Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

October 5, 2010

Memahami Keperluan Untuk Salah Satu Ketenangan...


CINTA ATAUKAH SUKA ???

Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.

Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan
apa yang ada di benakmu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya.

Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit. Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai.
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu "suka".

Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,
kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata. Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan
adalah menutup telingamu.
Tetapi jika kamu mencoba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang
dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.



Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu pikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


Tetapi ...

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
***

September 24, 2010

Hari Pertama Beraksi di Panggung Sari IB utk Muzikal Tun Mahathir


babak utama aku..tampal poster..=)

Salam..
24 September 2010..
bermulalah pementasan Teater Muzikal Tun MAhathir yg berlangsung di Istana Budaya..
Salah Satu Impian Sudah TErlaksana Sebentar Sahaja Tadi..
Alhamdulillah..

Pada hari pertama pementasan ini, bermacam2 cerita yg boleh dikongsikan..
secara keseluruhannya..aq amat puas malam tadi tidak seperti hari sebelumnya..
aq terlalu risau akan persediaan pementasan yg belum siap sepenuhnya..
namun, dengan izin Allah..semuanya berjalan lancar...

Di hari pertama ini juga, kita tidak pula terlepas daripada masalah dan kejutan..
perkara yg lepas usah dikenang..jadikan sebagai iktibar..
sebelum ini aq hanya mampu memberikan ulasan2 tentang2 teater2 yg aq saksikan sendiri..
namun kini, aq bersedia menerima kritikan dan ulasan tersebut..

Buat mereka yg mengenali dan akan menyaksikan pementasan ini nanti..
Selamat Menonton di ucapkan..
nasihat saya..xperlu mencari di mana saya berada..
kerna saya bukanlah memainkan watak penting dalam pementasan ini..
namun sekadar memenuhi ruang pentas sahaja..
bukan nak jadi glamour artis pown..
saksikanlah pementasan ini dgn penuh penghayatan utk kita mengenal dan mengenang jasa Tun Dr.Mahathir kita...

Akhir skali, kepada mereka2 yg belum membeli tiket utk teater ini..bolehlah melayari laman sesawang www.ticket2u.biz utk urusan pembelian dan tenpahan..
owh..lupe plak..hari pertama ini juga kami mendengar khabar angin mengatakan tarikh pementasan kami dilanjutkan selama 4 hari..wow!!haha..no komen...

Slamat Menonton..
Terima KAsih..

Wasalam

September 11, 2010

Diari Merdeka 53 - "Human Graphic" by Koir IPG..

Assalamualaikum...
Merdeka kali ini kami betul2 menjadi pembuka2 bendera utk human grafik..=p
kerna Merdeka yg sebelumnya kami hanya menjadi Pemenuh2 tepi Jalan di Parlimen..
Pembaziran yg teramat sgt..=( rugi 5000 org pelajar IPG seluruh Malaysia berkampung di Presint 18...kalau tidak pasti kami mengulangi Nostalgia Human Grafik utk Sukan Komanwel 1998..oleh Pelajar2 Maktab Perguruan juga..Tp mereka punya pasti rumit dan sememangnya ianya cukup Hebat!!=)

Tutup cerita lama..kisah baru bermula di Presint 15..tidak mampu menafikan..memang kami semua semester 3 ni akan menjadi sebahagiannya pada tahun ini..lupakanlah spekulasi yg mengatakan kena budak Sem 1 je..haha..jumlah mereka tidak mampu menampung..kitalah pula menjadi mangsa..hihi..xpe2 Merdeka tahun depan xkena kot..sbb xde Sambutan sebesar2 la..Jatuh pada Hari Raya..beruntung junior tahun dpan..tapi, mereka xde pengalaman menjadi peserta human grafik ni..=)

22 Ogos 2010..
Check In di Kuarters Penjawat Awam Presint 15..best..rumah xkene touch lagi..tp hati kami yg touch..lif yg sikit terpaksa menggunakan tangga ke tingkat 9..nasib baik x tingkat 17..hihi..=p
(jangan salah blok sudahlah..hihi) 10 orang penghuni setiap rumah..rumah kami adalah markas Unit Amal..smua classmate aku..so katanya senang la nak buat assignmnet..buat ke???haha..adela sikit(hari pertama je)..better do than Nothing..=)

23 Ogos 2010..
seawal 6pagi bertolak ke Stadium Putra..namun tetap malas turun bersahur di BAsement sbb jauh..minum air milo Hisham seteguk dan Biskut Hisham juga Sekeping..Thanks atas keperihatinan..=)
kesesakan ketika mengambil tempat buat pertama kali..xboleh nak cakap elok2 ke??bulan Puasa ni kan..cuba bwk bertenang..kalo nak jadi kalut..kalut la sume..aq cuma memerhatikan..kerna aku tidak dapat Tag..hihi..sebenarnya aku memang mahu menjadi sebahagian drpd 1996 yg mendapat script tag 2..tp disebabkan adanya latihan waktu malam..terpaksa menarik diri kerna takut bertembung dgn latihan Muzikal Mahathir..
memang seronok jd reserve..yg lain tido je la..aq yg xde membe ni kebosanan..menegur "pegawai KPM"yang keseorangan sedangkan dia merupakan Pegawai di HEP(lupa plak name die..cik Azam xsilap)..malu siot..teserlah anti-sosial ku di IB..haha..disitu, sambil melihat kerenah dan usha2 peserta yg "bertungkus lumus" saangat 2..kami bergossip pasal IPG..jeng3..haha..
tamat sesi latihan pertama..proses menghilangkan Qiu Aril berjaya..hihi..selamat meloloskan diri balik ke rumah..malam ada latihan teater..=)

