Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

March 8, 2011

Masalah Diri Ini. Takut Tegur. Nak Belajar. Ikhlas Tak?


Assalamualaikum.

Tatkala diri sentiasa melakukan kesilapan atas kekhilafan yg sememangnya fitrah kejadian manusia. Sekadar berkongsi dan memperingati pembaca dan diri saya sendiri akan lumrah kehidupan yg perlu kita hadapi ini. Penulisan ini adalah sekadar olahan semula melalui pengamatan peribadi dimana sebahagian artikel di ambil drpd iluvislam.com. terima kasih.

Kita tidak boleh lari daripada kesilapan dan kita juga tidak boleh lari daripada melihat kesilapan berlaku dihadapan mahupun dibelakang kita. Kadangkala diri terasa kecil dan tidak layak untuk menegur akan kesilapan orang lain. Siapalah diri ini dimata mereka yang ditegur. Besar sangat pangkat mahupun adakah cukup alim dan sudah mencerminkan diri sebelum menegur orang lain. Kadangkala juga kita takut untuk menegur atas sebab menjaga hati insan tersebut.

Bagaimanakah?

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Seterusnya, kita cuba mengaitkannya dengan unsur ikhlas. Manusia penuh dengan prasangka. Itulah sifat semulajadi. Namun, kadangkala prasangka ini boleh memudaratkan. Kita menuduh sesuatu walhal ianya tidak seperti yang disangkakan.

Dalam konteks hubungan sesama manusia, ramai yang masih keliru akan konsep ikhlas ini. Adakah ikhlas itu milik kita?

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.

Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;

Membantu seseorang sambil berkata,

" Ambillah, saya ikhlas. "

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,

" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas :

Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Maka, jangan sesekali bertanyakan atau berprasangka tentang ikhlasnya seseorang itu. Ianya boleh dilihat jika kita benar-benar jauh daripada sifat buruk sangka terhadap sesuatu yang dilakukan. Nilailah dengan mata dan hati. Sesungguhnya Allah yang lebih berhak menentukan ikhlas itu.

Manusia belajar daripada kesilapan. Janganlah terus menghukum seseorang itu atas sebab-sebab tidak mahu dia mengulangi kesilapan. Jika Allah mampu untuk memaafkan dosa setiap hamba-Nya yang memohon keampunan. Siapa kita di sisi Allah yang sememangnya kita jauh kecil berbanding Maha Besar. Terima dan akui kelemahan manusia. Beri peluang untuk mereka berubah dan belajar sesuatu.

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

Ingat Allah S.W.T pernah berfirman dalam ayat-Nya ;

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian adalah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. “[al-Hujurat:13].

Maka, dunia ini dicipta hanya untuk persinggahan sebelum menuju ke alam akhirat. Maka persiapkan diri dan laksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya agar perolah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Mungkin pengetahuan kalian sudah mengerti akan tujuan dan perkara-perkara yang perlu untuk menjamin kita memperolehi Syurga di akhirat kelak. Anggaplah ini sebahagian yang kecil untuk saling memperingati. Diri ini terlalu kecil dan berbakul-bakul dosa yang dipikul.

Alhamdulillah. Terima kasih kerana setia akan pembacaan hingga noktah yang terakhir. Moga diberkati Allah senantiasa. Amin.

Sekalung permohonan maaf jika ada kesilapan.

Wasalam.

March 6, 2011

catatan refleksi Lawatan Ke Terengganu Untuk TITAS

Assalamualaikum..

menulis tatkala ingin berkongsi pengalaman bermusafir di Kuala Terengganu bersama rakan2 satu batch PISMP Semester 1 IPG Kampus Bahasa Melayu.

