Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

June 16, 2011

Nora Elena Bt Nordin ‘date’ dengan aku di Cuti Semester =)


Assalamualaikum..

Selamat sejahtera ke atas kamu(sama je kan ngan atas?) dan Salam Sayang!

Nora Elena. Siapa? Awek baru? Memang pun. Haha. Tak perlu beritahu mungkin semua umum sudah mengenali beliau. Jika tidak salah tanggapan aku, mungkin ia menjadi fenomena dalam kalangan penonton televisyen kini.

Hari khamis. 16 Jun 2011. Tamat sudah 24 jam. Bagus jugak habis minggu ini sebab minggu hadapan akan berada di IB semula. Bermakna waktu riadah petang aku tidak akan diganggu oleh awek ni.

Mana tidaknya, 2 minggu terakhir aku tidak melepaskan satu hari bersamanya pun bersama DIA pada jam 7 petang. Sanggup tak pergi main futsal petang-petang semata nak ‘date’ bersama Nora Elena.

Sebenarnya, Nora Elena merupakan kekasih kedua yang membuatkan aku setia mengikuti kesemua episodnya selepas Nur Amina( Nur Kasih).

Namun, pada awalnya aku tidak tahu akan kewujudan Nora Elena sehinggalah “Jiran Mei” aku mengenalkan beliau kepada aku setelah meminta Novel Kasih Yang Suci miliknya dikembalikan semula daripada pinjaman pukal Ibu aku.

Daripada perkenalan itulah aku tahu akan kewujudan Elena. Pada awal perkenalan, kerap kali aku menghampakan Elena. Selalunya aku akan bersama beliau selepas mandi petang lepas Maghrib(sebab riadah sampai azan dan terus mandi) dengan bertuala dan memegang bekas mandi hingga jam 8 di foyer tingkat 12(aras aku la) bersama peminat-peminat yang boleh tahan bilangannya. Penuh juga sofa sebab selalu aku dengan Nora berdiri saja.

Sebenarnya juga, aku dah tahu jalan cerita drama ni. Sebab Nora merupakan kekasih gelap aku. Haha. Bukanlah, aku baca sinopsis belakang Novel Kasih Yang Suci dah tahu penamat ceritanya. Tak percaya pergi beli kat kedai buku. Jangan pinjam kat jiran Mei aku sebab aku merupakan waiting list peminjam. Haha. (nak baca novel lagi ke??)

Dekat foyer la aku lagak macam pengarah sebab kerap kali cakap kat admire2 awek aku ni yang Nora kena rogol dengan Seth. Pun dorang tak percaya..-____-“. Cakap Amir jugak. Ibu pun sama.Sabar je la, aku sudah baca belakang novel ok! Aku tahu laa…

Maka, pada cuti semester 3 minggu ini aku mengambil hati Elena semula dengan menggantikan jam kami dengan menontonnya di You Tube.( terima kasih Jiran Mei sebab beritahu kewujudan beliau disitu). Tiada la aku tercari-cari Elena merata tempat kan? Maka, 24 Jam bersamaan 24 episod kan?, aku bersama Elena.

Berbalik kepada jalan cerita, sebuah cerita yang mudah difahami dan menarik. Ada konflik, mesej, dan sebagainya. Korang puas hati tengok drama ni tak? Mestilah puas hati sebab hari-hari kat depan tv tengok awek aku ni kan?

Sebab musabab aku ingin mendekati Nora kerana akulah Seth Tan. Haha. Tiada ‘point’ sebenarnya. Sepanjang bersama Nora aku memang terlalu menyokong Seth dan tidak menyukai Syahrul Eidham(Eid). Kenapa? Sebab aku kan Seth! Berapa kali nak cakap?

Mungkin sebab sifat Seth yang penyabar, setia, penyayang dan anda sendiri yang tolong isikan tempat kosong untuk aku, __________, __________, dan sebagainya. Kesimpulannya, ketabahan Seth dengan Nora atau cintanya itu membuatkan aku kagum. Ada ke lelaki tu kat dunia ni? Ada ok. Korang je yang tak pandai menilai dan memerhati. Haha.

