Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

May 13, 2011

Hari 3 = 10 Perkara Yang Aku Benci


Assalamualaikum..

Baru sahaja aku nak mogok xnak teruskan update sepulun ni kalau entry sebelum ni Hari 2 = 10 Perkara Yang Aku Suka, Cinta, Sayang.(LOVE) hilang disebabkan kesulitan yang dialami oleh Blogger.com.

hari ini tanggal 14 Mei, aku teruskan penulisan bertajuk :

10 PERKARA YANG AKU BENCI

walaupun aku ni jenis yang let a something happen be around aku, jenis yang tidak kisah sangat apa yang orang lain buat sekeliling aku, jenis yang mudah mengawal emosi kendiri, namun aku juga punya hati dan perasaan seperti manusia lain. ada juga beberapa perkara yang tak berkenan di hati aku ni...
  1. Aku benci jika ada orang yang pandang serong kat aku padahal aku tak macam tu pun. aku tak pernah jugde orang tak perlulah kot kau nak perlekehkan aku depan-depan aku.
  2. Aku benci jika ada orang yang talam dua muka.
  3. Aku benci jika ada orang dengki dengan aku walhal aku tak pernah dengki dekat sesiapapun.
  4. Aku benci kalau aku cakap dengan seseorang tu die buat2 Engage je.
  5. Aku benci kalau ada orang yang label aku sewenang-wenangnya. Kenal aku dlu wei..baru kau boleh cerita kat orang.
  6. Aku paling benci orang yang cerita keburukan aku kepada orang lain. aku pernah cerita keburukan kau ke??
  7. Aku benci dengan orang-orang yang emosi, panas baran, suka maki-maki depan orang.
  8. aku benci orang yang fikir dia tu BAGUS sangat. orang lain ada juga kelemahan. tak perlulah kau nak rendahkan orang lain.
  9. Aku benci dengan perkara2 yang mendatangkan kemudaratan didunia ni.
  10. Aku benci kalau sesuatu kebaikan itu dipandang jelek oleh sesetengah orang. kau bukan penentu pahala dosa manusia. Noktah.
Sekian sahaja. Tak mahu melabelkan sesiapa tetapi jadikan setiap perkara di atas sebagai sempadan buat kita selaku khalifah di muka bumi ini. Tiada permusuhan sebab kalau ada yang kesebelas, AKU PALING TAK SUKA PERMUSUHAN YANG TAK PERLU DIBUAT. terima kasih dan maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Wasalam. =)

May 12, 2011

Hari 2 = 10 Perkara Yang Aku Suka, Cinta, Sayang.(LOVE)


Assalamualaikum,

diri menggagahkan diri menulis walau sebenarnya berat hati memikirkan dan lemah jemari menterjemahkan kata.

10 Perkara yang aku LOVE.(nak tiru jugak..=p)

  1. Agama. merangkumi Allah yang Satu. Nabi Muhammad Junjungan Kita dan segala-galanya yang perlu kita Imani. Walaupun aku tahu akan mendapat kecaman mahupun komplen yg tinggi atas kenyataan pertama ini atas kebanyakam kedosaan dan nampak mcm tak sayang agama saje. just wanna say that perlu ke meNAMPAKkan?? renungkan2...=)
  2. Keluarga. Abah, Ibu, Adik beradik, opah, atuk, sepupu, pak cik mak cik dan mereka yg mempunyai keturunan yang sama. tanpa mereka tak wujud aku dan sapa plak nak tulis belog ni. hantu ke??haha.
  3. Orang yag dikasihi. Siapa??perlu ke mention??ade ke xni??haha..just nak beritahu yang Dia antara yang di sukai, disayangi dan dicintai la..sapa2 yang sudi laaa kan.....=p
  4. WVB6625. Honda Wave Ultimo 125. motosikal yang kedua sebab yang pertama dan bekas disayangi itu kini diturunkan kepada adik, Muhammad Qhairil Nashriq.
  5. seterusnya suka mengambil berat, sibuk, kacau, ambil tahu, cas-cas risau kat orang tuuu laaa...=p
  6. kawan-kawan la ofkos. xde dorang bermakna aku menghuni lokap dunia hidup tanpa cahaya dan warna pelangi.
  7. tak mahu mempunyai musuh. walaupun kita tak boleh nak elak orang yangtak suka kat kita tapi satu benda yang aku suka buat ialah diam je. lantak la xnak kutuk ke ape ke. sebab aku xsuka nak bermusuh mahupun berdendam dengan sape2 sebab xdapat faedah pun. selalunya orang yang nak psiko aku lebih2 ni tup2 dia yang terkena psiko balik dengan aku. haaa kan padan muka kalau cuba try nak dengki ngan aku. "adapun Hamba Allah Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan dimuka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang BODOH menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan Salam(kata-kata yang baik)" Surah Al-Furqan Ayat 63.
  8. tak boleh duduk diam. pantang pasif je dah xsenang duduk. kalau kat kelas tu punca aku kuat tido sebab pasif sgt akan mengundang perlahannya tindakan reflek nerve cell aku sebab aku suka berfikir. sebab tu aku suka berjalan2. kacau orang. bercakap agar aku xduduk diam. walau dr segi luarannya aku ni pendiam tapi aku ni OKU skit sebab Hyper Active. kena bahan kat kelas tu biase dah dari dulu lagi. yang penting tak susahkan orang dan aku berjaya meneruskan pengajian kan? haha..
  9. bersukan la. jangan biar aku tak berpeluh atau tidak melakukan aktiviti fizikal lebih daripada seminggu sebab akan mengundang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya yang memang kita perlu mencegahnya. haa.. mencegah itu lebih baik daripada mengubati. so, jangan lupa mandi peluh ok!
  10. buat perkara lain daripada yang lain. tu je aku nak cakap sebab aku ni pelik dan selalunya kontra lah dengan apa yang kebiasaan yang kita nampak. nak tahu lagi skali, kahwin laa dengan aku!!.hahaha...=)
Sekian. terima kasih atas kesudian membacanya.=)

