Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 6, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pelakon


Alip Kamal atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Bin Kamal Affandi merupakan seorang insan yang terkenal dengan jenaka dan sifat periangnya dalam kalangan rakan-rakannya. Beliau telah dilahirkan di Melaka pada 16 Julai 1991. Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradiknya.
Bapa beliau Kamal Affandi Bin Zahid bekerja sebagai pengawal peribadi dan ibunya Kalsom Binti Yamin merupakan jurusolek dan andaman yang terkenal di sekitar Bandar Baru Bangi.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan Sekolah Agama Rakyat Bandar Baru Bangi. Beliau telah mula menceburi dunia lakon pentas sejak di usia kecil apabila memegang watak ‘jembalang’ dalam pementasan Teater Muzikal ‘Aci-Aci Buka Pintu’ dan ketika itu beliau baru sahaja berusia 8 tahun. Selain berlakon,beliau juga melangkah setapak lagi dalam bidang nyanyian ketika sekolah rendah dengan menyertai pertandingan nyanyian Bintang Kecil SKBBB dan mendapat tempat ke-3 dan ketika itu bakat beliau dibimbing oleh guru muzik sekolahnya,Cik Noor Suryati. Lagu yang dinyanyikan ketika pertandingan itu ialah ‘Rendang Tak Berbuah’ nyanyian Hattan. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Bandar Baru Bangi yang hanya 20 meter dari rumahnya. Ketika di sekolah menengah beliau mulai menjauhi bidang lakonan kerana lebih aktif bersukan,dan sukan yang diceburinya merupakan sukan lasak,ragbi. Telah mewakili sekolah selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tingkatan 3 hingga tingakatan 5,nama beliau kini menjadi lagenda sukan ragbi di sekolahnya. Pada tahun 2008,beliau kembali bergiat dalam bidang lakonan apabila menjadi Pengarah dan Pelakon Utama bagi pementasan sketsa Bahasa Inggeris The Pearl. Pementasan beliau telah menjadi pementasan terbaik keseluruhan dan beliau telah dinobatkan sebagai pelakon terbaik pementasan sketsa tersebut ,yang dipertandingkan untuk semua kelas tingkatan 5 di sekolahnya. Beliau juga merupakan ketua dan pengarah seni pasukan dikir barat sekolah yang sehingga kini beliau masih lagi mencurahkan bakti sebagai jurulatih pasukan tesebut. Bakat kepemimpinan yang ada pada beliau bermula dan dipupuk ketika beliau menjadi Ketua Disiplin Lembaga Pengawas di SMK Bandar Baru Bangi. Melangkah segak dengan perwatakan tegas,membuatkan ramai murid sekolahnya bertaubat dan patuh pada peraturan. Pada akhir perkhidmatan sebagai pengawas,beliau dianugerahkan Ketua Disiplin Cemerlang dan Pengawas Harapan tahun 2008. Sehingga kini penampilan beliau penuh berdisiplin dan menampakkan wibawa dalam keperibadiannya.

Melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Lembah Pantai Kuala Lumpur,atas dasar minat yang mendalam terhadap profession keguruan. Minat yang mendalam telah menyebabkan beliau telah mendapat gelaran Guru dan Pakar Sejarah sejak di tingakatan 5,kerana sering menjadi rujukan dan mengadakan kelas tambahan percuma untuk rakan-rakan yang ingin memahami dengan mudah ilmu sejarah. Beliau kini masih lagi bergiat aktif dalam sukan ragbi di Institut Pendidikan Guru dan merupakan Presiden Kelab Ragbi sehingga sekarang, merupakan pelajar tahun 2,Kursus Major Bahasa Melayu dan merupakan salah seorang tenaga kerja dan pelakon dalam pementasan Teater Babak Terakhir.



Pendapat anda, mengapakah Manusia Leka dibuai DUNIA???

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Pemurah

Selawat serta salam buat Junjungan Besar,Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda.

Jawapan saya kepada soalan tersebut ialah andai dunia ini melekakan manusia,ia telah berjaya menggalas tugas keduanya. Dunia ini sebenarnya menggalas dua tugas,menjadi tempat untuk manusia lebih mengenali penciptanya,atau ia juga boleh menjadi tempat untuk manusia melupakan lansung penciptanya. Memetik kata Imam Besar As Syafie Rahimahullah “Kehidupan dan dunia laksana sebuah pasar di tengah perjalanan seorang musafir,singgahlah untuk mengambil bekalan yang sepatutnya,kemudian teruskan semula perjalanan..dan tentunya akhirat sebenar-benar kehidupan.’’ Ini jelas menunjukkan apa tujuan kita berada di dunia,apa yang perlu kita buat di dunia,mengapa terciptanya dunia,apa itu dunia,semuanya terjawab dengan kata-kata diatas.

Tetapi mengapa manusia leka? Apa yang ada pada dunia yang menyebabkan manusia leka?

"Dihiasi untuk para manusia mencintai berbagai kesyahwatan yakni macam-macam keinginan (mempunyai perasaan, hasrat atau bernafsu) kepada kaum wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah yang terdiri daripada emas dan perak, kuda yang bagus-bagus (kenderaan), ternak dan sawah ladang. Itulah merupakan kesenangan hidup di dunia". Al Imran:14

Inilah yang disediakan dunia buat pencintanya,tetapi adakah ini fitrahnya penciptaan manusia. Adakah memang manusia diciptakan untuk mengejar semua yang dinyatakan dalam Surah Al Imran itu. Mari lihat pula fungsi penciptaan kita di dunia.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(az-Zariyat: 56)"

Kenapa semua jawapan ada di dalam Al-Quran?,jawapan yang ada sejak 1400 tahun lampau. Kenapa kita tak perasan? Kalau kita tak perasan,itulah tandanya kita leka pada dunia dan penawarnya hanyalah kembali kepada Allah s.w.t dan ajaran Rasulullah s.a.w. Ajaran yang dibawa selama ini tetapi kita tidak mengendahkannya,Al-Quran diletakkan dalam almari sehingga berhabuk tidak dibaca,disimpan sehingga reput dimamah usia. Itu ialah panduan hidup kita,kenapa dibiarkan begitu. Isi kandungannya kalau difahami,dihayati jauh lebih baik dari apa yang dunia berikan pada kita.

Akhir kalam,saya ingin berpesan kepada diri saya dan saudara Islam sekalian, kalaupun tidak sempat membaca keseluruhan Al-Quran,hayatilah sepotong ayatnya ini “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat) Al- Ankabut 64.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...