Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

February 25, 2011

Teater Muzikal TERIMA KASIH CINTA. ada cinta setelah saksikan pementasan ini??


Assalamualaikum

Teater Lagi??Muka memang muka penonton teater pun. Rasanya penjaga kaunter tiket di Istana Budaya mungkin sudah muak dgn muka aku ni. Tapi, kali ini. Terima Kasih Cinta(TKC) aku menyaksikannya pada dua hari berturut-turut. 19 dan 20 Februari 2010. satunya atas tiket free sebagai blogger.(hebat dan popular sangat ke blog aku ni??) dan dua tiket dibeli untuk menonton teater dgn orang yang meminati teater la..ajak tengok wayang dan teater tidak sama..=)

mungkin disebabkan aku diberi tiket free utk menyaksikan pementasan ini perlu membuat ulasan, aku merajinkan diri menulis sedikit. (ada pulak orang nak bace??huh??)

Menghiburkan. Semata-mata takut tidak seiringan pabila menonton teater yang diadaptasi ini. nasib baik ada juga insan yg menyimpan movie CINTA. apa lagi sedut dan tengok la penceritaannya malam sebelum tu juga. gigih ni. walaupun durasi filem ini lebih kurang 2 jam. aku saksikannya hingga 5 jam.kenapa? banyak kali pause atas kesibukan dan tugas refleksi.=p

mendapat maklumat drpd rakan2 di Istana Budaya bahawa ‘wagon’(iaitu pentas yg boleh turun naik tu) akan beroperasi semula pada pertengahan tahun ini. disebabkan tiada peruntukan utk menyelenggara pentas yang berjutaan Ringgit itu. maka pementasan TKC ini mungkin tidak menggunakan kecanggihan bertaraf antarabangsa tersebut. Cuma satu dua “FLY”(yang datang dari atas pentas 2) digunakan dalam pementasan ini. Cuma menggunakan 6 kiub yang boleh bergerak ke depan dan belakang. unik! (pada mulanya beranggapan bahawa set itu akan statik, namun teruja apabila ia mula bergerak kehadapan) SMART seyh! pelik jugak, dorg guna mesin apa eyh tolak kehadapan, rupa2nya setelah beberapa babak baharu perasan ada makhluk yg menolak set itu..-_____-“ tertipu jugak aku…

Lagu yang digunapakai dalam pementasan ini semuanya sedap2 belaka. kalau ada jual CD nak beli!! mcm melihat konsert pun ada jugak, sampai tahap kita pun boleh kata, “urm, nak nyanyi la 2…”. xdapat dinafikan juga gubahan yang terbaik oleh Roslan Aziz. Dikuatkan dengan suara2 merdu mereka yg menyanyi, menari dan berlakon serentak! credit to FEE, Fitri, Qhaud dan Ammar. korang memang gempak!

jalan cerita. urm. hari kedua melihat bersama insan yg tidak menonton filem melayu. CINTA merupakan filem melayu. maka ada perbezaan antara kami. saya sudah bertungkus-lumus menonton sendiri filem CINTA . dia yang tidak melihat filem CINTA sebelum melihat teaternya adakah faham akan jalan ceritanya.??respon beliau,” boleh faham laa..” bagi aku mungkin disebabkan perbezaan watak utama yg diklasifikasikan mengikut warna2 tertentu memudahkan penonton tidak keliru antara 5 kisah yang berlainan itu. syor saya, yang belum melihat filem walhal sudah yang melihat teater muzikalnya. tontonlah filem CINTA semula supaya tidak terlepas dan tertinggal nilai2 yang xdapat diselitkan dalam teater yang sememangnya terhad dari segi latarnya.

persembahannya. amat mempesonakan. tariannya sememangnya mengujakan. perjalanan jalan cerita ada turun naiknya. itu semua tugas pengarah. mungkin itu sahaja cara yang terbaik untuk memurnikan lagi perjalanan jalan cerita tersebut.