May 10, 2011

Nak Juga Pulun Buat SEPULUH : Hari 1 = 10 Perkara Tentang Qiu Aril.

Assalamualaikum dan Salam 1IPG KBM..

Sebelum melangkahkan kami menuju ke dewan peperiksaan dalam beberapa hari lagi. Berjalanlah ke merata blog siapa yg dikehendaki dan terjumpa entry terbaru beliau yang membolehkan bulan Mei yang terindah ini terisi dengan mengemaskini belog saya. Haha.

Sengaja hendak menggedikkan diri dan ribuan terima kasih kepada pemilik belog baca diam-diam yang berjaya menambahkan kegedikan terhadap diri ini.=p

Hari Pertama : 10 Perkara Tentang Diri Saya

1. Lahir pada 23 Mei 1991 di Hospital Teluk Intan, PERAK dan dibesarkan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur sejak umur 3 tahun.

2. Masuk tadika KEMAS dan Pra Sekolah Jalan Temerloh dan di tawarkan pengajian ke SK Jalan Kuantan 2 dan terus mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di SM Tinggi Setapak.

3. Pernah menghuni sementara Maktab Tentera Diraja sebelum menarik diri akibat tidak dapat melupakan sekolah lama dan minat akan ketenteraan itu masih utuh walaupun sehingga kini sedikit terkilan akan tindakan bijak aku dahulu.=p

4. Suka sangat tidak masuk kelas dengan menyibukkan diri dalam semua aktiviti luar bilik darjah. Pergi sana lah. Wakil itulah semata ingin mengelakkan diri daripada terlibat dalam P dan P.

5. Cita-cita asal hendak menjadi Juruterbang TUDM mahupun Air Asia. Disebabkan tidak tahu 1001 jalan menjadi Pilot la dipilih menjadi guru. Alhamdulillah.

6. Kalau nak tahu, aku ni kalau mahir dalam satu hal hanya 50% sahaja kebolehan yang dikurniakan oleh Allah. Oleh sebab itu aku akan buat apa yang aku rasa aku boleh buat kalau orang lain boleh buat. Haaaa. Pening x?

7. Cita-cita ketiga selain Pilot dan Guru nak jadi Pakar Psikologi tau. Konon boleh baca orang la ni…-____-“

8. Perihal hobi pula aku suka melakukan perkara yang aku hendak buat. Tidak suka menspesifikkan apa hobi aku. Tetapi kebanyakannya memang lain daripada yg lain la daripada orang lain. Sebab itulah senantiasa bergerak solo sahaja.

9. Tentang sikap pula malas nak ulas banyak takut angkat bakul sendiri pula, Cuma aku ni jenis yang bersistematik la kot. Walaupun Nampak dari segi luarannya macam serabai je cara hidup. Haha. Perlu ke tunjuk yang kita ni sistematik. Nak tahu, berkepit 24 jam dengan aku baru la Nampak.

10. Last skali, aku suka bagi orang lain beri persepsi yang tak betul tentang aku. Ye la mula2 korang Nampak aku mesti macam ni la. Tu la. Dan sampai satu masa korang kenal aku dengan rapat, sebenarnya itu bukan aku laa…haha..tak caya kawin la dengana aku! =p

Cukup sehingga di sini. Sambung di lain masa untuk 10 yang seteresnya, terima Kasih! =)

April 7, 2011

Permohonan Pengambilan Kadet Juruterbang! Aku Nak Mohon Lagi Boleh?

