Mengira Hari Usia Belog

Daisypath Happy Birthday tickers

May 29, 2011

23 Mei Untuk Ke 20 Tahun lah...

Assalamualaikum…

Kalau dia boleh 19+1=19+1..aku pun terima hakikat yang aku dah beralih kepada nombor puluhan..=p

Selamat hari lahir kepada aku!

23 Mei 1991 jam 3.05 pagi..(tu pasal gelap je muka =p) aku dilahirkan di Dewan Bedah, Hospital Teluk Intan dan tak cukup bulan sebenarnya, tu pasal la cerdik! =p

dan 23 Mei 2011 jam 3.05 pagi di BP1204 memegang nota atau hp?buat refleksi atau revisi? Apapun esok paginya kertas Perkembangan Kanak-kanak..

Bufday jatuh akhir-akhir semester dan exam ni orang xbrape ingat sangat..masing2 busy study dan menghafal spot..=p

Kepada pemberi-pemberi ucapan dan doa ,terima kasih diucapkan..semoga Allah memberkati kalian..urm..x banyak pun mcm budak hot..haha..antaranya termasuklah,

-200 wall post di fb

Dan

-Kepada top 11+1 saya melalui mesej fon.

1. Nur Anisza Najip

2. Shukri Johari

3. Ahmad Azim Asri

4. Laila Ali

5. Paizal Sanek

6. Aiman Khing

7. Nur

8. Tqah (orang yang sama dgn no.7)

9. Anis Fadilah dan disusuli pasangannya..

10. Farid Nandari

11. Ajami Hashim

12.Shazatul Hazirah!!(dia insan tidak dikenali pada awal mesej dan tekaan aku tepat!!so beliau merupakan insan terakhir!!)

Haa..banyaknye..haha..tak pelah..bak kata budak tu macam budak2 je kesah pasal mende ni..ok..=)

Celebration? Urm..20 tahun tanpa parti berbagai..dah xkisah pun..yang penting kita perlu sentiasa mensyukuri-Nya kan?

Tapi 26 Mei ada jugaklah simple DINNER yang pada mulanya tak menjadi kenyataan atas kesilapan diri..memang seharian di bilik mcm org xtentu hala..Alhamdulillah..beliau sudi menemani..

LOKASI??dulu bukan main nak pergi FH..dah sampai depan restoran, lalu saja dan terus buntu mencari restoran..ok. kami memakai selipar sahaja..dress up SANGAT..haha..seriously, aku bab-bab makan di KL ni xtahu menahu..ade rumah makan kat rumah je la..nak bwk makan rumah plak TERINGIN sangat..=p

Akhirnya, restoran biasa..SR di Ampwalk( dekat dengan sekolah Laila Ali =p ) dan sebelahnya ada Tutti Frutti..yea dapat rasa walaupun bayar rm2.20 je..=p

Ok. PENAKUT. Masuk bilir air sunyi. Haa. Garden CafĂ© tu cantik kan??nape la xnampak awal2..siap ade bunga purple lagi..nak lalu tengah2 sebab nak berangan lagi..huuuu…apapun, hajat dan perancangan berjalan dgn lancar walaupun ade unsur2 PSIKO dan menakutkan..haha..tu pasal la aku tanya “PENAKUT kan?”

Baiklah. Sampai disini sahaja saya menggedik..umur je dah 20 tapi perangai sikit2 je lah yang dah lain..hanya yang resam mengenali diri mengetahuinya..maaf atas keterlanjuran dalam perbuatan mahupun perkataan..

Untuk melayari bahtera kehidupan yang entah bila akan karam..semakin bertambah angka semakin berkurang umur kita..semoga Allah memberikan kesempatan buat kita semua meraih peluang untuk menghuni Syurga di akhirat kelak..

