Assalamualaikum
Seperti yang dijanjikan, sebelum terbang jauh membelah awan, melawan kesibukan dunia, dititipkan khas ulasan setelah tamat pembacaan yg sememangnya menjadi rekod peribadi bahawa novel Cinta Ini Milik Kita ( CIMK ) ini menjadi pembacaan novel yg terpantas sepanjang saya menceburi dengan tidak sengaja aktiviti membaca novel ini. 3 hari, cukup untuk saya menelusuri kata sepanjang 518 muka surat ini.
Sebenarnya, novel ini dibaca dengan tidak sengaja akibat berlaku salah faham dengan insan ini. Pada asalnya, setelah beliau sibuk mencanagkan novel ini kerap kali, maka saya membuat keputusan membelinya untuknya dan kebetulan pada hari yang sama juga dengan nada riangnya mengatakan kejayaan beliau memiliki novel ini. Patutlah kata hati kuat mengatakan bahawa dia juga akan membelinya. Namun, atas dasar alang-alang penyeluk pekasam, saya tetap membelinya. Maka, masing-masing memiliki novel yang sama. Secara tidak langsung ia menjadi novel milik saya atas ketidaksengajaan yang kedua hasil pertukaran dengan beliau. Cuma saya berplastik dan dia berbalut! =p
Hakikat dan kebenaran bahawasanya saya hanya akan membaca novel yang disuruh, diberikan tidak sengaja, dan novel yang dicanangkan beliau untuk membacanya dahulu walhal saya akan merampasnya dahulu. Bukan mudah untuk saya menghabiskan novel kecuali mendapat gesaan.
Baiklah, puas bermukaddimah di atas. Maka akan dimulakan sesi refleksi kendiri berkenaan novel CIMK ini.
Akhirnya!!! Watak Guru dijadikan sebagai pendukung cerita selain watak2 Juruterbang yang selalu menghiasi novel2. (padahal xsampai 10 novel baca memanglah xperasan watak lain.). maka dengan bangganya dan semangatnya penulis telah memartabatkan dan mempromosi profesion perguruaan. Maka, bakal-bakal guru seperti saya ini tidaklah dipandang sepi oleh masyarakat wanita selepas ini.=p
Jalan cerita yang mudah. Kisah penceritaan yang biasa dan sememangnya rumit. Cinta Pertama vs Cinta Yang Hadir Semasa Hati Terkunci Rapat. (Betul ke??). diri sebenarnya lelah mendengar perkataan dan frasa Cinta Pertama ini. First Love Never Dies. Sebab diri ini bukan menjadi cinta pertama sesiapa pun.(emo kejap =p)
Unsur hati wanita dan lelaki yang ada di persimpangan memilih mana yang terbaik dan akan memiliki hati sepenuhnya. Ternyata ia menguji emosi dan pemikiran yang kritis untuk menilai yang terbaik untuk mereka.
Ternyata sebab yang mendorong pembacaan ini ingin dihabiskan dengan kadar segera adalah ingin mengetahui lelaki mana yang berjaya memiliki Nur Maisara(Sara).
Novel sememangnya bukanlah kitab cinta yang boleh kita tiru bulat-bulat jalan ceritanya. Hanya sekadar item yang boleh merangsangkan minda dan pemikiran kita memilih dan mengambil iktibar daripada penceritaan. Juga, unsur nilai-nilai yang boleh diserapkan dalam diri pembaca.
Mungkin boleh dijadikan penambahbaikan dalam penulisan. Tidak dapat dinafikan unsur penyerapan dalam penulisan ini sememangnya ketara terutama sekali yang paling utama adalah yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Diterapkan bagaimana cara jika kita menghadapi situasi tersebut dengan bijak. Sememangnya kita perlu meminta petunjuk dan pertolongan daripada-Nya. Tetapi, jika penulis memurnikan lagi skop memilih pasangan hidup, boleh juga dimasukkan ciri-ciri yang berkaitan contohnya menilai bakal suami dengan baik. Jelas ianya memang Nampak umum dan semua pasti tahu akan kehendak dan panduan itu. Perlu diingatkan jua tidak semua pembaca tahu akan perkara tersebut. Mungkin dengan mengatakan bahawa bukan hanya mencari kabaikan yang ada pada lelaki itu, carilah samada ianya sudah cukup agamakah, ilmu rumahtanggakah, kebertanggungjawaban dalam rumah tanggakah dan bukannya hanya mengikut kata hati sahaja. Kita juga perlu berusaha, berikhtiar jika sudah memohon pada-Nya dan bertawakallah kamu.
Jika dipandang dari sudut perspektif saya, hati sememangnya boleh membuat keputusan dan adakah hati mampu membuat keputusan seperti akal yang sememangnya kedudukannya tinggi dan berada di atas berbanding hati?? Mampukah hati melihat jauh kehapadan atas keputusan yang dibuatnya dahulu. Maka, sebelum mengikut kata hati, maka fikirlah jauh kehadapan melihat akan implikasinya pada masa hadapan. Baharulah kita berikhtiar dengan solat istikharah memohon petunjuk-Nya.