Adakah aku Seth Tan? Benar, itu merupakan jawapan mereka yang menjadi Elena aku. Haha. Berangan lebih. Kalau tidak percaya kahwin la dengan aku!! Tapi sebelum kahwin pun dah boleh kenal kan? Dan carilah sendiri persamaan tu. Bajet gile mamat ni!(mesti dalam hati korang kan?)=p

Untuk hari terakhir aku bersama Elena sebelum aku ‘break’ dengan dia, kenapa anak dia kena culik? Haha. Sebab Seth Tan tak azankan lepas bayi tu lahir. Kan Syaitan(Yvonne) dah culik. Kalau tak mesti baby menangiskan jika nampak Syaitan yang direjam. Ni tak, senyap je baby tu. Haha. Ok mengarut!

Sebelum mengakhiri kisah cinta aku dengan Elena, hargailah manusia yang menyayangi anda walaupun dia orang yang kamu benci. Kelak, ia akan pergi meninggalkan. (kesah pulak!). seperti kata Elena sebelum putuskan hubungan denganku, “jangan melarikan diri daripada kebahagiaan sendiri’.

Terima kasih sebab setia bersama kata-kataku. Semoga Allah merahmati kamu. Kepada manusia yang nak mengutuk aku setelah membaca tulisan ini, terima kasih sebab baca hingga ayat ni. Mesti nak cakap aku ni bajet, jiwang, entah apa2, pondan atau gay ke atau mesti tak sembahyang tengok tv masa Maghrib kan.haha. Satu je aku nak cakap, Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku, Matiku adalah untuk Allah S.W.T. korang pun baca setiap kali mendirikan solat. (tak de papepun, sengaja nak buat penyerapan dalam setiap post!)

Akhir ni, antara ungkapan aku = Seth :

1) “saya buat semua ni sebab sayang awak sangat-sangat.”

2) “setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua”

3) “saya akan tunggu sehingga awak terima saya sepenuhnya, saya percaya manusia akan berubah”

4) “kenapa tak bagitahu saya??”

5) “awak nak buat apa buatlah, saya terima sahaja sebab saya sayang awak”

Dan lain-lain lagi yang tidak dinyatakan disini. Nak dengar ayat ni keluar dari artikulasi aku, maka berhubunganlah denganku. Haha. Sudi? =)

Nak p/s jugak : rambut aku dah potong mcm Seth tadi. Sebenarnya tak nak mcm tu, tapi kalau potong di kedai murah selalunya tak dapat seperti yang diinginkan. Haha. Tak pelah, kalu GOJES sangat budak batch baru masuk akan ‘fall’ dan ‘flirt’ ngan aku pulak! Haha. [(bajet gile wei! Sedar lah diri!) dalam hati korang kan?haha.jahat-jahat! ]

lagi satu, aku hanya bermadah sahaja cakap aku ni Seth. Tapi tidak mustahil ada manusia seperti PERWATAKANNYAkan? Kalau ada adalah, akalu tak da takdelah.


ni novelnya...



ni mamat perasan GOJES tu..haha..nak MENUNJUK bukan show off ok!


June 9, 2011

KL Gangster yang Baik!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. di TGV Wangsa Walk bersama Zuliskandar, Qusairee dan Pengantin Baharu(Abg Kepada Qusairee. bukan Abang Long FAdil) dapat juga merubut kerusi yang dipenuhi oleh budak2 sekolah yang tengah cuti ni. Penuh Habaq ang..ni pun tulis review sejurus balik dari panggung! hebat x?

Petanda yang baik utk hari pertama tayangan dan mungkin akan terus MELETUP utk beberapa minggu lagi mungkin jika tugas2 sebegini dilakukan oleh org macam aku yang menulis review dan menggalakkan anda semua menonton..haha..=)

Memuaskan dan Memberikan Senyuman kepuasan setelah Aaron Aziz berkata "Allah S.W.T" diakhir dialog. Nak dengar? tengoklah sampai habis..apapun jangan lah tunggu keluar kat internet korang download pulak..korang ingat tak penat ke berlakon, berlawan gempak2 macam mereka? bayarlah hasil titik peluh dorang tu..cuba kalau korang yang berada di tempat diaorang pulak? haha..ye la..aku ni cakap mcm tak pernah pulak tgok movie download..tapi, filem2 bagus macam ni PATUT ditonton diwayang SAHAJA. barulah menyokong filem kita. Ingat slogan? Filem kita Wajah Kita??

