Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 4, 2011

masih tidak terlambat melayari ANDAI ITU TAKDIRNYA. coretan rasa terbit atas kehendak-Nya.by Qiu Aril


“Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

Satu ayat cukup utk sinopsis dan menggambarkan bahawa pembaca pasti terbawa dengan kisah yg sedih dan mampu meruntun jiwa yg halus.

Andai Itu Takdir-Nya. Novel yg diterbitkan pada 10 Julai 2007. Masih segar dlm ingatan ini, tarikh itu sebenarnya aku terlibat dlm Pertandingan Tarian ASAT Peringkat Kebangsaan. Ketika itu, hanya novel paksaan yg dibaca, iaitu Bukit Kepong. Ketika itu belum lagi hati kearah kesusasteraan dan bahasa. Masih bercita2 tinggi menjadi juruterbang.

Namun, dengan takdir-Nya, kini aku berada di bumi yg nyata tanpa awangan yg menjadi medanku. Menerusi tanah yg dipijak ini mempertemukan seorang insan yg membawaku menelusuri dunia novel ini.

Sudah lewat kiranya untuk aku membuat ulasan mengenai novel yg akan membantu penjualan naskah ini. Namun, atas dorongan dan kebaikan novel ini. Pasti ada sesuatu yg akan aku sampaikan.

Menurut kata pemilik novel, Andai Itu Takdir-Nya merupakan novel terbaik yg pernah dibaca dan dimilikinya. Bertanya apakah novel kedua terbaik, nyata tidak ada novel yg mampu setanding naskah ini.

Banyak sebenarnya kata yg boleh merungkaikan kehebatan novel ini. Namun, jalan cerita yang digarab begitu baik membuatkan pembaca tidak mahu keluar dari kehidupan Aleya. Seolah-olah kita boleh berada dalam situasi tersebut. Kehidupan yg boleh ditafsirkan dalam alam realiti sebenarnya lebih menggalakkan pembacaan.

Kita tahu akan kejahilan dan kekejaman Syed Aizril. Namun, tidak dapat dinafikan lelaki penuh ego. Dengan ego itu Syed Aizril menempah kebinasaan. Dia sebenarnya beruntung kerana terus diberi peluang oleh-Nya.

Ketabahan Nur Aleya semestinya dapat memberikan sumber inspirasi buat si pembaca. Kekuatan dan kesabarannya tidak ada tolok bandingnya. Walaupun, sukar untuk kita menemui insan seperti Nur Aleya ini dalam dunia nyata, namun mengapa kita tidak boleh menjadi sepertinya?

Novel ini sebenarnya banyak mengajar aku apa itu erti kehidupan yg penuh dengan CINTA ini. Bagaimana tanggungjawab kita terhadap cinta yg dimiliki oleh kita. Cinta kepada-Nya, cinta kepada keluarga, cinta pada sang yg disayangi dan dikasihi. Semuanya boleh dipelajari dan diiktibarkan melalui penceritaan yg sarat dengan kisah turun dan naiknya sebagai seorang manusia. Lumrah kehidupan.

Manis, masam kehidupan boleh dirasai melalui pembacaan. Kagum akan kehebatan penulis yg berjaya membawa pembaca merasai setiap babak yg ditampilkan.

Walaupun dalam aspek gaya bahasanya tidak terlalu melayang-layangkan pemikiran yakni bahasa nan indah mampu menyuntik kekaguman dan indahnya bahasa melayu itu sendiri. Cukup dengan nilai yg sememangnya sarat menutup kekurangan penulisan ini.

Sebagai selingan yg aku mampu terbitkan melalui penulisan ini. Buat mereka yg mencari-cari erti kehidupan dan yg pernah jatuh dan disakiti. Hanya dengan Allah kita mampu menyelesaikannya. Semuanya terkandung dalam kitab suci Al-Quran sebagai panduan kita sebagai hamba-Nya.

Sebenarnya banyak yg boleh kita perolehi jika kita rajin mencarinya. Bacalah. Sebutlah Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Menciptakan Hidup Ini.

Syabas Siti Rosmizah, anda mampu memberi pengajaran yg mendalam buat setiap pembaca. Terima kasih jua buat insan yg terus mendorong diri ini mengenali erti. Alhamdulillah. =)

Sekian. Terima kasih daun keladi. Melalui penulisan ulasan ini. Maka terbitlah susunan kata tanpa tauliah di bawah. =p

Wasalam.

“Rasa cinta itu terbit tanpa kita sedari.

Hadirnya ia tanpa pinta.

Hanya kuasa-Nya yg memberikan kekuatan.

Agar terus mencari kehebatan Cinta itu sendiri.

Dengan anugerah Agung-Nya ini. Mampu mengubah hitam kepada putih.

Tanpa anugerah itu, maka kehidupan ciptaan-Nya ini hanya kosong.

Hanya Maha Mengetahui yg lebih memiliki kehebatan ini.”

Disusun sebaiknya oleh Qiu Aril =)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...