Assalamualaikum.

Keputusan SPM saban tahun akan berlalu. Maka pada setiap tahun itulah banyak tawaran-tawaran dan peluang-peluang ke arah dunia selepas alam persekolahan diuar-uarkan di mana-mana. Sekadar perkongsian kendiri. Tak mahu baca tidak mengapa.

Aku masih ingat sehingga kini dan tidak mungkin saat sebagai lepasan SPM aku lupakan. Buat mereka yang tidak tahu menahu atau nak cas-cas ambil tahu, cita-cita utama aku sejak di bangku sekolah lagi ialah menjadi seorang Juruterbang!

Tidak kisahlah Juruterbang Komersial atau Juruterbang Ketenteraan. Yang penting aku dapat menerjah awan nan biru. Sebab dahulu pun aku pernah dilema memilih yang mana satu perlu aku mohon. Gedik!

Cerita Dah Gebang. Sekarang dah ada di Akademi Penerbangan ke tidak?haha. Tak perlulah berangan, aku pun sekarang di Institut Pendidikan GURU. Cikgu tau, bukan Pilot! =( kenapa? Mengapa aku berada di sini? Bukan di Air Asia, MAS atau TUDM.? Nak tahu tak kisahnya? Haaa. Ce Citer..Ce Citer..Begini…

Pada satu ketika, hembusan bayu memecah keringat mengelus lembut pipi yang comel ni..haha..disebabkan aku ni punya sifat berdikari yang menebal dari sekolah rendah. Semua benda aku buat sendiri, menurut firasat aku, Abahku, asalkan ia tak mendatangkan kemudaratan dan ia untuk kebaikan aku, dia tak pernah menghalang. Aku jugak kerap buat benda tanpa pengetahuan dia walaupun menda tu baik. Murid2, jangan tiru macam cikgu tau..

Aku tetap memohon sendiri arah tuju aku untuk masa akan datang sebab Abah juga tak pernah halang. Tambahan lagi, cita-cita kedua dan ketiga aku adalah Pakar Psikologi dan Cikgu. Semua aku pulun mohon. Matrikulasi, Universiti Awam, Maktab Perguruan, TUDM, dan Air Asia.

Flow aku macam ni, kalau aku tak dapat jadi Pilot. Aku ingin sambung pelajaran di Form 6 dan seterusnya Ambil Ijazah di UM atau UPSI dalam bidang Sukan. Sebab nak jadi Cikgu la.

Manusia hanya merancang, Allah jua tentukannya. Keputusan segala permohonan keluar. Matikulasi aku berjaya raih. Di Melaka untuk Sains Hayat. Tolak! Sebab aku tahu aku bukan ulat buku dan Rajin! Masa tu pun aku kat Sarawak semasa PLKN. Xmahu lah berhenti. Dah la pegang jawatan Besar ni. Haha. Universiti pulak UiTM untuk Diploma Sains Sukan. UiTM? Pergi dan buat gempak je kat Interview. Alhamdulillah dapat juga dan ditempatkan di Kampus Samarahan. Mana? Kuching Sarawak! Xnak jugak!

Memandangkan kedua-dua jalan besar dah dapat maka, jalan kecik di Form 6 tu xdapat la der. Balik je PLKN tebal muka mohon masuk Form 6. Nak buat seperti yang dirancang la. Tetapi, keputusan maktab juga aku terima setelah sebulan aku di form 6.

Aku pada awalnya tak yakin yang aku dapat masuk maktab(IPG skrang). Keputusan pun kawan kat Sarawak yang tolong semakkan. Thanks Zulaiha! ( sekarang dia kat IPG Kampus Gaya amik Math xsilap). Balik main futsal petang kat asrama masa form 6. Mesej tentang kejayaan aku diterima masuk ke maktab diforwardkan beliau. MUHAMMAD QHAIRIL AZRIL BIN QAMARULZAMAN 910523085983 ,TAHNIAH, ANDA DITEMPATKAN DI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU.

Tu je. Kat mana IPGM KBM tu?? kalau luar dari KL, aku tolak tawaran tu. Haha. Bukan sebab aku anak mak xmahu berpisah jauh dr keluarga. Ada la sebab lain. Nak tahu Tanya. =p sedetik aku teringat, bukan bahasa melayu kat IPBA yang dekat stadium hoki yang aku selalu pergi tu ke? Maka, aku bergegas ke Bangsar untuk tinjau, ya. Memang betul, tempat yang aku selalu datang akan jadi tempat aku belajar! Macam xpercaya je. Maka, disebabkan banyak manfaat dan kelebihan jika aku terima tawaran tersebut, maka pada tanggal 12 Julai 2009 aku mendaftarkan diri tanpa beg baju dan naik moto sorang2 ok. Gagah! Xde hati lagi masa tu nak masuk IB..