Ok. cukup bagi ceramah free. bakal Cikgu yang tak KAYA ni memang suka lecture orang je..

Ok review bermula di sini. Tipulah trailer filem KL Gangster ni xberjaya menarik org ramai utk serbu panggung. Ayat2 Abang Long, Ayahda sume keluar mesti seronok kan? Lu Gua, lu gua..Ade pulak si Zizan Raja LAwak..dan Soffi Jikan. Abang Aku, Adi Putra..(muka ada orang cakap sama =P) Aaron Aziz dan Pengarahnya sendiri, Shamsul Yusof melakonkan watak mereka dengan cukup berkesan. Bagi aku dalam cerita ni Shamsul yang buat cerita dia yang buat kelam kabut cerita. haha. Itu baik, bukan mengutuk ok. Bermakna jalan cerita yang boleh diterima dan mudah difahami jika ada watak suka buat hal ni barulah dipanggil konflik cerita kan??

Pada mulanya cerita pasti ada permulaan, namun pada babak aksi pertama cerita sedikit mengganggu dengan camera work (dengan izin), atau kerja kamera yang sedikit menyakitkan dan memeningkan dengan melilau sana-sini. jika camera still mungkin penonton boleh menyaksikan aksi tersebut dengan baik. memang la ada kejar mengejar. tetapi tak perlu mengajak penonton terkejar-kejar anak mata..=)

tetapi, itu cuma di awal pembikinan, mungkin mereka tersedar dan tak mampu nak re-shoot balik kan? budjet kecik maa..ingat Hollywood ke??apapun, sehingga akhir babak, camera work tidak lagi menyeksakan.

seterusnya, jalan cerita yang mudah difahami dan mempunyai mesej2 yang dapat diterima penonton. sebelum lihat aksi di panggung wayang, buka laman web cari behind the scenes la dulu, apa tujuan cerita dan harapan. Alhamdulillah, apa yang dihasratkan oleh Pengarah bagi aku dapat mendidik dan semoga ia dapat juga menyedarkan budak-budak yang baru nak up jadi manusia yang rosak atau tiada arah tuju ni supaya fikir balik jalan yang diaorang fikir sebelum terlambat..mesti tak nak mati bodoh sebab gaduh kan? ingat mati itu ditangan Allah sahaja bukan manusia..

Menghiburkan, Penuh Aksi, dan membuatkan kita mahu filem ini dipanjangkan..Abang Shamsul, mesti nak buat KL Gangster 2 kan??sebab laku..huhu..macam Evolusi KL Drift tu..apa kata lepas ni kisah bukan KL plak..negeri lain pun ada yang lebih Dahsyat kan??apalagi start research dan making a script laa..=)

Tiada apa yang ingin aku bebelkan lagi jika segalanya baik. selalunya orang yang berleter dan memekik ni sebab benda tak baik je kan??benda baik dan bagus mesti senyap je..susah nak ingat..benda-benda xbagus, jahat, tak baik je yang orang kenang hingga ke liang lahad.

Cuma, saya berharap review ni diterima oleh pembaca sekalian, kalau tak sependapat pun dengan pendapat korang. its okay, masing2 tak dapat bayaran menulis review kan??bermakna, nak ambil tak nak ambil itu hak anda.

kepada mereka yang belum menyaksikannya, saksikan di panggung-panggung yang mungkin tak ramai datang, sebab kalau yang familiar tu mungkin akan penuh. oleh itu, buat tempahan secara dalam talian atau bahasa korang online..=)

Selamat menonton dan semoga wang baziran anda membeli tiket ini memberikan kepuasan dan membayar segala keringat krew produksi KL Gangster ini.

Sekian. terima kasih..=)


aksi yang mengemparkan!! (gmbr drpd KL Gangster FB Fan Page)



ingat masuk penjara best ke? Gangster keluar terus insaf tak nak masuk..korang ngada2 nak jadi gangster pailang??(gambar drpd KL Gangster FB Page)



babak ni yang pening mula-mula tu..nampak tak baju coklat belakang macam aku??haha..
(gambar KL Gangster FB Fan Page)

June 7, 2011

nak kaya DUNIA atau nak kaya AKHIRAT?

