Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

November 3, 2011

5 teater kanak-kanak dan TEATER lagi?

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Diberi kesempatan ruang oleh-Nya untuk merajinkan diri mencontohi seseorang yang rajin mengemaskini belog beliau. (siapa2 sahajalah!)

Teater! Tahu apa itu teater? Menurut kamus dewan edisi ke-4, TEATER bermaksud seni pentas. Apa itu PENTAS? Haa. Sendiri mahu tahu lah. Kita sekarang berada di pentas yang luas. =)

Baiklah! Tahniah kepada semua 5 buah produksi teater yang berjaya mementaskan pementasan masing2. Usaha dan komitmen untuk menghasilkan sebuah karya perlu dipuji. Tetapi, kita sebagai manusia tidak mampu untuk menutup mulut-mulut jahat yang ada diluar sana mengkritik, menghentam dan sama waktu dengannya.

Aku! Bukanlah disini memberikan ulasan di ruangan ini memberikan komen atau kritikan. Aku lebih suka berikan penambahbaikan daripada mengkondem. Haha. Kita perlu sedar yang kita bukanlah dilatih untuk menjadi tenaga kerja dalam industri persembahan ini, tetapi kita sebagai guru merupakan pelakon dan artis yang semulajadi untuk menginsankan masyarakat. (Ayat…)

Teater! Memanusiakan manusia. Itulah tujuan sebenar seni pentas ini. Tapi kini tak dapat dinafikan yang penonton mahu melihat teater hanya untuk berhibur dan bukan mencari apa dalam teater tersebut. Ini yang menyedihkan, tetapi siapa kita hendak menghalang 7 Bilion manusia di muka bumi ini? Oleh sebab hiburan yang tak diperolehi daripada menonton teater atau apa jua persembahan pun, mereka tidak berpuas hati dan akan mengkritik. (ayat biasa kita dengar, LU BUAT LA BARU LU TAU SENANG KE SUSAH NAK BUAT!!!)

Kritik! Itu hak mereka selaku pemilik mulut. Terpulang kepada kita menerimanya dengan positif atau tidak. (baru tengok show PERCUMA dah nak HENTAM bagai nak GILA, pernah tengok teater RATUS2, PULUH2 Ringgit tak???)
Semua kelima-lima teater yang aku lihat tanpa GAGAL ini memuaskan tetapi biasalah mesti yang akan membanding beza. (macam soalan peperiksaan pula). Ada pro dan kontranya. Ada yang ada kelebihan dan kekurangannya. Ada yang gah dengan jalan cerita tetapi kurang dari segi persembahan pentasnya. Ada yang gah dengan tatarias dan setnya namun kurang menyengat daripada jalan ceritanya. Diingatkan sekali lagi. Allah Maha Adil. =)

Lakonan! Semuanya terbaik! Superb! Gila-gila Gempak! Aku Suka! Haha. Tak dapat dinafikan kita memang dilahirkan sebagai pelakon oleh-Nya Cuma yang membezakannya adalah keberanian dan keyakinan!

Aku! Bukanlah seorang pelakon yang hebat seperti yang dicanangkan sesetengah orang. Sebut teater sahaja, Aku. Permintaan untuk mengajar berlakon dan memberikan nasihat. Namun, terima kasih atas penghargaan. Tetapi aku masih rasakan aku bukanlah aktivis teater yang hebat, diluar sana aku adalah KECIL.

Pementasan! Teater Mahathir yang aku sertai dulu itu kecil. Aku harap nak berteater dengan NAM RON, Amerul Affendi, Zahiril Adzhim dan seangkatannyalah. Baru Syiok!!

Seterusnya! Terdetik di kalbu yang dalam ini untuk mementaskan sebuah pementasan pada semester hadapan. (inilah yang SULIT tu.-____-“).

Tentang Apa!? Masih difikirkan. Bukan mahu mencari publisiti. Tetapi setelah berjaya selitkan persembahan MERDEKAKAH KITA? JIKA.. pada bulan Kemerdekaan yang lepas membuatkan diri ini ketagihan berdiri untuk berkata-kata.

Serang! Pemikiran dan membuat penonton tersentak dengan kata-kata dan idea merupakan satu kepuasan dan kemenangan untuk aku selaku pelakon teater. Bukan niat mahu mengutuk atau mengata segelintir masyarakat, tetapi ingat teater itu memanusiakan manusia sama seperti tugas guru.

Guru! Harus sedar yang mereka adalah pelakon yang hebat! Maka, bermula dari sini YAKINlah dan tambahkan ilmu untuk menjadi lebih proaktif dan berkesan di PENTAS kelak!

Sekian! Maaf! Terima kasih!

Bintangkecil1-untuksemuapembaca,terima kasih daun keladi, harap baca lagi. Hihihi.
Bintangkecil2-nakbuatujibakatuntukteateritu, tapiroomatecakapbuatyangkecil2dulu.haha.



dapat berdiri di pentas Istana Budaya belum tentu dah bagus ok!!


November 2, 2011

Bisakah? last log on 12 August 2011.

Assalamualaikum.

Akhirnya! Catitan terbaharu diterbitkan atas teguran kakak bacadiam-diam tu. Wokeh, 12 Ogos last daftar masuk. tak tahu nak tulis apa, mungkin sebab dah tak ada cahaya lah kot? gituuu..=p

Baiklah! hanya menulis yang terlintas. dah kata catitan pun kan. sebenarnya nak kogsi di laman mukabuku sahaja, tetapi memandangkan macam rindu nak tulis kat belog milik Qiu Aril ni. maka tertulislah di layar putih menanti tinta berkata. (betul ke ni? malukan Institut Bahasa sajee. )

Sebenarnya! lagu Bisakah nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang ingin dikongsikan. Mengapa? Pertama kerana semalam masukkan semula dalam mp3 telefon bimbit dan terdengar tadi dan seterusnya terperasan yang liriknya memang sesuai la untuk situasi2 yang sedang dilanda kini. hahaha. dulu sebab suka lagunya atas keharmonian susunan muzik, kini kerana liriknya. (yelah, dulu aku bukan macam sekarang bermain dengan bahasa dan semantiknya! sejak masuk Institut Bahasa inilah..=p)

Hayati! lirik ini penuh bermakna..

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Benar Bukan! Haa, sebelum terlupa, kita jumpa Siti Nurhaliza semasa Maharaja Lawak Mega Minggu Pertama yang lepas, beliau duduk betul-betul dibelakang kita. Tapi kita buat DEK je. Orang lain punyalah MEROYAN nak jumpa secara langsung tapi aku buat tak tahu je bila berselisih. Haha. MOTIF? SHOW OFF!

Cukup sampai disini, harap ada kekuatan untuk terus menulis. Terima kassih buat yang SETIA di sini. =)

Bintangkecil1-tahun hadapan ada PROJEK di IPG KBM ni. Apa dia? Nantikan. InsyaAllah, harap cuti sekolah ini idea datang mencurah2 untuk tuuutttt. (SULIT)

Bintangkecil2-selamat hari raya aidiladha untuk yang terakhir kali di Kampung Puah. =’( selepas 20 tahun membesar di sana jadi baik dan JAHAT, 7 November akan berhijrah ke KAJANG/CHERAS/BALAKONG. Sama macam rumah kat Kampung Puah( GOMBAK/SETAPAK/SENTUL).

NAK DENGAR PULAK? SINI PUN BOLEH! =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...