Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

December 31, 2011

Ujian Tidak Pernah Berhenti....

Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku sedar ini adalah ujian yang harus kita tempuhi untuk melihat sejauh mana ingat dan lupa kita kepada Dia.

“Ya Allah! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Allah ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Ya Allah! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;

Kembalikan kami kedalam golongan yang mendapat rahmat-Mu Ya Allah. Eratkan Silaturrahim dalam kalangan kami dan jangan kau biarkan kami berpecah belah. Sesungguhnya hanya padamu tempat ku meminta.

Ya Allah. Perkenankanlah Doa kami.

#agar kita bijak menangani dan tabah menghadapi. InsyaAllah. =)


December 29, 2011

Sebelum 2012 Tiba. Menjenguk AZAM2011. Terlaksanakah?

Assalamualaikum

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana terus membenarkan hamba-Nya terus menikmati nikmat-Nya di dunia yang sementara ini. Degupan jantung, udara yang memenuhi peparu dan roh(percaya kpd perkara Ghaib) membenarkan jasad ini melangkah di muka bumi yang semakin tandus ini. 20 tahun hidup tatkala menyelusuri tarikh 23 Mei 2011 yang lalu. Alhamdulillah. =)

Tulisan ini disediakan hanya untuk berkongsi tentang kesinambungan paparan bulan Januari yang lepas berkaitan dengan Azam 2011.

klik sini--> Sekarang 2011.Sekarang Umur Saya 20.Azam???

Adakah segalanya terlaksana dan tercapai dengan Izin-Nya? Alhamdulillah, ada yang baik dan ada yang buruk. Ada suka ada yang duka. tetapi ia merupakan lumrah dalam kehidupan. Kadang kita bahagia dan kadang kala tidak. Semuanya bergantung kepada ketentuan Allah dan itu merupakan Ujian Keimanan kita terhadap-Nya.

1)"Barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk sesuatu kebaikan baginya, maka ia akan diuji (diuji dengan satu musibah)"

Hadis Riwayat Bukhari.
2)"Kau menyedari yang kini aku sedang bergelak tawa keriangan dan kau perlu tahu, aku sebenarnya menyedari yang kedukaan itu pasti menjelma disebalik kebahagiaan ini"
3)Sekarang Memang Kita Sedang Menikmati Detik Kebahagiaan. Esok atau lusa kita mungkin kembali kepada kekecewaan dan aku berharap aku bersedia ke arah itu.

kebahagiaan selalunya tidak memihak kepada kita kerana ia bersifat sementara. Selagi ia melibatkan dunia, tidak akan kekal selain Maha Pencipta, Allah SWT.

4)Jika terlalu teringat dan mengenangkan peristiwa pahit yang dilalui, sampai bila pun tidak akan pandang dan maju ke hadapan.

yang bernombor itu merupakan beberapa frasa ayat yang aku kongsikan di laman sosial FB. Aku ni bukanlah seorang yang baik dan alim ulama. Aku cuma Hamba Allah yang menjalankan TUGAS sebagai Hamba-Nya di dunia ini.

5)Alhamdulillah. Di sini, sekarang banyak input yang berguna yang menyentuh bab akidah dan Tauhid kepada Allah. Terima kasih kawan-kawan. Semoga usaha kalian menegakkan syiar Islam diberkati Allah. InsyaAllah. Amin =)

#dakwahWAJIBbagisetiapumatISLAM.

kita semua wajib mengajak kearah kebaikan walaupun kita digelumang oleh dosa. kita bukanlah Nabi yang bersifat MAKSUM, tetapi kalau Dakwah ini hanya dijalankan oleh golongan2 seperti itu, ISLAM itu akan mati ditelan arus masa ini.

Baiklah. Sudah memalut entah kemana. Lari daripada topik. Aku ada satu soalan, kenapa korang semua nak baca dalam masa yang sama ambil peduli apa yang aku tuliskan disini? Mesti tiada MOTIFkan? Kenapa perlu busybody?

Jawapan aku untuk korang ialah kalian semua mahu belajar apa yang berada di dunia ini agar lebih bertaqwa. secara tidak langsung cerita, pengalaman boleh dijadikan iktibar dan pedoman dan akan membuatkan hidup ini lebih matang. Selama ini aku bukannya sengaja menyibukkan diri dengan mengambil tahu segala perkara aku mahu tahu, ia merupakan satu wadah untuk aku kenal dunia dan menjadi bijak untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Hujerat Ayat 13 :-

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Jelas dan terang disini apa yang kita lakukan untuk berkenal-kenal dan mengambil tahu sesuatu perkara itu ada hikmahnya. Tetapi perlu diingat. Islam ada menetapkan batasnya.