Semamangnya takdir ditentukan-Nya. Aku merupakan Insan Terpilih. Drpd hampir 100,000 permohonan utk maktab ini, aku diantara 5000 pelajar yang dipilih. Alhamdulillah. Dan aku kini selamat di Semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu dan berminorkan Pendidikan Jasmani dan Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu. 4 tahun lagi, Insya-Allah aku akan bergelar guru terlatih dan seorang pemegang ijazah!

Cerita dah melelong jauh ni. Asal nak cerita pasal mohon pilot je..

-____-“..biasalah kalu dh menaip xboleh berhenti. Esaimen malas buat.

Sebenarnya sebab aku xjadi pilot sekarang antaranya termasuklah kegagalan aku mengisi borang permohonan untuk kadet pilot Air Asia. Aku dah isi dah, tapi disebabkan aku ni kurang arif tentang bahasa Inggeris ni, aku tak faham kehendak borang yang diisi online. Maka, aku hold la dulu sebab esok la aku isi. Masa tu on9 kat cyber café je. Xdelah kaya sangat nak on9 lame2. Punya hold2, dah ditutup permohonan tu utk intake tahun tu..=( tiada jodoh lagi.

Untuk Malaysia Airline plak, ketika itu kan gawat sikit ekonomi. MAS pun xmeletup la income die. So, tahun tu pulak die xbuat intake! Xde jodoh lagi..

TUDM. Aku juga mohon sendiri sampai pergi KEMENTAH sendiri hantar borang. Xmain la kabel2 ni. Haha. Bukan aku tak dapat, dapat. Cuma dapat semasa aku dah sain kontak dengan maktab. =( kali ni Abah Tanya betul ke Aku ada mohon mintak Kolej Tentera Udara. Abah pun cakap kenapa xbagitau, sebab die boleh mintak sokongan dari Menteri Pertahanan. Dato’ Zahid Hamidi. Abah tetap mohon dan keputusannya aku perlu masuk untuk intake tahun 2010. Mana boleh keluar dah..kalau dah sain surat perjanjian. Kena denda RM 120 ribu tu.

Apapun, semua ini ketentuan Allah, aku terima seadanya. Sebab mungkin jodoh aku kat sini dan bukan kat atas kapal terbang. =p

Kali ni, aku terjumpa kembali iklan permohonan menjadi kadet juruterbang. Kalau aku mohon boleh tak? Amacam? Haha.. sebab aku jelez teruk kalau ada situasi yang berkaitan dengan aviation ni. Sabar je la..


Please submit your application with complete resume and relevant qualifications to the following address:


MALAYSIA AIRLINES
Workforce Planning
Human Capital Division
2nd Floor, Administration Building 4, MAS Complex B
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, SELANGOR


Please indicate “Cadet Pilot Direct Intake” on the top left corner of the envelope.


Closing Date

09 April 2011


Only shortlisted candidates will be notified

aku sekarang tabik Pengakap aje la...=(

kalau tak masa MERDEKA nak buat low fly kat depan rumah..


xpun die jadi BOS aku sekarang.

maka, kepada sesiapa yang punya kesempatan mohon la ye. aku ni dah xboleh dah. -____-"
terima sahaja perjalanan hidup yang telah ditetapkan-Nya.
pasti ini yang terbaik yg telah ditulis-Nya.

Terima kasih atas tatapan. Moga Allah memberkati kamu.
Wasalam.=)

April 3, 2011

Monolog Diri : Cetusan Refleksi Bukan Kecewa.


Terduduk Sendirian DiLatari Kelam Malam,

Beralaskan Keras Batu Keresahan,

Aku, Terdampar Menanti Sinar Kebenaran,

Mencari Cahaya Yang Kadang Datang dan Pergi…


Jauh,

Jauh Fikiran Merangkak Bertatih Berjalan,

Dimana Sebenarnya Letaknya Kedudukan Diri Ini,

Dalam Layar Putih Kehidupan Yang Dicemari dengan Contengan Dosa,

Sukar Untuk Menghakisnya Walau Seribu Kali Disimbah Putih Susu.


Aku Manusia Kecil Di Atas Muka Bumi Yang Penuh Dengan Godaan,

Terkapai Menagih Setia Nikmat Hikmat Alam Dunia,

Berat Menanggung Derita Kasih Yang Tak Berpenghujung,

Masih Terus Menangisi Lebat Hujan Kedukaan.