Atas persetujuaan ramai, lawatan ke Kuala Terengganu ini akan dijalankan walaupun banyak khabar angin daripada mereka yg duduk diam drpd mereka yg bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja dan sebagainya. Terima kasih buat mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja2 tersebut.

tujuannya perjalanan ini adalah untuk memenuhi kehendak soalan tugasan subjek Tamadun Islam dan Asia dimana kami akan di bawa ke Taman Tamadun Islam untuk mencari maklumat2 yg berkaitan..urm..cukup ke xkawan2??

malas layan senang kata tentang “perang” atau masalah yg timbul sebelum perjalanan. program yg boleh dijadikan platform utk mengeratkan silaturahim antara kami terganggu akibat sikap2 yg xperlu ada dalam diri seorang guru. bukan hendak menuduh sesiapa. siapa yg wataknya hitam mahupun putih ataupun hanya lalang-lalang yg memenuhi latar cerita. jadikanlah ini sebagai wadah dan pengajaran yg bermakna buat kita semua agar tidak terlalu emosi dalam hal ini. bersikap professional dan kurangkan sikap batu api yg boleh memusnahkan sesubuah komuniti tersebut.

beralih pula kepada tentatif program yg telah dilaksanakan :-

4 MAC 2011

pergerakan bermula jam 6.30 dari Institut Bahasa. menggunakan 4 buah bas meluncur laju menuju ke destinasi. perjalanan pada waktu malam pasti menyebabkan ramai diantara kami mengambil peluang untuk gelombang delta. walau kadang kala terganggu akibat jalan yg berbonggol menyebabkan kami yg duduk di barisan belakang boleh terbang dr tempat duduk.

5 MAC 2011

setibanya kami di Adek Homestay jam 4 pagi. satu rumah untuk 60 orang penghuni. aku mengambil keputusan untuk tidur di dapur. terdapat satu sofa yg sememangnya sudah sinonim dgn ku kerana dirumah aku juga tidur di atas sofa bukan di bilik.=p

2 jam untuk melelapkan mata pasti tidak mencukupi. dikejutkan tatkala ramai yg beratur untuk mandi di tansdas yg terhad. usai melaksanakan solat di surau yg berdekatan, singgah di warung untuk minum pagi.

bungkusan sarapan kami yakni nasi dagang siap diisi di dalam perut. memulakan langkah bergerak ke Taman Tamadun Islam. pasti mereka yg berlensa akan memulakan aksi mereka. mereka yg tidak berlensa pasti akan beraksi dihadapan lensa sama seperti aku.

walaupun terdapat sedikit gangguan akibat tindakan reflek seseorang. memadamkan sedikit semangat aku untuk terus menghayati segenap aspek di TTI itu. oleh sebab itu aku tidak terlalu menyertai ‘Assabi2” yg lain. hanya berjalan bersama Zuliskandar yg merupakan rakan kongsi untuk menyiapkan tugasan. sedar diri yang kami tidak mempunyai sebarang kamera digital mahupun dslr. hanya menggunakan kamera 2 megapixel yg terdapat di telefon bimbit masing2. sehinggalah memori penuh dan kehabisan bateri membuatkan kami mengambil keputusan menumpang sekaki bersama pasangan Laila Ali dan Mariam Dalila. Terima kasih..=)

sehinggalah kelakuan aku ditegur oleh Anis Suhani, diri kembali bersemangat meneruskan penyelusuran di sungai menaiki bot. Selesai solat di Masjid Kristal yg pernah menjadi tumpuan dahulu. meneruskan perjalanan ke Muzium Terengganu.

di muzium?RM 5. sebenarnya, menurut pendapat aku. lawatan ke Muzium tersebut boleh dikatakan tidak sesuai dan tidak menepati selera kami. dengan lelah dan panas terik di TTI, kandungan muzium yg sedikit pun tidak memberikan input kepada aku. bukan hendak berlagak pandai atau apa2 persepsi yg boleh kalian timbulkan. Cuma, kami tidak begitu teruja akan gahnya muzium terbesar di ASEAN itu kecuali menyediakan bahan2 yg lebih merangsang kami untuk mempelajarinya juga menyediakan penghawa dingin!