inilah akibat "bersatu padu"..latihan pertama boleh dimaafkan


24 Ogos 2010..
awal pagi menaiki Star LRT ke Bukit JAlil..MiG-29 ku park di Pekeliling..timing aq memang bagus..smpai sama dengan ketibaan peserta dr Putrajaya..yeay..dapat Tag hari ni..menggantikan Syariff yg masok Klinik katanya..peluang ni..section F2 plak 2..xdela jauh mana..hihi..=p
tp atas tangga daa..naik kematu punggung terasa..xpa la..demi Negara yg tercinta..
kali ini tidak menghilangkan diri..sebab malam latihan muzikal tidak terlibat..=)
maka boleh pulang ke B2-09-01..kelu lidah dlam perjalanan pulang..=p
petang tido dan ke bazar utk juadah berbuka..
malam smbung latihan di stadium..

Penghuni section F2 =)


25 Ogos 2010..
Awal pagi sekali lagi..meneruskan latihan di Stadium..Syariff tetap perlu diganti..sekali lagi juga..menjadi Tom Cruise menghilangkan diri utk pulang ke rumah..hati pada mulanya mahu pulang bersama ke Putrajaya tp..seperti Status FB ku..
"Antara Gerak Hati dan Janji..Sukar Membuat Keputusan..Kita Hanya Mampu Merancang..Allah Jua Yg Menentukannya..."
sedang lena merehatkan badan di rumah..panggilan telefon mengatakan harini xperlu datang latihan muzikal..latihan babak semalam xhabis lagi..hadoi..tahu ikut kata hati je..xperlu roket ke Stadium malam itu..habis latihan kembali ke Markas Unit Amal..disana ilmu teater dipraktikkan..watak sedih xdapat burger yg ditempah..padahal org pertama yg bayar..=(
(saje mengharapkan belas kasihan..haha)BErjaya!!=)

26 Ogos 2010..
Pagi lagi..selepas Subuh ke Stadium Putra..meneruskan tanggungjawab selaku pemegang tag F2(12)..sekali lagi hatiku berbaur dilema utk memilih..samada hilangkan diri pulang ke rumah dahulu atau bersama2 'dia' pulang ke Presint15..tanggapanku pada malam tersebut ketika latihan aq boleh meghilangkan diri utk latihan muzikal..namun, pengaruh 'dia' cukup kuat..bersama2 kembali menaiki bas ke Putrajaya..=)
Namun, tanggapan ku salah..malam tersebut mereka tidak ada latihan di Stadium..masalah besar melanda..terlepas latihan teater..
"Stuck at Presint 15.. -_-" Hope Not Miss New Choreography Today..."
xpalah..baru skali skip latihan..xde pape lah..main cast xdtg slalu ape kesah..aq yg watak2 halus ni xde pelah..haha..padahal esoknya latihan xsemua plak tanya aq mana aq pergi..xdtang latihan.."weyh..asal xdtang smalam??Cik Ros(director) mengamuk ko tau x..dia cari mane Mansur.."..adeyh..mampus aq..namun sejurus dia tiba kemaafan perlu dipinta..bukan sengaja..im stuck ok..
pada malam aq xdatang latihan 2..rasa bersalah menyeliputi hati.."kalaulah" bermain di fikiranku kerna ketika itu aq hanya membuang masa...mungkin malam terakhirku di Presint 15..

27 Ogos 2010..
Bergerak meninggalkan Presint 15 untuk kali terakhir buat diriku..menuju ke Stadium utk Raptai yg pertama dan terakhir buatku..selepas ini aq hanya mampu dtng latihan malam sahaja..kerna siangnya aku peruntukkan utk latihan teater..tatkala geram dgn Cik Din yg xdpat membaca flow dan Queue segmen..terubat dgn kerenah yg lain..xpelah lagi buat aq..raptai bersama yg pertama..cik din aq maafkan..hihi..tamat raptai aq hilangkan diri utk pulang ke kampung halaman..

28 Ogos 2010..
Siangnya latihan di Istana Budaya malamnya di Stadium Putra..demi Tun Mahathir dan Malaysia..balik awal sebab ULK punya slot pulak lepas 10.30pm..=)

29 Ogos 2010..
Sama seperti semalam..namun malamnya merupakan latihan yg terakhir..kami ditahan sehingga jam 12++ pagi..xpe..esok kite same2 membute di siang hari..haha..