Sesungguhnya impian masih dalam pegangan..masih dalam perancangan dan masih dalam perjalanan..impian dan cita-cita yang merupakan hak kepada semua manusia..rancanglah dengan bijak serta sentiasa mendapat keredhaan-Nya..InsyaAllah..

kronologi wajah-wajah suci..haha..=p




haaa..sama tak muka??ady putra ade Rozita..aku ade Erra laa...haha..=p

May 21, 2011

Saya Sertai Bloglist Haris Kaito

Assalamualaikum..

urm.. ingatkan bolehlah berhenti buat post baru..tgok-tgok dalam baca diam-diam , dia tag kite..haha..

apapun untuk pengetahuan kamu, cabaran The 30 Day Challenge Explanation and Description tu masih dalam pertimbangan lagi..haha..=p


baiklah, saya menanda insan-insan ini :-

  1. Cik QiQa
  2. Cik Tuti Klise Samir Nasri
sekian. wasalam. =)

May 20, 2011

Hari Terakhir! = 10 Kata-kata Akhir



Assalamualaikum..

Alhamdulillah..sampai juga di penghujung...haha..bajet macam jawab soalan exam pulak..

untuk 10 kata2 akhir ni..terpulanglah kepada diri aku nak merapu apa pun..sebab tak ternyata dalam soalan pun kata-kata akhir macam mana?

apapun, korang layan je. buat2 dengar..buat2 bace..=p

10 Kata-kata Akhir

  1. Alhamdulillah. Bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang kita peroleh dahulu mahupun sekarang.
  2. Dunia hanya persinggahan. Maka, korang pun tau apa maksudnya kan?
  3. Berkawan dengan Al-Quran, jika kita hanya berkawan baik dengan Solat Fardu sahaja tidak cukup, InsyaAllah Al-Quran akan memberi kita syafaat di akhirat kelak.

urm. sejak bila jadi ustaz ni wei?? baik sangat ke??

ok. tukar topik!

4. lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa..saling memerlukan dan mencintai.dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

5. terima kasih kerana sudi menjadi pelakon2 dalam drama hidupku baik kamu yang berwatak baik mahupun antagonis. =p

6. Terima kasih ibu abah dan semua yang punya kaitan dengan perkembangan manusia aku, semoga Allah memberkati kalian dan menempatkan kalian bersama golongan2 yang soleh dan solehah. =)

ok. tukar mood plak..

7. aku tahu aku banyak buat kesilapan sebagai manusia, bermakna aku tak perlu menyatakan panjang lebar kesalahan aku. MAAFKAN AKU.

8. aku harap kau menjadi insan yang berguna, bahagia, sejatera didunia dan diakhirat kelak.

9. walaupun kita tidak dapat bersama lagi, tetapi memori yang pernah kita lakari bersama akan terpahat dalam kisah hidup Qiu Aril dan juga kau.

10. Doakan kesejahteraan kita bersama agar dapat terus bersama di Syurga Allah yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Amin.


sesungguhnya xpandai nak sedih2, tetapi hakikatnya mengingati MATI itu akan menjadikan kita lebih Bijak..xpercaya..cubalah..=)

khulasahnya, terima kasih buat pembaca-pembaca perkataan ini, semoga kalian diberkati Allah.

bermakna selepas ini tiada lagi kemerapuan bahasa oleh aku sendiri..hanya mahu mencari kepuasan tetapi unsur penyerapan perlu ada..harap boleh ambil yang jernih..tok sah minum air yang keruh..kat Melaka dah ada Ayer Keroh, maka tak perlu ambil sebab dah memang tetap kat situ..

maaf atas keterlanjuran dalam penulisan. jaga diri. Wasalam. =)

May 19, 2011

Hari 9 = 10 Cara Untuk Memenangi Hati Aku


Assalamualaikum...

hai..Hassan Lenggulung..Maria Montessori..dah habis berfalsafah??nak study perkembangan kanak2 pun masih awal kan??ape bezanya??ade exam atau tak de exam pun aku tetap update belog utk penuhi permintaan korang..hihihi..

baiklah. kali ini tentang cara untuk memenangi hati aku??urm...kejap..perlu ke??aku ni bukan dh dimenangi ke??*tuuttttt** atau layak ke untuk dimenangi??sedar diri sedar ruang ok.

apapun. penuhilah kehendak soalan. jangan tinggalkan ruang kosong dalam kertas soalan. =p