Seterusnya aku akan ulas setiap perkara yang aku tulis dalam paparan bulan Januari yang diatas.

1)
Tahun 2011, maka bermulanya pengajian Ijazah aku di IPG Kampus Bahasa Melayu ini. Yang sedia maklum semester 1 ini tiada PJ. Maka setiap hari pakaian formal la.=( kena beli iron board berdua di bilik dan iron pinjam sebelah.haha. Maka, rakan-rakan kelas boleh menyediakan asam-asam, gula-gula serta agen-agen yg "mungkin" dapat menghilangkan kebosanan dan mengantuk dengan sistematik. Miskol2 rakan2 sekelas juga boleh dipraktikkan untuk menghilangkan mengantuk dan kebosanan. kami juga akan menjalankan penyelidikan lanjutan untuk mencari langkah-langkah bijak yang lain dan ianya mendatangkan manfaat dan keseronokan di kelas tanpa pengetahuan pensyarah atau tenaga pengajar. Jahat3.

*iron board tetap xdibeli, sanggup turun dari tingkat 12 ke tingkat 6 semata-mata untuk gosok baju.

*kemengantukkan itu tidak dapat dielakkan sebab itu habit sejak sekolah menengah lagi. =p

2)maka, saya berharap dan berdoa agar tiada perkara yg tidak diingini berlaku disekeliling serta dalam diri ini. Namun, kita hanya mampu menerima Qada dan Qadar-Nya.

Alhamdulillah. ia dapat dilalui dengan baik seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat yang terakhir:-

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

3)Seterusnya, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Berubah jika perlu dan ada teguran kebaikan untuk saya. Maka, silakanlah mencemuh dan meninggalkan komen di mana-mana ruang yang disediakan.

*ada menerima teguran daripada KAWAN saya agar tidak menyulitkan lagi keadaan. terima kasih. =)

4)Harap tahun ini kewangan Kerajaan sedikit baik agar ada jua aktiviti serta program-program yang boleh disibukkan diri supaya dapat menghindari kuliah. Perangai sekolah masih tidak boleh dibuang. Seperti saya ungkapkan sebentar td, macam mana saya yang dahulu, saya masih yang dahulu. Betul tak Encik Selvaratnam??

*alhamdulillah. pelbagai aktiviti diselitkan dan boleh dilaksanakan oleh kami. BIG, trip to Terengganu untuk TITAS, Hoki dan hoki ke Terengganu lagi dan lain2.=)

5)nak melantak macam ni lagi tahun 2011.




*sukacita dimaklumkan tahun 2011 ini tak dapat melaksanakan aktiviti seperti ini. 2012? Jiran pun dah pindah...=(


6)nak menari lagi??ntah...



*2011 ada jemputan untuk menari. Tapi cukup lah kot. Tahun 2012 beralih kepada teater pula!! =)

#gambar menari 2011 tidak ada kalau tak silap. =p










7)baju putih kat court 1...leh menang lagi mcm ni x tahun ni??


* tak ada kejohanan futsal yang dapat disertai atas faktor umur yang meningkat dan kawan sepasukan sudah membawa haluan masing-masing.=(










8)koir nak buat show kat hotel 5 star lagi tahun ni..boleh x??=)


*bukan setakat hotel 5 star tapi siap masuk TV lagi. hehe. =)













9)nak training jd pendidik mcm tahun lepas...ade x??






*ada sahaja. kalau Cikgu ni lagi la laku..hehe..Alhamdulillah.








10)boleh penuhkan stadium tak musim ni??macam Malaysia vs Indon..

*ada je. xpernah miss lagi perlawanan Malaysia. MAS vs Singapura. Bukit Jalil 28 Julai 2011


11)tahun ni isi tempat kosong kepada mereka yang tiada dalam gambar!!


*hampir-hampir. lagi 3 orang Botak Kedah tak ada sebab pergi kursus PRS plak. hehe. cuba lagi tahun depan. PISMP 1c@Gabai 2011


12)gedik!!5 tahun lagi..boleh x nak mengada2??


*dah jumpa siapa dia? adakah.....

beliau?

