Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

December 29, 2011

Sebelum 2012 Tiba. Menjenguk AZAM2011. Terlaksanakah?

Assalamualaikum

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana terus membenarkan hamba-Nya terus menikmati nikmat-Nya di dunia yang sementara ini. Degupan jantung, udara yang memenuhi peparu dan roh(percaya kpd perkara Ghaib) membenarkan jasad ini melangkah di muka bumi yang semakin tandus ini. 20 tahun hidup tatkala menyelusuri tarikh 23 Mei 2011 yang lalu. Alhamdulillah. =)

Tulisan ini disediakan hanya untuk berkongsi tentang kesinambungan paparan bulan Januari yang lepas berkaitan dengan Azam 2011.

klik sini--> Sekarang 2011.Sekarang Umur Saya 20.Azam???

Adakah segalanya terlaksana dan tercapai dengan Izin-Nya? Alhamdulillah, ada yang baik dan ada yang buruk. Ada suka ada yang duka. tetapi ia merupakan lumrah dalam kehidupan. Kadang kita bahagia dan kadang kala tidak. Semuanya bergantung kepada ketentuan Allah dan itu merupakan Ujian Keimanan kita terhadap-Nya.

1)"Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk sesuatu kebaikan baginya, maka ia akan diuji (diuji dengan satu musibah)"

Hadis Riwayat Bukhari.
2)"Kau menyedari yang kini aku sedang bergelak tawa keriangan dan kau perlu tahu, aku sebenarnya menyedari yang kedukaan itu pasti menjelma disebalik kebahagiaan ini"
3)Sekarang Memang Kita Sedang Menikmati Detik Kebahagiaan. Esok atau lusa kita mungkin kembali kepada kekecewaan dan aku berharap aku bersedia ke arah itu.

kebahagiaan selalunya tidak memihak kepada kita kerana ia bersifat sementara. Selagi ia melibatkan dunia, tidak akan kekal selain Maha Pencipta, Allah SWT.

4)Jika terlalu teringat dan mengenangkan peristiwa pahit yang dilalui, sampai bila pun tidak akan pandang dan maju ke hadapan.

yang bernombor itu merupakan beberapa frasa ayat yang aku kongsikan di laman sosial FB. Aku ni bukanlah seorang yang baik dan alim ulama. Aku cuma Hamba Allah yang menjalankan TUGAS sebagai Hamba-Nya di dunia ini.

5)Alhamdulillah. Di sini, sekarang banyak input yang berguna yang menyentuh bab akidah dan Tauhid kepada Allah. Terima kasih kawan-kawan. Semoga usaha kalian menegakkan syiar Islam diberkati Allah. InsyaAllah. Amin =)

#dakwahWAJIBbagisetiapumatISLAM.

kita semua wajib mengajak kearah kebaikan walaupun kita digelumang oleh dosa. kita bukanlah Nabi yang bersifat MAKSUM, tetapi kalau Dakwah ini hanya dijalankan oleh golongan2 seperti itu, ISLAM itu akan mati ditelan arus masa ini.

Baiklah. Sudah memalut entah kemana. Lari daripada topik. Aku ada satu soalan, kenapa korang semua nak baca dalam masa yang sama ambil peduli apa yang aku tuliskan disini? Mesti tiada MOTIFkan? Kenapa perlu busybody?

Jawapan aku untuk korang ialah kalian semua mahu belajar apa yang berada di dunia ini agar lebih bertaqwa. secara tidak langsung cerita, pengalaman boleh dijadikan iktibar dan pedoman dan akan membuatkan hidup ini lebih matang. Selama ini aku bukannya sengaja menyibukkan diri dengan mengambil tahu segala perkara aku mahu tahu, ia merupakan satu wadah untuk aku kenal dunia dan menjadi bijak untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Hujerat Ayat 13 :-

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Jelas dan terang disini apa yang kita lakukan untuk berkenal-kenal dan mengambil tahu sesuatu perkara itu ada hikmahnya. Tetapi perlu diingat. Islam ada menetapkan batasnya.

Seterusnya aku akan ulas setiap perkara yang aku tulis dalam paparan bulan Januari yang diatas.

1)
Tahun 2011, maka bermulanya pengajian Ijazah aku di IPG Kampus Bahasa Melayu ini. Yang sedia maklum semester 1 ini tiada PJ. Maka setiap hari pakaian formal la.=( kena beli iron board berdua di bilik dan iron pinjam sebelah.haha. Maka, rakan-rakan kelas boleh menyediakan asam-asam, gula-gula serta agen-agen yg "mungkin" dapat menghilangkan kebosanan dan mengantuk dengan sistematik. Miskol2 rakan2 sekelas juga boleh dipraktikkan untuk menghilangkan mengantuk dan kebosanan. kami juga akan menjalankan penyelidikan lanjutan untuk mencari langkah-langkah bijak yang lain dan ianya mendatangkan manfaat dan keseronokan di kelas tanpa pengetahuan pensyarah atau tenaga pengajar. Jahat3.

*iron board tetap xdibeli, sanggup turun dari tingkat 12 ke tingkat 6 semata-mata untuk gosok baju.