10 Cara Untuk Memenangi Hati Aku

  1. ISLAM?boleh sembahyang, mengaji Al-Quran dan taat kepada Allah? cukup memadai kerana tugas suami nanti membimbingkan kamu juga kan? kalau boleh ajar anak solat, mengaji, puasa. Alhamdulillah.=)
  2. Terima aku seadanya. Ye lah, aku x punya harta, xpunya rupa, xpunya kedudukan. hanya punya Cinta untuk aku pertaruhkan.
  3. Punya minat yang sama? apa die? nak tahu kenal laaa...=p
  4. Tahu Menghargai aku seperti mana aku menghargai kamu.
  5. Boleh menjadi teman yang xpernah jemu dengan minat aku yang pelik-pelik ni. haha.
  6. kalau kau hormat ibu bapa kau sendiri dengan baik, secara tidak langsung ibu bapa aku juga kau mampu hormati.
  7. boleh jadi kawan baik dan kawan jahat. kalau gaduh2 pun nampak sweet kan?haha..
  8. mampu mengisi hari aku dengan kecomelan kamu dalam setiap aspek sebab aku suka memerhati.
  9. mampu buat kerja rumah lebih daripada aku sebab nanti sama2 boleh buat kerja rumah di rumah!
  10. kalau kadang kala membayangkan wajah kamu, mendatangkan senyuman padaku, kau dah menang sebenarnya!
haaa..cukup sepuluh? ke nak lagi?? sanggup?? senang ke x?? xsusahkan?? apa lagi apply laa..haha..sekejap, cuma xsure lagi boleh teruskan permohonan atau tidak..kah3.. ape plak..lelaki la yang kena apply kan?? xgitu???

maaf la ye kalau sume ni berkaitan dengan alam perkahwinan. bukan apa, xbestkan bercinta tanpa ikatan yg sah..xpuas orang kata..haha..so, terima kasih sebab sudi luangkan masa korang baca benda yang picisan dan xberfaedah ni..haha...

esok hari yang kesepuluh..jumpa disana..wasalam =)

May 18, 2011

Hari 8 = 10 Lagu Kegemaran


Assalamualaikum..

tidak salah mencuri masa kan kalau nak penuhi permintaan peminat..haha..perasan lebih..apapun terima kasih kepada roommate tersayang Fahmi Noh kerana membenarkan kemaskini dilakukan di lappy beliau..=)

malas nak bukak laptop sendiri sebab tak nak bazir masa tunggu loading start up window..10 min tu..

apapun tugasan hari kelapan ini agak sukar kerana aku ni pendengar muzik yang universal..lagu pelik2 la aku dengar..dari zaman sekolah pun dah kene bahan sebab tak seiring dengan budak2 lain..lagu tradisional la..lagu p.ramlee lah..Sudirman pun layan sebab masa sekolah rendah sanggup guna duit pampasan setelah dilanggar motosikal beli tape kompilasi Sudirman tu..haha..malam2 sebelum tidur putar lagu..ye la dulu mana ada mp3 kan?

sebab suka Sudirman? tarikh lahir dia sama la..25 Mei..tu sebab aku pernah konpius bila tarikh lahir aku dahulu..setelah merujuki surat beranak..ok terima hakikat 23 Mei 1991..kira dekat la tu kan? Gemini!

ok. cukup lari topik. sebenarnya aku kena usha hp aku dulu nk tgok list yang aku suka lagunya. hanya lagu yang terbaik berjaya menduduki carta mp3 aku..haha..

10 Lagu Kegemaran

  1. 3 Doors Down - Here Without You
  2. Semua Lagu Sudirman Haji Arshad!
  3. S.O.A.D - Lonely Day
  4. Lagu-lagu Teater Muzikal PGL, Mahathir, Cuci, Kampong Boy. P.Ramlee The musical
  5. Lagu M. Nasir. Semua bermakna kan?
  6. Lagu Zapin!
  7. Lagu Maher Zain! Semua Sedap kan?
  8. Faizal Tahir? not Bad...
  9. Lagu Nasyid..
  10. Zorro OST - I Want To Spend My Life Time Loving You
haaa..nampak..susah kan? banyak sebenarnya yang aku suka dihalwa telinga aku..itulah sebab aku tak spesifikkan lagu dan hanya menkategorikan lagu yang aku suka.

