atas?) dan Salam Sayang!
Nora Elena. Siapa? Awek baru? Memang pun. Haha. Tak perlu beritahu mungkin semua umum sudah mengenali beliau. Jika tidak salah tanggapan aku, mungkin ia menjadi fenomena dalam kalangan penonton televisyen kini.
Hari khamis. 16 Jun 2011. Tamat sudah 24 jam. Bagus jugak habis minggu ini sebab minggu hadapan akan berada di IB semula. Bermakna waktu riadah petang aku tidak akan diganggu oleh awek ni.
Mana tidaknya, 2 minggu terakhir aku tidak melepaskan satu hari bersamanya pun bersama DIA pada jam 7 petang. Sanggup tak pergi main futsal petang-petang semata nak ‘date’ bersama Nora Elena.
Sebenarnya, Nora Elena merupakan kekasih kedua yang membuatkan aku setia mengikuti kesemua episodnya selepas Nur Amina( Nur Kasih).
Namun, pada awalnya aku tidak tahu akan kewujudan Nora Elena sehinggalah “Jiran Mei” aku mengenalkan beliau kepada aku setelah meminta Novel Kasih Yang Suci miliknya dikembalikan semula daripada pinjaman pukal Ibu aku.
Daripada perkenalan itulah aku tahu akan kewujudan Elena. Pada awal perkenalan, kerap kali aku menghampakan Elena. Selalunya aku akan bersama beliau selepas mandi petang lepas Maghrib(sebab riadah sampai azan dan terus mandi) dengan bertuala dan memegang bekas mandi hingga jam 8 di foyer tingkat 12(aras aku la) bersama peminat-peminat yang boleh tahan bilangannya. Penuh juga sofa sebab selalu aku dengan Nora berdiri saja.
Sebenarnya juga, aku dah tahu jalan cerita drama ni. Sebab Nora merupakan kekasih gelap aku. Haha. Bukanlah, aku baca sinopsis belakang Novel Kasih Yang Suci dah tahu penamat ceritanya. Tak percaya pergi beli kat kedai buku. Jangan pinjam kat jiran Mei aku sebab aku merupakan waiting list peminjam. Haha. (nak baca novel lagi ke??)
Dekat foyer la aku lagak macam pengarah sebab kerap kali cakap kat admire2 awek aku ni yang Nora kena rogol dengan Seth. Pun dorang tak percaya..-____-“. Cakap Amir jugak. Ibu pun sama.Sabar je la, aku sudah baca belakang novel ok! Aku tahu laa…
Maka, pada cuti semester 3 minggu ini aku mengambil hati Elena semula dengan menggantikan jam kami dengan menontonnya di You Tube.( terima kasih Jiran Mei sebab beritahu kewujudan beliau disitu). Tiada la aku tercari-cari Elena merata tempat kan? Maka, 24 Jam bersamaan 24 episod kan?, aku bersama Elena.
Berbalik kepada jalan cerita, sebuah cerita yang mudah difahami dan menarik. Ada konflik, mesej, dan sebagainya. Korang puas hati tengok drama ni tak? Mestilah puas hati sebab hari-hari kat depan tv tengok awek aku ni kan?
Sebab musabab aku ingin mendekati Nora kerana akulah Seth Tan. Haha. Tiada ‘point’ sebenarnya. Sepanjang bersama Nora aku memang terlalu menyokong Seth dan tidak menyukai Syahrul Eidham(Eid). Kenapa? Sebab aku kan Seth! Berapa kali nak cakap?
Mungkin sebab sifat Seth yang penyabar, setia, penyayang dan anda sendiri yang tolong isikan tempat kosong untuk aku, __________, __________, dan sebagainya. Kesimpulannya, ketabahan Seth dengan Nora atau cintanya itu membuatkan aku kagum. Ada ke lelaki tu kat dunia ni? Ada ok. Korang je yang tak pandai menilai dan memerhati. Haha.
Adakah aku Seth Tan? Benar, itu merupakan jawapan mereka yang menjadi Elena aku. Haha. Berangan lebih. Kalau tidak percaya kahwin la dengan aku!! Tapi sebelum kahwin pun dah boleh kenal kan? Dan carilah sendiri persamaan tu. Bajet gile mamat ni!(mesti dalam hati korang kan?)=p
Untuk hari terakhir aku bersama Elena sebelum aku ‘break’ dengan dia, kenapa anak dia kena culik? Haha. Sebab Seth Tan tak azankan lepas bayi tu lahir. Kan Syaitan(Yvonne) dah culik. Kalau tak mesti baby menangiskan jika nampak Syaitan yang direjam. Ni tak, senyap je baby tu. Haha. Ok mengarut!
Sebelum mengakhiri kisah cinta aku dengan Elena, hargailah manusia yang menyayangi anda walaupun dia orang yang kamu benci. Kelak, ia akan pergi meninggalkan. (kesah pulak!). seperti kata Elena sebelum putuskan hubungan denganku, “jangan melarikan diri daripada kebahagiaan sendiri’.
Terima kasih sebab setia bersama kata-kataku. Semoga Allah merahmati kamu. Kepada manusia yang nak mengutuk aku setelah membaca tulisan ini, terima kasih sebab baca hingga ayat ni. Mesti nak cakap aku ni bajet, jiwang, entah apa2, pondan atau gay ke atau mesti tak sembahyang tengok tv masa Maghrib kan.haha. Satu je aku nak cakap, Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku adalah untuk Allah S.W.T. korang pun baca setiap kali mendirikan solat. (tak de papepun, sengaja nak buat penyerapan dalam setiap post!)
Akhir ni, antara ungkapan aku = Seth :
1) “saya buat semua ni sebab sayang awak sangat-sangat.”
2) “setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua”
3) “saya akan tunggu sehingga awak terima saya sepenuhnya, saya percaya manusia akan berubah”
4) “kenapa tak bagitahu saya??”
5) “awak nak buat apa buatlah, saya terima sahaja sebab saya sayang awak”
Dan lain-lain lagi yang tidak dinyatakan disini. Nak dengar ayat ni keluar dari artikulasi aku, maka berhubunganlah denganku. Haha. Sudi? =)
Nak p/s jugak : rambut aku dah potong mcm Seth tadi. Sebenarnya tak nak mcm tu, tapi kalau potong di kedai murah selalunya tak dapat seperti yang diinginkan. Haha. Tak pelah, kalu GOJES sangat budak batch baru masuk akan ‘fall’ dan ‘flirt’ ngan aku pulak! Haha. [(bajet gile wei! Sedar lah diri!) dalam hati korang kan?haha.jahat-jahat! ]
lagi satu, aku hanya bermadah sahaja cakap aku ni Seth. Tapi tidak mustahil ada manusia seperti PERWATAKANNYAkan? Kalau ada adalah, akalu tak da takdelah.
No comments:
Post a Comment