Assalamualaikum..

sekadar perkongsian, harap dapat luangkan masa mendengar ceramah percuma ni..

hati terdetik tatkala terbaca 15 ciri-ciri wanita idaman syurga dan menonton drama Juvana yang mungkin saudara/saudari telah umum mengetahui kisah jadi CIKGU tidak kaya itu..

maka, untuk penulisan kali ini, aku gabungjalinkan kedua-dua aspek tersebut..

sebelum tu hayati dan selami dahulu ciri-ciri wanita idaman syurga ni..:-

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

sebenarnya, sebab tidak ada kitab-kitab agama ni, maka gunalah teknologi tanpa sempadan ni..taip jugalah yang lelaki punya..TIDAK ADA??..urm..

walaubagaimanapun, sebenarnya tiada beza jika ingin dibandingkan lelaki mahupun wanita..kedua2nya merupakan hamba Allah yang layak mendapat nikmat syurga kelak..

baiklah. fokus sampingannya pula tentang kekayaan di dunia ini..mungkin sesetengah masyarakat mengatakan bahawa harta dan wang ringgit amat penting masa kini. nak bagi anak bini makan ape? pasir? ingat cukup kenyang ke dengan kasih sayang kau tu? macam2 ayat dah kita dengar..tetapi, dimanakah pihak kita??

memang tidak dapat dinafikan, tetapi janganlah kerana mengejar kekayaan dunia kita lupa akan tujuan sebenar kehidupan kita didunia ini..ok..perkara yang sama diulangi yang mungkin anda semua sudah tahu..

diri ini bukanlah bercakap dan menegur kerana aku sudah ada imuniti yang dah pasti akan menghuni syurga kelak..sama seperti Fina yang ada imuniti dan layak automatik ke Final AF9 tu..haha..tetapi, aku bercakap kerana dakwah itu berterusan..waima saudara baru Islam juga boleh menyampaikan teguran kepada mereka yang Islam sejak dalam perut asalkan ingin menuju ke arah kebaikan..

berbalik semula ketopik asal, kalau kita renung kembali, sebenarnya tidak mahal harga wang yang kita perlu bayar untuk kesyurga.sekejap, nanti ada plak yang nak loyar buruk cakap beli Quran, sejadah, tasbih, sejadah telekung guna duit!..ok..baiklah..gunalah duit juga, tapi tiadalah semahal nak membayar yuran pengajian ke, cukai pintu, duit perlindungan insuran berbagai tu..

nanti dulu, ada yang dh faham dan insaf sikit ke baca benda ni sebelum ke isi seterusnya dan konklusi??=p

baiklah..seterusnya, tidak terlalu susah sebenarnya jika hendak kesyurga jika kita berusaha mengejarnya..tak ada wang pendahuluan..tiada yuran tahunan dan caj-caj lain..hanya mematuhi segala ajaran-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya..contohnya, solat..aduh beratnya..baca Quran..alaa..xpandai la..baca novel lagi best..boleh layan..

sebenarnya manusia malas suka mencari alasan..jangan kerana tidak pandai jawi xbermakna itu sijil besar kita tinggalkan Quran..kenapa tiada usaha untuk belajar??kalau matematik untuk exam boleh usaha sikit nak belajar..kenapa jawi yang semudah A.B.C tidak mahu belajar??

Allah..SubhanaAllah..sengaja tulis..kan korang baca dalam hati..kan zikir tu..sebut nama Allah pun dapat ganjaran tau..ingat topup Hotlink saja ada Rewards??topup guna modal..sebut hati guna modal tak??huhu...

semuanya berbalik kepada masa..harga masa yang kita juga perlu bayar untuk luangkan kepada Allah..kalau dalam tempoh 24 jam..agak2 tolak tambah amalan kita seharian mungkin tidak sampai satu jam bukan? hey, better do than never ok..tidak kisahlah kalau setengah jam..asalkan kita ada usaha..tak perlu kot bagi orang nampak..oh dia ada spend masa nak beribadah..tak tunjuk pun..Yang Di Atas Maha Mengetahui..

berbalik lagi kepada diri kita sendiri..apa yang kita mahu didunia ini..kaya dunia tidak di akhirat..miskin dunia kaya akhirat..atau kaya dunia dan akhirat..anda pilih..