apapun terima kasih. lagi 2 Hari! Selamat menduduki peperiksaan pelajar IPG seluruh Malaysia. Semoga Allah permudahkan urusan kalian..Wasalam =)

May 17, 2011

Hari 7 = 10 Insan Penting




Assalamualaikum..

ketemu kembali..kali ni nak cepat2 tulis dan tak nak merapu panjang2 sebab budak ini, setelah membaca post terbarunya untuk dirujuki, menakutkan juga kalau yg lain dah pulun study..aiyo..=/

10 Insan Penting

  1. Yang melahirkan ialah Ibu. Rahimah Binti Awang.
  2. Yang Menaungi sejak kecil ialah Abah. Qamarulzaman B Jamin.
  3. Yang menjadi teman pertama ialah Kakak. Qahirah Bt Qamarulzaman.
  4. Yang menambah keceriaan ialah Adik-adik. Qhairil Nashriq, Mohd Fuad, Nurul Huda.
  5. Yang menemani sewaktu kecil ialah Opah. Hajah Hasmah Bt Sanuddin.
  6. Yang mengasihi semenjak lahir ialah ahli keluarga sedara mara sepupu sepapat.
  7. Yang menjadi teman bilik. Fahmi Noh.
  8. Yang mewarnai kehidupan sejak kecil ialah kawan-kawan yang masih kawan kini.
  9. Yang mengharukan suasana kehidupan di IPG ni ialah kumpulan Assabi PISMP kelas C.
  10. Yang dikasihi. Siapa? Ntah... Buat-buat ade je..
ok. xcukup ok kalau 10 orang yang disenaraikan. hakikatnya semua makhluk adalah penting dalam kehidupan indah ciptaan Ilahi ini, berkasih sayanglah diantara kamu agar kamu mendapat keberkatan.

akhir sekali, mungkin ini merupakan entry aku yang paling pendek. =p

terima kasih. Wasalam. =)

May 16, 2011

Hari 6 = 4 Hari lagi + 10 Item Yang Penting Dalam Kehidupan


Assalamualaikum..

yea..mari-mari..duduk rapat-rapat..sibukkan diri dengan menulis belog daripada membaca buku ye..lusa mau exam boleh lepak lagi??

rileks sudey..morning lagi..haha..ish2..Qiu2..-____-"

baiklah. masa mengemaskinilah akan ditemui 10 benda itu..jap2..

ok.setelah di google translate kan = 10 item yang tidak boleh hidup tanpa + (aku tambah imbuhan akhiran -nya.).

ok.dah macam kalkulus tatabahasa...sabar2 Semester 5 bertemu Morfologi Sintaksis semula ye..=p

sungguhpun, boleh sahaja hidup selagi diberi nyawa oleh-Nya.. tetapi kita tak semestinya terlalu bergantung kepada item sehinggakan mensyirikkan Allah pula. tak dapat dinafikan kita hidup seiring dengan peredaran masa. renung2kan dan selamat beramal. =) (nak jadi Ustaz Faza Mokhtar =P)