Menyentuh bab fitrah manusia yang mahu lari dari menyelesaikan masalah. Dalam novel ini ada diterapkan cara Sara yang gemar mencari kesilapan Hazeeq agar dapat melepaskan hati yang telah dipautkan oleh lelaki itu. Bercakap memang senang berbanding hati yang menanggungnya. Sampai saya pun juga buntu berkata-kata kini.=p
Kita teruskan dengan aspek yang lain. Cemburu. Tak perlu rasanya menyentuh bab-bab ini. Manusia dikurniakan perasaan cemburu untuk kita menghargai sesuatu itu. Namun ada juga cemburu yang membawa mudarat. Kadangkala cemburu xbertempat juga ada, cemburu dengan bekas-bekas hati lain yg pernah singgah di pasangan kita sebelum kita juga boleh membuatkan pilu dihati. Bermakna tak perlu ulas lanjut kerana masing-masing punya sebab dan pendapat tersendiri.
Sehinggalah kepada plot perleraian cerita. Bagi saya perleraian cerita yang meleret dimana kita umum mengetahui siapa yang berjaya di garisan penamat dan dengan dimasukkan unsur suspen kita untuk menanti apakah tindakan Hazeeq yang disenyapkan wataknya sehinggalah muncul di akhir-akhir muka surat. Sememangnya kejutan tidak perlu terlalu lama. Sekali rasa terkejut sudah. Tak perlu dileretkan kan? Penulis bijak menggunakan teknik-teknik penceritaan..=)
Akhir kalam, buat Ahmad Hazeeq(seorang guru)..kesetiaan, ketulusan, keikhlasan, kesanggupan, pengorbanan, kesungguhan dan usahamu yang tiada noktah terhadap cinta yang ingin diraih pasti memberikan impak kepada hati yang menyambutnya. Namun, mengapa perlu menawarkan tawaran sebegitu rupa??adakah ingin menunjukkan kau terlalu memahami dan terlalu tulus hatimu itu?? Manusia tidak boleh menipu diri sendiri. Maka berlaku jujurlah dengan perasaanmu terhadap Nur Maisara. Diri amat bersimpati atas kekecewaan mu itu.
Mohd Ean Nazeerul(pegawai syarikat petroleum), kehebatan, ketulusan, keprihatinan, kekaguman, kekacakan, dan takdirmu menjadi cinta pertama Nur Maisara sememangnya menguntungkan. Namun, mengapa kau perlu berdiam diri saat kau mahukan dia? Perlukah kau ego akan kesempurnaan yang didambakan wanita yang mahu mereka tunduk dan berlari mengejarmu? Berusahalah untuk mendapatkan sesuatu itu.
Mungkin mengikut pandangan aku, ianya seperti tidak adil ,bermakna adil disini meletakkan sesuatu pada tempatnya jika Ean Nazeerul berjaya dimiliki Sara. Namun, siapa kita mahu menidakkan kuasa dan ketentuan-Nya.
Kepada Nur Maisara(pengganggur bertauliah), sukar bagiku hendak menilaimu apatah lagi hati wanita. Adakah aku perlu kagum akan penyelesaian menggunakan air matamu?? Buat wanita mahupun lelaki, laksanakanlah perintah dan menjauhi larangan-Nya.( ade kena mengena ke??)
Sebenarnya mati akal saat ini. Namun, untuk memenuhi unsur penyerapan saya dalam penulisan ini. Saya ingin tekankan bahawa janganlah kita berat untuk membaca kalam Allah itu sedangkan kita tegar menyelusuri kata-kata yang terdapat dalam apa jua penulisan sekalipun.
Jika kita berupaya menghabiskan bermuka surat dalam sehari, maka tak perlulah kita berat untuk membaca 10 ayat-Nya sebagai tanda kepada-Nya bahawa kita tidak melupakan-Nya pada hari tersebut. Bacalah.
Maaf jika terlalu kerap menyinggung dan menghiris kalian. Diri sebenarnya tidak sesempurna mana sama seperti insan khilaf di atas muka bumi ini. Namun, kita sebagai Hamba Allah tidak perlu sesekali berhenti berusaha.
Sekian. Terima kasih kerana membenarkan matamu menyelinap segenap isi di halaman ini.
Petikan yang paling digemari olehku :-
“engkau jadi suatu kenangan dalam hati ini. Terlalu lama engkau pergi. Ketika cintaku masih terlalu agung untukmu. Langit masih begitu anngun namun hatiku terpayung kelam. Sirna tanpa hadir bayanganmu lagi. Tiada dosaku, kau bunuh diriku dengan cintai dia..” Ahmad HazeeQ
salam QA,
ReplyDeletei like the way u summarise the novel..it is very hard nowdays to find some one (boys) read a novel esp love novel...
suprisingly u r the first boy (plz dont be mad for using this term for u) i ever know read this kind of novel (should be proud of urself)..
me myself also novelholic but due to time constraint i've to set my priority...due to ur long summarisation regarding the book, it makes me cant wait to get a copy n read it by myself (i do have another 2novel to be KIV, even the wrapper also havent be touch n now i planning to add another 1...so greedy right)..
anyway love reading ur blog n all the best to be an excellent teacher..
from my personal view u r going to be a popular teacher among the pupils esp those at secondary school..
keep up the good work..
wsalam...
kepada Razz..
ReplyDeleteTerima Kasih atas ulasan dan kata pujian itu.
Alhamdulillah, ini semua berkat serta kekuasaan-Nya. Saya cuma melakukan perkara yang saya suka dan boleh membuatkan saya senang. sebenarnya, ada juga perangsang buat saya terus menulis di sini.=)