setelah puas berjalan seiringan menyelusuri setiap genap ruang di muzium sambil menggalas lensa yg dilarang sama sekali menggunakannya, perjalanan yg sepatutnya ke Pasar Payang ditunda esok. Bagus. tindakan bijak oleh pemandu. kami yg keletihan perlu rehat dan waktu senggang agar perjalanan kami ini lebih bermakna. maka, Daisy Homestay menjadi persinggahhan kami. Alhamdulillah. kondusif didalamnya dan tidak seperti homestay sebelum ini yang tidak ubah seperti PATI yang diseledup jika kami berhimpit serapai 60 orang dalam satu rumah.-____-“

Tidur. Sebelum Maghrib terjaga untuk mandi dan makan malam yg dibungkus. bersiap sedia untuk ke IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. namun, rasa terkilan menyeliputi hati tatkala Bahasa Melayu yag dianaktirikan oleh Negara sendiri. tentang sekolah latihan mengajar yakni SK IPG KDRI tidak terlalu aku ambil kisah kerana di KL sendiri banyak sekolah2 disekitarnya. Namun, English Language Teaching Centre yg dibina gah di sebelah IPG KDRI ini membuatkan aku bertanya kepada rakan2. mengapa Bahasa Melayu tidak diberikan pusat latihan buat guru2 bahasa Melayu yg sememangnya tidak terlalu mahir akan bahasa. namun, apa yg mampu dibuat oleh diri, hanya mengeluh sahaja.

tamat forum yg diada-adakan itu. Cuma mengapa tiada sesi soal jawab?? tajuk perbincangan terlalu umum. namun, sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yg tidak berhenti berbicara. bagi aku fórum biarlah memberikan input utk pendengarnya. jika diberi peluang untuk bertanya, soalan aku akan berbunyi begini, “umum mengetahui profesión perguruan akan menghidangkan berjuta cabaran semasa mahupun dua masa. soalan saya buat sesiapa sahaja yang mampu menjawab akan pencarían jawapan saya, apakah cara atau method yg boleh digunakan atau dilaksanakan oleh bakal guru itu atau pihak IPG sendiri bagi menyediakan guru yang akan menghadapi cabaran semasa tersebut?bagaimana untuk menyediakan guru2 yang sanggup mengadapi cabaran tersebut?”

selesai persembahan puisirama yg mengundang tawa dan kekaguman itu. diri Cuma berterima kasih atas jamuan yg disediakan serta menumpangkan dewan untuk berforum. memang kita pun yang punya IPG tersebut. memang kita pun yang jadi tuan rumah..-_____-‘

menikmati masa lepak2 malam di Roti Hot-Hot untuk roti canai. selesai maka berkelana dirumah menonton televisyen dan refleksi sebelum melelapkan mata.=)

6 MAC 2011

hari untuk kami pulang. singgah di Pasar Payang untuk membeli belah barangan yg tak dapat murah di KL. Kat pasar pun jadi buat kami berjalan. =p setelah puas ditemani dan menemani mereka2 kalian2 aku2 dan dia2. perjalanan pulang aku dimulakan dengan bacaan novel yang sememangnya merangsang pembacaan aku. Nantikan review novel akan datang.haha.

perjalanan kami selamat tiba lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah berjalan lancar program yg dirancang ini. Sekalung penghargaan buat teman2 yang menemani dan bersama2 menghiasi hari di sana. semoga perjalanan yang seolah2 olah percutían ini, “sambil menyelam minum air”, pasti akan ada sesuatu yg boleh dijadikan kenangan buat kita bersama. =)

Terima kasih.

maaf kerana ada menyinggung melalui kata.

Wasalam.

pelensa dan pengaksi lensa


Persetian Pengakap...


Assabi..


A...B...C



novel ini bakal diulas..=) terima kasih atas novel...

February 25, 2011

Teater Muzikal TERIMA KASIH CINTA. ada cinta setelah saksikan pementasan ini??