  1. Air. h20. Bendalir. Liquid. Pentingkan??Korang Tahu Kenapa kan?Ok. Cukup.heee...
  2. Baju dan seluar(pakaian). heee...
  3. Love Letter orang tu cakap. Aku istilahkan Human User Guide Book yakni The Holy Quran. korang mesti dah ada. xperlu kot ulas kepentingannya.=)
  4. Motosikal gua la..kalu x gua boleh gila doe kalo xgerak2 pegi mana2..gua kan xboleh duduk diam. rasa nak gerak mana2 gua roket je la moto kuat gua. haha..
  5. Nokia 5700 Express Music. cukup. asal dapat kol mesej sudah...
  6. laptop KOYAK ni haa..koyak2 laptop aku ni dapat juga seiring dengan teknologi semasa agar tidak ketinggalan dengan murid2 zaman sekarang..
  7. dompet KOYAK aku jugak. kalau tak, tak nak aku jadi mat indon ke bangla yang xde dokumen pengenalan diri yang sah. boleh letak I.C, lesen, kad matrik, kad keluar masuk ASRAMA, gambar pasport, duit syiling dan kertas, business card yang penting2 saje, kad ATM dan lagi satu dah hilang dah,sebab buat penanda buku utk novel hari tu..tiket KTM..=(
  8. Jam Tangan. Boleh tengok masa dan TEPATI MASA. rasa janggal jika tak meyarungkan ke?memalitkan ke?memakai jam tangan? keliru sudah..
  9. Katil? tak relevan lah kot. kat kelas Cik Midah pun boleh tidor..eee..ape lagi huh? Internet..tu kira benda atau item jugak ke? ye la ,xde internet macam mane nak update belog ni..haaa..bijak tak?
  10. Diri Sendiri atau Tubuh Badan. kalau tidak adalah anugerah Allah ini, manakan manikam mengenal jauhari..haa..ade kene mengena??ada..kalau tiada item yang diciptakan oleh Allah ini, xdelah kita nak ape yang kita nak buat. Maka, bersyukurlah..=)

ok. nampak sangat xde bende sangat aku ni. xmaterialistik. kebendaan dan amat membosankan. tu pasal la tak ade orang nak dekat kau Qiu! ok. ada sesiapa yang masih sudi menjadi Teman Hidup Semati aku??haha..

ade 4 hari lagi bermakna 4 lagi entry aku untuk merapu dan merepek tetapi sebenarnya segala yang ditulis adalah benar-benar belaka, ada kaitan dengan mereka yang hidup dan yang...urm xde la kot...

terima kasih. bersabarlah kalian dengan bahasa pijin aku ni. nanti bagi Bahasa Melayu Standard pula, anda semua terbelit lidah. huhu. apapun, Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa Mutu Bangsa. =)

Wasalam..



May 15, 2011

Hari 5 = 10 Impian(dengan harapan tidak silap lagi..=p)

Assalamualaikum..

walaupun pada awalnya hendak tidur awal kononnya sebab esok pagi 16 Mei 2011, kami Koir Buluh Perindu IPG Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan persembahan koir secara langsung di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bertempat di Sri Pentas Bandar Utama, Damansara. Buat mereka yang rajin dan berkesempatan hadapkanlah diri televisyen anda tepat jam 8 pagi. tengok tau..haha..=p

haa..iklan sekejap nak SHOW OFF skit..haha..

ok. back to the work.

ok. nasib baik usha blog orang tu dulu dan cepat edit balik. malu2...=p


Baiklah.
1o Impian Saya. =)

  1. Menjadi Modal Insan yang dimantapkan lagi dengan akidah, akhlak, ilmu, iman, amal yang baik serta diredhai dan menjadi hamba Allah yang mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.
  2. Membahagiakan mereka yang telah membesarkan saya iaitu Ibu bapa yang dikasihi.
  3. Menjadi seorang pendidik yang berkualti, berinovatif, berakhlak mulia...urm..jap..usha lirik lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara kejap..hahaha..=p
  4. kalau boleh dalam masa yang sama juga menyimpan cita-cita menjadi pengeluar atlet sukan untuk negara dan menjadi jurulatih kebangsaan why not??=)
  5. Mahu menerbangkan pesawat merupakan Impian aku..take note ok!
  6. Mengahwini Insan yang sedia mengasihi dan mencintai aku seperti aku mengasihi dan mencintai dia serta membahagiakannya hingga akhir hayat dan lain-lain lagi kalau korang nak tambah sebab kalau bab kahwin ni sampai esok pun xhabis cerita kebaikan dan kelebihannya..=)
  7. urm...keluarga, diri sendiri, teman hidup sudah..apa lagi hendak diimpikan eyh??Blurr..
  8. Satria Neo kot. Up sikit nak Fairlady..lagi Up..hurm..ntah..xgila kereta dan moto asal sampai dan boleh jalan, selesa pun dah memadai kan?
  9. memiliki aset yang sederhana untuk kebahagaiaan keluarga yang akan terbina. ada ke nak kahwin dengan aku??InsyaAllah..
  10. kalau usha dan copy orang tu balik. PENDIAM, dah kot.=p Pelajar contoh??dah, masa sekolah rendah dapat anugerah..heee..next penyabar??Alhamdulillah..sikit lah..hahaha..tiada dah kot. tak pernah terpikir impian yang banyak2 ni. cukupla kita bahagia, sejahtera dan mendapat keredhaan dunia dan akhirat kerana dunia ini hanya persinggahankan. so, rebutlah dan raih seberapa bekalan yang boleh dibayar untuk menghuni Syurga kelak. hurm...
maaf la ye. aku ni pun tengah lost ni. tak tau lah nape...=/
terima kasih atas luangan masa. Jumpa lagi esok! =)