*kemengantukkan itu tidak dapat dielakkan sebab itu habit sejak sekolah menengah lagi. =p

2)maka, saya berharap dan berdoa agar tiada perkara yg tidak diingini berlaku disekeliling serta dalam diri ini. Namun, kita hanya mampu menerima Qada dan Qadar-Nya.

Alhamdulillah. ia dapat dilalui dengan baik seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat yang terakhir:-

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

3)Seterusnya, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Berubah jika perlu dan ada teguran kebaikan untuk saya. Maka, silakanlah mencemuh dan meninggalkan komen di mana-mana ruang yang disediakan.

*ada menerima teguran daripada KAWAN saya agar tidak menyulitkan lagi keadaan. terima kasih. =)

4)Harap tahun ini kewangan Kerajaan sedikit baik agar ada jua aktiviti serta program-program yang boleh disibukkan diri supaya dapat menghindari kuliah. Perangai sekolah masih tidak boleh dibuang. Seperti saya ungkapkan sebentar td, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Betul tak Encik Selvaratnam??

*alhamdulillah. pelbagai aktiviti diselitkan dan boleh dilaksanakan oleh kami. BIG, trip to Terengganu untuk TITAS, Hoki dan hoki ke Terengganu lagi dan lain2.=)

5)nak melantak macam ni lagi tahun 2011.




*sukacita dimaklumkan tahun 2011 ini tak dapat melaksanakan aktiviti seperti ini. 2012? Jiran pun dah pindah...=(


6)nak menari lagi??ntah...



*2011 ada jemputan untuk menari. Tapi cukup lah kot. Tahun 2012 beralih kepada teater pula!! =)

#gambar menari 2011 tidak ada kalau tak silap. =p










7)baju putih kat court 1...leh menang lagi mcm ni x tahun ni??


* tak ada kejohanan futsal yang dapat disertai atas faktor umur yang meningkat dan kawan sepasukan sudah membawa haluan masing-masing.=(










8)koir nak buat show kat hotel 5 star lagi tahun ni..boleh x??=)


*bukan setakat hotel 5 star tapi siap masuk TV lagi. hehe. =)













9)nak training jd pendidik mcm tahun lepas...ade x??






*ada sahaja. kalau Cikgu ni lagi la laku..hehe..Alhamdulillah.








10)boleh penuhkan stadium tak musim ni??macam Malaysia vs Indon..

*ada je. xpernah miss lagi perlawanan Malaysia. MAS vs Singapura. Bukit Jalil 28 Julai 2011


11)tahun ni isi tempat kosong kepada mereka yang tiada dalam gambar!!


*hampir-hampir. lagi 3 orang Botak Kedah tak ada sebab pergi kursus PRS plak. hehe. cuba lagi tahun depan. PISMP 1c@Gabai 2011


12)gedik!!5 tahun lagi..boleh x nak mengada2??


*dah jumpa siapa dia? adakah.....

beliau?

Cik Fara? bukan. dia dah ada SAYANG dia. hehe.

atau ini?

Nik Nur Ilya? Lagilah bukan, dia ni tunggu masa nak Nikah je dengan tunangannya. =)

yang ini?
Zanariah? Atlet IB? hehe. belum tau lagi. tak pernah try. hahaha. =p

atau salah satu diantara mereka?
NURatiqah dan Noor Laila Ali? pun bukan lah....

ia tetap menjadi RAHSIA. Bukan rahsia aku tetapi RAHSIA Allah. Aku pun tidak tahu siapa yang menjadi pasangan aku.

Bermakna, hentikanlah spekulasi tentang perkara ini yang melibatkan aku dengan sesiapapun. Aku belum lagi menjadi milik sesiapa dan tetap menjadi milik-Nya.
Janganlah menambahkan beban kepada mereka yang terkena tempiasnya. Berhentilah daripada membawa cerita-cerita yang tidak molek dicanangkan dan ia boleh menjadi FITNAH.
Aku dengan mereka-mereka di atas cumalah sekadar kawan biasa dan janganlah disebabkan berjalan sekali sudah fikir yang bukan-bukan.
Aku masih mencari dan menilai siapa yang perlu aku kasihi dan DIA mengasihi aku seadanya.
Sekian. =)

13) yang terakhir sekali sama-samalah kita berdoa agar sepanjang apa yang berlalu itu mendapat keredhaan-Nya.

Oleh itu kita pasti sedar apa tujuan sebenar kehidupan ini. Dunia adalah tempat manusia bertebaran mencari keredhaan Allah. Tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Syurga yang kekal abadi. Dalam BABAK TERAKHIR INI. Adakah anda bersedia untuk episod yang akan datang. Pilihan terletak ditangan anda. Bukalah mata!! =)

TERIMA KASIH UNTUK MEREKA YANG MENYINARI 2011 DAN AKU MAAFKAN UNTUK MEREKA YANG MEMALITKAN KELUKAAN 2011. SEMOGA KITA MENDAPAT KESEJAHTERAAN DARI-NYA. AMIN.

#nota terakhir:terima kasih untuk tempoh 28 Nov-28 Dis 2011. pelengkap dan peneman cuti sekolah aku dengan episod kebahagiaan. =)



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...