Assalamualaikum

Teater Lagi??Muka memang muka penonton teater pun. Rasanya penjaga kaunter tiket di Istana Budaya mungkin sudah muak dgn muka aku ni. Tapi, kali ini. Terima Kasih Cinta(TKC) aku menyaksikannya pada dua hari berturut-turut. 19 dan 20 Februari 2010. satunya atas tiket free sebagai blogger.(hebat dan popular sangat ke blog aku ni??) dan dua tiket dibeli untuk menonton teater dgn orang yang meminati teater la..ajak tengok wayang dan teater tidak sama..=)

mungkin disebabkan aku diberi tiket free utk menyaksikan pementasan ini perlu membuat ulasan, aku merajinkan diri menulis sedikit. (ada pulak orang nak bace??huh??)

Menghiburkan. Semata-mata takut tidak seiringan pabila menonton teater yang diadaptasi ini. nasib baik ada juga insan yg menyimpan movie CINTA. apa lagi sedut dan tengok la penceritaannya malam sebelum tu juga. gigih ni. walaupun durasi filem ini lebih kurang 2 jam. aku saksikannya hingga 5 jam.kenapa? banyak kali pause atas kesibukan dan tugas refleksi.=p

mendapat maklumat drpd rakan2 di Istana Budaya bahawa ‘wagon’(iaitu pentas yg boleh turun naik tu) akan beroperasi semula pada pertengahan tahun ini. disebabkan tiada peruntukan utk menyelenggara pentas yang berjutaan Ringgit itu. maka pementasan TKC ini mungkin tidak menggunakan kecanggihan bertaraf antarabangsa tersebut. Cuma satu dua “FLY”(yang datang dari atas pentas 2) digunakan dalam pementasan ini. Cuma menggunakan 6 kiub yang boleh bergerak ke depan dan belakang. unik! (pada mulanya beranggapan bahawa set itu akan statik, namun teruja apabila ia mula bergerak kehadapan) SMART seyh! pelik jugak, dorg guna mesin apa eyh tolak kehadapan, rupa2nya setelah beberapa babak baharu perasan ada makhluk yg menolak set itu..-_____-“ tertipu jugak aku…

Lagu yang digunapakai dalam pementasan ini semuanya sedap2 belaka. kalau ada jual CD nak beli!! mcm melihat konsert pun ada jugak, sampai tahap kita pun boleh kata, “urm, nak nyanyi la 2…”. xdapat dinafikan juga gubahan yang terbaik oleh Roslan Aziz. Dikuatkan dengan suara2 merdu mereka yg menyanyi, menari dan berlakon serentak! credit to FEE, Fitri, Qhaud dan Ammar. korang memang gempak!

jalan cerita. urm. hari kedua melihat bersama insan yg tidak menonton filem melayu. CINTA merupakan filem melayu. maka ada perbezaan antara kami. saya sudah bertungkus-lumus menonton sendiri filem CINTA . dia yang tidak melihat filem CINTA sebelum melihat teaternya adakah faham akan jalan ceritanya.??respon beliau,” boleh faham laa..” bagi aku mungkin disebabkan perbezaan watak utama yg diklasifikasikan mengikut warna2 tertentu memudahkan penonton tidak keliru antara 5 kisah yang berlainan itu. syor saya, yang belum melihat filem walhal sudah yang melihat teater muzikalnya. tontonlah filem CINTA semula supaya tidak terlepas dan tertinggal nilai2 yang xdapat diselitkan dalam teater yang sememangnya terhad dari segi latarnya.

persembahannya. amat mempesonakan. tariannya sememangnya mengujakan. perjalanan jalan cerita ada turun naiknya. itu semua tugas pengarah. mungkin itu sahaja cara yang terbaik untuk memurnikan lagi perjalanan jalan cerita tersebut.

seperkara lagi. lampu Kalimantan yang dibuka kadangkala menyakitkan mata. rasa seperti sedang lena tidur dikejutkan dengan cahaya lampu yang terang benderang. silau! mungkin hendak menyegarkan mata2 mereka yg mungkin mengantuk ketika menyaksikan teater ini dan sebab lain adalah untuk membantu penonton memberikan focus terhadap kiub2 yang ingin digunakan terhadap babak babak tersebut.

