Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

July 10, 2011

2 tahun TAMBAH 3 1/2 tahun LAGI di IPG KBM

Assalamualaikum..

Apa khabar? Sudah Lamakan tak kemaskini belog.? Haha. Sebenarnya tak ada apa yg nak disampaikan. Cuma sengaja uji kepantasan jari menaip sebelum esaimen jatuh ke riba.

Ok. Laporan Pergerakan Asas tak buat lagi, tapi gagah buat taip-taip belog. Hee. Alaa. Sebab ada orang tu dah kemaskini, kita pun nak lah jugak! =p

Secara kebetulan 12 Julai nanti iaitu esok merupakan genap 2 tahun aku dan kami PISMP Ambilan Januari 2011 menjadi warga Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Alhamdulillah. 3 tahun dan setengah lagi baru tamat pengajian yeee..

Alhamdulillah, mungkin tanpa ketentuan dan Allah yang lebih Mengetahui akan hala tuju hidupku ini, inilah jalan yang sebenarnya disediakan untukku. Menjadi seorang pendidik. Secara keseluruhannya, aku selesa berada di sini, (memang la rumah 15minit je kalau roket naik moto. Haha. )

Keselesaan itu merangkumi nikmat dan rezeki Allah, kawan-kawan dan mereka yang menyenangkan hidup aku. Terima kasih. Lumrah hidup jika ada sesuatu yang tidak kita ingini berlaku pada diri, itu tanda Allah ingin menguji dan menegur akan diri kita.

Perkara-perkara yang menyakitkan, memilukan, memalukan(tahu malu ke aku ni?), kesombongan aku? Dan sebagainya biarlah menjadi lipatan sejarah hidup. Ceeewah!

Cuma yang lebih penting ialah kehidupan pada masa akan datang. Siapa kau dahulu aku tak peduli, yang penting kau ibu kepada anak-anakku! Eyh? Apa kaitan ni?? Haha..

Kepada teman bilik yang setia, FahmiNoh, terima kasih kerana masih sudi berkongsi hidup di bilik yang sama sehingga kini dari 12 julai 2009 lagi. =)

Teman jiran hadapan bilik.(dia yang suruh mention nama dia..haha) Farid Nandari dan Ahmad Wafy, terima kasih kerana menambah suka dan gelak tawa kita berempat. Jangan pindah tingkat lain ok!

Rakan sekelas, 19 orang yang aku amat sayangi dan korang mesti sayang aku kan? Tak ade aku mesti sunyi je kelas sebab tak ada budak spastik dan kuat tidur juga tak bolah duduk diam ni. Haha. Terima kasih atas penerimaan korang. =)

Juga kepada semua warga dan pelajar IPG KBM yang sedia mewarnai, menconteng, mencongak kehidupan di IB ini. Tak da korang xde life la kan?

Serta tidak akan dilupakan, kepada ‘dia’ yang tak perlu mention. Haha. Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan mamat tak hensem ni. Tahan menerima cerita-cerita yang tak betul. Hanya Allah yang mengetahui hala tuju dan jodoh manusia. Status perhubungan tu tak perlulah sibuk nak mencari, Cuma ‘title’ je atau tajuk utama je seperti kata room mate,Fahmi Noh. Haha. Yang penting HATI kita.

Terima kasih untuk aspirasi, semangat dan kekuatan halus yang diterima tanpa kau sedari. Haha. Kadang-kadang pun ‘lenguh’ jugak kaki. =p

3 tahun setengah merupakan waktu yang amat panjang. Misi aku di IPG ini nak siapkan pasukan hoki yang mantap dan tugas yang diterima secara tak rasmi oleh Puan Zawiah beberapa hari lepas, masih dalam pertimbangan dan masak-masak aku lagi. Apa dia? Mana boleh bagitau. Suspen la sikit..baru la novela kan? Haha.

Udahlah merapu tu. Cukup-cukuplah. Cuma aku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Besar, Allah S.W.T yang tidak putus2 melimpahkan rahmat-Nya kepada aku, keluargaku, serta umat-umat Nabi Muhammad S.A.W.

Harapan aku, aku mahu kehidupan seperti ini berlanjutan dan InsyaAllah lebih baik dengan adanya hubungan yang baik tanpa sebarang sengketa baik sesama kita rakan di IPG dan hubungan kita sesama mereka yang tak perlu mention. Haha =p

Terima kasih atas kesudian tuan hamba menyelusuri kata penuh makna ini. Semoga Allah merahmati kamu. InsyaAllah.

Maaf atas kekasaran bahasa dan kesalahan makna kata yang disampaikan. Manalah tahu, rakyat Malaysia ni kurang bijak menafsir kata. Ops! Terlepas sudah. Renung-renungkan.

Wasalam. =)


ok. ini adalah Koir Buluh Perindu version1.1. haha. ramaikan? sekarang? tak sampai 20 orang mcm Koir Kebangsaan dah. nway, ini sebahagian kenangan. =)


makan jemaah. sembahyang jemaah tak?


budak2 gila kelas aku. ish3!

ok. sem.1 skema! haha.

hidup berjiran. makanan pun berjiran jugak! bersama Wafi dan Farid!


eyh? ni ke tak mention tu? haha. mau kena pelangkung ngan Pakwe dia. ni la co-pilot aku masa PPISMP Sem.3 yg lepas. kenal sejak skola menengah lagi tau!

baiklah. macam mana nak rangka pasukan hoki yang mantap syeikh??( Stadium Hoki Duta!)

cukup sampai sini. xnak mention apa2 lagi dah! fullstop! =p

1 comment:

  1. Salam hi . Klau dpt bahasa melayu mmg kampus dia dkt kl ye ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...