Cik Fara? bukan. dia dah ada SAYANG dia. hehe.

atau ini?

Nik Nur Ilya? Lagilah bukan, dia ni tunggu masa nak Nikah je dengan tunangannya. =)

yang ini?
Zanariah? Atlet IB? hehe. belum tau lagi. tak pernah try. hahaha. =p

atau salah satu diantara mereka?
NURatiqah dan Noor Laila Ali? pun bukan lah....

ia tetap menjadi RAHSIA. Bukan rahsia aku tetapi RAHSIA Allah. Aku pun tidak tahu siapa yang menjadi pasangan aku.

Bermakna, hentikanlah spekulasi tentang perkara ini yang melibatkan aku dengan sesiapapun. Aku belum lagi menjadi milik sesiapa dan tetap menjadi milik-Nya.
Janganlah menambahkan beban kepada mereka yang terkena tempiasnya. Berhentilah daripada membawa cerita-cerita yang tidak molek dicanangkan dan ia boleh menjadi FITNAH.
Aku dengan mereka-mereka di atas cumalah sekadar kawan biasa dan janganlah disebabkan berjalan sekali sudah fikir yang bukan-bukan.
Aku masih mencari dan menilai siapa yang perlu aku kasihi dan DIA mengasihi aku seadanya.
Sekian. =)

13) yang terakhir sekali sama-samalah kita berdoa agar sepanjang apa yang berlalu itu mendapat keredhaan-Nya.

Oleh itu kita pasti sedar apa tujuan sebenar kehidupan ini. Dunia adalah tempat manusia bertebaran mencari keredhaan Allah. Tiada yang kekal dalam dunia ini melainkan Syurga yang kekal abadi. Dalam BABAK TERAKHIR INI. Adakah anda bersedia untuk episod yang akan datang. Pilihan terletak ditangan anda. Bukalah mata!! =)

TERIMA KASIH UNTUK MEREKA YANG MENYINARI 2011 DAN AKU MAAFKAN UNTUK MEREKA YANG MEMALITKAN KELUKAAN 2011. SEMOGA KITA MENDAPAT KESEJAHTERAAN DARI-NYA. AMIN.

#nota terakhir:terima kasih untuk tempoh 28 Nov-28 Dis 2011. pelengkap dan peneman cuti sekolah aku dengan episod kebahagiaan. =)



December 27, 2011

Disebalik Gambar 2011 Part 2 plak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah. Setelah kita menyelusuri bahagian yang pertama sebelum ini. Kini tibalah untuk bahagian kedua yang merangkumi gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang bulan Jun hingga Disember 2012.

Terima kasih kerana tetap setia. =)


Ini sebenarnya gambar yang tertinggal untuk Part 1. Tarikh ambil 7 Januari 2011. rombongan meminang ke rumah Cik Laila Ali di Kg.Dato' Keramat.


aktiviti wajib untuk cuti semester. Mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor bersama Abg Qusairee, Zaki Al Saghir dan Firdaus Ismail.


menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Pilihanraya Kampus. tahun depan PRU mungkin tak sempat..=(


Terima kasih. First time dalam hidup ada minyak wangi mahal ok. haha. =)


mengutip buah durian FREE di Muar Johor.


aku terperosok dalam lautan The Blues. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!


sambutan hari ulang tahun kelahiran MALIA CHE MAT. untung la tarikh lahir tak tembung musim exam...=/


menyokong kempen banner 3-0 untuk perlawanan Malaysia vs Singapore. tapi seri 1-1. terkilan sikit la..=/


Training Session Chelsea. John Terry bagi kasut. Kepanasannya masih terasa..


Ujian Amali Pergerakan. Asas Stesen 7. imbangan V.


PBS 2@ SK Astana Raja, Rembau, N9. Hari kedua DEMAM. Meneruskan tanggungjawab mengajar. lepas kelas ni baru dapat MC. hehe..


Beraya Satu Hari. Rumah pertama CIK Mariam Dalila@Sijangkang, Selangor. Cantikkan rumah beliau..=)


Persembahan Teater untuk Sambutan Kemerdekaan IPG KBM. Siapa belum saksikan persembahan ini. Boleh klik sini ----> Merdekakah Kita? Jika...