mungkin cukup sampai disini beromong kosong mengenai teater ini. secara keseluruhannya bagi saya teater ini amat menghiburkan. tidak rugi membeli tiket kerana disajikan dengan persembahan yang amat mantap. namun, dari segi pengisiannya, kurang. kerana teater ini lebih bersifat komersial dan penekanan dan penyerakan nilai tidak begitu menonjol.

terima kasih atas cinta kerana memberikan peluang untuk melihat teater ini dua kali..=)

terima kasih cinta kerana sudi menemani..dah ada geng teater! =)


unik set ni. nilah 6 kiub tu. tolang depan belakang mengikut landasan yang disediakan.mcm lrt!!

February 11, 2011

Teruskan Menjanakan Transformasi atau Lakukan Transformasi Untuk Masa Depan?

Bismillah.Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.

Setelah akal membenarkan jari untuk berbahasa, tatkala terdetik melalui video rancangan Forum Bicara Rakyat di TV1 bersama rakan sekelas. Hati ini berbisik untuk merencanakan sesuatu untuk pandangan bersama.

Melalui video diatas, sudah pasti banyak yg kita boleh rungkaikan dan fikirkan sejenak mahupun berbenak. BN ternyata silap menghantar wakil untuk sesi tersebut. Kalamanathan merupakan ahli politik, selalunya ahli politik akan mempertahankan diri dia betul dan yg lain salah. Ternyata ada isu yg dibangkitkan Kalamanathan tidak ada kena mengena dgn Buku Jingga. Manakala PKR mewakilkan Pengarah Strategiknya utk menghapuskan spekulasi dan diperkuatkan dengan fakta yg begitu kukuh.

Bukan bermakna diri menyokong PKR mahupun BN. Segalanya melalui perspektif individu, Rafizi Ramli sememangnya hebat. Melalui pandangan saya, genarasi muda yang dimiliki oleh PR sangat berkualiti berbanding BN kerana PR memberikan platform yg kuat utk golongan muda yg bakal memimpin masa hadapan. Manakala, BN pula tidak menyediakan platform buat kaum muda dan disebabkan ketidakpercayaan golongan tua di atas sana terhadap BN mereka memilih PR.

Analoginya cukup mudah dan jelas dengan contoh seperti pasukan bola sepak Malaysia dan Indonesia. Malaysia membariskan ramai pemain muda utk mewakili Negara berbanding Indonesia yg menggunakan pemain yg berpengalaman serta yg di import. Malaysia menyediakan barisan utk kegunaan masa hadapan dan jangka masa panjang dan inilah yg digunakan oleh PR kini. Mereka memiliki barisan bakal pemimpin masa hadapan yang berkualiti atas kepercayaan dan kepentingan Negara masa hadapan.

Bagi saya, kedua-dua pihak lebih kurang sama. Apa yang dimiliki BN tak dipunyai PR. Apa yg dimiliki PR tak dipunyai BN. Begitu juga sebaliknya dalam konteks negatifnya. Selagi ianya berbaur politik. Ianya tidak pernah bersih, melainkan pemimpin itu ikhlas akan tugasnya.

Transformasi politik. Umum mengetahui Pakatan Rakyat (PR) sudah berjaya menawan Selangor,P.Pinang, Perak(kini BN) pada PRU 12 lalu. Mungkin disebabkan rakyat sudah tidak percaya akan kepimpinan kerajaan ketika itu atau pun mahu melihat sendiri perubahan yang boleh dilakukan oleh PR ini. Mereka memberikan peluang buat PR mentadbir negeri mereka. Setiap manusia harus diberikan peluang walau sekali. Hasilnya kita boleh nilai sendiri dengan bertanya kepada mereka yg berkenaan serta yg kita lihat dengan kaca mata sendiri. Rakyat kini sudah bijak dan bukannya ketinggalan. Arus teknologi maklumat yang begitu pesat mematangkan lagi pemikiran rakyat.

