Bismillah.Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Setelah akal membenarkan jari untuk berbahasa, tatkala terdetik melalui video rancangan Forum Bicara Rakyat di TV1 bersama rakan sekelas. Hati ini berbisik untuk merencanakan sesuatu untuk pandangan bersama.
Melalui video diatas, sudah pasti banyak yg kita boleh rungkaikan dan fikirkan sejenak mahupun berbenak. BN ternyata silap menghantar wakil untuk sesi tersebut. Kalamanathan merupakan ahli politik, selalunya ahli politik akan mempertahankan diri dia betul dan yg lain salah. Ternyata ada isu yg dibangkitkan Kalamanathan tidak ada kena mengena dgn Buku Jingga. Manakala PKR mewakilkan Pengarah Strategiknya utk menghapuskan spekulasi dan diperkuatkan dengan fakta yg begitu kukuh.
Bukan bermakna diri menyokong PKR mahupun BN. Segalanya melalui perspektif individu, Rafizi Ramli sememangnya hebat. Melalui pandangan saya, genarasi muda yang dimiliki oleh PR sangat berkualiti berbanding BN kerana PR memberikan platform yg kuat utk golongan muda yg bakal memimpin masa hadapan. Manakala, BN pula tidak menyediakan platform buat kaum muda dan disebabkan ketidakpercayaan golongan tua di atas sana terhadap BN mereka memilih PR.
Analoginya cukup mudah dan jelas dengan contoh seperti pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia. Malaysia membariskan ramai pemain muda utk mewakili Negara berbanding Indonesia yg menggunakan pemain yg berpengalaman serta yg di import. Malaysia menyediakan barisan utk kegunaan masa hadapan dan jangka masa panjang dan inilah yg digunakan oleh PR kini. Mereka memiliki barisan bakal pemimpin masa hadapan yang berkualiti atas kepercayaan dan kepentingan Negara masa hadapan.
Bagi saya, kedua-dua pihak lebih kurang sama. Apa yang dimiliki BN tak dipunyai PR. Apa yg dimiliki PR tak dipunyai BN. Begitu juga sebaliknya dalam konteks negatifnya. Selagi ianya berbaur politik. Ianya tidak pernah bersih, melainkan pemimpin itu ikhlas akan tugasnya.
Transformasi politik. Umum mengetahui Pakatan Rakyat (PR) sudah berjaya menawan Selangor,P.Pinang, Perak(kini BN) pada PRU 12 lalu. Mungkin disebabkan rakyat sudah tidak percaya akan kepimpinan kerajaan ketika itu atau pun mahu melihat sendiri perubahan yang boleh dilakukan oleh PR ini. Mereka memberikan peluang buat PR mentadbir negeri mereka. Setiap manusia harus diberikan peluang walau sekali. Hasilnya kita boleh nilai sendiri dengan bertanya kepada mereka yg berkenaan serta yg kita lihat dengan kaca mata sendiri. Rakyat kini sudah bijak dan bukannya ketinggalan. Arus teknologi maklumat yang begitu pesat mematangkan lagi pemikiran rakyat.
Sememangnya, perubahan serta pembangunan dan pentadbiran dalam skala yang besar menganbil masa yang begitu lama. Bukan mudah untuk mencapai bintang diangkasa. Setiap usaha perlu disertai dengan kesabaran. Kita bukannya ingin menguruskan Negara menggunakan ilmu sihir. Sekelip mata sahaja boleh membuahkan itu ini.
Terpulang kepada pembaca menilai mana satu yang lebih baik dan buruk. Terlalu banyak utk kita teliti satu persatu. Kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri. Rakyat bebas untuk memilih. Melalui pucuk pimpinan masa kini ternyata ianya membawa satu transformasi yang begitu kencang, namun jangan kita terlalu kabur dan termakan dengan kesenangan dan kestabilan Negara kini. Perlu juga diselami secara halus apa yg tersirat dan berlaku bukan secara kasar.
Apa yang dilakukan kerajaan dibawah pimpinan PM kita semakin mendapat perhatian rakyat secara kasarnya di media-media. Tanpa media boleh kita tahu akan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan? Seharusnya kita juga perlu memberi peluang kepada PM yang tidak sampai 5 tahun memimpin Negara. Jika ianya masih berlandaskan Islam yakni umat Islam tidak dikafirkan dan usaha pembangunan rohani masih berjalan. Maka tidak salah kerajaan kini terus diberikan mandate untuk memerintah. Kita perlu ingat bahawa bukan kita mengumpul kejayaan dunia semata, akhirat sana yang kekal lebih penting buat kita.
Selagi keamanan dan keharmonian yang kita kecapi kini tidak diganggu gugat oleh segelintir pihak. Nikmatilah ia dengan sekadarnya. Bersyukur dgn apa yg kita miliki sekarang jika dibandingkan dengan Negara lain yg sememangnya cemburu akan keharmonian kita . Bukan semua yang ada didunia ini cukup sempurna sifatnya, memang Allah menjadikan ianya berpuak-puak dan berkaum agar kita mengenali antara satu sama lain. (boleh rujuk surah Al Hujerat ayat 13) . Dia sememangnya Maha Adil dan ingin melihat manusia itu bersyukur akan kelebihan dan menilai daripada kelemahan agar tidak terus sesat dengan kelebihan yang hakiki.
Sampai disini sahaja cetusan akal daripada saya. Penulisan kedua saya yang berbaur politik Negara. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika ada salah silap. Bukan diri ingin melibatkan diri dalam kancah polotik, hanya sedikit komentar dan pandangan rakyat kecil yang ingin dikongsi bersama. Harap tiada salah faham dan tuduhan emosi terhadap diri. Sekian.
Wasalam.
link ke penulisan pertama yg berbaur politik : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
direncanakan khusus buat teman oleh Qiu Aril
Assalamualaikum,
ReplyDeletePemanggil telefon lebih bijak berhujah dan bertanya berbanding YB Kamal. Sepatutnya BN perlu menghantar wakilnya yang ekonomis dan intelektual untuk berhujah secara matang seperti Rafizi Ramli.