Assalamualaikum.

May 14, 2011

Hari 4 = 10 Ayat Yang Hendak Ditujukan Kepada Seseorang

ok.lantang bersuara daripada Perdana Menteri...=p


Assalamualaikum..

haa..sebelum tidur ni..meh la dengar pesanan a.k.a wasiat aku kat sesiapalah sebelum melelapkan mata buat selama-lamanya. manelah tahu kan. emo kejap....

sama macam budak ni (klik sini)yang tidak mahu juga menetapkan hanya seorang sahaja yang perlu menerima ayat-ayat ini. maka, kalau ia terbuka kepada mana-mana individu lebih adil kan?haha..

10 AYAT YANG HENDAK DITUJUKAN KEPADA MANUSIA

  1. NAK TIRU JUGAK. AKU SAYANG KAU WEI. ok. dah habis show off??
  2. aku tak pernah pandang rendah kat kau.
  3. semua manusia punya kelemahan, terimalah seadanya. nak selit surah x??cari la sendiri..korang gak dapat pahala..Surah Al-Hujerat Ayat 13..=p
  4. kalau cakap baik-baik pun boleh kan? aku masih punya L.E.D yang mampu menafsir bahasa dan di'impulse'kan kepada kepala otak.
  5. dont think about other people, just be youself. just do it kalau xlanggar hukum Syarak.
  6. jangan selalu fikir buruk tentang aku. Carilah keIkhlasan.
  7. Aku SUKA akan Kau. Lagi??
  8. Jangan risau, aku tak suka nak bermusuh melainkan orang tu desperate sangat nak jadi musuh aku. baiklah, itu mendatangkan masalah buat kau.
  9. Zaman Sekarang xperlu kot nak tunjuk kehebatan, sebab kebanggaan hanya boleh diakui oleh kau sendiri pabila kau berada di Syurga yang abadi kelak.
  10. Sudikah Kau Menjadi Ibu Kepada Anak-anak Aku??haha..=p
ok. sekian. terima kasih.=)

May 13, 2011

Hari 3 = 10 Perkara Yang Aku Benci


Assalamualaikum..

Baru sahaja aku nak mogok xnak teruskan update sepulun ni kalau entry sebelum ni Hari 2 = 10 Perkara Yang Aku Suka, Cinta, Sayang.(LOVE) hilang disebabkan kesulitan yang dialami oleh Blogger.com.

hari ini tanggal 14 Mei, aku teruskan penulisan bertajuk :