Sememangnya, perubahan serta pembangunan dan pentadbiran dalam skala yang besar menganbil masa yang begitu lama. Bukan mudah untuk mencapai bintang diangkasa. Setiap usaha perlu disertai dengan kesabaran. Kita bukannya ingin menguruskan Negara menggunakan ilmu sihir. Sekelip mata sahaja boleh membuahkan itu ini.

Terpulang kepada pembaca menilai mana satu yang lebih baik dan buruk. Terlalu banyak utk kita teliti satu persatu. Kedua-duanya memiliki kelebihan tersendiri. Rakyat bebas untuk memilih. Melalui pucuk pimpinan masa kini ternyata ianya membawa satu transformasi yang begitu kencang, namun jangan kita terlalu kabur dan termakan dengan kesenangan dan kestabilan Negara kini. Perlu juga diselami secara halus apa yg tersirat dan berlaku bukan secara kasar.

Apa yang dilakukan kerajaan dibawah pimpinan PM kita semakin mendapat perhatian rakyat secara kasarnya di media-media. Tanpa media boleh kita tahu akan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan? Seharusnya kita juga perlu memberi peluang kepada PM yang tidak sampai 5 tahun memimpin Negara. Jika ianya masih berlandaskan Islam yakni umat Islam tidak dikafirkan dan usaha pembangunan rohani masih berjalan. Maka tidak salah kerajaan kini terus diberikan mandate untuk memerintah. Kita perlu ingat bahawa bukan kita mengumpul kejayaan dunia semata, akhirat sana yang kekal lebih penting buat kita.

Selagi keamanan dan keharmonian yang kita kecapi kini tidak diganggu gugat oleh segelintir pihak. Nikmatilah ia dengan sekadarnya. Bersyukur dgn apa yg kita miliki sekarang jika dibandingkan dengan Negara lain yg sememangnya cemburu akan keharmonian kita . Bukan semua yang ada didunia ini cukup sempurna sifatnya, memang Allah menjadikan ianya berpuak-puak dan berkaum agar kita mengenali antara satu sama lain. (boleh rujuk surah Al Hujerat ayat 13) . Dia sememangnya Maha Adil dan ingin melihat manusia itu bersyukur akan kelebihan dan menilai daripada kelemahan agar tidak terus sesat dengan kelebihan yang hakiki.

Sampai disini sahaja cetusan akal daripada saya. Penulisan kedua saya yang berbaur politik Negara. Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika ada salah silap. Bukan diri ingin melibatkan diri dalam kancah polotik, hanya sedikit komentar dan pandangan rakyat kecil yang ingin dikongsi bersama. Harap tiada salah faham dan tuduhan emosi terhadap diri. Sekian.

Wasalam.

link ke penulisan pertama yg berbaur politik : PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

direncanakan khusus buat teman oleh Qiu Aril

February 4, 2011

masih tidak terlambat melayari ANDAI ITU TAKDIRNYA. coretan rasa terbit atas kehendak-Nya.by Qiu Aril


“Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?”

Satu ayat cukup utk sinopsis dan menggambarkan bahawa pembaca pasti terbawa dengan kisah yg sedih dan mampu meruntun jiwa yg halus.

Andai Itu Takdir-Nya. Novel yg diterbitkan pada 10 Julai 2007. Masih segar dlm ingatan ini, tarikh itu sebenarnya aku terlibat dlm Pertandingan Tarian ASAT Peringkat Kebangsaan. Ketika itu, hanya novel paksaan yg dibaca, iaitu Bukit Kepong. Ketika itu belum lagi hati kearah kesusasteraan dan bahasa. Masih bercita2 tinggi menjadi juruterbang.

Namun, dengan takdir-Nya, kini aku berada di bumi yg nyata tanpa awangan yg menjadi medanku. Menerusi tanah yg dipijak ini mempertemukan seorang insan yg membawaku menelusuri dunia novel ini.