Jasad, Hati, Akal,

Bersatulah Kau Agar Dapat Menerima Terik Hakikat,

Segala Yang Menerangi Di Hadapan Adalah Setiap Bait Dalam Luh Mahfuz-Nya,

Yang Siap Dikarang dengan Tinta Kebesaran-Nya Sebelum Hadirnya Roh,


Kembalilah,

Diri Ini Sentiasa Menanti Di Persimpangan Untukmu,

Menggamit Setiap Langkah Duduk Bersama,

Untuk Mendapat Suci Tulus Kasih-Nya.

Nukilan Khas Qiu Aril

4 .3 .2011

March 25, 2011

LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal : Jom Masuk Dalam Komik Jika Pernah Baca Komik LAT!



Assalamualaikum,

seperti biasa pasti akan mengulas serba sedikit tentang apa yang telah diamati oleh pancaindera anugerah Allah ini melalui pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal .

Aku gemar menyaksikan pementasan pada hari yang pertama ia dipentaskan kepada umum. 16 Mac 2011, maka tirai Panggung Sari IB dibuka untuk muzikal ini.

kata-kata yang sesuai untuk keseluruhan muzikal ini :- "Siapa Yang Tidak Menyaksikan Muzikal Ini. Mereka Memang Terlepas Sesuatu. " Bagi aku, pementasan ini merupakan teater yang tebaik yang pernah aku lihat sebelum ini sejajar dengan mahalnya harga tiket serta kos produksi yang mencecah RM 3 Juta ini.

Ia berkisar tentang kisah hidup LAT( Dato' LAT) yang masih lagi hidup dan aku berpeluang berjabat tangan dan memperolehi tandatangannya sejurus selepas pementasan tersebut. =)

Penceritaan yang mudah. Autobiografi yang mudah. sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. cuma bagi aku, kekurangan yang ketara dalam pementasan ini yang sukar untukku mengikuti perjalanan teater ialah bait-bait kata yang diujarkan dari mulut penyanyi sukar dikenalpasti atau bahasa mudahnya,kita menangkap kata-kata lirik lagu tersebut. memang tak dapat dinafikan kesemua lagu ciptaan komposer memang menarik dan sedap2 belaka. namun, kadangkala ada sesetengah lagu kita tidak jelas akan isi liriknya.

binaan set yang sumpah gempak! simple je..hitam putih..macam dalam komik..transisi dan pergerakan keluar masuk set juga tidak menghampakan. Tahniah. sebab itu aku katakan bahawa kita seolah berada dalam kartun LAT itu sendiri. =)

dari aspek lakonan, memuaskan. ada babak yang begitu menyentuh jiwa. Mak Cik sebelah pun boleh menitiskan air mata. betapa hebatnya ketersampaian cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni ini diterapkan. maka, seperti kataku di atas tadi. ianya sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. kanak-kanak lebih baik.

walaupun, setiap babak tampak seperti meleret dan statik. namun, ianya tidak pernah menimbulkan kebosananan kerana ia kerap kali disulami dengan 'sense of humour la!'. yang paling menarik watak Pak Samad di pejabat NST.

Pencahayaan. Perfect! Koreografi pula..kalau PAT Ibrahim koreografernya, Tak perlulah disangkal lagi pola lantai, gerak tari dan energynya. cuma, yang amat dikilankan ialah lagu-lagu yang sedap dan menarik itu tidak dinyanyikan dengan suara atau kesepaduan suara, harmoni yang boleh menaikkan bulu roma penonton.

unsur magik atau silap mata juga menarik. pertukaran kostum dalam sekelip mata juga boleh kantoi kalau di buat selalu. namun, ia juga sesuatu yang baik. babak percintaan LAT dan Faezah amat menciut hati.

sememangnya inilah yang diperkatakan konsep 1Malaysia yang sudah lama diwujudkan oleh LAT sendiri sebelum ianya dijenamakan semula oleh Perdana Menteri kita. Tak percaya, beli komik, beli tiket. baca dan lihat!=p

Perleraian cerita atau ending part terlalu pendek sangat. aku selaku penonton mahukan penutup yang akan memenuhkan takungan air dalam cawan yang kita isi sepanjang pementasan dan penutup itu tidak akan menumpahkan serta menutup rapat cawan kita itu agar nilai-nilai dan sesuatu yang kita perolehi itu tidak hilang dari amatan kita.

