Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

November 3, 2011

5 teater kanak-kanak dan TEATER lagi?

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Diberi kesempatan ruang oleh-Nya untuk merajinkan diri mencontohi seseorang yang rajin mengemaskini belog beliau. (siapa2 sahajalah!)

Teater! Tahu apa itu teater? Menurut kamus dewan edisi ke-4, TEATER bermaksud seni pentas. Apa itu PENTAS? Haa. Sendiri mahu tahu lah. Kita sekarang berada di pentas yang luas. =)

Baiklah! Tahniah kepada semua 5 buah produksi teater yang berjaya mementaskan pementasan masing2. Usaha dan komitmen untuk menghasilkan sebuah karya perlu dipuji. Tetapi, kita sebagai manusia tidak mampu untuk menutup mulut-mulut jahat yang ada diluar sana mengkritik, menghentam dan sama waktu dengannya.

Aku! Bukanlah disini memberikan ulasan di ruangan ini memberikan komen atau kritikan. Aku lebih suka berikan penambahbaikan daripada mengkondem. Haha. Kita perlu sedar yang kita bukanlah dilatih untuk menjadi tenaga kerja dalam industri persembahan ini, tetapi kita sebagai guru merupakan pelakon dan artis yang semulajadi untuk menginsankan masyarakat. (Ayat…)

Teater! Memanusiakan manusia. Itulah tujuan sebenar seni pentas ini. Tapi kini tak dapat dinafikan yang penonton mahu melihat teater hanya untuk berhibur dan bukan mencari apa dalam teater tersebut. Ini yang menyedihkan, tetapi siapa kita hendak menghalang 7 Bilion manusia di muka bumi ini? Oleh sebab hiburan yang tak diperolehi daripada menonton teater atau apa jua persembahan pun, mereka tidak berpuas hati dan akan mengkritik. (ayat biasa kita dengar, LU BUAT LA BARU LU TAU SENANG KE SUSAH NAK BUAT!!!)

Kritik! Itu hak mereka selaku pemilik mulut. Terpulang kepada kita menerimanya dengan positif atau tidak. (baru tengok show PERCUMA dah nak HENTAM bagai nak GILA, pernah tengok teater RATUS2, PULUH2 Ringgit tak???)
Semua kelima-lima teater yang aku lihat tanpa GAGAL ini memuaskan tetapi biasalah mesti yang akan membanding beza. (macam soalan peperiksaan pula). Ada pro dan kontranya. Ada yang ada kelebihan dan kekurangannya. Ada yang gah dengan jalan cerita tetapi kurang dari segi persembahan pentasnya. Ada yang gah dengan tatarias dan setnya namun kurang menyengat daripada jalan ceritanya. Diingatkan sekali lagi. Allah Maha Adil. =)

Lakonan! Semuanya terbaik! Superb! Gila-gila Gempak! Aku Suka! Haha. Tak dapat dinafikan kita memang dilahirkan sebagai pelakon oleh-Nya Cuma yang membezakannya adalah keberanian dan keyakinan!

Aku! Bukanlah seorang pelakon yang hebat seperti yang dicanangkan sesetengah orang. Sebut teater sahaja, Aku. Permintaan untuk mengajar berlakon dan memberikan nasihat. Namun, terima kasih atas penghargaan. Tetapi aku masih rasakan aku bukanlah aktivis teater yang hebat, diluar sana aku adalah KECIL.

Pementasan! Teater Mahathir yang aku sertai dulu itu kecil. Aku harap nak berteater dengan NAM RON, Amerul Affendi, Zahiril Adzhim dan seangkatannyalah. Baru Syiok!!

Seterusnya! Terdetik di kalbu yang dalam ini untuk mementaskan sebuah pementasan pada semester hadapan. (inilah yang SULIT tu.-____-“).

Tentang Apa!? Masih difikirkan. Bukan mahu mencari publisiti. Tetapi setelah berjaya selitkan persembahan MERDEKAKAH KITA? JIKA.. pada bulan Kemerdekaan yang lepas membuatkan diri ini ketagihan berdiri untuk berkata-kata.

Serang! Pemikiran dan membuat penonton tersentak dengan kata-kata dan idea merupakan satu kepuasan dan kemenangan untuk aku selaku pelakon teater. Bukan niat mahu mengutuk atau mengata segelintir masyarakat, tetapi ingat teater itu memanusiakan manusia sama seperti tugas guru.

Guru! Harus sedar yang mereka adalah pelakon yang hebat! Maka, bermula dari sini YAKINlah dan tambahkan ilmu untuk menjadi lebih proaktif dan berkesan di PENTAS kelak!

Sekian! Maaf! Terima kasih!

Bintangkecil1-untuksemuapembaca,terima kasih daun keladi, harap baca lagi. Hihihi.
Bintangkecil2-nakbuatujibakatuntukteateritu, tapiroomatecakapbuatyangkecil2dulu.haha.



dapat berdiri di pentas Istana Budaya belum tentu dah bagus ok!!


2 comments:

  1. bersedialah kamu wahai qiu aril...pastikan gempak dr kami,,tp time tu aku dh tak de kt cni lagi..adoi...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Qiu. Setuju sangat-sangat kenyataan-kenyataan di atas. Dalam proses belajar, tak semua ilmu dapat dikutip dalam sekelip mata. Kekurangan dan kelebihan itu harap dapat dijadikan panduan untuk junior-junior semua.

    Semoga berjaya dengan teater semester 6 nanti. Perasaan hitam, putih, kelam dan segala macam akan dirasai..He he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...