seperkara lagi. lampu Kalimantan yang dibuka kadangkala menyakitkan mata. rasa seperti sedang lena tidur dikejutkan dengan cahaya lampu yang terang benderang. silau! mungkin hendak menyegarkan mata2 mereka yg mungkin mengantuk ketika menyaksikan teater ini dan sebab lain adalah untuk membantu penonton memberikan focus terhadap kiub2 yang ingin digunakan terhadap babak babak tersebut.

mungkin cukup sampai disini beromong kosong mengenai teater ini. secara keseluruhannya bagi saya teater ini amat menghiburkan. tidak rugi membeli tiket kerana disajikan dengan persembahan yang amat mantap. namun, dari segi pengisiannya, kurang. kerana teater ini lebih bersifat komersial dan penekanan dan penyerakan nilai tidak begitu menonjol.

terima kasih atas cinta kerana memberikan peluang untuk melihat teater ini dua kali..=)

terima kasih cinta kerana sudi menemani..dah ada geng teater! =)


unik set ni. nilah 6 kiub tu. tolang depan belakang mengikut landasan yang disediakan.mcm lrt!!

February 11, 2011

Teruskan Menjanakan Transformasi atau Lakukan Transformasi Untuk Masa Depan?

Bismillah.Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Setelah akal membenarkan jari untuk berbahasa, tatkala terdetik melalui video rancangan Forum Bicara Rakyat di TV1 bersama rakan sekelas. Hati ini berbisik untuk merencanakan sesuatu untuk pandangan bersama.

Melalui video diatas, sudah pasti banyak yg kita boleh rungkaikan dan fikirkan sejenak mahupun berbenak. BN ternyata silap menghantar wakil untuk sesi tersebut. Kalamanathan merupakan ahli politik, selalunya ahli politik akan mempertahankan diri dia betul dan yg lain salah. Ternyata ada isu yg dibangkitkan Kalamanathan tidak ada kena mengena dgn Buku Jingga. Manakala PKR mewakilkan Pengarah Strategiknya utk menghapuskan spekulasi dan diperkuatkan dengan fakta yg begitu kukuh.

Bukan bermakna diri menyokong PKR mahupun BN. Segalanya melalui perspektif individu, Rafizi Ramli sememangnya hebat. Melalui pandangan saya, genarasi muda yang dimiliki oleh PR sangat berkualiti berbanding BN kerana PR memberikan platform yg kuat utk golongan muda yg bakal memimpin masa hadapan. Manakala, BN pula tidak menyediakan platform buat kaum muda dan disebabkan ketidakpercayaan golongan tua di atas sana terhadap BN mereka memilih PR.

Analoginya cukup mudah dan jelas dengan contoh seperti pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia. Malaysia membariskan ramai pemain muda utk mewakili Negara berbanding Indonesia yg menggunakan pemain yg berpengalaman serta yg di import. Malaysia menyediakan barisan utk kegunaan masa hadapan dan jangka masa panjang dan inilah yg digunakan oleh PR kini. Mereka memiliki barisan bakal pemimpin masa hadapan yang berkualiti atas kepercayaan dan kepentingan Negara masa hadapan.

Bagi saya, kedua-dua pihak lebih kurang sama. Apa yang dimiliki BN tak dipunyai PR. Apa yg dimiliki PR tak dipunyai BN. Begitu juga sebaliknya dalam konteks negatifnya. Selagi ianya berbaur politik. Ianya tidak pernah bersih, melainkan pemimpin itu ikhlas akan tugasnya.

Transformasi politik. Umum mengetahui Pakatan Rakyat (PR) sudah berjaya menawan Selangor,P.Pinang, Perak(kini BN) pada PRU 12 lalu. Mungkin disebabkan rakyat sudah tidak percaya akan kepimpinan kerajaan ketika itu atau pun mahu melihat sendiri perubahan yang boleh dilakukan oleh PR ini. Mereka memberikan peluang buat PR mentadbir negeri mereka. Setiap manusia harus diberikan peluang walau sekali. Hasilnya kita boleh nilai sendiri dengan bertanya kepada mereka yg berkenaan serta yg kita lihat dengan kaca mata sendiri. Rakyat kini sudah bijak dan bukannya ketinggalan. Arus teknologi maklumat yang begitu pesat mematangkan lagi pemikiran rakyat.