Latihan Terakhir..Much Better..=)

30 Ogos 2010..
Siang membute malamnya latihan di IB..tiada lagi Ambang Merdeka..tapi mereka di Presint 15 tetap ada..

31 Ogos 2010..
hari jadi telah tiba..terima kasih atas kejutan utk terjaga..hihi..=p di sana gerak awal katanya..Ibu baru hendak menyediakan juadah sahur..xsempat dirumah..singgah sebentar membeli juadah di 7E..3 ban roti dan susu coklat di tangga stadium..solat Subuh pula di siar kaki..mencuri bendera Malaysia bersama Din 3G..Kawalan Kehormatan Utama hingga Menjunjung Kasih..maka tamatlah tugas kami..pujian diberi..terima kasih rakan2 IPG, IPG KBM dan F2 crew..=)
seterusnya memecut laju ke Istana Budaya..rehearsal PC..takut kena marah lagi..latihan berlarutan hingga ke petang..

Maka, smapai di sini sahaja catatan utk kali ini..sekadar berkongsi cerita..buat yg membaca terima kasih..ambilah iktibar drpd cerita di atas..hihi..smoga pengalaman beharga ini menjadi memori buat kita semua..=)

Ini yg paling cantik kot..=)

hye!!saya bernombor F2(12) Salam Merdeka!!!=p

August 13, 2010

Muzikal Tun Mahathir..I'm In!!!


Assalamualaikum..
Tatkala menulis entry kali ini..sudah hampir 1 bulan aq berlatih untuk pementasan muzikal ini..
Alhamdulillah..
Salah satu impianku bakal menjadi kenyataan..iaitu beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya..=)
Jika sebelum ini aku hanya bertindak selaku penonton yg memenuhi ruang Panggung Sari..kali ini, aku bakal beraksi dipentas yg bertaraf dunia ini..Sudah lama aq mengenali IStana Budaya..Sejak majlis perletakan batu asas , aku sudah hampir dgn Istana Budaya..=p menyaksikan bagaimana ianya dibangunkan kerana Pra-Sekolah SK Jalan Temerloh yang kini Pusat KoKurikulum KL bersebelahan dgn IB..dan Sekolah Rendahku Sk Jalan Kuantan 2..tidak jauh dr IB..Setiap hari aku melihat gahnya bengunan itu teguh berdiri..

Namun walaupun ianya aku lihat setiap kali, pertama kali aku berpeluang memasuki ke Panggung Sari pada tahun 2007(form 4)..Persembahan pertama yg aku saksikan ialah P.Ramlee The mUSical season 1..melalui persembahan tersebut..aku mula jatuh cinta dgn seni persembahan terutama sekali teater muzikal..kerana ia melibatkan lakonan, tari dan muzik..dan seterusnya aku tidak berhenti menyaksikan apa jua bentuk persembahan tidak hanya di IB, malah ASWARA, DBP, Taman Budaya dan lain2 lagi..

Bagiku, mengambil pengalaman itu wajib..biarpun pahit yg perlu ditelan..namun, pengalaman yg akan memberikan ilmu yg berguna..lebih mudah untuk kita mempraktikkannya..

antara persembahan yg aq tonton di IStana budaya ini termasuklah :-

  1. P.Ramlee The Musical 1(2007)
  2. P.Ramlee The Musical 2(2008)
  3. Teater Muzikal Patriot(2008)
  4. Teater Muzikal Tun Razak(2009)
  5. Cuci The Musical 1(2009)
  6. Natrah(2009)
  7. Gema Zafana(2009)
  8. Sri Mersing(2010)
  9. Ju&Meo(Lambang Sari/2010)
  10. Muzikal Teratak Minang(2010)
  11. Kita The Musical(2010)
  12. Muzikal Uda & Dara(2010)
  13. Cuci The Musical 2(2010)
Setelah 13 persembahan telah ku saksikan, kini aku berpeluang merasai sendiri kehebatan pentas Istana Budaya ini..Untuk teater muzikal Tun Mahathir ini, merupakan ujibakat ku yg ke 3..pertama sekali untuk Adam The Musical dan tidak dapat..huhu.. manakala percubaan kedua untuk Kita The Musical selaku Penari pun kandas di Saringan Kedua..Alhamdulillah, kali ini berjaya melayakkan diri selepas disuruh menyanyi dan menari..=p biarlah produksi ini menjadi yang pertama dan terakhir buat diriku..bukannya cita2 ku untuk menjadi seorang penghibur..namun, disebabkan impian..aku berada di sini..kebetulan pementasan ini mengisahkan tentang individu yg paling aku kagumi..Tun Dr.Mahathir..aku akan jadikan pengorbanan dan kerajinan aku ini sebagai tanda penghargaan buat beliau..terima kasih Che Det..=)

Sepanjang latihan, banyak yg aku dpat pelajari..kalau semasa permulaan latihan aku agak anti-sosial..kini boleh bergaul dgn semua yg terlibat dlm produksi ini..terutama Abg Esma Denial, Kak Erra Fazira, Abg Zizan Nin, Qhaud dan beberapa aktivis2 teater serta yang selebihnya..anda semua memang sporting la!!!hihi..=)