cukuplah bersyarahan kali ini..benda ni dah ulang berjuta kali kat luar..cuma, kita sahaja yang hendak mengambilnya atau tidak..cuma, penyampaiannya sahaja berbeza..

mulakan usaha dengan melakukannya dengan kerap..contoh seperti solat dan baca Quran itu setiap hari..kelak ia akan menjadi kebiasaan..tidak percaya??cubalah..kalau kita dah biasa mandi..kadangkala kita mesti tidak selesa jika tidak mandi bukan??ok.. mandi tak relevan.. makan..siapa yang tak biasa makan disini??

konklusinya, aku tidak mahu buat konklusi. aku mahu korang sendiri yang buat refleksi dan rumusan apa yang cuba disampaikan oleh aku dan orang-orang lain yang sama wacananya dengan aku..yang baca blog aku ni sumua dah besar panjang dan bijak kan? pandai membezakan antara hak dan batil. maka, lu pikirlah sendiri..

terima kasih. maaf atas keterlanjuran dalam berkata-kata. semoga Allah merahmati kamu.
Wasalam..=)

beginikah rupa Syurga kelak?yang dibawahnya mengalir air-air??Wallahualam..

June 6, 2011

satu ketika. satu malam. satu kenangan.


Assalamualaikum.

satu ketika, tatkala menghantar bonda ke hospital lewat jam 11 malam untuk mendapatkan rawatan asma. dilatari cahaya lampu jalan yang jingga dalam kereta, terduduk ku sendirian sementara menunggu di luar hospital untuk mengelakkan bayaran parking di dalam kawasan hospital.

melabuhkan kereta, berlatarkan lukisan manusia dengan bangunan-bangunan konkrit. terpandang bangunan berkembar yang dikagumi segera memalingkan kenderaan mencari latar alam yang lebih mendamaikan. lebih tenang dan amat sesuai untuk merenung jauh, berangan, mengenang mahupun bergenang.

melatari warna hijau si pokok waktu malam dan hospital bersalin yang mungkin melahirkan jutaan manusia, terkenang aku akan satu peristiwa 7 Jun 2010 yang lalu. bukan di wad yang sama, tetapi Wad 13 Katil No.1 untuk 5 hari 4 Malam.

Alhamdulillah, dengan kuasa-Nya, segalanya berjalan lancar dan Dia masih membenarkan nikmat-Nya diamati dengan penuh syukur dan udara-Nya dihelus penuh syahdu.

namun ada satu malam yang bisa meruntun perasaan serta menyemarakkan segala fungsi dalaman badan tatkala peristiwa yang akan aku kenang entah sampai bila.

ruang masa yang lama bertemankan kesunyian membenarkan aku mengenang dan menilai sejauh mana perjalanan aku sejak malam itu.

perjalanan yang berusia setahun ini,
penuh cahaya terang ,malap ,kegelapan,
lumrah alam kehidupan dunia.

aku tak mampu sembunyikan dan hilangkan perih dihati mengenangkan.

aku masih dilema,
meneruskan atau berhenti,
aku bukan mudah menjadi pengalah,
namun kadang situasi melemahkan.

segala yang dilimpahkan,
segala yang dicanagkan,
segala yang diimpikan,
segala yang dibazirkan,
bukan sengaja dipersiakan.

Bukalah mata,
Aku berdiri tegak meneruskan,
Banyak yang dah ada yang aku tak ada,
Mungkinkah aku yang tidak sekaya,
Mungkinkah aku yang tidak bergaya,
Haruskah aku yang tetap,
haruskan aku?

terkenang kata Opah,
"berikan kebahagiaan kepada orang lain, kelak kebahagiaan akan menghampiri diri"

Ya Allah Yang Maha Mengasihani,
Hanya pada-Mu tempatku memohon restu dan redha-Mu.
Amin.




June 5, 2011

dan ia berulang kembali..

Assalamualaikum..

apa yang berulang kembali? mungkin banyak..maka, terus kepada agenda utama. tatkala diri masih kepenatan dan kelenguhan akibat Adidas All 24 Futsal Challenge di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara sebentar tadi.