Sememangnya, perubahan serta pembangunan dan pentadbiran dalam skala yang besar menganbil masa yang begitu lama. Bukan mudah untuk mencapai bintang diangkasa. Setiap usaha perlu disertai dengan kesabaran. Kita bukannya ingin menguruskan Negara menggunakan ilmu sihir. Sekelip mata sahaja boleh membuahkan itu ini.

Terpulang kepada pembaca menilai mana satu yang lebih baik dan buruk. Terlalu banyak utk kita teliti satu persatu. Kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri. Rakyat bebas untuk memilih. Melalui pucuk pimpinan masa kini ternyata ianya membawa satu transformasi yang begitu kencang, namun jangan kita terlalu kabur dan termakan dengan kesenangan dan kestabilan Negara kini. Perlu juga diselami secara halus apa yg tersirat dan berlaku bukan secara kasar.

Apa yang dilakukan kerajaan dibawah pimpinan PM kita semakin mendapat perhatian rakyat secara kasarnya di media-media. Tanpa media boleh kita tahu akan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan? Seharusnya kita juga perlu memberi peluang kepada PM yang tidak sampai 5 tahun memimpin Negara. Jika ianya masih berlandaskan Islam yakni umat Islam tidak dikafirkan dan usaha pembangunan rohani masih berjalan. Maka tidak salah kerajaan kini terus diberikan mandate untuk memerintah. Kita perlu ingat bahawa bukan kita mengumpul kejayaan dunia semata, akhirat sana yang kekal lebih penting buat kita.

Selagi keamanan dan keharmonian yang kita kecapi kini tidak diganggu gugat oleh segelintir pihak. Nikmatilah ia dengan sekadarnya. Bersyukur dgn apa yg kita miliki sekarang jika dibandingkan dengan Negara lain yg sememangnya cemburu akan keharmonian kita . Bukan semua yang ada didunia ini cukup sempurna sifatnya, memang Allah menjadikan ianya berpuak-puak dan berkaum agar kita mengenali antara satu sama lain. (boleh rujuk surah Al Hujerat ayat 13) . Dia sememangnya Maha Adil dan ingin melihat manusia itu bersyukur akan kelebihan dan menilai daripada kelemahan agar tidak terus sesat dengan kelebihan yang hakiki.

Sampai disini sahaja cetusan akal daripada saya. Penulisan kedua saya yang berbaur politik Negara. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika ada salah silap. Bukan diri ingin melibatkan diri dalam kancah polotik, hanya sedikit komentar dan pandangan rakyat kecil yang ingin dikongsi bersama. Harap tiada salah faham dan tuduhan emosi terhadap diri. Sekian.

Wasalam.

link ke penulisan pertama yg berbaur politik : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

direncanakan khusus buat teman oleh Qiu Aril

February 4, 2011

masih tidak terlambat melayari ANDAI ITU TAKDIRNYA. coretan rasa terbit atas kehendak-Nya.by Qiu Aril


“Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

Satu ayat cukup utk sinopsis dan menggambarkan bahawa pembaca pasti terbawa dengan kisah yg sedih dan mampu meruntun jiwa yg halus.

Andai Itu Takdir-Nya. Novel yg diterbitkan pada 10 Julai 2007. Masih segar dlm ingatan ini, tarikh itu sebenarnya aku terlibat dlm Pertandingan Tarian ASAT Peringkat Kebangsaan. Ketika itu, hanya novel paksaan yg dibaca, iaitu Bukit Kepong. Ketika itu belum lagi hati kearah kesusasteraan dan bahasa. Masih bercita2 tinggi menjadi juruterbang.

Namun, dengan takdir-Nya, kini aku berada di bumi yg nyata tanpa awangan yg menjadi medanku. Menerusi tanah yg dipijak ini mempertemukan seorang insan yg membawaku menelusuri dunia novel ini.