Sememangnya aku tidak akan lupakan rutin latihan ini, bermula dgn pemanasan badan, diikuti latihan vokal dan yang paling meriah menari..mcm2 type tarian dah..semuanya mengundang tawa..=)

Semasa aku menulis entry kali ini juga, latihan tarian akan bermula esok..sebenarnya dah kekok menari..kembali kayu..huhu..juga, aku pun dalam proses nak mengurangkan penglibatan dalam babak..banyak sangat pun xbley..tpi kalau rajin datang hari2 inilah akibatnya..=p

pada mereka yang membaca entry ini dan mereka yg mengenaliku..aku jemput..marilah sama2 menyaksikan Teater Muzikal Tun MAhathir..bukannya ku mahu anda semua menyaksikan aku beraksi..tetapi, jadikan pementasan ini sebagai medium untuk kita mengenali sedikit banyak Tun Dr. Mahathir..nantikan pesembahan kami!!!

Wasalam..

jangan Lupa datang ye!!!=)

first pic kot??hihi =p (yg ni semua wajib datang tengok keyh..)

July 31, 2010

PL di PangKor..Alam MenGajar Kita..=)

Assalamualaikum..

TatKAla Usai Sahaja di Bangi..
Bergegas pula ke lAtihan Muzikal..
Terus Ke PL di Pangkor..
Maaf buat Teman Kerna TiAda KomiTmen Utk AktiViti Ini..
MenGAkui KesaLAhan..
GelOrA TelAh MelAnda..
Namun tetAp BerterIma kAsih..
KerAna TerUs BerSama MeRedAkan Keadaan...

20 Julai 2010

KuRangnya Tidur memerlukan aku PengeJut Yg Hidup..
KernA TelEfon BimbIt tidak Boleh MenggerAkkan Aku..
Siapa LAgi JikA bukAn AMAr Faez..
Katanya Jam 6 Beliau akan Kejut..
Namun, dia JugA terlajak ke 6.30 pagi..
Kami terlepas Mengangkat Barang..
Maaf Sekali lagi..=(

PerJalanan Mengikut JaduAl..
Tahniah kpd Kami..PuJIan oleh Pensyarah..=)
Demam Melanda Diri..
Namun tetAp YAkin Akan SemBuh Sejurus Tiba..

Kem Rimba Pangkor..
Tempat yg Indah..
Angin Bertiup Menyamankan..
Khemah didirikan..
Asas kayak dan Snorkeling bermula..
aktiviti air menyeronokkan..

TuGasan MemAsak Makan MAlam..
Alhamdulillah..KehAdiran KAkak KDC membantu..
dengan Chef Wan yg Berdedikasi..
Perut KAmi Diisi..Penuh Nikmat..

Refleksi bermula..
Kesilapan Menjadi Iktibar..
Terlalu letih semasa Taklimat kAyak..
Namun tidak Dpat Tidur pAda MAsanya Kerna Sentri Amat Aktif!!!haha..

21 Julai

Alhamdulillah..
Kewajiban Ditunaikan..
Senaman PAgi..Senamrobik berpasUkan..=p
Sarapan di hiDangkan Nasi Goreng..

Aktiviti Kayak Bermula lewat..
Hujan Membasahi Bumi..
BersamA Membasahkan Diri..
Membuat Saliran agar KHemah Tidak Dilimpahi..Berjaya!!

Kayak Tiba..
PengAlaman Berkayak di lautan digunakan..
Cuaca menyebelahi KAmi..
tidak Terik..
PelbagAi KejAdian Berlaku..
Mencuit hati..=)
akhirnya BerjAya tiba Di persisiran PAsir Bogak..

Selesai mAkan yg tiDakku Habiskan Kerna Tiada Selera..
MunGkin Terlalu BAnyak Air Laut Yg DitelAn..
Menaiki Bot Menuju Pulau Giam..
Snorkelingku terganggu dgn air Yg Kerap masuk MAsk..
Namun lebih terganggu dgn Aktiviti Haram di luar kawasan Snorkeling..
Kenangan yg Tidak akan dapat dilupakan..=)

Aktiviti Tamat Awal..
Masak Pula Untuk Minum Petang..
Jemput2 Menu Kami..
riadah Petang tetap Dijalankan..
rebut Kerusi-tiup Belon dan Poco2..
Semuanya mengundang tAwa..=)

Usai Menunaikan Kewajiban..
Makan Malam dihidang..
Seperti bIAsa..Refleksi..
Pengalaman dijadikan Iktibar..
Inilah Pendidikan Luar..=)

Tugas Berjaga mAlam Wajib Dilaksanakan..
Hanya Kami Berlima dan yg Selebihnya Menawarkan diri Untuk BAngun Awal Pagi Utk Menyediakan Masakan Tengahari yg Perlu Dibungkus..
Membenarkan kAmi Mendapatkan Rehat Secukupnya..Terima Kasih..