10 PERKARA YANG AKU BENCI

walaupun aku ni jenis yang let a something happen be around aku, jenis yang tidak kisah sangat apa yang orang lain buat sekeliling aku, jenis yang mudah mengawal emosi kendiri, namun aku juga punya hati dan perasaan seperti manusia lain. ada juga beberapa perkara yang tak berkenan di hati aku ni...
  1. Aku benci jika ada orang yang pandang serong kat aku padahal aku tak macam tu pun. aku tak pernah jugde orang tak perlulah kot kau nak perlekehkan aku depan-depan aku.
  2. Aku benci jika ada orang yang talam dua muka.
  3. Aku benci jika ada orang dengki dengan aku walhal aku tak pernah dengki dekat sesiapapun.
  4. Aku benci kalau aku cakap dengan seseorang tu die buat2 Engage je.
  5. Aku benci kalau ada orang yang label aku sewenang-wenangnya. Kenal aku dlu wei..baru kau boleh cerita kat orang.
  6. Aku paling benci orang yang cerita keburukan aku kepada orang lain. aku pernah cerita keburukan kau ke??
  7. Aku benci dengan orang-orang yang emosi, panas baran, suka maki-maki depan orang.
  8. aku benci orang yang fikir dia tu BAGUS sangat. orang lain ada juga kelemahan. tak perlulah kau nak rendahkan orang lain.
  9. Aku benci dengan perkara2 yang mendatangkan kemudaratan didunia ni.
  10. Aku benci kalau sesuatu kebaikan itu dipandang jelek oleh sesetengah orang. kau bukan penentu pahala dosa manusia. Noktah.
Sekian sahaja. Tak mahu melabelkan sesiapa tetapi jadikan setiap perkara di atas sebagai sempadan buat kita selaku khalifah di muka bumi ini. Tiada permusuhan sebab kalau ada yang kesebelas, AKU PALING TAK SUKA PERMUSUHAN YANG TAK PERLU DIBUAT. terima kasih dan maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Wasalam. =)

May 12, 2011

Hari 2 = 10 Perkara Yang Aku Suka, Cinta, Sayang.(LOVE)


Assalamualaikum,

diri menggagahkan diri menulis walau sebenarnya berat hati memikirkan dan lemah jemari menterjemahkan kata.

10 Perkara yang aku LOVE.(nak tiru jugak..=p)

  1. Agama. merangkumi Allah yang Satu. Nabi Muhammad Junjungan Kita dan segala-galanya yang perlu kita Imani. Walaupun aku tahu akan mendapat kecaman mahupun komplen yg tinggi atas kenyataan pertama ini atas kebanyakam kedosaan dan nampak mcm tak sayang agama saje. just wanna say that perlu ke meNAMPAKkan?? renungkan2...=)
  2. Keluarga. Abah, Ibu, Adik beradik, opah, atuk, sepupu, pak cik mak cik dan mereka yg mempunyai keturunan yang sama. tanpa mereka tak wujud aku dan sapa plak nak tulis belog ni. hantu ke??haha.
  3. Orang yag dikasihi. Siapa??perlu ke mention??ade ke xni??haha..just nak beritahu yang Dia antara yang di sukai, disayangi dan dicintai la..sapa2 yang sudi laaa kan.....=p
  4. WVB6625. Honda Wave Ultimo 125. motosikal yang kedua sebab yang pertama dan bekas disayangi itu kini diturunkan kepada adik, Muhammad Qhairil Nashriq.
  5. seterusnya suka mengambil berat, sibuk, kacau, ambil tahu, cas-cas risau kat orang tuuu laaa...=p
  6. kawan-kawan la ofkos. xde dorang bermakna aku menghuni lokap dunia hidup tanpa cahaya dan warna pelangi.
  7. tak mahu mempunyai musuh. walaupun kita tak boleh nak elak orang yangtak suka kat kita tapi satu benda yang aku suka buat ialah diam je. lantak la xnak kutuk ke ape ke. sebab aku xsuka nak bermusuh mahupun berdendam dengan sape2 sebab xdapat faedah pun. selalunya orang yang nak psiko aku lebih2 ni tup2 dia yang terkena psiko balik dengan aku. haaa kan padan muka kalau cuba try nak dengki ngan aku. "adapun Hamba Allah Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan dimuka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang BODOH menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan Salam(kata-kata yang baik)" Surah Al-Furqan Ayat 63.
  8. tak boleh duduk diam. pantang pasif je dah xsenang duduk. kalau kat kelas tu punca aku kuat tido sebab pasif sgt akan mengundang perlahannya tindakan reflek nerve cell aku sebab aku suka berfikir. sebab tu aku suka berjalan2. kacau orang. bercakap agar aku xduduk diam. walau dr segi luarannya aku ni pendiam tapi aku ni OKU skit sebab Hyper Active. kena bahan kat kelas tu biase dah dari dulu lagi. yang penting tak susahkan orang dan aku berjaya meneruskan pengajian kan? haha..
  9. bersukan la. jangan biar aku tak berpeluh atau tidak melakukan aktiviti fizikal lebih daripada seminggu sebab akan mengundang penyakit seperti demam, selesema, batuk dan sebagainya yang memang kita perlu mencegahnya. haa.. mencegah itu lebih baik daripada mengubati. so, jangan lupa mandi peluh ok!
  10. buat perkara lain daripada yang lain. tu je aku nak cakap sebab aku ni pelik dan selalunya kontra lah dengan apa yang kebiasaan yang kita nampak. nak tahu lagi skali, kahwin laa dengan aku!!.hahaha...=)
Sekian. terima kasih atas kesudian membacanya.=)