Malaysia under 23 vs Oman Under 23 @ UiTM Shah Alam.
Masa ni beliau tak popular lagi. Kamilah orang pertama yang menyapa Nazmi ni semasa rakan2 Harimau lain sibuk dengan peminat. Kesian dia jalan sorang2..1st time aku tengok dia main tau dah die akan gempak one day...=)


Hoki kembali di IB. First Freindly game IB vs IPBA. Menang 2-0...=)

Usha player Harimau Training @ Wisma FAM.


Jamuan Perdana IPG KBM 2011. Dewan Sivik MBPJ.


Karnival Permainan Kecil. Back to School la. Jadi budak2..=)


Abang Kapten, Nak sign....Safiq Rahim.


Festival Hoki Guru Muda Malaysia @ Kuala Terengganu. penampilan pertama. belum boleh Johan lagi. Tunggu...


Hang Out bersama KelasMate @ SogoKL. After melalak at REd Box...


Fasilitator POLSAB Majlis Agama Islam Selangor @ Universiti Malaya


Saf-saf Fasilitator POLSAB 2011 @ Pantai Remis, Jeram, Selangor.
Qiu, Shidee, Qusairee, Yusof, Al-Hafiz, Muhaimeen, Anisza, Rabiatul, Mumtazah, Laila dan NuratiQah

sekian untuk tahun 2011 ini. semoga apa yang kita laksanakan sepanjang tahun ini diberkati oleh-Nya. Bersama-sama kita hidup untuk mencari keredhaan-Nya. InsyaAllah. Terima kasih atas kesetiaan anda bersama saya sepanjang tahun 2011 yang penuh cabaran, gelak, tawa, tangis suka dan duka. =)


Disebalik Gambar 2011 Part 1 kot...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berdasarkan tajuk di atas, di sini saya ingin melampirkan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan untuk setiap peristiwa yang telah dilalui. Sebelum tirai 2011 ini berlabuh, eloklah kiranya saya berkongsi sedikit perkara yang telah dilalui.

Ini baru saja untuk Semester 1 iaitu dari Januari-Mei 2011. Sebenarnya atas kekurangan cerdik tentang memuat naik gambar, ia menjadi dari Mei-Januari. Harap maklum. Selamat mengerakkan kornea mata. =)

Koir IPG KBM buat show dekat M.H.I TV3 untuk Hari Guru 16 Mei.
Bukti? Ally Iskandar..hehe


Pengalaman Berasaskan Sekolah Pertamaku di Sekolah Rendah Pertamaku juga.
Sk Jalan Kuantan 2. KL bersama Alip, Pidot dan Farid Yatim.


Kelas Mate di Masjid Kristal. =)


Macam cover majalah pulak...Taman Tamadun Islam. Keciknya Masjid....


Hoki Selection for Entire IPG in Malaysia. Sound macam gempak jeee kann...
Tapi..??


Sukan Teras PISMP 1C. Bola Tampar. Nama kumpulan Super Sapien X9.
sebab tutor Dr.Supian..hehe..


Seriously lupa nama kumpulan Nasyid untuk batch..hehe..sebagai apa kat sini??


Kebetulan Piala ini diambil sejurus selepas kami bergambar..AFF Suzuki Cup@Muzium Negara


Actually ada banyak gambar dengan player Harimau. tak tau nak pilih..(show off)



Kuartet 4X100 M IPG KBM @ Ipis.


Shooting KL Gangster 2 @ Lumut


Ditangkap! Tidur! Biasalah tu...


Dengan ini saya akan menyampaikan sebuah lagu bertajuk.....


Scene ini kami diketuk dengan senduk oleh KAK IDA..konon Pendekar Bujang Lapuk..


Rajinnya???? Laki sapa nih??


Si Kurus@Tak kuat makan VS Si Besar@kuat makan.


Always Jungle Trekking Leader. Why always me??(someone does't like it..)


Keluarga Mei 1991. Aku seorang sahaja Jantan. eyh, kenapa menyorok 24?



Masa ni ada yang buat Public Toilet. Tekalah!


Speechless how to labelling her. To much name i called her...hehe..


The only serious time! dapat mesej kena tegur dengan kawan. Sorry.



Awal Januari bersama Menteri Belia dan Sukan. Putrajaya.

itu sahaja untuk Jilid yang pertama ini. Terima kasih atas kesetiaan sehingga patah kata yang terakhir. Semoga Allah memberkati kamu.

#yang rajin dan tak ada kerja cuti ni, bukalah semula post2 yang lepas saya. link dia ada kat belah tepi belog ini ok. terima kasih. bantulah industri belog tempatan. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...