22 Julai

Orienteering Terganggu Akibat tertinggalnya Barang..hihi..
Namun Perjalanan Tetap diteruskan..Menuju puncak Akhirnya..
Dengan Adanya Chef Wan dlm Pasukan..Kami Dinobatkan Juara masakan Survival..haha..
aktiviti Repelling di teruskan..namun Pasukan Pari dan Todak Dibenar Pulang Ke Tapak Perkhemahan..Melaksanakan Apa Yg PAtut..
tiba masa Kami Bertolak Ke Tempat Aktiviti..
Selesai repelling bersiap2 Untuk Malam Kebudayaan..
Persediaan Tetap Hebat..
Pujian Diberikan..
Namun persembahan tetap Menghiburkan walau Tanpa LAtihan..

Bertindak semula Selaku Kem Komandan utk Hari yg terakhir..
Memandangkan esok Kami Menamatkan Perkhemahan..
Persediaan Awal Perlu Dilaksanakan..
Kerjasama diberikan amat dihargai..

23 Julai

Hari Terakhir..
Seawal 5 pAgi mengerakkan Peserta..
Agar Khemah Siap dilipat sebelum Terbit Fajar..
Alhamdulillah..Mengikut Perancangan..
senaman Pagi dipersisiran pantai..
sarapan pAgi dn seterusnya majlis Penutup berlatarkan Alam yg Cukup Indah..=)
Pergerakan Balik Mengikut perancangAn..
Jam 9 Kami Bertolak Ke Jeti Pangkor..Terima Kasih Cik Leha atas sumbangan Teh Ais..
namun tetap tertinggal di jeti akibat Terlalu Sibuk dengan Barang..=p
Berlabuhlah tetap di Tanah Besar..

Menikmati hidangan KFC sebagai makanan tengahari..
Menanti Penuh Setia Suasana Edaran..
Kembali demam dlm Perjalanan..
tetap Yakin akan sembuh Esok..
Akhirnya tiba jua di IB..

Penuh Pengalaman, Penuh cerita Suka Tanpa Duka..
Alhamdulillah..
Yg Menjadi Keseronokan Sepanjang Program ialah Berlangsung dgn tanpa Masalah..
Bekerjasama menjadi tunjang Utama..
terima kasih buat PPISMp 3C dn KDC SABK ambilan 2008..
serta para FasiliTator yg banyak Memberi tunjuk AJar..
Pendidikan Luar tetap menjadi Pedagogi yg berjaya..
Agar segalanya menjadi manfaat buat kami..=)






July 26, 2010

Liaison Officer??Asean School Games 2010..


Assalamualaikum...

11-17 Julai...Bangi, Selangor..=)
2nd Asean School Games..
Memandangkan kami bakal Penjawat Awam..=p
dilantik menjadi Pegawai Perhubungan..
Bekhidmat Utk Negara..haha...

Hari Pertama:-
11 Julai

IB memang berdisiplin..tiba paling awal berbanding IPG lain..
dr pagi hingga ke petang..
melepak..melangut di Kolej Pendita Za'ba...
Sehingga semua selesai..baru menjejakkan kaki di Pangsapuri Luar Kampus UKM,Taman Tenaga...Not Bad penginapan..=)

Hari Kedua:-
12 Julai

Hari menyambut ketibaan atlet mengikut kontinjen..
pada awalnya aq dilantik utk menjaga pasukan olahraga Singapura..
namun atas sebab Muzikal Tun Mahathir..
Aq ditukarkan menjadi Simpanan..(Bagus la 2)
Tup..tup..dpat plak team Hoki Thailand..=)
Kebetulan plak Dorg Arrived KLIA kol 7.10 malam..
sekali lagi kami menjadikan Teratak di tengah2 Kolej sebagai singgahsana..
Peduli pandangan orang..asalkan dapat melelapkan mata drpd terus bosan..

tuu dia..habaq ang..Thailand 235 org...kelam kabut di KLIA untuk memasukkan bagasi..
namun ketika tiba di Kolej Keris MAs..penginapan mereka..
Pasukan Hoki memang dilatih berdisiplin..tanpa disuruh..mereka sudah siap sedia utk check in..
Bangga lagi sebab antara yg awal menguruskan mereka..kesian..makan malam xde lampu..
kemana nak dorg komplen kalu xkat LO..

usai sahaja..terpaksa bekerja sukarela..mana yg patut..team olahraga xhabis check in..dimana LO mereka..tatkala kerja mcm2 sumpah seranah diberikan kepada Pentadbiran/Penganjur ASG ni.dengan maklumat yg xsahih je slalu..kejap macam 2..kejap macam ni..perlu beulang kali berjumpa Manager utk setting hari esok..huh..semua kami nak buat..susah jugak..setelah selesai..balik semula ke Taman Tenaga..kami merupakan kontinjen paling Akhir tiba di KLIA..yg lain dh membuta awal dh..

