Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 7, 2012

Pementasan Teater Babak Terakhir - Pelakon


MUHAMMAD FIRDAUS ISMAIL BIN MAHMAD FUAD di lahirkan pada 16 Februari 1991. Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan tetapi dibesarkan di Selangor serta di perkampungan kedua ibubapanya, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan pra seawal usia 4 tahun di taski. Kemudian melanjutkan pelajaran awal di Sekolah Kebangsaan Semenyih serta Sekolah Rendah Agama Semenyih, Selangor. Sepanjang berada dalam persekitaran sekolah rendah, beliau aktif dalam kegiatan luar serta sukan. Beliau pernah mewakili daerahnya dalam permainan bola tampar ke peringkat negeri dan juga pernah mewakili Selangor dalam menjayakan Minggu Kebersihan Alam anjuran Yayasan Anak Warisan Alam (Y.A.W.A) serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain.

Kemudian beliau mendapat didikan menengah di Maktab Mahmud Alor Star (M.M.A.S), sebuah institusi pendidikan yang tersohor di negeri Kedah Darul Aman. Di sana beliau diasuh serta dididik dengan pelbagai perkara terutamanya dalam hal-hal Agama Islam. Selama 5 tahun berada di Maktab Mahmud Alor Star, beliau juga tidak pernah lari dari melibatkan diri dalam kegiatan dalam sekolah mahupun luar dari sekolah. Beliau di amanahkan dengan pelbagai jawatan bagi mendewasakan dirinya, antaranya adalah pengerusi Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia M.M.A.S , pengerusi Badan Kebudayaan dan Kesenian M.M.A.S, naib pengerusi Persatuan Pengakap M.M.A.S, Exco penerangan Asrama Putra M.M.A.S dan lain-lain lagi. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Thailand bagi mengetuai persembahan kebudayaan di Songkla. Disamping itu beliau juga pernah menjadi atlet silat negeri Kedah Darul Aman. Di pengakhiran pembelajarannya di M.M.A.S, beliau diberi penghargaan Anugerah Kokurikulum yang di sampai oleh Tuanku Sultanah Negeri Kedah, SULTANAH HAJJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN.

Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dalam bidang pengajian perniagaan antarabangsa. Qada’ dan Qadar menentukan yang bahawa beliau hanya berada di sana selama dua minggu sahaja.

Dan sekarang beliau melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Sehingga kini beliau masih aktif dalam aktiviti-aktiviti luar.

Pada pendapat anda, apa yang cuba disampaikan dalam teater BABAK TERAKHIR ini?

: apabila anda mendengar, membaca dan menafsir perkataan ‘BABAK TERAKHIR’ itu sendiri sudah semestinya membuatkan anda memikirkan dua perkara yang besar bukan.?..samaada ianya positif ataupun negatif…adakah ianya sedih, tragis, dan seumpama dengannya atau mungkin sebuah penceritaan yang bahagia di pengakhiran cerita?

Mesej yang hendak disampaikan dalam babak terakhir sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai insan yang berpijak di bumi Maha Pencipta.

Allah berkata : “"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Teater ini dicipta untuk mengingatkan kita yang terlena di pukau arus nikmat dunia dan teater ini juga sarat dengan penceritaan serta persoalan yang memerlukan anda (para penonton) memikirkan akan sesuatu yang disampaikan secara berkias. Eheeeeemmmmm…eeehhemmm…kalau hamba ceritakan kesemua intisari penyampaian teater ni macam tak seronok plak lah kan..jika anda ingin mengetahui perjalanan kisah ‘BABAK TERAKHIR’ ni. Jangan lupa saksikannya =)

BARAKALLAHU FIKUM


untuk maklumat lanjut tentang pementasan Teater Babak Terakhir ini, boleh klik di sini.

2 comments:

  1. hmmm, i watched the theatre last nite & overall very nice :) keep it up boys ! && do visit my blog.

    ReplyDelete
  2. eh..
    classmate aku si zuhaila pun ada...
    hahahahahaha... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...