akhir sekali, jika masih berkesempatan. belilah tiket untuk menyaksikan pementasan ini. kalu aku terus mengulasnya, pasti panjang berjela jadinya. Bak kata isteri Dato' Lat yakni Datin Faezah yang menanyakan soalan kepada aku bertubi-tubi itu, adakah pementasan ini perlu buat musim yang kedua? aku pantas menjawabnya. YA! dan aku akan menyaksikannya. jika ada peluang melihat secara percuma di musim yang pertama ini, tidak akan aku sia-siakan. =)

terima kasih kerana sudi menjengah setiap baris kata-kata ku ini. buat mereka yang sudah menyaksikannya, pasti akan sependapat dengan aku. buat mereka yang belum, saksikanlah dan marilah duduk sebaris di pihak aku yang akan sependapat denganku. =p

Wasalam.

‎"When I grow up, I want to be a 'blank', Teacher!"


lagu paling best bagi aku. JOHN WAYNE TAK NANGIS..=)



part i la yang touching doe..='/

March 23, 2011

Lagu Ke Ni? Nak Mengada-ngada Buat Pertama Kali Boleh Je kan? Blog Aku..kesah ke??=p

Assalamualaikum,kadangkala, sesebuah lirik lagu itu begitu dekat dengan kita. masing-masing pasti tau apa yg dimaksudkan olehku. seperti lirik lagu Yuna - Dan Sebenarnya : " dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku.." aku juga ingin berkongsi lagu apa yang aku miliki. hayati dan selamilah sehingga lemas.=p


Ku menunggu getar hatiku

Anganku hanya untukmu

‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

hingga....

Wajah mu kerap ku mimpi

Wajah mu sering ku puja

Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

dan...

Dosakah aku bila dicintaimu
Bila jalinan hati kini menjeratku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah

Memang cinta tiada bermata
Bisa ciptakan sedih juga bahagia
Aku kini terjerat karenanya
Susah lepaskan dia

March 10, 2011

Novel Cinta Ini Milik Kita : Pengulasan Berunsur Penyerapan Melalui Kata Kendiri.


Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, sebelum terbang jauh membelah awan, melawan kesibukan dunia, dititipkan khas ulasan setelah tamat pembacaan yg sememangnya menjadi rekod peribadi bahawa novel Cinta Ini Milik Kita ( CIMK ) ini menjadi pembacaan novel yg terpantas sepanjang saya menceburi dengan tidak sengaja aktiviti membaca novel ini. 3 hari, cukup untuk saya menelusuri kata sepanjang 518 muka surat ini.

Sebenarnya, novel ini dibaca dengan tidak sengaja akibat berlaku salah faham dengan insan ini. Pada asalnya, setelah beliau sibuk mencanagkan novel ini kerap kali, maka saya membuat keputusan membelinya untuknya dan kebetulan pada hari yang sama juga dengan nada riangnya mengatakan kejayaan beliau memiliki novel ini. Patutlah kata hati kuat mengatakan bahawa dia juga akan membelinya. Namun, atas dasar alang-alang penyeluk pekasam, saya tetap membelinya. Maka, masing-masing memiliki novel yang sama. Secara tidak langsung ia menjadi novel milik saya atas ketidaksengajaan yang kedua hasil pertukaran dengan beliau. Cuma saya berplastik dan dia berbalut! =p

Hakikat dan kebenaran bahawasanya saya hanya akan membaca novel yang disuruh, diberikan tidak sengaja, dan novel yang dicanangkan beliau untuk membacanya dahulu walhal saya akan merampasnya dahulu. Bukan mudah untuk saya menghabiskan novel kecuali mendapat gesaan.

Baiklah, puas bermukaddimah di atas. Maka akan dimulakan sesi refleksi kendiri berkenaan novel CIMK ini.

Akhirnya!!! Watak Guru dijadikan sebagai pendukung cerita selain watak2 Juruterbang yang selalu menghiasi novel2. (padahal xsampai 10 novel baca memanglah xperasan watak lain.). maka dengan bangganya dan semangatnya penulis telah memartabatkan dan mempromosi profesion perguruaan. Maka, bakal-bakal guru seperti saya ini tidaklah dipandang sepi oleh masyarakat wanita selepas ini.=p

Jalan cerita yang mudah. Kisah penceritaan yang biasa dan sememangnya rumit. Cinta Pertama vs Cinta Yang Hadir Semasa Hati Terkunci Rapat. (Betul ke??). diri sebenarnya lelah mendengar perkataan dan frasa Cinta Pertama ini. First Love Never Dies. Sebab diri ini bukan menjadi cinta pertama sesiapa pun.(emo kejap =p)

Unsur hati wanita dan lelaki yang ada di persimpangan memilih mana yang terbaik dan akan memiliki hati sepenuhnya. Ternyata ia menguji emosi dan pemikiran yang kritis untuk menilai yang terbaik untuk mereka.