Hari Ketiga:-
13 Julai

Hari pembukaan rasmi..di ascort oleh Polis Trafik ke Venue..Segalanya lancar..tidur pun lancar di dlm bas..=p
Tiba..atlet belum tiba..setelah tiba..kami dimaki Pengurus pasukan..kenapa tidak tahu susunan perbarisan..padahal kami tidak tahu apa2..rupa2 nya kami xperlu masuk campur urusan itu..ada jawatankuasa yg akan uruskan..lega..terus duduk di tempat disediakan..bosan..mencari teman IPG yg lain yg nampak menyerlah dn segak berbaju Batik..=p

tamat pembukaan..maka bermulalah tugas kami..
petang terus utk sesi latihan di venue..
dipuji jurulatih Malaysia sebab cekap dpatkan bus berbanding LO nya..
kebetulan penolong jurulatih Malaysia..cikgu aq dulu..manager Thailand ni pun kenal skolah Setapak High..aq main hoki..cume xpergi je Thailand dlu..kalu x mesti kenal dorg..komunikasi xmenjadi masalah dengan pasukan sebab yg faham BI coach dorg je..player sepatah haram pun xpaham..

Selesai latihan selesai..banyak permintaan mereka..namun semuanya diluar kemampuan kami..mujur cikgu Saiful ada..so apa2 masalah oleh coach Thailand..aq minta pertolongan cikgu..Thanks..=)

Hari Keempat:-
14 Julai

Thailand vs Malaysia..
hoki memang tiada saingan..
Malaysia tetap akan menjadi Juara..
cuma penentuan Pingat Perak menjadi rebutan antara dua seteru..
Thailand dan Singapura..
perlawanan pertama tamat setelah diberhentikan akibat hujan lebat..
berkesudahan Malaysia 5 - Thailand 0..
tetap memberi saingan..esok merupakan penentuan..jika menang dgn Singapura..
melangkah ke Final..
mujur penyokong memberikan semangat buat pemain..seperti superstar la dorg..
peminat semua ada..maklumlah...penyokong mereka semua perempuan..
tidak silap SM Teknik ERT Setapak..
Terima kasih atas bantuan kalian menaikkan semangat mereka..=)

Hari Kelima:-
15 Julai

Perlawanan pagi..
jam 8 pagi..
Ascort Polis Trafik..
Berentap dgn Singapura..
sememangnya sengit..namun, tewas 4-2..
kehampaan jelas terpancar..
walaupun ketinggalan..namun tetap ghairah mencari Gol sehingga Singapura gelabah..=)
Jurulatih mengadu kestidakadilan penganjur..
perlawanan Malaysia merupakan perlawanan terakhir hari pertama..smpai di Kolej malam...
perlu bangun seawal 4 pagi untuk perlawanan penting..
pemain tidak cukup tidur..
namun, hanya menjadi tempat mengadu kerana jauh dr kemampuan LO..

Hari Keenam:-
16 Julai

hari terakhirku bertugas..
membawa sekali penggantiku..Muiz dr IPG Teknik..
bertemu lawan mudah..Brunei..
Menang Besar...
jaringan paling banyak dlam kejohanan..
12-0 =)
sebagai penonton aq puas..
dn sebagai LO mereka..
aq bangga..
satu hari nanti Thailand akan menjadi pencabar buat negara..
Terima kasih atas kerjasama dn Baju yg diberi..
smoga kalian berjaya..=)

hari Ketujuh:-
17 Julai

Mujur Syareef membawa kereta..tumpang sahaja ke IB dn seterusnya terus ke Istana Budaya..
bermulalah latihan Muzikal Tun MAhathir..
namun, keringat yg terbit sepanjang di Bangi harus dilupakan dn diganti..
Minggu hadapannya pula ke Pulau Pangkor..
nampaknya, rutin aq tetap sama di sekolah dahulu..
hati tetatp berbisik..
"Inilah Qhairil dn aku xboleh lari.."
=)

KL Nike Cup 2010 Grand Final !!!


Assalamualaikum..

Setelah menjadi Juara di KL Sentral...
Sekaligus melayakkan Wirazurai ke Grand Final di Dataran Merdeka pada 3 Julai 2010..
Status pasukan digeruni kerana wajah terpampang di Dinding Graffiti..=)
Merupakan yg pertama sekali tiba di dataran..haha..bangga siot..
Janji jam 7 pagi..
Belanja team member roti canai..=p
Macam biasa..permulaan hambar kerana mencari kesesuaian...
Masih juga mencari 1 kemenangan setelah beberapa perlawanan..
tanpa kenal erti putus asa..Wirazurai mengamuk..
Conquer court no.1..haha..straight win yg berlambak..
terus mengangkat kami juara di Blue Zone..

Pusingan Kumpulan mudah menewaskan kesemua lawan...
peringkat 32 ditempuh dgn bergaya..
nasib xmenyebelahi..
kecundang di Round of 16...
sekali lagi hampa dgn team budak India lagi..
memori pahit diimbas..
menjadi mangsa mutu pengadilan..
lagi 2 langkah ke Final...=(

Namun, kepuasan tetap terpancar kerana pergi sejauh ini..
16 terbaik 2 kire OK la kan..=)

Terima kAsih buat Dzul, Pejal, Perth n Wazil...
Kita tetap yg terbaik!!!
Go Wirazurai!!



July 10, 2010

selepas mei..jun pula mendatang...

Assalamualaikum..slam sejahtera..

Ini merupakan kali pertama aq uptade blog melalui fon..haha..sbb skrg ni aq di UKM utk mendaftar sebagai LO asian school games..dr pagi ke tgahari menunggu LO dr maktab lain..maklumlah kami di IB memang diajar hidup berdisiplin..=p

Berlalunya mei yg Indah..=p muncul pula jun yg penuh warna-warni..