Dibawah lembayung kata, peristiwa yang berulang kembali. sebenarnya kisah berkaitan dengan kejohanan Futsal juga..cuma mahu berkongsi..manalah tau nanti anak cucu boleh kaji sejarah bapak atuk mereka satu hari nanti di internet??

yang berulang kembali ialah KEKALAHAN DI PERINGKAT 16 PASUKAN TERAKHIR ATAU PUSINGAN KEDUA KEPADA PASUKAN BUDAK INDIA (macha la senang..).

untuk kejohanan kali ini peristiwa ini berulang kali buat kali ketiga..dan sememangnya kami menjangkakan akan kekalahan kami..badi mungkin? hasrat hendak menghapuskannya belum tercapai..kena mandi bunga la kot ni..haha..

Kali pertama ketika di Tingkatan 4 untuk Kejohanan Hidup Bola Milo..seperti biasa permualaan yang baik di awal kejohanan, namun terkandas kepada pasukan macha ni..

keli kedua pula ketika Kejohanan Nike Cup di Dataran Merdeka tahun 2010 yang lalu. di peringkat KL Sentral dh gempak dah jadi juara keseluruhan..menang 25 perlawanan..bermakna secara automatik ke peringkat akhir di dataran merdeka..peringkat awal juga menyerlah..sehingga tiba ke pusingan kedua..dua langkah lagi untuk pergi ke Brazil!!namun, tewas lagi di tangan macha..

ada entry untukNike Cup lepas..klik sini.

maka, hari ini, kali ketiga kami kalah kepada Macha..=/

juga, pernah kami terkandas untuk keperingkat separuh akhir gara-gara dibatalkan penyertaan kerana terlibat dalam pergaduhan. sebenarnya mereka yang kalah dan bawak kaum duduk tepi court psiko2..pastu kena titik dgn kitorang xpuas hati dan terus serang kitorang..kitorang yang buat tak ambil kesah dgn ajakan pergaduhan itu juga menjadi mangsa..kejohanan Junior Sport Carnival anjuran TV3..2007..=(

menang kalah kejohanan bukan matlamat kami..tak pernah meletakkan sasaran pun..sebab kami bukannya pasukan yang ada pihak pengurusan bagai..cuma bekas2 budak aktif skola a.k.a atlet yang ingin bersama seperti zaman persekolahan dahulu..

kami terdiri daripada budak bola, hoki, olahraga malahan budak biasa. kebiasaan kami bermain bersama membuatkan kami boleh pergi jauh..hahaha..mana pihak yang nak sponsor jadikan kami pasukan pro apa salahnya..=p

apapun jua, aku tetap gembira dengan pencapaian kami. yang pentingnya ukhuwah yang sudah lama terjalin mensti dieratkan dan dikukuhkan.

mungkin kerana kami tiada latihan. bidan terjun dan underdog. main cuma untuk suka-suka.

terima kasih kepada pembaca yg sedia mendengar perkongsian ini.

sekian..=)

Wirazurai FC @ Nike Cup Final


Wirazurai FC @ JSC.TV3. (ade muka suka gaduh tak???)


tak main bola je..ni kat Stadium KPM tau..xtahu lgi ada IB atas tu...=p)


atlet Pusat Sukan Negeri MSSMKL Tinggi Setapak 2007 @ Jitra Kedah.


budak F5 asrama @ Langkawi. budak hoki plak kat Bangkok..siot..

June 2, 2011

Mari!!Mahu Menjadi Senarai Laman Blog Saya dan Anda Juga??Beberapa Juta lah!!Tidak Kisah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

haaa..melihat pandang-pandang rakan-rakan menyiarkan di belog masing-masing tentang senarai 30'lah, 100 lah..maka, berbantukan pedoman kak shaza nih..nak mencuba buat seperti penulis-penulis belog yang lain..haa..kenapa mereka boleh dan tidak saya??makan nasi jugak kan??=p

langkah-langkah hanyalah mudah, antaranya:-

  1. tulis di tajuk(COPY SAHAJA) : SAYA MAHU DIEKORI OLEH MAMAT NI DAN LAIN-LAIN..MARILAH IKUT SAMA MENUJU TRANSFORMASI..
  2. lekatkan gambar ini :
  3. juga, tautan(link) untuk ke ruangan ini.
  4. tinggalkan pautan anda di ruang komentar.
mudah bukan?

tuntasnya, selamat menyemarakkkan belog anda dan terima kasih kerana menyokong industri ini. semoga Allah merahmati kamu..=)

Wasalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...