Ternyata sebab yang mendorong pembacaan ini ingin dihabiskan dengan kadar segera adalah ingin mengetahui lelaki mana yang berjaya memiliki Nur Maisara(Sara).

Novel sememangnya bukanlah kitab cinta yang boleh kita tiru bulat-bulat jalan ceritanya. Hanya sekadar item yang boleh merangsangkan minda dan pemikiran kita memilih dan mengambil iktibar daripada penceritaan. Juga, unsur nilai-nilai yang boleh diserapkan dalam diri pembaca.

Mungkin boleh dijadikan penambahbaikan dalam penulisan. Tidak dapat dinafikan unsur penyerapan dalam penulisan ini sememangnya ketara terutama sekali yang paling utama adalah yang melibatkan agama Islam itu sendiri. Diterapkan bagaimana cara jika kita menghadapi situasi tersebut dengan bijak. Sememangnya kita perlu meminta petunjuk dan pertolongan daripada-Nya. Tetapi, jika penulis memurnikan lagi skop memilih pasangan hidup, boleh juga dimasukkan ciri-ciri yang berkaitan contohnya menilai bakal suami dengan baik. Jelas ianya memang Nampak umum dan semua pasti tahu akan kehendak dan panduan itu. Perlu diingatkan jua tidak semua pembaca tahu akan perkara tersebut. Mungkin dengan mengatakan bahawa bukan hanya mencari kabaikan yang ada pada lelaki itu, carilah samada ianya sudah cukup agamakah, ilmu rumahtanggakah, kebertanggungjawaban dalam rumah tanggakah dan bukannya hanya mengikut kata hati sahaja. Kita juga perlu berusaha, berikhtiar jika sudah memohon pada-Nya dan bertawakallah kamu.

Jika dipandang dari sudut perspektif saya, hati sememangnya boleh membuat keputusan dan adakah hati mampu membuat keputusan seperti akal yang sememangnya kedudukannya tinggi dan berada di atas berbanding hati?? Mampukah hati melihat jauh kehapadan atas keputusan yang dibuatnya dahulu. Maka, sebelum mengikut kata hati, maka fikirlah jauh kehadapan melihat akan implikasinya pada masa hadapan. Baharulah kita berikhtiar dengan solat istikharah memohon petunjuk-Nya.

Menyentuh bab fitrah manusia yang mahu lari dari menyelesaikan masalah. Dalam novel ini ada diterapkan cara Sara yang gemar mencari kesilapan Hazeeq agar dapat melepaskan hati yang telah dipautkan oleh lelaki itu. Bercakap memang senang berbanding hati yang menanggungnya. Sampai saya pun juga buntu berkata-kata kini.=p

Kita teruskan dengan aspek yang lain. Cemburu. Tak perlu rasanya menyentuh bab-bab ini. Manusia dikurniakan perasaan cemburu untuk kita menghargai sesuatu itu. Namun ada juga cemburu yang membawa mudarat. Kadangkala cemburu xbertempat juga ada, cemburu dengan bekas-bekas hati lain yg pernah singgah di pasangan kita sebelum kita juga boleh membuatkan pilu dihati. Bermakna tak perlu ulas lanjut kerana masing-masing punya sebab dan pendapat tersendiri.

Sehinggalah kepada plot perleraian cerita. Bagi saya perleraian cerita yang meleret dimana kita umum mengetahui siapa yang berjaya di garisan penamat dan dengan dimasukkan unsur suspen kita untuk menanti apakah tindakan Hazeeq yang disenyapkan wataknya sehinggalah muncul di akhir-akhir muka surat. Sememangnya kejutan tidak perlu terlalu lama. Sekali rasa terkejut sudah. Tak perlu dileretkan kan? Penulis bijak menggunakan teknik-teknik penceritaan..=)

Akhir kalam, buat Ahmad Hazeeq(seorang guru)..kesetiaan, ketulusan, keikhlasan, kesanggupan, pengorbanan, kesungguhan dan usahamu yang tiada noktah terhadap cinta yang ingin diraih pasti memberikan impak kepada hati yang menyambutnya. Namun, mengapa perlu menawarkan tawaran sebegitu rupa??adakah ingin menunjukkan kau terlalu memahami dan terlalu tulus hatimu itu?? Manusia tidak boleh menipu diri sendiri. Maka berlaku jujurlah dengan perasaanmu terhadap Nur Maisara. Diri amat bersimpati atas kekecewaan mu itu.