1)habis je Nike Cup..tggal sminggu lagi di IB..walaupun paper dh habis dn memang boleh chow awal pun..kami terikat dgn smbutan hari guru serta majlis konvokesyen..di majlis konvo ini juga..kenangan yg pasti xkan aq lupa..huhu..=)

2)hari jumaat..malam..bermulanya cuti sem..aq xmelepaskan peluang utk menyaksikan Adam The Musical yg melibatkan Abg.Akmal dn Abg.Fairuz..xlupa juga buat koreografer Lex..pementasan kalian sungguh hebat!!!=)

3)6 Jun 2010..mendaftar diri di wad 13 HKL untuk pembedahan pada hari esoknya..apa yg aq boleh katakan sbb aq bukannya doktor..bahasa mudahnya tisu dada aq bengkak dn perlu dibuang agar tidak memudaratkan..sbb aq ni jenis yg lasak kan..so xmo sakit..buang..terima kasih kpd Dr.Indar yg baru je grad dr UM tp penuh dedikasi..buat jururawat yg cekap..teruskan attitude anda..

Namun, aq tetap xsuke dgn doktor pelatih yg menggigil dn gagal sebanyak 3 kali memasukkan branular di tgnku..kalo xsakit xpe..aq lg rela cucuk sendiri drpd terseksa..di dewan pembedahan barulah sempurna di tanganku sbb doktor pakar..hadoi..bukan takut jarum..tpi xsuke mende2 yg menyakitkan badan ni..=p

4)Alhamdulillah..pembedahan berjalan lancar..usai pembedahn aktifnya diriku xmcm org yg bru kena operate..kuat jalan n makan..haha..namun, pada stu malam suhu, tekanan darah sume naik..hadoi..kuat juga penangan die..jgn buat lagi k...=)

5)10 Jun..keluar wad..yg xbley bla..smpai umah je terus pegi tgok wayang..haha..movie A-team..mmg terbaiklah..esoknya pula ke Mines pula..Karate Kid..esoknya pula..di Pavi cerita Kecoh Betul..haha..

6)11 Jun..world cup bermula..disinilah kami bermula..lebih dekat..kerana bola..=) rutin aq..tgok bola..tido..main futsal sepanjang cuti smpailah habis cuti..

7)28 Jun..kembali ke IB..pelbagai reaksi dn perasaan tatkala smpai di sini..teruja..xsabar..semuanya ada..dn esoknya pula..bermulalah tugasku sebagai Pilot..haha..=p
Cukup..smpai disini saja ruangan bulan Jun..moga ketemu di lain entry..terima kasih!!!
Wasalam..=)

Selepas 2 bulan menyepi...di mana saya??bulan Mei 2010

Assalamualaikum..slam sejahtera..
moga kalian semua sihat walafiat dn diberkati oleh-Nya..

setelah skian lama menyepi kerna kekangan masa..Alhamdulillah..Allah meluangkan masa utk aq membiarkan jemari ku meluahkan dendamnya terhadap kekunci..mungkin kerana selepas ini aq akan kembali sibuk dan sibuk...

Seperti mana tajuk post kali ini..aq akan imbas kembali kisah hidup aq sepanjang bulan kelahiran aq yg ke -19..

1)selepas teater muzikal teratak minang..peperiksaan pula mendatang..dlam masa yg sama Koir Buluh Perindu memulakan latihan untuk mAjlis Konvokesyen IB..yg paling xbleh tahan aq dilantik menjadi Setiausaha baru Koir IB..haha..

2)paling menjadi sejarah..kelas 2C mengadakan pilihanraya untuk memilih ketua kelas semester depan..Alhamdulillah..Que Aril terpilih dengan majoriti 10 undi..hihi..makin bertambah sibuklah hamba Allah ini..

3)badminton Piala Thomas..aq, kucai, fahmi dan zul merajinkan diri utk ke stadium Putra bukit Jalil..sudahlah Pulang lewat..Namun hati tetap puas tatkala Hafiz menang set Penentuan..berbaloi juga RM 33..hihi =)

4)Larian Guru IB..haha..menggagahkan diri untuk habis cepat..dapat jugak tempat ke-6..petang itu pula perlawanan pertama Paras FC..pasukan bola sepak seni silat cekak IB utk kejohanan antara pasukan silat cekak yg lain..Alhamdulillah 4-1..16 mei 2010 saringan kedua ujubakat Muzikal Mahathir..Alhamdulillah..terpilih dan akan memulakan latihan pada Julai 2010..petang 2 plak..game kedua bola sepak dlam misi mencari kemenangan kedua..mengalahkan GMI 6-0..=)

5)Exam sem pun bermula..study mcam xmo study..just redha je ngan pe jawapan yg diberi..harap2 xkene repeat paper..=p

