Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 14, 2010

Lu Pikirlah Sendiri de Movie..Ape kisahnya PLak??


Assalamualaikum w.b.t
Terima Kasih buat mereka yg sudi meluangkan masa membaca entry kali ini..
Pada Hari Sabtu 13 Februari Yg Lepas aq bersama rakanku Wazil pergi menyaksikan Filem Lu Pikirlah ni..Bukan pe..Satunya Sbb NAbil la..N then sbb Menyokong Filem Tempatan..

Sebenarnya,aq malas hendak mengulas tentang Filem ni..tapi setelah membaca Berita di Surat Khabar yg Menceritakan Perihal Nabil Mengulas Mengenai Filem Lakonannya itu membuatkan Aq nak menyatakan sesuatu tentang Filem ini..Seperti yg dikatakan NAbil..dia bukanlah terlalu arif tentang bab2 filem ini..Samalah seperti Aq..Aq ingin mengulasnya mengikut mata seorang penonton biasa..Sbb Aq bukanlah Orang yg terlibat secara langsung dlm bidang perfileman ini..Malah bukan Student Film pown..hanya seorang Guru pelatih Bahasa MElayu dan PEndidikan jasmani..

Berbalik semula pada cerita Nabil..sememangnya apa yg dikatakan NAbil betul..-
Dalam Kenyataan Nabil sebelum ini dia menyatakan drinya seolah-olah 'dipergunakan' utk mengisi kepentingan orang lain memandangkan filem tersebut menggunakan tagline dirinya.
Apa yg Paling dikesalkan cara filem tersebut diolah termasuk aspek penggambaran dan suntingan yg tidak teratur dan dia juga mendakwa tidak nampak dimana graf cerita tersebut.
(petikan drpd PANCAINDERA terbitan Mingguan Malaysia edisi 14 Februari 2010)

Sememangnya aq menyokong secara total apa yg dikatakan oleh petikan diatas..kita tidak tahu sahihnya kenyataan ini adakah dikeluarkan oleh Nabil sendiri..kita tahu sendiri wartawan selalunya memanipulasi kenyataan seseorang..aq pown pernah terkena dlm satu temu ramah..lain yg cakap..lain yg keluar di paper..biarlah itulah lumrah sekarang..sebab itulah aq mengatakan bahawa aq menyokong petikan bukannya menyokong kenyataan Nabil..sbb aq bukan manusia yg percaya kpd cerita2 di akhbar..tetapi melalui kenyataan td..aq menyokong apa yg dikatakan tentang filem itu..cukuplah dengan kenyataan itu..tidak perlu diulas tentang kegagalan filem tersebut..xperlu digembar-gemburkan..ambil kegagalan sebagai pengajaran dimasa akan datang..

Kita teruskan dengan aspek yg lebih baik tentang filem ini..Apa yg aq suke tentang filem ini banyak nilai2 yg ingin disampaikan..mesej2 juga terlalu byk..cukup utk mengingatkan kpd mereka yg 'terasa pedas'.Klu mahu tahu tgok lah sendiri..huhu..

Seterusnya,aq ingin memberikan pandangan,sememangnya apa yg dilakukan Nabil betul..Kejujurannya sememangnya ada yg dapat menerimanya dan sebaliknya..tetapi manusia sekarang lebih suka menolak kebenaran dan lebih suka menjadi 'plastik' utk kepentingan sendiri..Kita tahu potensi beliau sejak dr Raja Lawak 2 lagi..sememangnya beliau bagus..seorang pelawak yg boleh dikatakan berilmu..pemikirannya amat bagus..cuma ada segelintir pihak yg dengki terhadapnya..Namun tiada apa yg perlu dikesalkan oleh beliau sekarang..kerana Allah bersama orang2 yg benar..Rezeki semuanya ditangan-Nya bukannya pada manusia sendiri..

Akhir kata,terima kasih buat mereka yg sudi membaca entry pd kali ini..jika ada yg terasa di hati..mohon seribu kemaafan..sesunggunhnya tiada niat utk memburukkan sesiapa..sama2lah kita berusaha meningkatkan prestsasi masing2..Insyaallah..
Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...