Sudah lewat kiranya untuk aku membuat ulasan mengenai novel yg akan membantu penjualan naskah ini. Namun, atas dorongan dan kebaikan novel ini. Pasti ada sesuatu yg akan aku sampaikan.

Menurut kata pemilik novel, Andai Itu Takdir-Nya merupakan novel terbaik yg pernah dibaca dan dimilikinya. Bertanya apakah novel kedua terbaik, nyata tidak ada novel yg mampu setanding naskah ini.

Banyak sebenarnya kata yg boleh merungkaikan kehebatan novel ini. Namun, jalan cerita yang digarab begitu baik membuatkan pembaca tidak mahu keluar dari kehidupan Aleya. Seolah-olah kita boleh berada dalam situasi tersebut. Kehidupan yg boleh ditafsirkan dalam alam realiti sebenarnya lebih menggalakkan pembacaan.

Kita tahu akan kejahilan dan kekejaman Syed Aizril. Namun, tidak dapat dinafikan lelaki penuh ego. Dengan ego itu Syed Aizril menempah kebinasaan. Dia sebenarnya beruntung kerana terus diberi peluang oleh-Nya.

Ketabahan Nur Aleya semestinya dapat memberikan sumber inspirasi buat si pembaca. Kekuatan dan kesabarannya tidak ada tolok bandingnya. Walaupun, sukar untuk kita menemui insan seperti Nur Aleya ini dalam dunia nyata, namun mengapa kita tidak boleh menjadi sepertinya?

Novel ini sebenarnya banyak mengajar aku apa itu erti kehidupan yg penuh dengan CINTA ini. Bagaimana tanggungjawab kita terhadap cinta yg dimiliki oleh kita. Cinta kepada-Nya, cinta kepada keluarga, cinta pada sang yg disayangi dan dikasihi. Semuanya boleh dipelajari dan diiktibarkan melalui penceritaan yg sarat dengan kisah turun dan naiknya sebagai seorang manusia. Lumrah kehidupan.

Manis, masam kehidupan boleh dirasai melalui pembacaan. Kagum akan kehebatan penulis yg berjaya membawa pembaca merasai setiap babak yg ditampilkan.

Walaupun dalam aspek gaya bahasanya tidak terlalu melayang-layangkan pemikiran yakni bahasa nan indah mampu menyuntik kekaguman dan indahnya bahasa melayu itu sendiri. Cukup dengan nilai yg sememangnya sarat menutup kekurangan penulisan ini.

Sebagai selingan yg aku mampu terbitkan melalui penulisan ini. Buat mereka yg mencari-cari erti kehidupan dan yg pernah jatuh dan disakiti. Hanya dengan Allah kita mampu menyelesaikannya. Semuanya terkandung dalam kitab suci Al-Quran sebagai panduan kita sebagai hamba-Nya.

Sebenarnya banyak yg boleh kita perolehi jika kita rajin mencarinya. Bacalah. Sebutlah Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Menciptakan Hidup Ini.

Syabas Siti Rosmizah, anda mampu memberi pengajaran yg mendalam buat setiap pembaca. Terima kasih jua buat insan yg terus mendorong diri ini mengenali erti. Alhamdulillah. =)

Sekian. Terima kasih daun keladi. Melalui penulisan ulasan ini. Maka terbitlah susunan kata tanpa tauliah di bawah. =p

Wasalam.

“Rasa cinta itu terbit tanpa kita sedari.

Hadirnya ia tanpa pinta.

Hanya kuasa-Nya yg memberikan kekuatan.

Agar terus mencari kehebatan Cinta itu sendiri.

Dengan anugerah Agung-Nya ini. Mampu mengubah hitam kepada putih.

Tanpa anugerah itu, maka kehidupan ciptaan-Nya ini hanya kosong.

Hanya Maha Mengetahui yg lebih memiliki kehebatan ini.”

Disusun sebaiknya oleh Qiu Aril =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...