6)23 mei 2010..hari lahirku yg ke-19..terima kasih atas ucapan yg beratus itu...hihi..ok la sbb xde kene dajal ngan bebudak sebab jatuh pada hari Ahad dn musim exam plak 2..haha..=p pada hari lahirku ini juga..aq menyumbangkan 1 gol untuk pasukan bola sepak silat cekak IB untuk membantu memenangi perlawanan dgn keputusan 13-4..huhu..mcm main badminton pulak!!esoknya perlawanan terakhir kumpulan..opponent xberani datang sebab takut kena bantai..haha..=p

7)24 mei..hihi.. bufday adelah...!!=p masa yg sama exam sosial.. malamnya pula aq ke ASWARA untuk menari bagi matapelajaran pedagogi Abg.Akmal..=)

8)Nike Cup Kuala Lumpur..terima kasih farid atas brochure..kalu x team Wirazurai xakan menjadi Johan Keseluruhan Kelayakan di KL Sentral..yg bestnya dapatlah Hitam dan xde hadiah walau sekecil hama pun..huhu..yg penting enJoy!!




Pasukan Bola Sepak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Institut Bahasa



Juara Keseluruhan Kelayakan di Kl Sentral dengan 16 kemenangan berkongsi kedudukan dengan pasukan tau nama dorg bersama WIRAZURAI!!!=)

Alhamdulillah..maka tamatlah ceritera bulan kelahiranku dengan pengakhiran yg sangat bermakna..terima kasih semua..=)

berjumpa lagi di bulan Jun..=)
Wasalam..

May 4, 2010

Teater Muzikal Teratak Minang..Simple Dan Menarik!!

Assalamualaikum buat pembaca sekalian..

Setelah lma menyepikan dri serta teguran dr rakan2 yg bertanya kenapa sudah lme xpost entry baru..aq kembali dengan review yg baru..xbermakna selepas teater Sri Mersing yg lepas aq xmenyaksikan mna2 persembahan..aq ada menyaksikannya..tetapi tidaklah show yg sebesar ini..hanya show2 exam student2 yg berkaitan..

Teater Teratak Minang ini aq saksikan bersama2 pelajar Institut Bahasa..dibawah kelolaan Jabatan Pengembangan Kebudayaan Melayu..kami mendapat potongan harga tiket..sememangnya aq xakan melepaskan peluang ini..Alhamdulillah kami ditempatkan di tempat duduk yg agak baik..

Seperti yg telah aq utarakan dlm tajuk post ini..Simple dn Menarik..itulah teater muzikal Teratak Minang(TMTM)..sememangnya jalan ceritanya yg mudah membuatkan penonton dpat mengetahui jalan cerita yg mudah..disamping persembahan2 tarian dan koreografi yg baik menmbahkan kredit buat teater ini..perkaitan lagu2 yg baik juga salah stu yg amat memuaskan..sememangnya lagu2 yg biasa kita dengar didendangkan dlm pementasan ini..namun apa yg membuatkannya lebih menarik..lagu2 tersebut dinyanyikan sendiri oleh penyanyi asal..

Kebetulan pada malam aq menyaksikan pementasan ini adalah Malam Gala..Bermakna adalah tetamu kehormatnya..sememangnya usaha dan cetusan idea oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia..Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim adalah baik dn membanggakan..melalui pementasan ini hubungan kedua negara bertambah erat dn segala konflik tentang kebudayaan kita selama ini dpt dileraikan..kita xboleh menafikan tentang kebudayaan yg sma sebabnya kita adalah serumpun..iaitu Rumpun Nusantara..maka tidak salahlah kita mempunyai elemen2 kebudayaan yg sama..pada masa yg sama juga..pementasan ini adalah usaha murni utk membantu mangsa2 gempa bumi di Padang tahun lepas..semoga usaha ini dpt meringankan beban penduduk di sana..

Kita pergi pula kpd aspek persembahan..permulaan pementasan dengan persembahan Randai yg semamangnya memukau dn menghiburkan..buat mereka yg pertama kali meihat Randai pasti terpukau dgn persembahan tersebut..

Set2 yg dgunakan juga simpe dn menarik..mudah utk pergerakan ensemble..semangnya pereka set menggunakan sebaiknya teknologi yg ada di Panggung Sari..

Lakonan pelakon amat memuaskan..dengan kehadiran Ebby Yus dn Rock Terjah menggamatkan lagi suasana pementasan agar tidak terlalu hambar dn perlahan dengan lagu2 yg mendayu..sememangnya penonton mahukan hiburan..jika tidak mereka akan menjadi tidak selesa dhn persembahan..namun pengarah bijak membawa penonton hingga ke akhir pementasan..

Tidak ada apa yg ingin disampaikan dlm pementasan ini..hnya ingin menunjukkan budaya sini sama seperti budaya di sana..penonton seolah2 dapat mengetahui pengakhiran cerita ini..dan itulah sebabnya jalan ceritanya amat mudah..plot2 cerita yg disusun dn baik membuatkan penonton mudah menerima peristiwa yg berlaku dlm persembahan..

Akhir sekali, pementasan ini tidaklah rugi utk disaksikan..hanya sekadar hiburan smbil menderma..terima kasih buat mereka yg sudi membaca ulasan kali ini..Sekian..Wasalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...