Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 5, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pengurus Produksi dan Promosi


Zuliskandar Bin Zainal Abidin (20 tahun) anak jati Kampung Astana Raja,Rembau,Negeri Sembilan ini dilahirkan pada tanggal 6 haribulan 8 tahun 1991 di hospital besar Seremban.Dibesarkan di dalam keluarga kelas sederhana yang mempunyai 5 orang adik beradik iaitu beliau anak yang bongsu dan mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang abang.Dibesarkan dengan pendedahan bahawa pendidikan yang dapat mengubah nasib keluarga.Maka daripada kecil sudah diberi pendedahan kepada pendidikan.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Astana Raja kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah,Astana Raja.Mula diberi tanggungjawab dan mengasah bakat kepimpinan apabila berada di sekolah Menengah apabila dilantik sebagai Exco Kebajikan dan Kesihatan Asrama SMK Datuk Abdullah.Kemudian diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua editor bagi majalah sekolah sempena Sambutan Jubli Emas SMK Datuk Abdullah.Seorang yang berjinak-jinak di dalam bidang perbahasan dan forum diperingkat sekolah.Malah aktif sebagai pengerusi kelab badminton sekolah.Hasil usaha tersebut pada tahun 2008 dianugerahkan sebagai pelajar terbaik kelab dan persatuan.

Kini,sedang melanjutkan pelajaran tahun 2 peringkat Ijazah di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu dalam bidang Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kepentingan Teater bagi anda ?

Teater merupakan seni persembahan yang dimainkan oleh pelakon dengan harapan menyampaikan mesej kepada penonton.Bagi saya,teater merupakan satu wadah menyampaikan sesuatu sama ada mesej,kritikan atau peringatan kepada penonton.Oleh itu teater amat penting dalam mendidik kelompok masyarakat mengenai mesej yang ingin disampaikan.Teater apabila dilihat satu ketika dahulu merupakan satu persembahan bagi golongan-golongan tertentu,namun seiring dengan peredaran zaman,teater hari ini merupakan milik rakyat dan rakyat mempunyai pilihan sama ada mempelajari sesuatu daripada persembahan teater yang dipentaskan atau sekadar tidak mengambil tahu.Oleh itu teater memainkan peranan penting dalam menyedarkan penonton atau masyarakat mengenai sesuatu yang ingin disampaikan.Teater bukan semata-mata dipersembahkan untuk memberikan penonton terhibur sebaliknya mahu penonton berfikir dan menilai mesej-mesej yang disampaikan kepada penonton sama ada berbentuk nasihat,kritikan atau suasana yang berlaku di sekeliling kelompok masayarakat.Maka itu,teater memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kepada penonton berlandaskan sebuah pementasan.

untuk maklumat lanjut tentang pementasan Teater Babak Terakhir ini, boleh klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...