Sudah lewat kiranya untuk aku membuat ulasan mengenai novel yg akan membantu penjualan naskah ini. Namun, atas dorongan dan kebaikan novel ini. Pasti ada sesuatu yg akan aku sampaikan.

Menurut kata pemilik novel, Andai Itu Takdir-Nya merupakan novel terbaik yg pernah dibaca dan dimilikinya. Bertanya apakah novel kedua terbaik, nyata tidak ada novel yg mampu setanding naskah ini.

Banyak sebenarnya kata yg boleh merungkaikan kehebatan novel ini. Namun, jalan cerita yang digarab begitu baik membuatkan pembaca tidak mahu keluar dari kehidupan Aleya. Seolah-olah kita boleh berada dalam situasi tersebut. Kehidupan yg boleh ditafsirkan dalam alam realiti sebenarnya lebih menggalakkan pembacaan.

Kita tahu akan kejahilan dan kekejaman Syed Aizril. Namun, tidak dapat dinafikan lelaki penuh ego. Dengan ego itu Syed Aizril menempah kebinasaan. Dia sebenarnya beruntung kerana terus diberi peluang oleh-Nya.

Ketabahan Nur Aleya semestinya dapat memberikan sumber inspirasi buat si pembaca. Kekuatan dan kesabarannya tidak ada tolok bandingnya. Walaupun, sukar untuk kita menemui insan seperti Nur Aleya ini dalam dunia nyata, namun mengapa kita tidak boleh menjadi sepertinya?

Novel ini sebenarnya banyak mengajar aku apa itu erti kehidupan yg penuh dengan CINTA ini. Bagaimana tanggungjawab kita terhadap cinta yg dimiliki oleh kita. Cinta kepada-Nya, cinta kepada keluarga, cinta pada sang yg disayangi dan dikasihi. Semuanya boleh dipelajari dan diiktibarkan melalui penceritaan yg sarat dengan kisah turun dan naiknya sebagai seorang manusia. Lumrah kehidupan.

Manis, masam kehidupan boleh dirasai melalui pembacaan. Kagum akan kehebatan penulis yg berjaya membawa pembaca merasai setiap babak yg ditampilkan.

Walaupun dalam aspek gaya bahasanya tidak terlalu melayang-layangkan pemikiran yakni bahasa nan indah mampu menyuntik kekaguman dan indahnya bahasa melayu itu sendiri. Cukup dengan nilai yg sememangnya sarat menutup kekurangan penulisan ini.

Sebagai selingan yg aku mampu terbitkan melalui penulisan ini. Buat mereka yg mencari-cari erti kehidupan dan yg pernah jatuh dan disakiti. Hanya dengan Allah kita mampu menyelesaikannya. Semuanya terkandung dalam kitab suci Al-Quran sebagai panduan kita sebagai hamba-Nya.

Sebenarnya banyak yg boleh kita perolehi jika kita rajin mencarinya. Bacalah. Sebutlah Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Menciptakan Hidup Ini.

Syabas Siti Rosmizah, anda mampu memberi pengajaran yg mendalam buat setiap pembaca. Terima kasih jua buat insan yg terus mendorong diri ini mengenali erti. Alhamdulillah. =)

Sekian. Terima kasih daun keladi. Melalui penulisan ulasan ini. Maka terbitlah susunan kata tanpa tauliah di bawah. =p

Wasalam.

“Rasa cinta itu terbit tanpa kita sedari.

Hadirnya ia tanpa pinta.

Hanya kuasa-Nya yg memberikan kekuatan.

Agar terus mencari kehebatan Cinta itu sendiri.

Dengan anugerah Agung-Nya ini. Mampu mengubah hitam kepada putih.

Tanpa anugerah itu, maka kehidupan ciptaan-Nya ini hanya kosong.

Hanya Maha Mengetahui yg lebih memiliki kehebatan ini.”

Disusun sebaiknya oleh Qiu Aril =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...