May 10, 2011

Nak Juga Pulun Buat SEPULUH : Hari 1 = 10 Perkara Tentang Qiu Aril.

Assalamualaikum dan Salam 1IPG KBM..

Sebelum melangkahkan kami menuju ke dewan peperiksaan dalam beberapa hari lagi. Berjalanlah ke merata blog siapa yg dikehendaki dan terjumpa entry terbaru beliau yang membolehkan bulan Mei yang terindah ini terisi dengan mengemaskini belog saya. Haha.

Sengaja hendak menggedikkan diri dan ribuan terima kasih kepada pemilik belog baca diam-diam yang berjaya menambahkan kegedikan terhadap diri ini.=p

Hari Pertama : 10 Perkara Tentang Diri Saya

1. Lahir pada 23 Mei 1991 di Hospital Teluk Intan, PERAK dan dibesarkan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur sejak umur 3 tahun.

2. Masuk tadika KEMAS dan Pra Sekolah Jalan Temerloh dan di tawarkan pengajian ke SK Jalan Kuantan 2 dan terus mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di SM Tinggi Setapak.

3. Pernah menghuni sementara Maktab Tentera Diraja sebelum menarik diri akibat tidak dapat melupakan sekolah lama dan minat akan ketenteraan itu masih utuh walaupun sehingga kini sedikit terkilan akan tindakan bijak aku dahulu.=p

4. Suka sangat tidak masuk kelas dengan menyibukkan diri dalam semua aktiviti luar bilik darjah. Pergi sana lah. Wakil itulah semata ingin mengelakkan diri daripada terlibat dalam P dan P.

5. Cita-cita asal hendak menjadi Juruterbang TUDM mahupun Air Asia. Disebabkan tidak tahu 1001 jalan menjadi Pilot la dipilih menjadi guru. Alhamdulillah.

6. Kalau nak tahu, aku ni kalau mahir dalam satu hal hanya 50% sahaja kebolehan yang dikurniakan oleh Allah. Oleh sebab itu aku akan buat apa yang aku rasa aku boleh buat kalau orang lain boleh buat. Haaaa. Pening x?

7. Cita-cita ketiga selain Pilot dan Guru nak jadi Pakar Psikologi tau. Konon boleh baca orang la ni…-____-“

8. Perihal hobi pula aku suka melakukan perkara yang aku hendak buat. Tidak suka menspesifikkan apa hobi aku. Tetapi kebanyakannya memang lain daripada yg lain la daripada orang lain. Sebab itulah senantiasa bergerak solo sahaja.

9. Tentang sikap pula malas nak ulas banyak takut angkat bakul sendiri pula, Cuma aku ni jenis yang bersistematik la kot. Walaupun Nampak dari segi luarannya macam serabai je cara hidup. Haha. Perlu ke tunjuk yang kita ni sistematik. Nak tahu, berkepit 24 jam dengan aku baru la Nampak.

10. Last skali, aku suka bagi orang lain beri persepsi yang tak betul tentang aku. Ye la mula2 korang Nampak aku mesti macam ni la. Tu la. Dan sampai satu masa korang kenal aku dengan rapat, sebenarnya itu bukan aku laa…haha..tak caya kawin la dengana aku! =p

Cukup sehingga di sini. Sambung di lain masa untuk 10 yang seteresnya, terima Kasih! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...