Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 4, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pengurus Pentas


Nama diberi Muhamad Hafiz Bin Mahmod. Dilahirkan di Simpang Rengam Johor, merupakan anak ketiga daripada tiga orang adik beradik. Dibesarkan dalam suasana kampung, yang mana suasana ini telah mendidik saya hidup dalam penuh kesederhanaan dan keharmonian. Bapa saya merupakan bekas kontraktor yang mana perlu bekerja keras siang dan malam untuk mendapatkan sesuap nasi. Perkara ini telah memberi pengajaran kepada saya agar belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa kedua orang tua apabila sudah berjaya kelak.

Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Kenangan, sebuah sekolah luar bandar berkategori sekolah kurang murid (SKM). Dengan serba kekurangan itulah saya cuba mencipta peluang. Saya berjaya mengaktifkan diri dalam segenap bidang sama ada kurikulum mahupun ko-kurikulum. Berjaya mendapat keputusan UPSR yang agak cemerlang, seterusnya saya melanjutkan pelajaran di SMK Simpang Rengam,sebuah sekolah penerima anugerah Sekolah Harapan Negara. Di sinilah bermulanya titik kehidupan saya sebagai seorang manusia. Saya tinggal di asrama yang mengajarkan kita berdikari untuk segala benda, ditempatkan di kelas aliran agama (KKA) merupakan antara cabaran yang harus saya tempuhi.

Mengapa anda menceburi bidang ini?

Penyesuaian diri dalam sesuatu perkara itu penting. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jadi beberapa perubahan dalam diri perlu dilakukan dalam diri agar apabila kita menempuhi alam pekerjaan, kita tidaklah kekok.

Kenalan rapat pasti mengetahui mengenai saya yang cepat bosan tentang sesuatu perkara. Oleh itu, saya cuba untuk menceburi semua bidang yang terbentang di hadapan saya agar saya dapat atasi kebosanan saya setelah menceburi sesuatu bidang yang baharu. Dan teater merupakan satu bidang baharu yang sedang saya ceburi. Dengan harapan, saya tidak akan bosan lagi kerana teater merupakan satu bidang yang penuh dengan nilai, estetika, pemikiran dan moral.


untuk maklumat lanjut tentang pementasan Teater Babak Terakhir ini, boleh klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...