Mohd Ean Nazeerul(pegawai syarikat petroleum), kehebatan, ketulusan, keprihatinan, kekaguman, kekacakan, dan takdirmu menjadi cinta pertama Nur Maisara sememangnya menguntungkan. Namun, mengapa kau perlu berdiam diri saat kau mahukan dia? Perlukah kau ego akan kesempurnaan yang didambakan wanita yang mahu mereka tunduk dan berlari mengejarmu? Berusahalah untuk mendapatkan sesuatu itu.

Mungkin mengikut pandangan aku, ianya seperti tidak adil ,bermakna adil disini meletakkan sesuatu pada tempatnya jika Ean Nazeerul berjaya dimiliki Sara. Namun, siapa kita mahu menidakkan kuasa dan ketentuan-Nya.

Kepada Nur Maisara(pengganggur bertauliah), sukar bagiku hendak menilaimu apatah lagi hati wanita. Adakah aku perlu kagum akan penyelesaian menggunakan air matamu?? Buat wanita mahupun lelaki, laksanakanlah perintah dan menjauhi larangan-Nya.( ade kena mengena ke??)

Sebenarnya mati akal saat ini. Namun, untuk memenuhi unsur penyerapan saya dalam penulisan ini. Saya ingin tekankan bahawa janganlah kita berat untuk membaca kalam Allah itu sedangkan kita tegar menyelusuri kata-kata yang terdapat dalam apa jua penulisan sekalipun.

Jika kita berupaya menghabiskan bermuka surat dalam sehari, maka tak perlulah kita berat untuk membaca 10 ayat-Nya sebagai tanda kepada-Nya bahawa kita tidak melupakan-Nya pada hari tersebut. Bacalah.

Maaf jika terlalu kerap menyinggung dan menghiris kalian. Diri sebenarnya tidak sesempurna mana sama seperti insan khilaf di atas muka bumi ini. Namun, kita sebagai Hamba Allah tidak perlu sesekali berhenti berusaha.

Sekian. Terima kasih kerana membenarkan matamu menyelinap segenap isi di halaman ini.

Petikan yang paling digemari olehku :-

“engkau jadi suatu kenangan dalam hati ini. Terlalu lama engkau pergi. Ketika cintaku masih terlalu agung untukmu. Langit masih begitu anngun namun hatiku terpayung kelam. Sirna tanpa hadir bayanganmu lagi. Tiada dosaku, kau bunuh diriku dengan cintai dia..” Ahmad HazeeQ

March 9, 2011

M.A.A.F buat T.E.M.A.N. dan fahami aku...

Maaf buat teman,

Mungkin diri sudah tidak lagi memahami erti berhenti,

Kerap menyakiti hatimu dengan meragut segala senyumanmu itu,

Kerap kali lebih mementingkan diri bertindak tanpa rasa bersalah,

Maaf kerana terlalu kerap mengujimu dengan karenahku,

Aku memaksa kamu berhenti denganku,

Aku memaksa kamu benci denganku,

Aku memaksa kamu lelah denganku,

Segala yang ku anggap akan membawa kebaikan untukmu sebenarnya mendatangkan guris di hati,

Segala yang ku anggap betul dalam tindak tandukku terhadapmu sebenarnya mencalar hati,

Segala yang ku anggap halal di akalmu sebenarnya menyesakkan nafasmu,

Kedegilan diriku yang kau sudah lali itu sebenarnya terus mencalarkan luka yang sedia ada,

Bukan cacian makian hamunan hamburan frasa yang singgah di hati menjadi gentar buatku,

Hanya kemaafan yang sukar menjengah diriku dari kamu membuatkan diri dilambung keresahan,

Aku bukan sengaja dan gemar menambah lukamu itu,

Cuma pedoman dan bimbinganmu terus ku tagih agar perjalanan yang akan menerbitkan sejuta kemalangan ini akan lengang dengan keredhaan,

Bukan menolak fitrah kehidupan akan kekhilafan manusia,

Aku hanya menjalankan tugas selaku teman dan manusia yang tak mahu terus dipandang sepi dan disalah tafsir perbuatan akibat dosa lama yang belum terhakis dari lubuk hatimu,

Mungkin bukan kata maaf yang layak membuat aku terus dimaafi,

Mungkin hanya MEMAHAMI cukup untuk menutup lukamu yang terang itu...

bukan untuk kepentingan diri sendiri....

Aku sudah tewas atas kesilapan dan amarah dirimu,

Tetapi aku tidak mahir untuk berhenti,

terima kasih teman...

atas kesetiaanmu dan kesabaranmu yg pastinya tiada bandingannya..

memahami diriku dan berani muncul dimataku...

m.Q.a...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...